Monday, April 13, 2009

Di Luar Kawasan- Tetapi Masih Dalam Liputan

Well, well well.. aku bertugas luar kawasan selama 4 hari bermula 9 April - 12 April 2009. Semuanya untuk menyetelkan beberapa sesi foto untuk stesen kami di kawasan Utara bermula dengan Perlis, Kedah. P.Pinang dan Perak. Selama ni, iklan yang kami keluarkan untuk stesen2 utara ne semuanya takder pic para penyampainya, so dengan terlaksananya sesi foto kali ini, harap2 nya dapatlah kami menyelitkan gambar - gambar derang nanti.

Khamis - 9 Apr. 09

Kami bertolak dari opis ke kawasan utara pukul 10am dan sampai ke Kedah lebih kurang pukul 7.00 petang. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3x di Tapah, Bukit Merah dan Gurun. Check in di BEE Garfen Motel yang boleh tahan cantik dan selesa tetapi agak murah harganya ;). Makan malam di rumah aku di kampung ( bawa team makan dirumah). Balik zzzz kat motel sebab esok pepagi lagi keje akan bermula..~

Jumaat - 10 Apr. 09

8.00 pagi dah keluar bekpes dekat dengan PMC. Kak Ton mekap yang belanja makan. Thanks kak. Bertolak ke Perlis, sampai lebih kurang pukul 11pg, terus mulakan kerja. Sesi setel dalam tengah hari jugak.. tak sempat nak jenjalan sebab pack sangat, moreover dengan solat jumaat lagi. Lunch was sponsered by team Perlis. Thank you ya~. Kak Ton nak ajak g Pdg Besar pun tak sempat sbb nak kene berkejar ke Kedah pulak.
Sampai ke Kedah dalam pukul 3.00 petang. Mulakan sesi dan photoshoot selesai dalam kul 6.00. We've to rush.. nak hujaaaannn!
Lepak minum di Pekan Rabu, dan jenjalan sat.. balik dan lepak hotel.. huhu esok nak kena bertolak ke Penang.

Sabtu - 11 Apr. 09 (My Bfday)

8.00 pagi bekpes ke Kopitiam Convent Alo Stuck. Bertolak ke Penang sampai lebih kurang 11.00am. Terus carik port untuk photo shoot. Start d session rite after that. Lunch break at 1.30pm. Proceed with d session and was able to finish it by 4pm. But goshh.. tired lah. A talent (guy) buat my bebudak naik menyampah. Heheh.. banyak orang banyak ragam ;). Petang tu kami jenjalan kat Chowrastar. Aku beli jeruk salak dan pelam. Then kami jenjalan di Padang Kota yang hanya berdekatan dengan motel tempat kami menginap. Huh, motel tu bagi tilam batu! Sakit badan sehh..

Ahad - 12 Apr. 09

Bertolak dari Penang ke Ipoh dan singgah breakfast di hentian Juru. Dalam pukul 11 jugak kami sampai di Ipoh. Seramai 8 org talent ya g terlibat. Dan tak disangka, semuanya berjalan lancar setelah segala kerisauan kami tentang kesemua talent yang ingin diberikan berakhir dengan sikap sporting dan kerjasama yang diberikan :). Segalanya berjalan lancar dan berjaya disetelkan dalam pukul 2.00 petang.

Alhamdulillah segala tugasan yang diberikan telah berjaya kami ber4 laksanakan dengan jayanya. Dengan segala kekurangan yang ada kami cuba memberikan yang terbaik Thanks to our intern Syaq yang telah bekerja keras bersama kami sepanjang tempoh kerja luar ni. Eventho dia mendapat khabar sedih tentang kepergian nenek tercinta semasa kami sedang bertugas di Penang.

Kuala Lumpur dibasahi hujan menyambut kami pulang (cheewaah). Menyebabkan jamm di sana sini.. Keje setel, so today, kembali melakukan tugas seperti biasa dengan rutin biasa. Maybe on 3rd of May will fly to Sabah for another session.

Wokeh, ujung minggu ne rasanya nak berurut sikit sbb badan lenguh - lenguh. Meh manjakan badan yg semakin letey.. Jom!!

No comments: