Sunday, June 14, 2009

Plan For A Wedding

Setiap kali cuti sekolah, memang banyak kenduri, kenduri sana, kenduri sini. Fuuuh, tapi aku tak dapat attend satu pun sbb keje dan sebb takda orang nak meneman hendak ke sana. But hey, bila aku kahwin nanti, ada beberapa perkara yang aku dah fikir .. heheh


My ideal color for wedding is forever "white". Tak kisahlah off white ker, pearl white ker. Sbb putih lambang suci and bersih. Itu juga lambang jiwa bakal raja sehari.

My checklist:-

Kenduri
- Cara kampung. Buat masak beramai -ramai. Dan kalau boleh nak makan berhidang macam dulu- dulu. Lauk pauk pula nak lauk kampung juga, kalau ayam taknak ayam masak merah tapi nak ayam goreng rempah, gulai ikan talang, ulam -ulaman, sambal belacan, daging cicah ayer asam. Nak ekstra cendol sbb leh jd minuman merangkap pencuci mulut sekali. But pisang emas nak juga :)
- Alas meja: Putih
- Canopy : Dililit dengan warna putih dan oren (n plss jgn bagi nampak obvious kedut)

Warna
- Mesti putih. dan tambahan kaler yang lain ialah oren. Major mesti putih, oren hanyalah untuk mebangkitkan suasana. Benda2 kecil jer yg akan bewarna oren. Contohnya:- Langsir putih dengan lining tepi oren, or renda oren.. Bunga putih + oren,

Kad kahwin
- Yang simple sahaja, tetapi harapnya dapat jumpa kedai yang boleh mencetak semuanya menggunakan bahasa jawi. Teringin sangat dari dulu lagi.

Baju Nikah
- Baju kebaya moden berwarna putih + perak dengan details yang berkilau. Tudung dari kain sifon or lace dengan details bunga2 yang tak sarat.

Make-up
Tak risau pasal ni, sebab kenkawan ramai dan derang pun ada port baik kalau nak cari andam. But for sure andam tu mesti kena perempuan. Pegi dengan diorang jer. Mesti diorg datang umah lepak dan bizi mengacau sana sini. Hihi. My fren. And aku nak pakai inai jugak!

Baju Sanding
- Putih + Silver juga. Tapi kebaya moden labuh dari kain lace/sifon dengan perincian yang sedikit berat macam design dari butik cosry tuh, but hey i cant afford that, so pakai yg lebey kurang pun ok lah. layah labuh bewarna putih yang agak flowy. Bunga tangan bewarna oren. I luv lilies.

Hantaran
- Simple dengan putih dan oren (still). But as mentioned earlier, oren tu maybe bunga penghias dulang dan perincian kecil2 sahaja. oren tidak mendominasi cuma bertindak sebagai 'pembangkit'.

Family
- Baju family akan bewarna oren dengan putih with oren will dominate. My dad mesti tak suka heheh.

The Ambiance
- Taknak karaoke! Taknak lagu2 rock . rap or apa yang sama waktu dengannya. Selain lagu untuk pengantin, lagu mesti berentak lembut dan berjiwa Melayu. Taknak lagu yang ada unsur2 kecewa. Ini hari bahagia.. :).

Photo
Dont hav to shoot me and my hubby all the time lah. I really nak photographer shoot d "wedding". Ambil gambar suasana majlis. Dari depan hingga belakang sampai lah yang sedang angkat air. My wedding album must be able to tell the story of the day.

Doorgift
- And last but not least, sekeping surah Yassin yang tertulis nama kami dan keluarga serta sedikit buah tangan sebagai tanda kenang- kenangan dan terima kasih kepada semua insan yang sudi berkongsi kebahgiaan kami.

The Nikah
Ini bahagian yang paling penting. Bg aku ini adalah yg terpenting dari semua acara perkahwinan. Ini momen yang aku mahu segalanya dirakamkan. Di saat kami berdebar dan menanti untuk diijab kabul. Setiap ekspresi insan yang menyayangi dan yg disayangi, aku harap dapat di simpan dalam kenangan buka sahaja di mata tetapi di hati.
Mak dan Abah akan rasa sayu melepskan aku. Anak sulung mereka.. yang juga manja walaupun dah besar panjang. Mesti tak dapat tahan sebak sebab hari tu, lepaslah sudah tanggungjawab mak dan abah, dan semuanya akan tergalas atas bahu suami.


Ini lah impian perkahwinan aku. Yang aku pun taktahu bila akan terlaksana. Aku impikan segalanya ini bersama dia, tapi mungkinkah kami punya impian yang sama atau dia tidak pernah memikirkannya. Tiap kali menatap orang lain naik pelamin, melangsungkan perkahwinan, terdetik di hati, bila agaknya aku dapat melalui semua ni. Adakah peluang, untuk aku mengenakan kebaya putih sifon labuh untuk majlis kenduri nanti? Berpeluangkah aku menagis dalam pelukan abah dan mak kerana terpaksa menjadi milik orang lain? Dapatkan aku melihat warna2 impian aku terhias di rumah mak abah meraikan hari bahagia aku? dapatkah kawan2 semua melihat aku bahagia menikahi insan yang aku sayang? Mungkinkah aku ada peluang untuk semua impian aku ini, atau impian ini hanya mimpi....

No comments: