Tuesday, December 22, 2009

En Mat dan Denggi

11-13 Dec: aku habiskan dengan en. mat. Nak kata habiskan macam kurang tepat juga disebabkan sepanjang hari dia ke s16 Pj untuk retreat untuk club dimana dia adalah presidenya.

Dia kata nak spend masa dengan aku, tapi bila dah ada retreat tu, maknanya masaya lebih banyak dihabiskan dengan bebudak club dia. Tak kisah lah, itu mmg passion dia. Aku support jer. Balik dari retreat on Sunday, dia call dan bagitau yang dia rasa 'empty'. We both agree yang agaknya, retreat tu yg membuatkan dia over exhausted so i didnt plan to talk long. Let him rest.

14 Dec,Monday: usual i'll text him (every morning) with morning greetings. Tapi pagi tu dia lambat reply, and instead he called. Bagitau yang dia demam. Doktor syak denggi sbb demam tetiba dengan temperature yg agak tinggi. Doktor suruh dia datang balik kalau 3 hari demam dia tak baik. Memang, demam dia xberansur baik, dan everytime we talked suara dia makin lemah. a day after dia jumpa doktor, dia called dan bagitau dia rasa makin tak larat. Dengar suara dia masa tu aku dah sebak. Automatically rasa nak nanges. Maybe sbb aku pikey aku takder dekat dia nak tengok-tengokkan. 3rd day, aku msg n dia return call bagitaw demam makin panas. Aku bgtaw, kalau demam tak baik, aku akan ke rumah dia dan bawa dia ke hospital.

15 Dec: dia msg awal pagi bagitaw yang dia admitted at Ampang Puteri. Petangnya dia call lagi, suara lemah sangat. He said that he hav no strenght, even to talk with me. Aku dah nanges.

16 Dec: dia dimasukkan ke ICU. Frankly, aku sangat sangat sangat takut. Kalau demam tu demam biasa mungkin aku tak la setakut ini. Denggi mmg boleh membawa maut. Aku di rumah sensorang, menanges sampai mata bengkak. Gheja pun jadi tak tentu. Salah sebut merata. Jiwa kacau sangat. Aku nak visit dia tapi aku takut tak sesuai atau lagi teruk, ada drama lagi..

Hari ini: 21 Disember 2009. Dia sms dalam pukul 10am lebey bagitaw dia dah keluar ICU dan sekarang dah okey. Aku dah boleh tarik nafas lega. Makan pun kembali selera. Asalkan dia sihat, macam mana pun dan apa pun yang terpaksa aku telan, aku tak kisah. :)

Tentu korang pun pikeykan, naper aku tak g visit dia padahal jarak kami tak jauh pun dalam 30minutes driving jer...

Aku pun harap aku dapat share jawapanya dengan semua orang supaya dada aku tak pecah tahan sensorang......

Today: 22nd Dec 09- he texts me. En Mat discharge dr Ampang Puteri. Alhamdulillah.



Thursday, December 10, 2009

My 1st Gerek

Petang tadi penat aku mengemas rumah sikit. selesai mengemas hall depan aku mengemop lantai. Hari tu dah beli 'magic mop' kononya. Rm25! Tapi xdak la magic macama mana sangat pun sbb still kena mop macam biasa jugak. Letey. Terutama nak mop lantai dapoq yang cepat sangat berminyak tu.
Lepas selesai mop lantai aku berkira -kira untuk nak buat inti karipap pulak. Bukanya apa, teringin nak makan dan nak buat stock dalam peti sejuk sebagai 'frozen food'. Nanti nak makan, goreng jer. senang kan. Lepas selesai dengan inti kena buat doh dan seterusnya tentulah kena buat karipapnya kan.. jeng jeng jeng.. kalau nak tengok hasilnya, kena lah tengok di fb aku memandangkan fb aku tu dah jadi macam jurnal masakan pulak aku ghasa.

Opss.. sebenarnya aku sedang menonton upin ipin semasa sedang menulis entry ni. Tengok kisah hari ne memang mengimbau balik kenangan yang lama.Kisah macam mana upin, ipin yang takder basikal dan diorg terpaksa kejar2 mei ling, mail dan intan payung yg ada basikal masing- masing,

Kisahnya masa umur aku dalam 5-6 tahun aku rasa.
Abah hanyalah pekerja sementara gomen. Gaji mmg tak seberapa. aku taktahu gaji abah berapa time tu, tapi aku rasa mungkin dalam 300-400 kot.
Bebudak kat kampung ramai yang dah ada basikal. Jadi bila time petang jer, ramai lah yang akan turun bermain, kayuh basikal sekeliling kampung. Sementara yang takda basikal pun ramai jugak. aku antaranya. Maka kami yang takda gerek ni akan ligan (kejar) member yang ada gerek. Bila ingat balik memang kesian kat diri sendiri. Aku tak ingat berapa lama kami semua pakat dok ligan member yang ada gerek ni. Tapi aku ingat malam tu, kami semua balik kampung (kampung dekat jer.. 2km jer dr umah). Tapi abah balik dulu, tak ingat sapa yang hantaq kami. Bila sampai.. buka pintu.. naik lepak kat atas nak tidoq dah ler.
Abah balik dan panggey aku turun. Masa tu aku rasa ,mata aku mesti blink2.. shining2.. sbb ......abah belikan basikal... basikal kecik kaler biru /putih /kuning.. lebey kurang ler warnanya. seat kaler putih. Seronoknya bukan main. Sengih-sengiih sakan. Aku memang ingat muka mak dan abah masa tu, senyum seronok tengok aku dan adik heppi sangat. Aku dengar derang cakap --- kesian tgk anak sendiri kejar orang lain yang naik basikal--- Diorg nak anak diorg rasa juga macam mana bebudak lain rasa.

Bila tengok citer upin ipin ne terimbau balik masa tu. Dan sekarang bila dah besar ni, baru paham perasaan mak dan abah. kalau aku pun, ada anak.. dan anak aku kejar-kejar budak2 lain naik basikal, aku rasa aku pun akan berusaha untuk beli basikal untuk anak aku tu biarpun kena pekin duit sikit. Instinct sebagai mak n abah tentu akan cuba dapatkan apa yg anak nak sekiranya mampu.

There.. my 1st gerek.. :) -- wish i hav a picture of it,

Tuesday, October 13, 2009

Nak Nega Natey Apo nih???

Huh, aku 2/3 hari sebuk meng'email' kepada beberapa kerat supplier barangan serata alam untuk mandapatkan quotation serta senarai produk yang boleh derang supply. Nak taw pasepa..? Hmmm sebabnya, la ni aku dok pikiaq .. nak menokok tambahkan duit yang ada dalam akaun aku tu. Kalau tak boleh jadi berbilion pon dapat jutas jutas pon jadi lah . :D .. macam hampehsss..

Aku sekarang ne mula minat untuk berniaga kecil -kecilan untuk menambah pendapatan. Minat ne jadi menggebu dalam jiwa. Dah 2 minggu ne aku dok survey secara online mencari produk yang lain daripada yang lain (aku bukan juai orang AsyikFM lahhh!!). Produk yang walaupun kecil tp dapat juga memudahkan kerja kita dari mana2 sudut.
For example: kalau dulu nak basuh baju daley , takleh masuk washer but sekarang ne dah ada sarung yg membenarkan kita melempaqkan baju daley dalam mesin basuh setelah kita membubuh baju daley tersebut dalam kelonsong tuh. Senang! Ringan satu beban. Bukan malas, lama mai dah pun mmg kita basuh guna tangan, no hal at all but kalau ada inovasi best cam tu.. lebih baik guna. So produk2 yang mcm ne lah yang aku nak cari.

Note: Sebenarnya Aku telah menggunakan perkataan berbahasa Inggeris yg common kita gunakan pada perkataan yg diboldkan itu, tp IT opis aku telah menge'ban' blog ne. Hmmm.. melindungi sampai jd terlalu sempit!

Frankly aku kena start daripada 0 or -0 sbb aku mmg tak taw tang mana buleh aku cari natey2 jenih gutu. So manggagau dan mengugel lah aku ke serata alam nyata dan cyber mencari pedoman :D.

So frens, kalau ada kaki/lubang/geng bagitaw ler kat teman. :D

Tuesday, August 11, 2009

Rajuk Yang Tak Bisa

Semuanya bermula dengan baik. Panggilan setiap petang yang aku terima dalam perjalanan dia pulang dari tempat kerja. Gelak tawa dan cerita - cerita biasa yang kami kongsi setiap hari. Tak putus dengan gelak tawa dan kekadang serius macam buah betik.

Cuma petang selasa lepas, beberapa hari selepas rally yang tak bersetuju dengan ISA. Aku hanya menyatakan betapa aku tak suka menghadapi kesesakan lalulintas. Aku tak suka lihat bangsa Malaysia aku berantakan. Jalan yang lebih baik ada, lorong yang lebih terang ada, cara yang lebih afdal ada. Kenapa perlu rally yang banyak menyusahkan masayarakat Malaysia. Memang simpati terhadap individu2 yang ditahan ISA bertahun lamanya tanpa dibicarakan. ISA tak salah, yang salah cara perlaksanaanya. Perbaiki lah cara perlaksaanya supaya nasib mereka yang ditahan tu adil dibicarakan. Bukan tahan tanpa dibicarakan. Kesian anak bini.

Aku sembang dengan MK. Aku melahirkan rasa tak puas hati aku kerana kesusahan yang perlu ditempuh oleh orang lain bila segelintir pihak yang buat rally. Dia sebaliknya. Dia menyokong dengan sepenuh hati. Aku membantah, menyuarakan pendapat dan pandangan aku sendiri. Dia mengeluarkan nas - nas dan hujah - hujah lain pula. Dia berdiri teguh di atas apa yang dipercayainya. Aku hanya ingin menyertai satu perbincangan yang memang tak mungkin dimenangi oleh aku kerana aku kenal siapa dia. Cuma kali ini aku mungkin sedikit melampau dalam mempertahankan idea - idea aku.

Talian terputus tiba - tiba.
Aku return call. Dia angkat tapi nada suara dia dah lain. Dia tanak bercakap lagi. Aku tanya sepatah, dijawabnya sepatah. Bila aku tanya kenapa katanya takder apa yg dia nak cakap. Aku tahu dia marah. Jadi aku biarkan dia dengan emosinya. Aku kata nanti kita sembang lagi.
Lepas tu aku sms minta maaf jika apa yang aku kata dalam debate antara kami tak disukai dia. Dia reply katanya, aku tak sensitif dan berlagak hanya kerana baru 2 jam jammed.

Sejak tu ( 4 Ogos 2009) sehinggalah ke hari ini (11 Ogos 2009) tidak satu pun sms aku di reply, call langsung tidak dijawab. Maaf dah aku minta, tp hati dia tak berganjak. Aku pujuk hati walaupun hakikatnya aku dapat rasa, aku tidak lah penting dalam hidup dia sebagaimana dia begitu penting dalam hidup aku. Sebab tu dia tega buat macam ni. Tapi perasaan sayang selalu buat kita bertindak kurang bijak. Aku contoh terbaik!.

Dear,
I'll never give up on you
I'll never give up on our relationship eventho i dunno where it will take us to..
Because i love u.. because i love you.

Tuesday, June 23, 2009

Autobots..Transform..-- ( I Dun Want to Transform Teacher..)

Isnin merupakan hari malas sedunia. Kebanyakan orang macam aku lah kot. tapi tak semua kan. Ada yang suka pegi keje sebab di opis ada awek yg selalu di usha. ada yang suka lepak opis sebab di opis boleh surf internet free. Ada yang suka juga pegi ofis sbb di sana boleh makan ketupat. Kalau kat rumah , makan sensorang tak sedap langsung!

Hoccay, pagi selasa (jap lagi) aku akan masuk keje kul 3.00pagi so esok from 6.00onwards aku akan rehat ler. Best. Hari ni di pejabat pun takder apa yang menarik sangat, so tadi dalam pukul 5.00 dah nak balik. Dah rehat sikit untuk nak konti pagi ne. Balik, ketih baju.. bumm melepaskan diri atas tilam. tapi taklah berapa lena sangat. Since takleh solat, so masa dok atas katil tu dipanjangkan lah sikit. Tak ingat dah berapa lama dok lepak atas katil tanpa membuka lampu tu, telingamenangkap bunyi mesej masuk. Biar jap. Baru cakap henpon beragam tu "hariss".
Apa pulak lah mamat sengal ne nak. Sebab seingat aku dah lama la jugak dia tak msg aku. Oklah sebelum aku nak meneruskan cerita pasai mesej mamat ne, biaqlah aku story sikit mengenai mamat ne sepanjang yang aku kenal. Dia ne berkulit cerah ( putih kemerahan), berkaca mata, a banker, hensem dan yang paling utama sekali sengal! Kenapa sengal?, meh aku nak proceed dengan cerita seterusnya.

Bila aku baca sms dia mcm dibawah ne:-

Dia : Hai, kacau sikit boley.. nak tanya, suka tengok wayang tak?
Aku : xpa, biasa saja. Kalau ada citer best dan ada kawan, pegi la juga. Awat?
Dia : Esok nak p KL, sbb lusa ada miting di sana, ingat malam esok nak tengok Transformers kat sana.
Aku: O, ya ka.. saya takut tiket habis ja sbb untuk citer ni mmg cinema jual awai tiket. better u minta kawan u kat KL yang nak g sekali tu book sesiap. Senang sikit. takut takda tiket.
Dia : Sebenarnya..ingat nak 'paw' awak.. boleh ker?
Aku : :).. InsyaAllah, tapi kalau 1st time keluar, awak bayar lagi manis. Nway awak stay mana?
Dia: xmanis..xmanis.. Prescot hotel. Dekat Maju Junction
Aku : Urm, awak sebenarnya nak ajak saya keluar tengok wayang ker?
Dia : Nak 'paw' saja.. hehehe
Aku : Oh, Ingatkan ikhlas-- (aku dah sakit hati masa ne tp tahan)

Korang tengok lah betapa hampehs nya mamat ne. Well to be frank this is not the 1st time. Disebabkan itu aku takpernah keluar dengan dia. Not because of kita nak kena pay for it, tapi because dia tanak admit yang sebenaqnya dia ajak kita keluaq. In other words: he's asking me out: like for a date by provoking the niat to me! Rasanya ini dah kali ke 4 kot. Bila dia datang KL, akan sms tanya kita n bagitau dia rasa macam nak keluar minum takder member, n bila kita offer nak ajak kuar minum dia akan reply : "tengoklah dulu macam mana.. " - so why memula lagi nko kalut nak bagitau nko datang KL, nak minum blablabla. Better datang senyap2, pastu balik senyap2!! Whats wrong with you!!!!???
I admit that i like him. yaa. but hey, jangan treat orang yang menghargai you macam ne, or u'll lose them. I regret my last msg to him. I should add a sentence like below:
"I like u Ris, but the way u treat me is so not gentleman".

Sunday, June 14, 2009

Plan For A Wedding

Setiap kali cuti sekolah, memang banyak kenduri, kenduri sana, kenduri sini. Fuuuh, tapi aku tak dapat attend satu pun sbb keje dan sebb takda orang nak meneman hendak ke sana. But hey, bila aku kahwin nanti, ada beberapa perkara yang aku dah fikir .. heheh


My ideal color for wedding is forever "white". Tak kisahlah off white ker, pearl white ker. Sbb putih lambang suci and bersih. Itu juga lambang jiwa bakal raja sehari.

My checklist:-

Kenduri
- Cara kampung. Buat masak beramai -ramai. Dan kalau boleh nak makan berhidang macam dulu- dulu. Lauk pauk pula nak lauk kampung juga, kalau ayam taknak ayam masak merah tapi nak ayam goreng rempah, gulai ikan talang, ulam -ulaman, sambal belacan, daging cicah ayer asam. Nak ekstra cendol sbb leh jd minuman merangkap pencuci mulut sekali. But pisang emas nak juga :)
- Alas meja: Putih
- Canopy : Dililit dengan warna putih dan oren (n plss jgn bagi nampak obvious kedut)

Warna
- Mesti putih. dan tambahan kaler yang lain ialah oren. Major mesti putih, oren hanyalah untuk mebangkitkan suasana. Benda2 kecil jer yg akan bewarna oren. Contohnya:- Langsir putih dengan lining tepi oren, or renda oren.. Bunga putih + oren,

Kad kahwin
- Yang simple sahaja, tetapi harapnya dapat jumpa kedai yang boleh mencetak semuanya menggunakan bahasa jawi. Teringin sangat dari dulu lagi.

Baju Nikah
- Baju kebaya moden berwarna putih + perak dengan details yang berkilau. Tudung dari kain sifon or lace dengan details bunga2 yang tak sarat.

Make-up
Tak risau pasal ni, sebab kenkawan ramai dan derang pun ada port baik kalau nak cari andam. But for sure andam tu mesti kena perempuan. Pegi dengan diorang jer. Mesti diorg datang umah lepak dan bizi mengacau sana sini. Hihi. My fren. And aku nak pakai inai jugak!

Baju Sanding
- Putih + Silver juga. Tapi kebaya moden labuh dari kain lace/sifon dengan perincian yang sedikit berat macam design dari butik cosry tuh, but hey i cant afford that, so pakai yg lebey kurang pun ok lah. layah labuh bewarna putih yang agak flowy. Bunga tangan bewarna oren. I luv lilies.

Hantaran
- Simple dengan putih dan oren (still). But as mentioned earlier, oren tu maybe bunga penghias dulang dan perincian kecil2 sahaja. oren tidak mendominasi cuma bertindak sebagai 'pembangkit'.

Family
- Baju family akan bewarna oren dengan putih with oren will dominate. My dad mesti tak suka heheh.

The Ambiance
- Taknak karaoke! Taknak lagu2 rock . rap or apa yang sama waktu dengannya. Selain lagu untuk pengantin, lagu mesti berentak lembut dan berjiwa Melayu. Taknak lagu yang ada unsur2 kecewa. Ini hari bahagia.. :).

Photo
Dont hav to shoot me and my hubby all the time lah. I really nak photographer shoot d "wedding". Ambil gambar suasana majlis. Dari depan hingga belakang sampai lah yang sedang angkat air. My wedding album must be able to tell the story of the day.

Doorgift
- And last but not least, sekeping surah Yassin yang tertulis nama kami dan keluarga serta sedikit buah tangan sebagai tanda kenang- kenangan dan terima kasih kepada semua insan yang sudi berkongsi kebahgiaan kami.

The Nikah
Ini bahagian yang paling penting. Bg aku ini adalah yg terpenting dari semua acara perkahwinan. Ini momen yang aku mahu segalanya dirakamkan. Di saat kami berdebar dan menanti untuk diijab kabul. Setiap ekspresi insan yang menyayangi dan yg disayangi, aku harap dapat di simpan dalam kenangan buka sahaja di mata tetapi di hati.
Mak dan Abah akan rasa sayu melepskan aku. Anak sulung mereka.. yang juga manja walaupun dah besar panjang. Mesti tak dapat tahan sebak sebab hari tu, lepaslah sudah tanggungjawab mak dan abah, dan semuanya akan tergalas atas bahu suami.


Ini lah impian perkahwinan aku. Yang aku pun taktahu bila akan terlaksana. Aku impikan segalanya ini bersama dia, tapi mungkinkah kami punya impian yang sama atau dia tidak pernah memikirkannya. Tiap kali menatap orang lain naik pelamin, melangsungkan perkahwinan, terdetik di hati, bila agaknya aku dapat melalui semua ni. Adakah peluang, untuk aku mengenakan kebaya putih sifon labuh untuk majlis kenduri nanti? Berpeluangkah aku menagis dalam pelukan abah dan mak kerana terpaksa menjadi milik orang lain? Dapatkan aku melihat warna2 impian aku terhias di rumah mak abah meraikan hari bahagia aku? dapatkah kawan2 semua melihat aku bahagia menikahi insan yang aku sayang? Mungkinkah aku ada peluang untuk semua impian aku ini, atau impian ini hanya mimpi....

Wednesday, June 10, 2009

I really Need To Exercise

Hari ne aku masuk opis lewat. dalam 11 lebey macam tu. Sebabnya sebelah petang aku nak kena attend miting (kul 5.00ptg). So aku datang lewat. Since aku nyer time TMS dah ikut 'shift', aku agak flexible untuk in time bebila as long as aku datang opis n bekerja.
Sementara nak menunggu miting yakni pukul 5 petang aku menyibukkan diri aku dengan melayari internet yang aku pun dah taktahu nak layan apa. Updating my fb, reading n replying emails, checking whats hot n what not aku akhirnya keboringan.
but yaaa.. sebelum terlupa, Shukery Hashim telah kembali ke rahmatulallah pada pukul 1.30 tengah hari. We called his family to confirm that and his son/daughter told: pancreas cancer. May Allah bless his soul.

Ok, continue, 3.30pm, received a phone call from Shahril ( Utusan Airtime).
"Mek, datang wat vo sekarang"
Aku ok jer. Ada vo means ada duit masyukk heheh. Best. Yang bestnya buat voice over iklan ne ialah bayaran nya mahal berbanding buat voice over untuk program TV. Untuk satu episod program, aku dapat rm150 jer but untukk satu iklan per second, dibayar rm10. So iklan td 30seconds x 2 ( for 2 places) means rm600!!.. hehe satu minit rm 600.. okey lah.. rate org kebyakan mcm aku ne. Kalau suara dah glamer macm ramona, marlia musa ker.. mahal lah lagi :D. but hey, dah bersyukur pun untuk amount sebanyak tu ;). The product is "Forest Secret". Kena buat suara manja2 sikit.
Untuk skrip yang agak panjang aku kene kejar 30 seconds. itu yg mencabar. Aku ne mmg jenih bercakap mcm keretapi, tetapi bayangkan secepat aku pun aku tak dapat nak buat bg cantekkk 30 seconds or less.
And..... apa yg aku tak tahan, aku cepat mengah pulak. Sampai Shahril tegor "asal nko mengah mek?"
Ha.. aku pun perasan, nafas cepat habis lah.. asal ne. :(
Agaknya sbb dah tak rajin bersenam kot. kalau dulu ada juga naik tangga, turun tangga, menfutsal.. sekarang naik lift and lepak kat umah.
Uwaaaa.. mmg rasa pancit bila kena baca skrip cepat dan ayat panjang2 cenggitu sambil memaintainkan suara agar tidak terkucil. Lama jugaklah buat .. baru lah dapat!. Tak tahan betol..
Pukul 5.20 aku cepat2 drive balik ke pejabat untuk miting yg entah apa2. Hissshh..

Moralnya: Exercise dear. Don't forget.. you're not getting any younger~

Friday, June 5, 2009

Sup Tulang, Ayam Halia & Sambal Tumis Ikan :My Version

Am not a good cook, but am trying to cook as good as i can so no one will say "mak aii .. koteow goreng nko ne rasa macam tongkang!".
Macam mana rasa tongkang tu ek? Yaaa.. thats why lah.. tongkang tu bukan makanan, but kapal yg tak berapa nak kapal yet.. still bley belayar.
So when sumone said that ur cooking taste like sumthing that cant be eaten.. thats mean YOU seriously need help. That actually a story of a fren dengan seorang awek yang pernah minat dia. That awek punya nak impress dia hingga sanggup masak kotiau goreng yg di sebut oleh mamat ne.. but it ended with that "tongkang concept". Cian that gurl -- weh, bukan aku larr..

And as for me, lately i found my self dah semakin bijak memasak. Well before this pun aku bukanya teruk memasak cuma memasak untuk makan sorang diri ni, nkorang tahu jer lah kan. Seadanya saja lah.
Yesterday, aku buat sup tulang, ayam goreng halia and sambai tomeh ikan temenung. Aku penah la dok buat sup tu dirumah, tapi bab nak membeli tulang tu, aku tak pandai.. so dengan sedikit ilmu yang ada aku p pasar tani hr selasa tu n beli tulang yang aku pun tak tahu banyak ker tak isinya. Brader yang jual tu cakap.. "lembut ni dik" aku percaya jer.. padahal.. tulang apa yg lembut.. tulang ayam yg bahagian puteh tu lembut lah ..

MK singgah makan (aku semakin la dok membela dia ni, lama2 koi gemuk pulak). So i served that soup, ayam masak hali n sambai tomeh. I would say that, my sup tulang was a big success. Dengan rupa yang cantik with carrots and kentang, di tabur daun sup and bawang goreng, yumyum ayam halia yg complete with daun bawang looked so inviting. And last but not least, my sambai tomeh ikan temenung yang tak digoreng dulu. Kalau kita dapat fresh ikan, buat kaedah ni mmg sedap sbb we can taste the sweetness of the ikan. Nasi sepot lebih sikit jer aku masak. Aku makan sikit jer (tgk badan ler) but MK, hmmm habis sepriuk nasik tu.. OMG I like...!!!! :D

"are you going to kill me?"
"haa.. why.."
"am full.. sampai tak larat nak gerak ni.."
" hahahah.."

Itu lah kita: women. We love to cook. And when people appreciate our cooking by having it till the last bite, we'll be happy like a free bird (mulalah merapu tu). No need to puji -puji bagai sbb periuk yg licin menceritakan segalanya. Am happy he loves those dishes. Itu yg membuatkan aku rasa nak memasak lagi dan lagi.

Sampai, aku sendiri pun tak tahu nak masak apa dah ne.? Any idea guys..?

p/s: Kalau letak pics masakan yg aku buat pun okey gak kan? ;)

Monday, June 1, 2009

New Department and New Passion

Aku sekarang dah kat bahagian Siaran. Dengan stesen yang baru. Semua baharu. Aku kena jd penyampai semula. HMm, entah apa aku nak coretkan dalam blog ne sebb hati aku memang tak 100% dalam siaran lagi. Tapi inilah tuntutan tugas, kita hanya makan gaji so kena turutkan sahaja..

Nway, my new passion is "cooking"! hehehe. Baru2 ne aku masak for our dinner, aku prepare kerabu tauge dengan kerang, ayam masak marah, ikan goreng n masak cuka ikan keembung hehehe. Not bad at all.. heheh

Semalam ( Ahad, 31/05/09) aku masak ayam masak kicap pedas (selalunya masak kicap jer) dan bawal stimss yumyumyum.. sedap gaks..

Sekarang ne nak tambahkan ilmu memasak. heheh.. so ada idea tak nammasak apa lagi??

Tuesday, May 12, 2009

Last Assignment With UPKR

Ingat lagi, aku pernah menulis yang aku belum pernah sekali pun ke Kelantan. Well, last month, aku kena menyetelkan beberapa sesi fotografi untuk 2 stesen pantai timur. Gambar-gambar ini adalah untuk kegunaa promosi dan juga bahan archive.
Aku malas nak bercerita panjang sebab seperti tugasan luar bukanya sempat nak berpoya poya pun, memang penuh dengan keje saja.
Tenpoh perjalanan selama 4 hari. Hari pertama ke Kuala Terengganu (KT). Pilot kitaorg orang baru, so dia tak berapa cekap jalan. Instead of using the LPT he chose to use the ole route. Aku tak dapat tahan sangat. Dengan van (walalupun van chantek), aku pening2 dan akhirnya, bila melepasi kemaman aku "blueeekkkk".. hampeh sunggoh. Almost 7pm baru kami sampai ke KT. What a journey.. Aku flat. Tido macam mayat ( konon). Keesokannya, selesai jer photoshoot dalam lebey kurang 1.30t/hari.. kami ke pasar payang. Bukanya aku beli apa pon, aku beli magnet fridge (s usual) and kopok sira air gula pedas + kopok ikan tamban. Itu jer
Shoot ke Kota Bharu (KB). Sampai pun dah dekat kul 7pm. Haah.. tensi aku dengan jalan kat sana.. Sakit badan- badan. Sadis!
Esoknya shooting habis awal jugak..
So kami ke "pgkaley Kubo" :D-- Aku bley wat konklusi tpt ne ibarat Langkawi + padang besar lahh. Pun aku tak der beli apa sangat. Aku beli beras siam. derang cakap sedap. So try ajalah. Sekampit 9kilo rm33 (bley tahan mahal kan).
Aku beli kopok leko gak.
Keseokkanya kami dah bertolak balik dalam pukul 10pg. Sebetulnya aku takder lah shopping apa sangat since aku dah banyak habiskan duuit aku untuk kelengkapan rumah aku. Walaupun nampak kecik, tapi barang2 umah ne bila dibeli rupanya mahal jugak. huhu.. makan jugak la beratus.
Perjalanan ke Pantai Timur ne aku boleh katakan, bukan sesuatu yang aku enjoy. Aku rasa amat tak selesa. maybe sbb travel dengan van kot. Badan letey sangat. Aku rasa macam nak suruh derang hantaq ke airport jer, biaq aku balik dengan flite.. tp tobat dah mahal n takleh claim since aku dah book van utnuk suma. Hhuhu..
Maybe one day, aku akan p bercuti ke sana kot. Dan harapnya tak jadilah lagi lagu ne.

Sunday, April 26, 2009

Dinner Cooked for A Luv One

Khamis, 23rd April 2009 ( a day before aku outstesen)

Aku bergegas untuk pulang kerumah awal hari ne. Aku singgah di kedai runcit untuk beli santan sbb santan semalam aku rasa dah tak buleh pakai lagi. Aku takut masakan aku berbau.
Sampai dirumah, ikan kerisi dan bawal yang dah siap aku siang semalam aku keluarkan dr fridge. Biar lembut sikit nanti. Sayur kacang bunces dah siap siang. Hm, pelam pun dah siap aku cincang untuk buat kerabu pelam. Okey, start masak.. kari ikan bawal dengan kacang bendi, kacang bunces goreng dengan telor, ikan kerisi goreng n last but not least kerabu pelam yumyum,.. musti dia suka. Jenuh jugak la nak memasak ne, bukan kerana aku masak masakan yang usah tapi sbb aku terkejar - kejar antara opis dan nak balik umah untuk masak tu. siap masak, mandi dan tunggu dia datang makan. Hm, dah dekat pukul 7.. tak sampai lagi pun. Aku msg dia sbb aku takut dia masih di pejabat dan takmau nak ganggu keja -keja dia. Bila aku dah habis semayang maghrib, ada msg masuk ..
----"Dah sampai rumah :D"-----

Terus aku kol dia, tp kol aku tak masuk. then aku sms ..
Aku : kan cakap nak dinner kat sini"
MK: saya cakap jumaat kan, bukan hr ne. so jumaat lah.
Aku: outstesen. Awak yg cakap hr ni
MK: Ya Allah, lupa.. ingat jumaat. Mmg dah set nak p esok
Aku: Kemarin awak yang ya-ya cakap hari ni. Buat org sedih ja. esok mai sini, makan semua yang org masak ne sorang sorang

Aku jadi sebak. aku beriya masak tapi dia boleh lupa. Aku jd lagi sebak bila aku tengok semua yang aku masak tu dan mood nak makan jd kecut. Geram!
Aku makan sikit, then aku buang semuanya dalam tong sampah malam tu jugak. Menyakitkan hati dan buat hati jadi sedih saja!

Jumaat, 24th April- 8.30am
Setiap pagi aku akan say hi to him. So today pun sama as usual. eventho aku masih terasa hal semalam. Aku malas nak berkira dengan org yang aku sayang.

Aku berada di Kota Bharu masa aku sedang menulis ni, kerja luar. Isnin, 27th April, aku akan bertolak balik ke KL. Letey sangat selepas ke Kola teganu dan Kota baru ne,..
Will update with my journey later.
Muahhhhhhsss..

Monday, April 20, 2009

Birthday Treat from A Fwen

Menulis tak kiralah dalam bentuk apa jua, sebenarnya bukan mudah. melainkan mereka yang mmg gifted dan ada passion untuk menulis. Aku? Nope, am not one of them. Aku menulis bila boring dan most of my writings boleh dikatakan semuanya aku nak cepat habiskan. Letey nak menulis.
Malam tadi memang mcm hampehs sebab aku tak cukup tido. Aku yakin, penyebab masalah tak dapt tido malam td adalah keasyikan aku melayan blues semalam. Aku boring. Alone the whole weekend dan apa yg tinggal ialah baring dan tertido. Malam tadi bila nak study jer, mata mcm nak jatuh tapi bila dah baring kat tempat tido jer, mata tanak pejam. Kanan kiri semua serba tak kena. So pagi ne bila nak bangun untuk solat Subuh, masyaAllah..~ bercintanyaaaa!
Geram betul aku.. takder quality nite sleep uwaaa!!
--Ok, skip that--
Apa yang menarik berlaku dalam idup aku sepanjang minggu ne ek? Takder apa sangat cuma aku dah officially menjengah umur yang semakin matang (cover line lah tu).
17 April, a fren of mine ajak aku keluar dinner. Rupanya, it was for my belated birthday treat. Place: Victoria Station kat Bangsar (near to a siam restaurant, Ayuthaya-kot). We ordered steaks. He suprised me with a cute choc brownies with candle along with a birthday song. Ramai org kat VS masa tu, looking at us n smile. The waiters sang a birthday song n gave me a complimentary buffday card. Frankly.. it was my first time, a guy did that. And poor me, it came from a fren, not a special one. Even my VVIP just wish, not even a card came from him. Am used to it, so am fine. But when a guy ( just a fren), yang buat mcm ne.. makk aii rasa macam-- so sebak~.
I told him, no one did that before.. At my age-- this is my first time!. He said, am lucky because ada sesetangah sampai mati pun tak de orang buat mcm ne. heheh..
Maybe aku tak pandai or taktahu gesture yang betul mengucapkan terima kasih kepada kawanku yang seorang ini.. but kalau dia dapat tahu.. aku sebenarnya amat menghargai dia sebagai kawan n sahabat dan juga segala yang dia buat untuk aku. But am still the same ole me.. he knows.

Monday, April 13, 2009

Di Luar Kawasan- Tetapi Masih Dalam Liputan

Well, well well.. aku bertugas luar kawasan selama 4 hari bermula 9 April - 12 April 2009. Semuanya untuk menyetelkan beberapa sesi foto untuk stesen kami di kawasan Utara bermula dengan Perlis, Kedah. P.Pinang dan Perak. Selama ni, iklan yang kami keluarkan untuk stesen2 utara ne semuanya takder pic para penyampainya, so dengan terlaksananya sesi foto kali ini, harap2 nya dapatlah kami menyelitkan gambar - gambar derang nanti.

Khamis - 9 Apr. 09

Kami bertolak dari opis ke kawasan utara pukul 10am dan sampai ke Kedah lebih kurang pukul 7.00 petang. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3x di Tapah, Bukit Merah dan Gurun. Check in di BEE Garfen Motel yang boleh tahan cantik dan selesa tetapi agak murah harganya ;). Makan malam di rumah aku di kampung ( bawa team makan dirumah). Balik zzzz kat motel sebab esok pepagi lagi keje akan bermula..~

Jumaat - 10 Apr. 09

8.00 pagi dah keluar bekpes dekat dengan PMC. Kak Ton mekap yang belanja makan. Thanks kak. Bertolak ke Perlis, sampai lebih kurang pukul 11pg, terus mulakan kerja. Sesi setel dalam tengah hari jugak.. tak sempat nak jenjalan sebab pack sangat, moreover dengan solat jumaat lagi. Lunch was sponsered by team Perlis. Thank you ya~. Kak Ton nak ajak g Pdg Besar pun tak sempat sbb nak kene berkejar ke Kedah pulak.
Sampai ke Kedah dalam pukul 3.00 petang. Mulakan sesi dan photoshoot selesai dalam kul 6.00. We've to rush.. nak hujaaaannn!
Lepak minum di Pekan Rabu, dan jenjalan sat.. balik dan lepak hotel.. huhu esok nak kena bertolak ke Penang.

Sabtu - 11 Apr. 09 (My Bfday)

8.00 pagi bekpes ke Kopitiam Convent Alo Stuck. Bertolak ke Penang sampai lebih kurang 11.00am. Terus carik port untuk photo shoot. Start d session rite after that. Lunch break at 1.30pm. Proceed with d session and was able to finish it by 4pm. But goshh.. tired lah. A talent (guy) buat my bebudak naik menyampah. Heheh.. banyak orang banyak ragam ;). Petang tu kami jenjalan kat Chowrastar. Aku beli jeruk salak dan pelam. Then kami jenjalan di Padang Kota yang hanya berdekatan dengan motel tempat kami menginap. Huh, motel tu bagi tilam batu! Sakit badan sehh..

Ahad - 12 Apr. 09

Bertolak dari Penang ke Ipoh dan singgah breakfast di hentian Juru. Dalam pukul 11 jugak kami sampai di Ipoh. Seramai 8 org talent ya g terlibat. Dan tak disangka, semuanya berjalan lancar setelah segala kerisauan kami tentang kesemua talent yang ingin diberikan berakhir dengan sikap sporting dan kerjasama yang diberikan :). Segalanya berjalan lancar dan berjaya disetelkan dalam pukul 2.00 petang.

Alhamdulillah segala tugasan yang diberikan telah berjaya kami ber4 laksanakan dengan jayanya. Dengan segala kekurangan yang ada kami cuba memberikan yang terbaik Thanks to our intern Syaq yang telah bekerja keras bersama kami sepanjang tempoh kerja luar ni. Eventho dia mendapat khabar sedih tentang kepergian nenek tercinta semasa kami sedang bertugas di Penang.

Kuala Lumpur dibasahi hujan menyambut kami pulang (cheewaah). Menyebabkan jamm di sana sini.. Keje setel, so today, kembali melakukan tugas seperti biasa dengan rutin biasa. Maybe on 3rd of May will fly to Sabah for another session.

Wokeh, ujung minggu ne rasanya nak berurut sikit sbb badan lenguh - lenguh. Meh manjakan badan yg semakin letey.. Jom!!

Saturday, April 11, 2009

Entry On My Bufday~

I want to write because today is my birthday. Yups, ramai yang nak rahsiakan besday tapi aku tanak rahsiakan sebab kalau ada yang ingat n wish rasa macam orang masih ingat lagi pada kita kan.. and as usual, MK takda nak celebrate apa apa pun. Dia wish 2 days earlier than my actual birthdate. well, pahamm sbb keadaan tak mengizinkan. Hm, asalkan dia ingat, oklah. ada juga tahun yang dia tak ingat langsung eventho hari tuh kami dok berkepit sakan, tapi dia syok bercerita pasai dia dan pemimpin politik yang he adores soooo muchhh..~. i love him anyway.. heheh..
Family dan kenkawan masih ramai yang ingat lagi rupanya besday aku. Ramai lagi yang sayang rupanya.. huhuhu. Thanks adik, mak, chik, cu, kaksu, pian, muni, aida, nora, johan and last but not least my dearest MK.. love u all guys :).

Hey, am in Penang rite now typing this entry from a motel that can be called up sikit dari ciken (hahahah).. will story mory about my trip ( keje punya trip) later coz this entry is wrote exclusively for my BUFFFFFFFDAYYYYY.. Yayyyyyyyy!

Monday, April 6, 2009

Makkk Aiiii... Banyak Juga Pakai Duit

Aku teringin juga nak uplod kan pic rumah aku dalam blog ni walaupun rumah aku tu takada apa sangat. Namun bila difikirkan balik, tak payah lah nak masukkan, Buat malu diri sendiri saja heheh, memandangkan rumah aku lapanggggggg ~.
Okey, apa yang menarik minggu ne yer. Hm.. haaa! hari isnin /selasa lepas, lebih kurang pukul 8.15 malam sedang aku menikmati nasik goreng dari kantin jabatan yang memang hampeh tak sedap.. pintu rumah aku diketuk. Hm, tidak semena-mena pulak. Takkan adik aku datang kot. aku yang memakai gown pendek tak berlengan dengan penuh berhati hati membuka pintu. Didepan piantu, berdiri seorang mamat yang memakai jeans dan t shirt:-

mamat : assalamualaikum puan, saya dari jabatan perangkaan..
aku : waalaikumsalam.. yer .. ada apa yer
Mamat: kami dah 3 kali datang sini sejak 7 mac. dah 3 pucuk surat kami tinggalkan, tapi takda maklum balas. Ini terpaksa datang malam ne. Kalau takda respons, kami kena buat report pada BPH..
Aku : (muka konpius).. eh saya baru jer pindah masuk. Dan sejak saya datang cuci rumah ne, tak pernah pual saya jumpa surat dari perangkaan yang ditinggalkan kat bawah pintu ni.
Mamat: mengikut rekod, dah 3 kali pihak kami datang.. bla bla bla..

Dipendekkan cerita.. dia menyoal: aku duduk berapa orang, tahap pendidikan, keje kat mana, tahun kelahiran dan number contact.
tapi yang aku konpius.. awat perangkaan mai waktu malam. Hm, aku msg member tanya..dia punya lah saspen, sapa lah nak dok rangka malam malam ni. Abah aku pun marah gak.. MK pun perli, dia kata "awat tak bagi dengan kunci rumah sekali". Ntah yer, ntah dak budak tu dr perangkaan..Misteri..~

Ok, as for my rumah.. aku takda buat apa yang baru pun, cuma aku ada beli rak dapur (rm120) memandangkan kitchen cabinet yang dok ada tu tak ada salur paip gas. Aku baru beli tong gas n gas sekali (rm76), periuk (rm70) dan barang kecik2 yang aku rasa sakan jugak lah jumlah keseluruhannya. Adoiaii.. bercambah duit keluaq, yang masuk tatau nak banyak mana..
Aku tukaq lapik meja yang baru.. yang MK bagi. Dari jakarta dong.. heheh.. Kalau aku tak guna satgi, dia kata aku tak appreciate pulak, but lapik meja tu cute jugak :). Thanks dear. Dia pun dok sebut nak makan itu dan ini, tapi aku tak masak pun. Bukan tanak masak tapi keperluan memask tu belum sempurna. Nanti bila dah masak, jangan cakap xlarat nak makan pulak.

Hari Ahad, aku g shopping sikit, memandangkan aku dah takder kasut nak di pakai (serious babe).. so aku pun jenjalan cari sepatu yang seswai untuk kaki ni. Dalam keterpaksaan, aku beli lah 3 pasang memandangkan aku tatau lagi bila kalanya nak beli heheh.. tapi murah jer lah, 3 pasang = rm115 ;).

So, minggu ne start pakai kasut baru ler nampaknya. Dah berzaman aku tak beli kasut, baru sekarang la merasa. huhuh..

Rasa banyaknya aku menulis untuk minggu ne sampai aku sendiri pun dah boring heheh

Tuesday, March 31, 2009

My New House!!!! A sweet home~

Akhirnya...... aku berpindah masuk sepenuhnya ke rumah baru. Berdekatan dengan pusat beli belah (walking distance saja), di tingkat 14 (bley tahan la view), spacoius dan most of all i like it.
Sebelum berpindah, ada juga reluctant dalam hati memandangkan agak jauh dr tempat kerja. Sebelum ne kan, jalan kaki jer , batuk pun boleh dengar antara umah dan opis. Namun bila dah pindah masuk, memang ada rasa -- my home~.. even jauh, tetap rasa nak balik ke rumah.
Kerja mengemas bukan calang - calang , disebabkan banyak yang aku buat sendirian. Mula dengan sapu, mop n lap sana sini.Badan habis sakit - sakit disebabkan mop sepanjang hari (habuk banyak, tanak hilang). Sampai nak rukuk pun, dapat separuh tiang ja hahah.. sengal sebadan. Kak Naz ( my officemate) kata sebulan baru dapat ilang suma habuk habuk tu.Haa, jenuh la nak kena mop setiap minggu.
Anyway, barang - barang dalam rumah dah pun bertambah sikit- sikit. I hav my own 32" LCD Tv now, a 2 doors fridge, a dining table and a /10inch matress that cost me rm350 huhu (after a veryy super duper gila gila nak mati punya bargain..) cukup lah untuk waktu terdekat ne, nanti nanti tambah lagi ;). N Thank god, ada Guardian warehouse sale last week. I manage to buy a yellow/gold sliding door curtain + comforter set + set cadar = rm 223.++... Yaaa, i know.. memang dah lari dari konsep kaler yg aku suka, but i desperately need that curtain n cant find the color wanted. Takper, nanti bila dah stabil, aku akan teruskan niat dengan meng'apply'kan kaler2 yang aku berkenan tu. N sadly.. takder curtain untuk my bed room, i hav to sangkutkan kain selimut tebal warna merah. If not, ibaratnya macam buat wayang free lah kepada blok sebelah heheh.
Ok.. enuf bercerita mengenai rumah. Hari Sabtu lepas (28 March), seperti yang dah planned, aku jemput MK di KLIA. Dia balik dari Jakarta. His flite supposed to be at 9am.. but dunno why he msged n bgtahu flite dia pukul 11am. Huh, aku dah siap bertudung, terus tanggalkan tudung n lepak kat umah dulu. Around 12.30 baru aku gerak ke KLIA. But guess what???.. sampai pukul 2.00ptg, masih lagi xsampai! Hangit menunggu.. dalam pukul 3.00 barulah semuanya setel.
Masuk je dalam keta, terus dia sibuk bercerita pasai Jakarta. He was so excited and claimed, that was one of his best fully sponsored vacation ever. Kami singgah makan di kedai Mee Janda kat Sepang. Punyalah besaq mangkuk mee kari tu.. Burrrp.. alhamdulillah, kekenyangan aku. Singgah pekan sepang untuk beli wire area tv, berus n beberapa perkara kecil n then heading strait home.
Sampai jer, terus dia cari channel kat TV tu.. n said "harap TV besaq, channel pun tadak. Lepas ne pasang Astro!". Dia sebenarnya tak berapa sihat. Demam selsema. So aku bg dia uphamol n panadol untuk demam selsema (bukan untuk selsema shj). Instead of makan seketul, dia telan kedua2 ketul sekali. Huh, lepas tu mulalah berasa seperti berada di awang - awangan.. heheh..
Aku hantar MK balik then terus ke Pantai Dalam. Kemaskan beberapa barang yang masih berbaki. Fuhhh semangat jugak, penuh sekereta kecil aku tuh.. Rasa senget sebelah pun ada :D.
So, dengan pemunggahan barang - barang dari rumah lama ke rumah baru, maka bermula lah kehidupan aku di suasana baru. Seorang diri. Aku sedang cuba adapt semuaya dengan hati yang terbuka. Moga semuanya membawa sesuatu yang baik untuk kehidupan aku secara keseluruhan.
Nanti datang house warming yerrr.............~

Tuesday, March 24, 2009

MK ke Jakarta aku di Malaysia

A gloomy day at KL today. Hujan lebat masa datang keje tadi. Lebat sehhh.. Malam tadi bawa sikit lagi (beberapa barang) ke rumah baru. Tapi tak tido sana sbb curtain blom ada. Lepak rumah fairos jer malam tadi. Kami dok sembang, dan akhirnya lena tatau celah mana. Tup2 dalam kul 3.45 bunyi tepon, n kakak ipar fairos baru sampai PUDU. Kami g ambik dia n managed untuk sampai balik ke rumah dalam 530am n terus zzzzzzzzzz (ngantok sehhh). Lepas mandi n siap2 sementara menunggu fairos dan kakak ipar dia siap, aku capai tepon dan kol my VVIP. Hari ne (24 Mac) MK bertolak ke Jakarta. Early in the morning i called, dia dah pun ada kat KLIA dan starving (tu lah dah board awai sangat hehe). He will be there for 5 days (miss him huhu). Sabtu ne akan g ambik dia kat KLIA.
last Saturday, kami g tengok rumah baru. Bolehlah aku mintak tolong angkat barang. Lega!.
Masa dalam lift nak naik ke rumah, ada brader yang memang dah stay situ sempat sapa kami. kami pun okey jer lah,.. maybe after saw MK bawak banyak barang dia pun ringakan mulut

Jiran: Baru pindah ker?
MK: Ya.. baru nak masukkan barang
Jiran: ooo.. bawak ngan keta jer ker barang2?
MK: bawak ngan keta jer ..(senyummm)
Jiran: Yang lain datang dengan lori kot (since MK bawa beg baju, blinds, stove)
Aku: Taklah .. semua dengan keta...
(semua pause.. errrrr,.. aku salah cakap ek.. heheh.. mesti MK rasa macam nak luku jer kepala aku time tu hahahah)

Anyway, He loves it n dah siap pilih bilik mana nak jadi bilik study (study lagi ker??).
Aku cuci umah tu sekejap sebelum balik since aku pun plan nak masuk awai April ne.. Lagi beberapa hari saja lagi ne pon.
Okey.. ini untuk minggu ne. Share lagi nanti. Adiossss

Friday, March 20, 2009

New Phase

Aku tak minat menulis sangat. Infact masa belajar dulu pun, aku tak berapa nak score dalam bab karang mengarang ne. Cuma kekadang bila jari jemari gatal nak mengetuk keyboard dan ada sesuatu terjadi dalam dunia aku mulalah aku nak menulis.
Tahun 2009 dah nak masuk bulan April. Sekejap ja tup tup dah pun suku tahun. Tak banyak yang berubah tahun ne. Aku dapat anak sedara baru. Ainna Sufinah on 18th Feb. 09. Kakaknya Aiffa Nazihah baru setahun lebey ja. Love them both :). Sayang maklong.

Aku pun dah dapat kunci rumah baru. So dari Pantai Dalam aku akan jadi pemastautin Putrajaya. Jauh memang jauh dari pejabat. Lebih kurang 35km sehala. Kalau sekarang ne, jarak perjalanan dari rumah ke opis hanya beberapa ratus meter sahaja. Kos -kos yang sebelum ne tak ada akan muncul. Tol, minyak, penat, jamm yadda yadda yadda.. Tapi bila tengok rumah dan ketenangan yang insyaAllah diperolehi, aku rasa okeylah untuk aku berhijrah.
Mungkin hijrah ni akan bawa satu paradigm baru dalam fasa hidup aku.

Last 2 weeks, me and my sister dah pergi tengok dan bawa masuk barang-barang serba sedikit. Aku start beli barang keperluan yang lain. Izariah bekenan itu dan ini, dia yang banyak tolong mempengaruhi keputusan belian aku. Sebelum ne aku mmg tak pernah ada furniture atau yang seangkatan dengannya. Dia yang excited dengan theme color n concept for each room. I dont bother, as long as my house tidy, aku dah okey.
Cuma aku ada terpikey la juga kaler yang berkenan untuk master bed n hall. Kuning ke orengan dan purple ke pinkngan.. heheh

And MK asked kalau kalau aku need extra hand untuk angkat barang. Hehehe.. aku boleh ketawa jer, why?? since aku takder barang sangat pun. Yang banyak baju, kasut n bags jer. Dia siap perli lagi "jangan jd macam rumah buruh kongsi sudah".
Since dia belum lagi dapat chance untuk tgk umah tu, tomorrow (Saturday) we plan untuk melawat kawasan together. Nak tengok next week tak sempat dah sbb dia akan ke Jakarta (huhu.. will miss him).

Okey enuf for today.. nanti -nanti sembang lagi :)