Lepas selesai mop lantai aku berkira -kira untuk nak buat inti karipap pulak. Bukanya apa, teringin nak makan dan nak buat stock dalam peti sejuk sebagai 'frozen food'. Nanti nak makan, goreng jer. senang kan. Lepas selesai dengan inti kena buat doh dan seterusnya tentulah kena buat karipapnya kan.. jeng jeng jeng.. kalau nak tengok hasilnya, kena lah tengok di fb aku memandangkan fb aku tu dah jadi macam jurnal masakan pulak aku ghasa.
Opss.. sebenarnya aku sedang menonton upin ipin semasa sedang menulis entry ni. Tengok kisah hari ne memang mengimbau balik kenangan yang lama.Kisah macam mana upin, ipin yang takder basikal dan diorg terpaksa kejar2 mei ling, mail dan intan payung yg ada basikal masing- masing,
Kisahnya masa umur aku dalam 5-6 tahun aku rasa.
Abah hanyalah pekerja sementara gomen. Gaji mmg tak seberapa. aku taktahu gaji abah berapa time tu, tapi aku rasa mungkin dalam 300-400 kot.
Bebudak kat kampung ramai yang dah ada basikal. Jadi bila time petang jer, ramai lah yang akan turun bermain, kayuh basikal sekeliling kampung. Sementara yang takda basikal pun ramai jugak. aku antaranya. Maka kami yang takda gerek ni akan ligan (kejar) member yang ada gerek. Bila ingat balik memang kesian kat diri sendiri. Aku tak ingat berapa lama kami semua pakat dok ligan member yang ada gerek ni. Tapi aku ingat malam tu, kami semua balik kampung (kampung dekat jer.. 2km jer dr umah). Tapi abah balik dulu, tak ingat sapa yang hantaq kami. Bila sampai.. buka pintu.. naik lepak kat atas nak tidoq dah ler.
Abah balik dan panggey aku turun. Masa tu aku rasa ,mata aku mesti blink2.. shining2.. sbb ......abah belikan basikal... basikal kecik kaler biru /putih /kuning.. lebey kurang ler warnanya. seat kaler putih. Seronoknya bukan main. Sengih-sengiih sakan. Aku memang ingat muka mak dan abah masa tu, senyum seronok tengok aku dan adik heppi sangat. Aku dengar derang cakap --- kesian tgk anak sendiri kejar orang lain yang naik basikal--- Diorg nak anak diorg rasa juga macam mana bebudak lain rasa.
Bila tengok citer upin ipin ne terimbau balik masa tu. Dan sekarang bila dah besar ni, baru paham perasaan mak dan abah. kalau aku pun, ada anak.. dan anak aku kejar-kejar budak2 lain naik basikal, aku rasa aku pun akan berusaha untuk beli basikal untuk anak aku tu biarpun kena pekin duit sikit. Instinct sebagai mak n abah tentu akan cuba dapatkan apa yg anak nak sekiranya mampu.
There.. my 1st gerek.. :) -- wish i hav a picture of it,
No comments:
Post a Comment