Aku tak minat menulis sangat. Infact masa belajar dulu pun, aku tak berapa nak score dalam bab karang mengarang ne. Cuma kekadang bila jari jemari gatal nak mengetuk keyboard dan ada sesuatu terjadi dalam dunia aku mulalah aku nak menulis.
Tahun 2009 dah nak masuk bulan April. Sekejap ja tup tup dah pun suku tahun. Tak banyak yang berubah tahun ne. Aku dapat anak sedara baru. Ainna Sufinah on 18th Feb. 09. Kakaknya Aiffa Nazihah baru setahun lebey ja. Love them both :). Sayang maklong.
Aku pun dah dapat kunci rumah baru. So dari Pantai Dalam aku akan jadi pemastautin Putrajaya. Jauh memang jauh dari pejabat. Lebih kurang 35km sehala. Kalau sekarang ne, jarak perjalanan dari rumah ke opis hanya beberapa ratus meter sahaja. Kos -kos yang sebelum ne tak ada akan muncul. Tol, minyak, penat, jamm yadda yadda yadda.. Tapi bila tengok rumah dan ketenangan yang insyaAllah diperolehi, aku rasa okeylah untuk aku berhijrah.
Mungkin hijrah ni akan bawa satu paradigm baru dalam fasa hidup aku.
Last 2 weeks, me and my sister dah pergi tengok dan bawa masuk barang-barang serba sedikit. Aku start beli barang keperluan yang lain. Izariah bekenan itu dan ini, dia yang banyak tolong mempengaruhi keputusan belian aku. Sebelum ne aku mmg tak pernah ada furniture atau yang seangkatan dengannya. Dia yang excited dengan theme color n concept for each room. I dont bother, as long as my house tidy, aku dah okey.
Cuma aku ada terpikey la juga kaler yang berkenan untuk master bed n hall. Kuning ke orengan dan purple ke pinkngan.. heheh
And MK asked kalau kalau aku need extra hand untuk angkat barang. Hehehe.. aku boleh ketawa jer, why?? since aku takder barang sangat pun. Yang banyak baju, kasut n bags jer. Dia siap perli lagi "jangan jd macam rumah buruh kongsi sudah".
Since dia belum lagi dapat chance untuk tgk umah tu, tomorrow (Saturday) we plan untuk melawat kawasan together. Nak tengok next week tak sempat dah sbb dia akan ke Jakarta (huhu.. will miss him).
Okey enuf for today.. nanti -nanti sembang lagi :)
No comments:
Post a Comment