Aku teringin juga nak uplod kan pic rumah aku dalam blog ni walaupun rumah aku tu takada apa sangat. Namun bila difikirkan balik, tak payah lah nak masukkan, Buat malu diri sendiri saja heheh, memandangkan rumah aku lapanggggggg ~.
Okey, apa yang menarik minggu ne yer. Hm.. haaa! hari isnin /selasa lepas, lebih kurang pukul 8.15 malam sedang aku menikmati nasik goreng dari kantin jabatan yang memang hampeh tak sedap.. pintu rumah aku diketuk. Hm, tidak semena-mena pulak. Takkan adik aku datang kot. aku yang memakai gown pendek tak berlengan dengan penuh berhati hati membuka pintu. Didepan piantu, berdiri seorang mamat yang memakai jeans dan t shirt:-
mamat : assalamualaikum puan, saya dari jabatan perangkaan..
aku : waalaikumsalam.. yer .. ada apa yer
Mamat: kami dah 3 kali datang sini sejak 7 mac. dah 3 pucuk surat kami tinggalkan, tapi takda maklum balas. Ini terpaksa datang malam ne. Kalau takda respons, kami kena buat report pada BPH..
Aku : (muka konpius).. eh saya baru jer pindah masuk. Dan sejak saya datang cuci rumah ne, tak pernah pual saya jumpa surat dari perangkaan yang ditinggalkan kat bawah pintu ni.
Mamat: mengikut rekod, dah 3 kali pihak kami datang.. bla bla bla..
Dipendekkan cerita.. dia menyoal: aku duduk berapa orang, tahap pendidikan, keje kat mana, tahun kelahiran dan number contact.
tapi yang aku konpius.. awat perangkaan mai waktu malam. Hm, aku msg member tanya..dia punya lah saspen, sapa lah nak dok rangka malam malam ni. Abah aku pun marah gak.. MK pun perli, dia kata "awat tak bagi dengan kunci rumah sekali". Ntah yer, ntah dak budak tu dr perangkaan..Misteri..~
Ok, as for my rumah.. aku takda buat apa yang baru pun, cuma aku ada beli rak dapur (rm120) memandangkan kitchen cabinet yang dok ada tu tak ada salur paip gas. Aku baru beli tong gas n gas sekali (rm76), periuk (rm70) dan barang kecik2 yang aku rasa sakan jugak lah jumlah keseluruhannya. Adoiaii.. bercambah duit keluaq, yang masuk tatau nak banyak mana..
Aku tukaq lapik meja yang baru.. yang MK bagi. Dari jakarta dong.. heheh.. Kalau aku tak guna satgi, dia kata aku tak appreciate pulak, but lapik meja tu cute jugak :). Thanks dear. Dia pun dok sebut nak makan itu dan ini, tapi aku tak masak pun. Bukan tanak masak tapi keperluan memask tu belum sempurna. Nanti bila dah masak, jangan cakap xlarat nak makan pulak.
Hari Ahad, aku g shopping sikit, memandangkan aku dah takder kasut nak di pakai (serious babe).. so aku pun jenjalan cari sepatu yang seswai untuk kaki ni. Dalam keterpaksaan, aku beli lah 3 pasang memandangkan aku tatau lagi bila kalanya nak beli heheh.. tapi murah jer lah, 3 pasang = rm115 ;).
So, minggu ne start pakai kasut baru ler nampaknya. Dah berzaman aku tak beli kasut, baru sekarang la merasa. huhuh..
Rasa banyaknya aku menulis untuk minggu ne sampai aku sendiri pun dah boring heheh
No comments:
Post a Comment