Friday, December 31, 2010

Rangkuman 2010 (Ala-ala Retis Kunun)

Hampir melabuhkan tirai 2010. Azam yang korang sematkan untuk tahun 2010 , apa dah jadi?

Waahh.. Alhamdulillah.. kalau tak berjaya 100% pun , dapat separuh pun jadilah. N as for me, tahun berganti tahun memang tak pernah berazam (unless kalau takdir Allah dapat life partner nama Azam lah kot!) muahahahah.. but pernah la dok ingat nak mula beli property.. tp blom berhasil lagi.. Sigh

Macam tu juga untuk tahun 2011 yang nak sampai esok ne. Takder apa. Macam biasa saja. Kalau nak kira niat, masa masuk tahun hijrah 1432H hari tuh chek dah ada menanamkan sumthing dalam hati. So mmg itu saja lah ^_^..


Ok lah, memandangkan stesen-stesen TV suma gegeh nak buat rangkuman 2010- so chek pon feeling feeling fofular nak buat jugak rangkuman 2010 untuk diri sendiri! Mammpoo??!!
( Tapi persoalannya, adakah yg menarik untuk dibuat rangkuman uolls..??) hahaah..

Kerjaya
- Tahun 2010 dikira tahun yang chek dapat mengembangkan lagi bakat dalam bidang yang chek ceburi ni. Bukanlah kembang mcm kembang semangkuk tu khen tp dedulu zaman memuda mmg chek dah terlibat , after that ditempatkan di bahagian promosi pulak.. apa yg penah chek dok buat dulu tersangkut jap. n after masuk kat tempat keje sekarang chek dah mula buat balik MC, Vo iklan, VO untuk rancangan TV dsbg. So untuk kerjaya mmg tadak apa2 yang menarik sangat. macam biasa saja..

Friends
- Tahun ne mmg tahun yang bermakna dengan rerakan. Baik yang lama atau yang baru. Ramai kawan- kawan dah kawen, memang rasa sunyi tak leh lepak macam dulu lagi. Tapi ada sorang kawan ne cakap kt chek. Macam mana pon kita sibuk, carilah masa untuk spend dengan our frens. Jangan bagi alasan kerana nanti bila kawan-kawan dah jemu denganr alasan tu diorang takkan ajak kita kuar lagi atau include us in their list. Dan mungkin ada masanya kita perlukan derang, derang pulak akan bagi alasan. Bukan lah maknanya kawan2 perlu diutamakan kan tapi jika boleh tu, adakan masa dengan kawan -kawan. So tahun ne bila ada kawan2 invite untuk together -gether biarpon penat dengan kerja (maklumlah kerja tak menentu) chek akan luangkan masa juga dengan diorg. Even lepak dengan mata separuh terbuka O.O Kalau tak clash dengan schedule memang chek akan turun. And derang, even anak2 dah masuk 3, still dapat jimba lagi. Yerlah kan, bukan nya keluar berpoya setiap bulan khens. Tak lupa chek juga pergi holiday dengan kawan-kawan. And penutup tahun ne chek p Pangkor dengan kawan-kawan sekolah dulu (kebnayakkanya dah berkeluarga), dan suami diorg tak ikut. Mmg ladies punya holiday saja.. Best sangat dapat jumpa dan sembang panjang.
Yups.. Friends Are Forever ~_~

Cinta
- Masih juga macam dulu. masih lagi dengan insan yang chek sayang tu- My Other Half. Bulan June 2010 chek dapat tahu yang wife dia dah pregnant 6 minggu time tu, selepas 4 tahun derang berkahwin. Sangat sedih sehingga macam tak dapat nak control jiwa. Tapi Allah Maha Kaya. Bila kita kembali kepadaNya, jalan itu akan terbentang dengan sejelasnya. Tahun ne juga chek perasan yang dia pun ada perubahan. Lebih tenang dan considerate. Dia sedaya mungkin cuba mengelakkan konfrantasi (takut chek akan sebut hal kahwin agaknya), so chek pun stay calm aja. Tapi as semua boleh predict, relationship ne takkan kemana. InsyaAllah bila dia dah dah anak ne, maybe dia akan berfikir untuk tinggalkan chek dan tumpukan pada family dia 9eventho my fren said- anak dan cinta adalah 2 perkara yang berbeza). Malas nak canang banyak, tapi diri chek sendiri pun insyaAllah akan mengambil langkah yang sepatutnya chek ambik dari dulu lagi.
Hmm.. dia ada bg handphone kat chek bulan Oktober hari tu. Tapi hp tu baru ja hilang last week. Chek belum bagitaw dier lagi sbb takut kena leter. Tapi sebenarnya apa yg chek takut ialah bila dia rasa terkilan sbb barang yg dia bagi kita tak jaga betul-betul. walalupun sentimental valuenya tak sama, tp chek hengat nak beli satu lagi hp sejibik mcm tu, n buat biasa saja. Tak payah bagitaw dia. Tapi chek sangat sedeh uolls sbb hilang hp tu.. :(


Lain lain
Yang lain seperti biasa saja. Chek mula belajar menghargai diri sendiri yang sebelum ini chek letakkan ditangga entah number berapa. Tahun 2011 ne chek nak menikmati hasil titik peluh dengan sebenarnya. Menghargai emak dan abah, adik2 serta semua ahli keluarga tersayang. Tak lupa juga untuk kawan-kawan yang selalu ada time susah dan senang. Dugaan akan datang dan pergi, dan chek sangat berdoa agar chek kuat untuk menempuh segalanya. Belajar daripada kesilapan dan bangun dari kegagalan.. dan sudah semestinya bukan tahun untuk menzalimi dan tidak berlaku adil pada diri sendiri hanya kerana pandangan masyarakat!

Semoga Allah SWT mempermudahkan jalan.. Amin.

Thursday, December 30, 2010

Akhirnya Piala Suzuki AFF 2010 Milik Kita!

Yupss..
Dah jadi milik kita..
Alhamdulillah.. walalupun sebenarnya mek kuciwa jugak sebab kita kalah disana.
But agregatnya kita menang. So menang lah kan. Takpaa..
Cuma kalau di Stadium Gelora Bung Karno itu, kita berjaya menang jua ya bung.. aduh lagi manisss!!!

Congratulations to d team!
Chakde Malaysia!! (hahahaha terbawa citer kat TV2 semalam- bf i Shah Rukh berlakon tuh)
kihkihkih ... *pitam SRK kalau paham!

Love u my Malaysia.. n my love oso goes to the goalie too- Khairul Fahmi from Kelantan!

U'r d star of the night lah!

And.. 31 December 2010 (Jumaat) PM bagi cuti umum sebab kita menang!!!!
Yaaaaayyy!! (mcm lah berkaitan khen.. mek tetap on duty jugekss) T_T


Monday, December 27, 2010

Penangan Final Piala Suzuki AFF 2010

Lepas solat Maghrib td, terus reheat pizza yang order malam tadi. Order spicy sambal dengan thin crust.. secubit pon xsentuh sbb tak sangka dapat banana kaya free. So makan banana kaya itu jer lah. Sambil makan ne, mata dok usya TV layan NatGeo.

Hah, sebenarnya pizza ne ordered sebagai bekalan melayan final pertama Piala Suzuki AFF 2010 kat TV1 malam tadi. Punya sakan layan bola (sensorang jer pun) sampai xhengat nk habiskan pizza ne. Cakap pasai bola ne.. chek mmg nak ucapkan TAHNIAH kepada team Malaysia kerana berjaya menewaskan Indonesia 3-0. Serak suara ni menjerit. (harapnya my neighbour tak simbah cat merah depan pintu) :p

Slack game ni ialah bila ada penyokong yang menggunakan cahaya laser kepada penjaga goal. Dan untuk makluman, bukan kepada Markus Indonesia sahaja, malah penjaga goal Malaysia juga diganggu cahaya laser oleh penyokong yang tak tahu makna perkataan 'penyokong' ni. Baik dari Malaysia atau Indonesia.. chek memang sangat tidak bersetuju dengan tindakan ni, kerana ini akan memberi alasan kepada pihak lawan (xkisah lah mana team pun) untuk menjadikan ini isu. Masa game kena stop 5 minutes tu.. memang chek xleh nk control geram walaupon sensorang dirumah ini dengan menyumpah si pelaku yang sangat cetek hotak nya itu. Otak letak kat kepala lutut!!! MIONG!!

Sekarang, insiden tu dah jadi bahan untuk Indonesia menghantam kita walhal kekalahan mereka itu tidak sedikitpun disebabkan oleh pancaran laser dari malaun tersebut. Bila ada penyokong yang cetek fikiran, bertindak tidak menggunakan akal.. ini lah jadinya..
Antara yang panas ialah di facebook. Sila search:: Skuad Bola Sepak Malaysia


Biarpun Indonesia kalah kerana ketindakmantapan barisan yang mereka turunkan, namun bagi penyokong yang tidak rasional.. cara yg paling mudah ialah menyalahkan cahaya laser tersebut!

Dari melihat yang kusut.. chek pasti ramai lagi di kalangan penyokong kedua - dia negara yang rasional dan mahu menonton perlawanan tersebut dengan semangat kesukanan. Ramai yang lebih suka kepada game yang fair dan menyeronokkan! Macam chek ^_^.

Good luck untuk team Malaysia yang akan turun membawa harapan negara pada hari Rabu ini 29 Dec 2010. Moga kejayaan dan kemenangan menjadi milik Malaysia.

Kepada supporters from Malaysia n Indonesia : May best team win! cheers.... !! ~_~


ps: Korang layan siaran stesen mana? Chek layan RTM sbb siaran dr TV berbayar tu rupanya lewat 2-4 seconds dari RTM.. ( dlm bidang penyiaran 2 saat pun dh di kira cukup lama) ;)

Thursday, December 23, 2010

Property Investment: Townhouse at Cyberjaya- What Say U?

Seorang kawan called yesterday masa chek tengah pening pening ngantuk sebb masuk keje pukul 5pagi.
Nak ajak invest dalam pembelian rumah di kawasan Cyberjaya - at Domain 4 to be exact. Harga rumah di Domain 4 ialah RM200K keatas.
Studio apartment harganya dalam RM230K and above dan kalau 2/3 rooms apartment harganya bermula dari RM255K keatas. Yups, bukan harga landed property tapi hanya studio/ apartment yang berkeluasan average dalam 800sqft!.

The idea was untuk berkongsi modal untuk membeli studio apartment tu. Seorang separuh. What say u? adakah ia idea yang bagus.. i mean untuk berkongsi membeli rumah tu..
Rumah sekitar Cyberjaya memang mudah nak dapat penyewa sbb ramai international students. Rental rate pon mahal dalam rm1500/month.. O.O

Oleh sbb idea tu, chek pon mula gugel untuk cari property di sekitar Cyberjaya.. Ngeri nyehh.. mmg sangat mahal property di situ! Putrajaya pon mmg dh mahal kehn, Cyberjaya lagi lahhh... Mmg set jota jota nih.. chek xmampoooo..

But to my suprise, chek ada jumpa satu property ni yang dijuai dengan harga less than 150K!!
Yess gals.. below 150K!!!!! Mcm nak terbeliak mata. O.O Sampai gosok banyak kali. Mamun kah diriku ini.. But apa yang buat chek dok pikir banyak kali ialah .. ianya jenis TOWN House. A triplex townhouse with a design that looks like cube.. huhuh..

Antara kebaikan beli townhouse ialah:-

@ Kos penyenggaraan yang rendah sbb kita share ngan orang bawah atau atas kita. setiap rumah akan ada yard yang kecik .. cukup la kalau setakat nak tanam serai ngan sikit -sikit pokok bunga kertas tu :D

@ Faktor keselamatan lebey baik. Ya lahh sbb jiran bawah atau atas rumah. Paling2.. ada lah jugak orang lain yang tolong usya umah kita kan. (tp kt mesia ne, yer ker selamat lagi.. even apartment takder balkoni pon pencurik masuk!)

@ Kemudahan lain: Banyak townhouse ne offer kemudahan mcm kat kondo gak. Ada gym, pool, fitness centre dll. (am not so sure about this- sbb xpenah nampak: ini tru gugel jer)

@ less noise compared to apartment la kot..

Dan keburukanya pulak..

@ Tangga , tangga dan tangga.. tapi kalau setakat triplex .. xkan la xlarat nak naik kan huhu.

@ kurang privacy la sket duduk mcm ne, sbb sokmo bertrmu org bawah atau atas kita jer. maklumlah, bumbung nko lantai aku kekdahnya hehehe.. Mestilah jiran kita akan nampak segala pergerakan keluar masuk kita ke dalam dan luar rumah khen.

Dalam ke'eager'an chek nak meninjau townhouse ne, kawan chek lak cakap yg beli town house ne mcm tak seswai sbb chances untuk resell balik adalah rendah. Dia cakap, ianya bukan satu investment yg baik :( , katanya .. Kita mmg boley sewakan, but for how long.. and when it comes to the point yg kita nak juai umah tu.. susah nk dapat buyer.. tak best la jugak khen. huhuhu..

So, what say u .......?

Sebenarnya chek pon xberapa paham dengan apa yang sebenarnya di maksudkan dengan town house nih.. so lets share pasai town house ni.. supaya kita sama - sama dapat elmu. But chek rasa yang terbaik, mungkin chek kena p sundirik kt site untuk tgk segala progress dan kemudahan -kemudahan lain yang ada di situ. ^_^.





Wednesday, December 22, 2010

Dari KL ke Putrajaya ( dengan pengangkutan awam)

Bila orang nak datang Putrajaya memang akan ada masalah kalau takder transport kan?
Terutama sekali untuk kawan -kawan kita yang datang 1st time untuk interview kat Putrajaya yang chantek lagi permai itu. Tak semua orang ada relative yang stay kat KL or stay kat Putrajaya ni, mcm chek satu masa dahulu.

Chek pon dulu mcm tu jugak. Rasa.. apalah dengan Putrajaya ni, Pusat Pentadbiran Negara tapi nak datang (kalau takder own transport) sangatlah susahnya.

Chek ni pulak ada adik yang masih belajar di Shah Alam. Dia pun selalu balik umah chek ni. Kekadang kalau time shift tu bersesuaian, dapatlah fetch dia sekali. Kalau tak.. susah la juga kan.

So, disebab kan itu, mula lah chek dok pikiaq dan mencari alternatif .. takkan la pengankutan awam takder masuk Putrajaya. So, setelah diselidiki.. makan dapat lah chek kongsikan dengan anda semua serba sedikit dari apa yang chek tahu..


Sekiranya anda nak datang Putrajaya dengan public transport:-


i) Naik KOMUTER menghala ke Seremban dan turun di stesen SERDANG.. dari situ boleh ambik samada:-
@ teksi ke Putrajaya - precint yg nk di tuju (which is mahal la kan)
@ Ambil Bas RAPID KL ke Putrajaya no U42. Bas ini akan berhenti di Putrajaya Central. dari situ smbillah bas yang berkenaan mengikut precint yang hendak di tuju. Tambang bas dlm Putrajaya - Nadi Putra hanya rm0.50 jer :).

ii) Naik bas E1 dari KL dekat Central Market (Pasar Seni -- perlukah translation uolss???). Bas ini juga akan berhenti di Putrajaya Central/ Terminal Bas kat Putrajaya. So ambik la bas yang berlunggok huk kat situ mengikut precint yang nk di tuju.

iii) Ambil ERL TRANSIT dari KL Central ke Putrajaya Central. Paling senang .. tapi mahal sikit ler. Tambang ERL dalam RM9 sehala kalau tak salah. Dah sampai Putrajaya Central, carik ler bas yang ada kat situ.. (Jgn pulak ambik ERL direct kang terus ke KLIA.. :p).

Well sehingga saat ini, itu yang dpat chek tulis.. nnati chek tambah apa yang perlu ;)..

Friday, December 17, 2010

Crocs Tipu vs Crocs Ori

Kali ni plan nak buat entry yang pendek jer.

Pernah dengar tak orang cakap yang crocs yang jual di pasar malam tu sebenarnya sama jer dengan crocs yang jual di kedai yg mahal tu.
Yang tipu harga dalam rm20 kebawah yang original harga rm100 keatas.

Ada yang cakap sebenarnya kroks ni dah terlalu banyak di China thats why dah jadi lambakan kat serata alam termasuklah di Malaysia ni.

So, sesapa yang beli kroks kat dalam kedai yang harganya ratusan ringgit sepasang tu, RUGI lahhhh!!! muahahahhaa..

Satu hari chek ngan member jenjalan di Jln TAR. Jumpa la kroks ne jual melambak juga. Patern cantek cantek. So dalam banyak2 tu, saja lah chek ambik sepasang. Colourful sangat. Ala2 pelangi petang gituu!! wooooowww... Tapi selalunya chek pakai saiz 6, tapi kali ne saiz yang chek kena pakai ialah 8! huhuhu.. adik tu kata, saiz mmg xsama.. ( how come ek..)

Dah puas menerai (mencuba).. so chek sambar sepasang, n my fren sambar sepasang. Harga rm15 sepasang kot. Tak ingat dah. Ne la kasutnya.. Kami berdua pun balik lah dengan keriangan ( ewwaaahhhh..)..


A day after that , mek pun mula la menggayakan kasut baharu itu. Maklumlah, kasut baharu.. ciwi lah sekejap..

Bila dah pakai dan bergaya ke sana sini.. chek mula rasa lain. tapak kaki sakit. N its felt so uncomfortable.Ia seolah memberi tekanan yang menyebabkan bahagian tengah tapak kaki terasa sakit. Seriously .. kita akan rasa mcm nak buka kasut sekejap tu jugak. And bila kita dah mula banyak berjalan, baru kita akan perasan yang saiz kasut itu seolah olah tidak sama. Ini menyebabkan sebelah kaki seperti nak terkeluar. Chek patut tahu dari awal lagi kan, sizenya pun ntah hapa2.. :p

So, sekarang dah tahu bezanya?. Yang di jual secara longgokan dan murah itu adalah tidak sama yang terdapat di outlet kroks. kroks yang ori di katakan mampu menghapuskan bau kaki. It was designed that way. Cool haa? ;) .. It will support ur feet.. Material nya juga lain. Kalau nak tahu perbezaan.. kena lah ada satu yang ori .. baru lah dapat bezakan..

Monday, December 6, 2010

MAHA International 2010 yg Maha Dasyat!

Semalam (5/12/2010) ialah hari yang terakhir pameran MAHA International 2010.
Adik chek ajak p MAHA. Chek mmg malas nak p tempat pameran macam ni. Bukan tak minat tapi sebab my fren yang bertugas di sana cakap, jalan sesak gilerrr..!!

Tapi bila dah tadak apa2 program, chek pun bersetuju ja.
Dalam kul 12 macam tu kami keluaq. Rumah dengan MAeps tu bukan jauh pun, sekangkang kera jaaa cik jah weh!. Kami try masuk ikut pintu 1.

Kat simpang selepas Hospital Serdang tu pun jalan dan sesak. tak pa. Sabar. Tapi lepas bebrapa minit, dah boleh masuk simpang tu. Tapi di situ lah bermulanya mimpi ngeri kami. Rupanya bermula dari situ hingga lah ke tapak MAHA tu, stuck .. sesak yaaamats.. Sesak tok ayah punya nih!. Betoi cik jah weh. Kami determine nak masuk jugak. So bersabar dalam kesesakan , kepanasan dan kehangitan. Masaa tu dah pukul 1215kot.

Keta bergerak macam kura. Ermm lagi dasat daripada kura agaknya. Ada beberapa ketika, tak bergerak langsung. Dengan perut yang mmg lapaq (time tu kan dah time lunch) kami bersabar lagi. Ada few kereta yang dah patah balik. Namun kami masih bertahan. Yups.. kami bertahan sehingga lah sampai ke kawasan MAepsss...
dan waktu itu dahpun menghampiri pukul 3.00 petang!!!!!!
Nko gilak ka apa kan... mek memang dah sangat hangen dan terbakaq di dalam. Nak patah balik dah xboleh sebab jalan tu dah di pasang ngan tape.

Dari pukul 12 tengahri keluar dan pukul 3 petang , masih xboleh park kereta lagi nak enjoy MAHA. Kau gilaa??!!!

Bila berjaya masuk dalam kawasan MAEPS tu.. sesak masih lg mcm td, bergerak sikit2.. blom lagi nko nak carik parking dan menapak ke kemah pameran! Kau sanggup???!!

Masa tu apa yg ada dalam otak mek ialah.. kalau ada peluang untuk u turn, mek akan balik saja sebab dah tak sanggup nak pusing2 cari parking dalam keadaan trafik yg bergerak mcm har*mja**h tu!
Akhirnya setelah 3 jam tersangkut, kami jumpa jalan untuk u turn.. mmg mek cepat2 patah balik. Kalau mek tunggu dan cuba cari parking bagai mungkin akan ambik masa 5 jam!!!. Mek dah lapar sangat sampai kepala pun dah pening sebab dah masuk angin kt perut agaknya. Tak cukup dengan tu.. kaki kanan mek ne pun dah lenguh semacam (kaki kanan mek ne memang ada masalah cepat lenguh)..

Ya tuhan itulah percubaan paling bodoh untuk tahun 2010 aku buat! Cuba melawat pameran MAHA International pada hari yg terakhir!!!

Saturday, November 27, 2010

Satu Kau Mungkiri - Hidup Bersamamu

Lagu ni selalu buat aku berfikir dan kemudia senyum kasihan pada diri sendiri

BERSAMAMU by Sarah Raissuddin

Jangan di ucap selamat tinggal
Pada diriku yang menantikanmu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri hidup bersamamu

Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir air mataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu

(Korus)
Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (lalu)
Berikan ku cinta sembuhkanlah luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya

Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir air mataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu

(Ulang korus)

Jangan di ucapkan perpisahan
Sayup suaramu menghilangkan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasihku padamu subur di hatiku


-hugs n kisses-

Saturday, November 20, 2010

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Tak ingat bila MK cakap dia rasa tak sedap badan dan dia nak g buat check up. Chek pun worry O.o
Itu salah satunya bagus MK ni, bab2 kesihatan dia memang sangat concern. So kalau tak salah 3 minggu lepas dia g buat check up. Punyalah lama. Dari pagi sampai petang kul 6.00 petang baru selesai katanya!. Konpius chek.

But few days after that, dalam dok sembang dia bagitau chek yang dia sebenarnya masa dia p checkup tu dia juga dok usya kereta baru. Waaaahh... Chek hingat dah few times dia dok mention nak tukar kereta since keta yg dia pakai tu dah habis bayar. Dia ada sebut nak ambil Toyota memula, but bila Toyota banyak panggil balik kereta dia, dia mula usya Honda lak. So chek pon hingat antara dua tu la pilihan hati dia.

Masa bagitaw tu, dia suh chek teka. Keta apa yang dia ambik.. dia bagi clue "keyless". Chek pun teka lah macam-macam seperti yang terdapat dalam snarai pokcik gugel tuh :D.
Dah lama meneka akhirnya dia ngaku ...

Jeng.

Jeng jeng..

Jeng jeng jeng ...

Jeng jeng jeng jeng ...








yupss.. FORTE it is.. ~_~

My 1st tembak guess was rite! hihihi..
Supposed dapat kereta dalam 11hb mcm tu kot, tapi atas sebab kecuaian men'key' in butiran penting oleh pihak bank n insurans.. lambat la jugak dapat. 16 November 2010 baru lah dia g ambik keta :).. a day before Aidil adha.. beraya ngan keta baghu lah.. biar pon raya qurban katanya!

After susah payah dan kerja kuat, ini lah hadiah untuk diri sendiri. Am happy for you (haruslahh i konsep menumpang kasih bersama menumpang kereta ahakss!)

Opsss .. petang ne nak jenjalan ngan keta baghu sat :p hihi
so see u all yaaa
muahhhhssss
-xoxo- opss wup wuppp.. ^-^

Saturday, October 23, 2010

Tenggol island, Dungun bebeh!

Last week, weekend terisi dengan aktiviti bersama my dearest eventho dia sibuk kat CIAST.
Minggu ne dia ke Pulau Tenggol, Dungun, Teganu.
Nak dive katanya.
Hari tu, tolong call and carikan tiket untuk ke Dungun tu.
Suruh dia naik Maraliner sbb Maraliner ne kalau kita naik bas dia.. baguih.
Sebab apa?

Sebab, bawak tu elok , cermat..
Co-pilot akan bagitaw kita akan berehat berapa lama dan akan berenti rehat di mana.
Masa perjalanan juga dia bagitaw (estimated).
dan the best part is.. derang akan baca doa dalam bas sebelum perjalanan.
Setelah berusaha buat semua yang terbaik.. yang lain tawakkal, berserah pada Allah SWT sajalah.

Me tanya dia pegi ngan sapa. tapii he refuses to answer.
Tapi dia bagi hint seolah -olah g ngan kenkawan. Yer lah sangat.
So petang tadi bila dia call.. mek tanay la dia,
dalam bas karang leh tak nak kol..
"tak boleh laa.. sebab MAMAT tu ada kat sebelah.."

Aku ketawa kecil "kalau cakap takboleh pon sayang dah faham..takpayah ler nak guna MAMAT pulak "
yerlah.. mamat tu maksudnya wife dia ada sebelah ler.
Dengar dia pun gelak kecik.

Safe journey sayang.. for both of you.

Yes, you and your wife...

But masa dia kat sana, few times gak kami chat thru phone. Biasalah windu khen..~
dan sempatlah juga mek seasat .. mana wife dia kan..
tapi setelah siasat dan siasat.. dengan secara halus (hihihi) akhirnya, mek dapat taw jugak yang dia memang g dgn dive buddy dia .. bukan ngan noi. ahakss..

Mek memang redha, tp jeles tetap ada lah jugak khen.. ahakss..
Lega jugak bila taw dia xp ngan wife dia :p

Sunday, October 17, 2010

Taraaa!!! Suprise!!

Sebenarnya rasa tak sabar - sabar nak menulis bab yang ini. Huhu..
Weekend yg so meaningful for both of us ( I guess.. or for me at least).

We did lotta things that we cant do since last year. Ronda - ronda dalam keta dengan sesat jalan but still enjoy it , makan -makan tempat yang kita redah jer, nyanyi -nyanyi sambil driving.

Remember when i told u guys yang MK ni seorang yg sangat susah nak bagi apa -apa pun. But sebelum hari raya dia ada belikan sofabed ( ada kt dalam previous entry), biskut raya (sebekas jer) dan .. weekend ni bila kami jumpa, 1st thing yang dia buat bila me masuk keta..

- nah, untuk awak. Aku tengok kotak tu dengan muka senyum dan renyih
- takmaw ka? - aku bantai gelak lagi
- betoi ka bohong ne? satgi saya ambik , tgk2 kotak kosong.. awak sengaja nak 'gotcha' saya ka.
- lerrr.. kalau taknak saya ambil balik.
- betoi ka ni??!! (seriously me mmg xpercaya.. tahap terkujat amats nih)
- awak slalu dok sebut yg dok ada tu dah macam2.. ambik laaa

Aku ambik , buka kotak.. biliv me guys.. i burst into tears!
Bergenang ayaq mata. Sebak.

Henpon nokia ne rasanya murah saja uolls. Maybe dalam few ratus sajor. Tp bukan yang tu yang terbayang di otak dan terdetik di jiwa me time tu.

Kan me penah crita.. dia ne sangat susah nak bagi apa2 pun uolss. Bila me kata 'susah' maknanya memang SANGAT SUSAH. He doesn't shower me with stuffs.
Kalau birthday me pon dia wat derk jer.. so what do you expect kan.. don't ask me.. am used to it. Imune. Kalau dia g holiday.. paling paling pun me akan dapat fridge magnet. Yaa ..Seriously. :)

Me buka kotak tu, pegang hp tu.. bergenang ayer mata. Me tataw nak cakap apa lagi. me just cium tangan dia.. n say a simple word "Thanks yang". And it comes from heart.. when we least expect it ,he comes with surprise.

and actually, me also plan for a surprise untuk MK but it did not turn as i planned. :( .. but theres sumthing i wanna show u guys .. heheheh..

Again, Tadaaaaaaaaa..!!



This is part of the surprise lah. Part ni berjaya, past yg separuh lagi gagal huhuh .. but he do thinks that mender tu cute ;)..
me cut his pic , my pic then paste it in a piece of polistrin, and a red card board paper untuk love shape. Our pic, me stick atas batang disposable fork.. and love shape tu lekat atas lidi jeruk beli kt carrefour :p. Then cucuk atas kek, we ate together.. tadaaaaa..!

So, overall.. weekend ni memang terisi dengan xtvt kami.
Mungkin ini semua takkan kekal lama.. tapi selagi ada,
me ingin menikmatinya ..

Hope uolls pon berbahagia dengan kehidupan uolls seadanya yaaa.

See yaaa :)


Saturday, October 16, 2010

Tender Love Care ( ntah hapa -hapa) :D

Weekend yang happy. :)

Dapat g makan seafood di Kapar, Klang.. kat Aroma Ikan Bakar dengan MK.
Setelah sekian lama dok ajak MK makan seafood kat Bagan Lalang, akhirnya malam tadi, kami p ke Pantai Jeram, Klang. Takper lah tak pergi ke Bagan Lalang pun.
Makan kat AIB ( Aroma Ikan Bakar). maaf lah tak dapat nak letak piccas di sana sebab terlupa bawa kamera. But takper lah.. dapat story gak kan. Kami order:

- Siakap bakar
- Udang A ( besar ) Butter Prawn
- Kerang bakar 1 set
- Ketam 2 ekoq masak cili
- Sayur kangkong belacan.
- Teh halia, barlia suam dan sirap
- nasik putih 4!!!! (ne MK la punya idea hihih)

Bila disenarai kat sini nampak mcm sikit. Tapi bila dia dah hidang.. mcm xpercaya jer kami nak makan berdua sahaja. Huhuhu.. Mk kata "hah.. jangan cakap tak larat makan"

Bukan apa.. ketam tu mula2 dia nak ambik sekor jer, tapi aku cakap.. ish takkan sekor, 2 lah..". Pastu udang lak.. dia nak ambik 3 ekor.. aku lak cakap .."mana adil, ambil 4 ler.. sorang 2 ekor".
Tgk tu, punya la tamak. Al maklumlah.. nak sampai ke situ sikit punya jauh uolls.. Sampai masuk angin ler perut ni.
Bila dah siap masak, haaah engkau.. terkujat tgk .. ikan bakar tu bley tahan gak besar. Aku dah tanya, tadak yg kecil ker.. tp. dia cakap tadak.. huhu. So terpaksa laah..
Bukan apa, kalau kami ikan bakar selalunya makan ikan temenung jer (kembong). Kali ne gatai lak nak mengorder ikan seakap.. hambekk nko!

Kerang tu mmg xhabesh! sbb talaghat nak kopek hihi.. kerang tu ala2 starter laa.. pashtu baru la lauk pauk yg lain datang. Cepat gak ler. Less than 20 minutes kot rasanya. Masa tu pon org tak la ramai sangat. Boleh tahan ler ..

Sbb dah banyak sangat, kami pakat dok layan gelak nak habiskan makan. nasik mmg talaghat nak makan dah. So kami meratah jer lah. Kami ratah ketam, ikan bakar yang banyak la jugak lagi. Udang pon sbenarnya mcm xhabes.. memang btol sorang sekor atau 3 ekor untuk 2 orang (kami) cukup laa.. hihi. Ini ;lah jadinya kalau tomakk. ahaks..

Overall.. puas hati ler. Tapi nak kata ikan tu suma fresh .. xla jugak. Kena la pandai pilih. Ada yang mata merah uolss!! Seb bek chek ni selalu p pasar khen. So ikan yang ambik drug n ikan yang masih suci itu dapat ler chek bezakan.. hihi.

MK kata "mai jauh-jauh.. seb bek sedap!: :D

Masa dok makan tu , chek tanya la kt MK "agak-agak berapa ?"

MK kata " urmm .. dalam rm100 .."

Chek lak teka .. "ermm dalam RM70.."

Bila bayaq .. bilnya ialah ..

......

.........

...........

.............

...................





RM 75.40! hihih kira ok lah :D

Balik dengan kekenyangan ... Alhamdulillah ...

But most of all, seronok sebab we can spent time together. Dah lama xkeluar jauh-jauh macam tu. Masa makan tu pon dan masa dok tunggu hidangan sampai, dok tease each other.. hmm such a wonderful moment.. (terus terbayang bayang.. hihi)

Ada lagi 1 kisah pasai weekend ni yang menghepikan mek. A surprise .. hikks.. nanti chek citer ek ;)

Okey uolss.. c ya later ya

Thursday, October 7, 2010

Terang Lagi Jelas

Hari ne me tak duty tapi tetap mengegehkan diri untuk pergi ke pejabat. Katanya director bahagian Human Resource kitorg sekarang ne akan pick randomly TMS mana yg dia nak huhu. Nahasssss..

Buhsan giler kat opis tadi.
So petang tu after setel layan siti Kelembai ( i folo uols hihi ), terus jer g pickup my fren yg umahnya tak jauh dari opis nih.
Kitorg lepak kat The Sphere, Bangsar South.
Makan -makan kat Balifeel.. ( not so Bali jugak sbb pasang lagu omputeh 80's).

Lama jugak lepas makan tu dok lepak ngan my fren ne sambil gossips.. harusssz.
Lepas tu kitorg sesaja jenjalan kat bawah The Sphere tu nengok apa yang ada, sbb slalu datang asik makan kat atas jer.

My fren tersangkut kat kedai cermin mato sbb cermin mato dia patah dikerjakan dia sendiri huhu.. (bukan sebab brgaduh dengan madu yer.. hahah)
Power dia uols nk tahu berapa ..
Kanan : 275 Kiri: 350!!!
Silau : 100

Kalau dia xpakai lense n spek dia tu uols.. mmg dia kata xnampak apa sangat. Kena betul2 dekat, baru lah nampak.

So , me pon gatai la nak chek mata kan .. sbb free kekdahnya!
Masa kita sedang chek tu, kita kena tgk pic rumah kecik dalam mesin tu.. so, ok.. selesai chek..
Adik kedai tu tanya ..
"Akak ada rasa macam kelabu ker, xjelas ker.. "
"tak.. clear jer semo"

Dia pon reveal kan hasil ujian mata tadi ..



Suma kosong uolsssss!..

Suma '0' . Maksudnya.. mata n penglihatan me mmg clear. Xda percent yg detected by mesin tu muahahah..
Wowwww.. ahakss. I like.

Before this few dok tegor my eyes slalu nampak shining n tanya gak.. if am wearing contact lense sbb nampak shining.. ahaks. The answer is 'no'. Mata oliginal lah ni :p.
Bukan perasan taw.. tp memang betul ler ..
Rohsianya
Selalu lah makan carrot. And jangan lupa makan sayur.. n me.. jugak sukaaa sangatss salad. Yummy.. (terus terbayang fresh salads).

Jom makan dulu ..

C yaa..~


Friday, October 1, 2010

Terkenang Semasa Dulu ...


Baru balik dari menikmati makan malam bersama MK.
Alhamdulillah. kebetulan pula kawan -kawan kitorang datang dari Alor Setar. So after dinner, MK nak balik terus sebab nak jumpa derang.

Bila dia hantar me balik jer tadi, memang dah terasa.. apa lah yang nak buat weekend ni. Esok (Saturday), kawan yang dekat umah ne buat makan -makan ( dia kata bukan open house sebb dia buat sikit jer). Hihi.. tak per lah kan, lagi pon belum pernah pegi umah dia lagik.

So, bila MK hantar di bawah tadi.. malas lak nak naik. So terus jer ke shopping complex sebelah ne untuk cari DVD. Leh gak lyan time borink.
Ini semua disebabkan semalam ler, dok tak duduk.. dok layan semula cerita -cerita yang pernah buat hidup ni happy sangat. Sampai terbawak -bawa dalam hidup seharian. Hihi kelakar.. tapi memang bersemangat lah bila menonton citer yang insipre us kan :).

Tingat, tahun - tahun bila dalam umah sewa ramai dengan kenkawan.. dengan macam macam ragam. Layan muvee dalam bilik member yang ada PC ( time tu mana lah nk ada netbuk laptop sgala kan..) ..

Layan crita sundel bolong hahahah.. klakar giler. ada ker.. sundel bolong boleh siap berpesan lagi kepada anak - anak dia ( dlm citer tu lah) .. "jadilah anak yang soleh dan berbakti kepada bangsa dan negara"!!!! hahah kau tak meraung ketawa.. dr nk rasa seram terus ketawa terkekek kekek .. hihihih.. ( Dalam hati sundel bolong ada taman daaaa..)

So, bila masuk kat Video EZ tadi.. terus cari citer hindi yang memang begitu sinonim dengan aku. Lakonan Kajol n SRK.. (semua text books aku dolu ada pic kajol n skr hoccay..!!)

::Dilwale Dulhania Le Janyenge and Kuch Kuch Hota Hai ::

Ini lah citer yang sangat - sangat aku suka. KKHH tu ntah dah 70 kali aku khatam!! Serious.. xtipu.. Wayang jer 2 kali aku tengok.

Aku suka sangat wat scene menari lagu "Mere Khawbo Mein" .. ala -ala kajol .. Menari ngan towel ja .. hikks..

My fren call me kajol laaa.. serious wa cakap lu :D

DDLJ pulak ingat lagi .. masa tu ada kelab apa ntah buat tayangan DDLJ di Lecture Theater. Tiket singgit ker 2 hengget mcm tu jer. Kebetulan pulak malam yang sama kami bebudak Banking ada test subject IT ( International Trade).. Apa lagi pakat xsenang duduk ler kami yang mana dah beli tiket ni.. Sampaikan jawab test tu punya lah cepat , laju. Ingat lagi, ada satu soklan aku mcm kelabu hasap sikit.. sebab nak kena wat currency exchange. ( IT ne related ngan bagaimana currency ditentukan and pertukaran bila melibatkan banyak currency -- ingat2 lupa daah :p) ..

Bestfren aku, simah.. terus ambik kertas jawapan suh tiru.. dia kata takder masa nak pikiaq dah sebab citer tengah tayang. :)

Dedulu.. kita pernah terfikir, susahnya hidup sebagai student.. cepat lah nak masuk kerja .. nak cepat pegang duit.. cepat tempuh hidup ..tanak jadi student yang kena ngadap buku dan stress of exam.. thinking about our GP n CGPA ..

Well, bila dah bekerja ni.. sesekali datang rasa rindu amat terhadap masa - masa tu. Masa kita seronok menikmati hidup yang hanya serabut tentang exams dan study. Miss those days.

Thats why la org selalu cakap .. nikmati lah hari ini sebelum ia berlalu.

Take care all ..

Muawwchsss :x

Sunday, September 26, 2010

Terkantoi

Di petang yang tenang dan damai setelah selesai tugasan pada pukul 4.00pm, aku terus ke rumah seorang teman yang berada di USJ. Jalan sesak sebab orang lembah kelang mmg sangat suka ber'rumah terbuka'. Yupss.. macam tak percaya sesak on Saturday n Sunday dengan dasyat sekali hanya kerana OPEN HOUZ!!!

Sampai rumah dia dalam pukul 4.30pm dan dihidangkan dengan mee kuah. Yummy!!. me memang lapaq sebb tak lunch tadi .. uhukkss :(

Me dok sembang sambil makan juga kuih muih yang ada atas kabinet tu. Eh, my fren ne takder buat open hause pon, dia sesaja jer masak mee kuah tu. Saja lah kan banyak nak sembang antaranya trip kitorg to Seoul on May next year.. hihihi.. dok crita pasai bajet and the itinerary apa yg seswai dengan bajet kami yang ajak ciputss ne, dan sembang gak mengenai rutin hari ni ..

Me pon tanya dia .. "Cari apa kat OU td?".. sbb masa kitorg dok sms awal sebelom me pegi tu, dia kata nak kuar jap ngan bf dia g OU..

Sekali ..

" Hang taw dak.. aku hari ni ada insiden.. nak p OU pon xjadi.. "

Aku terus terjah "Hang kena serang ngan bini dia ka??"

Tudiaaaa!! heheh . Rupanya memang benar lagi soheh tekaan ku!

Hahahah... aku bantai gelak jaa.. So, dia pon mula story..

:: Kami berenti isi minyak kat sini..Abang yang isi. Memang la, kalau isi minyak akan tutup suma kan. So aku tanak panas, aku buka la tingkap.. tup-tup kereta bini dia lalu di stesen minyak yang sama. masa tu aku dah nampak, aku buat muka kering ja lah kan, macam tak bersalah. Kalau aku buat muka terkejut lagi lah , obvious kan..?!. Aku dok tekan la blekberi aku ne buat muka xbersalah. Tapi dalam hati Allah ja yang taw. masa tu dia n anak sulung dia ada dalam keta tu. aku tak tengok dah .. Tiba-tiba abang akan aku masuk, aku angkat kepala.. ya allah dia dah punyalah dekat.. dalam 3 langkah lagi ja nak sampai kat gheta. Abang terus stat keta angkat tangan dan gerak.. Ya Allah... ketaq aku.. pastu nak p OU pon x jadi laaaa.. hilang semua mood::

Aku bantai gelak lagi..

Kawan aku ne kata , selagi tak berkahwin.. memang tak boleh kantoi dengan bini bf. Kalau tak, harapan pon akan jadi kelam.. hihi..

Orang boleh judge n cakap apa yang derang suka sebab derang taktahu cerita dan jalan cerita.. Jgn judge semua kisah orang yg bercinta ngan suami orang tu sama jer.. klise jaa.. atau alasan sajaa..

Abey mantop macam ne ok lah khennn ..
tp mohtep abey mcm bf i yg ala - ala itu ttp menjadi kegilaan hihihi

As for kawan aku ne, dia pun jadi serabut bila dah jadi macam ni. Bf dia dah mula bercakap mengenai kahwin, so dia taknak perkara macam ni akan tutup harapan dia. Mestilah konsep "Kompang Dipalu" takkan nak konsep "Pelamin anganku Musnah!!" khennnn????

Aku faham.. Why? because am wearing the same shoes but with different size ;)..

Ujung - ujung persembangan tu dia bagi cadangan yang sangat bernasssssss

"Lin, kita kumpul duit p umrah.. nak..?"

Me senyum and reply

"aku pun ada terpikiaq menda yang sama.. "


Friday, September 10, 2010

Taktala Takbir Bergema

Salam Aidil fitri untuk semua.
Tahun ne saya beraya di KL kerana tuntutan tugas. Sehingga hari raya ke-3.. insyaAllah, selesai tugasan , rehat jap pastu akan terus balik Kedah. Tak sabar rasanyerrrrrr......

Semalam, bila Ramadhan melabuhkan tirai, me berbuka puasa dengan my dearest, masa nak suap makanan tu.. suara takbir dah pon mula berkumandang. Itulah takbir pertama yang me dengar pada 1 Syawal. Terus rasa sebak dan air mata pun jatuh. Nak makan pun xdapat. Sebak teringat terpaksa beraya sensorang.
Dia tanya - kenapa?..
Me bagitaw sebak sebb teringat kat family di kampung n me kena beraya sensorang sambil air mata jatuh.
Dia cuba tenangkan me - dah laaa... xpayah sedih.. ada lagi orang yang tak boleh balik beraya langsung..

Pagi tadi semasa bertugas pun, air mata jatuh jugak specially bila dengar takbir (mmg sebak laaa..). pastu adik pula call.. lagi lah sampai xboleh nak bercakap.. sebab dok nanges..

Naseb baik juga dia ada. Kalau tidak, lagi sunyi lah rasa.. Thanks dear..
Dia juga ada bagi biskut raya tahun ne... Dia suka sangat. asyik promote dari tahun lepas lagi.. :)
Lupa tanya apa nama biskut ni. Nampak macam biasa kan?? Tapi biskut ne sedap sikit sebab walaupon mcm almond london tapi dia tak menggunakan cooking choc untuk salut tu. Choc nyer lebey kepada choc yang mmg ada rasa sweet n milky.. No wonder he loves it soooo muchh.. 9 but dia ada komplen jugak kata salutan choc tu semakin nipis.. tak mcm tahun lepas yang tebal n best!)..




Thursday, September 9, 2010

Sofabed


Dah lama tak menulis. selain daripada M sekarang pon agak busy dengan segala persediaan untuk menyambut Aidilfitri. Alhamdulillah sekiranya tamatnya hari ini maka berjayalah saya menamatkan Ramadahan dengan 9 hari keciciran :p.

Ingat lagi dalam entry lepas cakap nak bagitaw sesuatu yang berbunga dalam hati.. heheh.. sebenarnya waktu MK call dan dia jd loving semacam tu.. dia sedang berada di Courts Mammoth yang baru saja dibuka di The Mines. So dia sesaja jenjalan cuci mata..

Ntah macam dia bermurah hati lak.. Maybe sebab dah lama dengar mek dok sebut nak beli sofa kot..



So, inilah hadiah pemberian daripada my dearest. A sofabed.. :) Maybe a gift for hari raya kot. Kekadang .. MK ni unpredictable jugak. Dia jarang bg apa2 pada me.. so sekali sekala bila dia bg tanpa disangka , memang sangat tersentuh.. hikksss!!
Dia yang order, pilih and bayar huhuhu..

Thanks dear,

Monday, August 30, 2010

Soulful Sunday

Ahad baru ni (29 Ogos 2010) pepagi lagi dalam pukul 11 dah gerak ke setiawangsa untuk ambil balance biskut yang ordered by my downline. Biasalah, bila dah mula distribute, yang tak beli pun akan beli juga. Alhamdulillah.. rezeki (walaupun badan sangat letey).

Masa odw nak ke Setianwangsa tu , lalu ler satu lokasi X ( tempat me and my dearest dok dating dedolu ). Me ambik henpon and smsed dia "Baru jer lalu kat depan X.. tingat zaman muda muda dulu"
Tup tup dia reply with smiley face dan ayat -Esok kita buka puasa sesama naa.
Me- InsyaAllah :)


Dlam dok tunggu tawkey hantaq stock biskut tu, bateri henpon lak kong. ( Henpon ni dah tunggu masa nak masuk kab-wau-ba-wau- ro!!)

Dah selesai ambik stock with my lil brother terus heading straight home. Balik cas henpon and bila dah on tu tengok ada few missed calls , antaranya from him.. hmm 2 times. Again,.. thats weird.. dia (kami) slalunya akan kol sekali saja, kalau tak pikap, pihak yang tidak pikap akan kol balik.
I called back and the first sentence from him was "hello yang.. "
Wait.. now..mmg dh pelik. Slalunya dia akan jawab phone dengan "hello....... bla blabla.."
Dalam otak dah putar penuh q marks - napa mcm lomentik n caring lak today. huhu..
He said "tengah wat sumthing, satgi saya kol balik..."

Then about half an hour after that, he called.. we talked.. dia kata dia kat newly open Courts Mammoth at The Mines.
Dia memang lain..heheh.. napa ntah. :p

Me rasa nak bagitaw jer apa yang dia dah buat tapi takper lah.. nanti sampai masanya, me akan wat enty mengenai tu plak..

Waaah..hati mmg bunga-bunga lah,,~ hihih...

To my dearest Mat Keri.. love yaaa dear..

Muaawwchss .. much love :x

Friday, August 27, 2010

Seulas Bawang Merah :: Seniwati Latifah Omar

Hello dear,

Amacam dengan posa korang? Ada best? Hihi.. mesti sekarang dah semakin membakar dan membara semangat 1 Syawal kan..

Tadi me buka puasa dengan segelas viko panas dan sebiji kurma jer. :) then terus solat. habis solat terus g shoppin complex yang sebelah rumah ni untuk makan. Tudiaaa.. dasat btol anak dara ni lately kan. Dah semangat malas nk masak dah dekat-dekat nak raya ni. Kebetulan juga my dear fren Muni ada nearby dengan kawan dia. So me pon ambil kesempatan untuk jumpa muni n her friends tu. Makan together gether kat Nandos. me just order cesear salad jer.


Nway me nak bercerita hal lain lah..
Korunk ingat lagi pada Latifah Omar.. Hmm alaa pelakon tahun 50an - 60an dulu yang cantik jelita tu. Yang ada tahi lalat hidup di bahagian bawah bibir tuh. Orang sangat cantik.. Dia pernah berlakon banyak filem lama antara yang paling fofulaer tentunya Bawang Putih Bawang Merah , Lancang Kuning, Sultan Mahmud Mangkat dijulang dan lain lain.

Inilah orangnya. Cantik kan? Memang tak dapat dinafikan. Boleh dikatan dia antara jelitawan perfileman Melayu satu masa dahulu.

Mengenang kemali pembabitan beliau dalan perfileman Melayu, tempat me kerja telah berkunjung ziarah ke kediaman pelakon ini di Jalan Semarak. Sekadar ingin mengetahu perkembangan semasa beliau dan ingin memberikan para peminat beliau berita terkini mengenai dirinya.

Me memang tak sangka akan dapat peluang ini. Dalam sesi temuramah tu, ntah napa mek sebak sangat. Mek pandang dia. Mek tgk cara dia bercakap.
Dalam sedang mek temuramah dia, suara mek yang tersekat sebab mek sebak. Bukan kerana sedih melihat keadaan beliau ( kerana beliau kelihatan sihat dlm usianya), tetapi me mmg tak sangka mek akan jumpa , bertentang mata, bersembang dan bermesra dengan beliau. Ya Allah, satu masa dahulu, mek hanya tonton dia di TV, dalam crita hitam putih pulak tu.Mek hanyalah orang yang memang tak pernah terfikir akan kesempatan ini. Kerana mek hanyalah bebudak kampung hingusan dan tak pernah terfikir akan terlibat dalam bidang media ni. Cerita yang dilakonkan itu sangat lama, jadi memang lah tak dapat pikey yang akan berpeluang jumpa dengan beliau yang sekarang ini dah pun menjangkau usia 72 tahun.

Beberapa kali mek lap ujung mata, nak elak air mata jatuh sebab TV juga sedang rakam. Seorang primadona yang dimamah usia. Namun masih lagi cantik pada usianya kini. Peluang dan pengalaman yang akan sentiasa mek ingati.



Inilah wajah terkini Seniwati Latifah Omar..

Ujar beliau, sebolehnya beliau tidak ingin lagi wajahnya muncul di layar kaca/perak. Sekiranya para peminat merindui beliau, maka biarlah dia tinggalkan mereka dengan rasa kerinduan itu. Biarlah dirinya dirindui....~

selesai acara, dan semasa memeluk beliau untuk mohon diri, ayat terakhir seniwati ini sekali lagi mengundang sebak di dada

' Bila saya tak ada nanti, datanglah yer .....................~ "

Mek seka air mata lagi....

Sangap Sekejap!

Holaa my luvly ladies,
2 hari lepas, memang letey sangat sebab dok angkat biskut raya nak hantar pada downline :p. Yerlah me sensorang uolls. Kotak biskut tu bukan ringan and me ne beratnya hanya 45kg saja (ramai yg kata nampak kerempeng huhu).. Rasa melengkung badan ne menangkat kotak -kotak tu. nasib baik lah ada beberapa downline lain yang me suruh tawkey hantar direct, kalau tak, mahu patah tulang belulang mek ni kan...! 1 kotak tu ada 24 bekas biskut. Erkk.. sampai sekarang rasa lenguh belakang :/
Hari yang kena angkat kotak-kotak biskut tu, samalah juga dengan hari mek kena duty pukul 3am. Apa lagi balik terus nak terus koma lah tapi disebbkan dah berjanji nak pickup biskut dari lori kenalah tidor dalam berjaga-jaga gitew..
Dalam kul 11 lebey, abang lori hantar biskut tu dah sms kata dah sampai. Mek capai jeans n t shirt then tudung express terus zvvrrrommm ke meeting point.
Bila dan pickup n sampai dirumah, usaha lak nak mengangkut beskut2 tu naik ke atas. Adeh laaa.. gilo sakit badan wehh!! Seb baik ada troli cold storage sesat kat situ.. aku sebat ler hehehe..
Dah setel angkut mengangkut tu baru barulah dapat sambung tidor dengan nyaman. Ngeh ngeh ngeh. Tapi bila dah baring baring manja tu pikey-pikey balik, mandi lah dulu sebab nak tido pun ntah sapa lah punya keta yang asik memekik. Alarm berbunyi dari tadi. Adeh laa.. ganggu kententeraman. Sekejap bunyi dalam 5 minit.. berenti jap 5 minit then bunyi lagi.. stressss!!! Mahu dekat setengah jam gak ler masa tu, asik bunyi alarm tu.
Aku dengaq ada neigbour yang dah jerit "diamlahhh!!!!". heheh agaknya dah tensen kot!.
Dah buhsan dengan alarm tu yang ngakk mahu berhenti bunyi aku capai towel ngan masuk mandi dulu.
Sedang air jirusan tu membelai tubuhku yang keletihan tetiba terpacul ( ewwahhh) ilham ala-ala lagu Biduan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee - Ilham Tiba kan -ada satu mentol muncul atas kepala mek "ntah-ntah gheta aku pa yang dok menjerit tu". Sebab 2-3 menjak ni memang dia mcm xbtol sikit keta tu. Ada wayar putus agaknya huhu..
Dengan kelam kabut , air penuh dibadan, mek sambar towel, lari ke hall cari car key dan try picit alarm dari level 14. Berbecak niih lantai bilik aku tuh! Kuarkan tangan kat tingkap kecil dalam bathroom tu (seb baik leh agak koordinat keta ku itu). Tit.. titt.. huh.. SAH!!! memang gheta aku yg dok menjerit dari tadi! Berjaya..! Kuat gak signal alarm ni. Huh, ghupanya keta sendiri yang menjerit tak habis habis dari tadi. Ammponnnn.........~
Tu la kesahnya.. huhu.. oklah. mek sedang duty ni..
Story mory lagi yer.. muaahhss darlings ;)

Monday, August 23, 2010

Stop! License Please ..

Ahlan Wa Sahlan Ya rerakans.. :p

Hari ini ada beberapa perkara terjadi taw pada saya. huhu. Bermula dari awal pagi lagi.

Hari ne duty start pukul 3pagi sampai 6.00 pagi. Lepas tu balik umah ler macam biasa. dop koser mek nak nunggu sampai kesiangan sebb mek sangat ngantoks uolls. Terbayang sudah bilik ku yang serba sempurna itew (sempurna kah??) hahahah. Alaa bilik yang sempoi -sempoi sahaja. Baru jer tukaq cadar yang baru pulak. Loove it. Warna yang ceria uolls.. rasa best jer bila masuk awww... romantika di amorr katanya~ Dah banyak cadar sekarang, sernok dapat tukar every wik.. yaaaayyy!!


Okey, jom crita.. U know, semalam ( 22/08/2010- Ahad,) masa dalam perjalanan nak masuk duty, me jumpa 3 road blocks. Pertama berdekatan dengan Sungai Besi, 2nd kat Kuchai Lama and 3rd kat Jalan Klang Lama. Me, panick la jugak kan sebabnya .................... road tax dah mati on 19/08/2010!!!!!

hahahahah.. tapi yang sebenarnya saya ne bukan yang pelupa bab road tax ni sebab mmg important kan. Kalau tadak road tax maka patahlah sepasang kaki ku ini. My dearest fren, Sazalina yang keja ngan Takaful dah tolong buatkan sesiap. Every year memang dialah yang akan buatkan. me, bagi duit jer yang lain tataw :p. Tapi roadtax yang dah siap dibuat tu tidak dipamerkan atau tidak dilekatkan pada cermin. Jangan taktaw itu pon boleh kena saman tau atas alasan "Tidak mempamer ... " huhuhu

So, sambung crita. Pada pagi 22hb tu, biarpon ada 3 roadblocks tapi satu pon me tak kena tahan. Selamat..!! Tapi pada pagi ne, masa lalu kat road block di Kuchai Lama tetiba, chek disuruh berhenti, dan disuruh ketepi.. aiyoo.. matilahh.. chek lom lekat lagi road tax tu.. Derang mintak tunjuk lesen, seb bek lesen tu renew untuk 5 tahun huhu so mati bila xhengat but for sure mmg bukan tahun ne :p. Derang tanya nak kemana pagi - pagi ni yadda yadda yadda.. so rasa la selamat bila derang xperasan bahawasanya road tax yang terpamer tu adalah roadtax yang dah tamat tempoh sah laku!! Tak laku lagi dah wehhhhh...!

Tetiba ........................... ntah mana datang lagi 2 orang officer tu, mai tengok road tax pulak.. Makan dengan jayanya me kantoi jugak. Dengan kelam kabut me kuarkan roadtax yang masih lagi terstaple dgn salinan geran tu dan tunjuk. Hihihi.. "Road tax ada encik, tapi xsempat nak lekat lagi, asyik terlupa....."
"Ini boleh kena jugak ne, sebab tak pamer .. ect etc " Tudiaaaa! Baru ja bayar saman speeding RM300 untuk renew road tax ni, nak kena pulak dah.
Jadi dengan segala skill PR yang me ada, terus lah buat ayat leher patah + lembut lutut + juai senyum n renyih.. hahahha.. really. If u talked nicely to them, insyaAllah derang pon leh tolerate. Me, definitely xakan offer bribe. Selain mmg salah (dosa), kita juga mungkin sebenarnya telah memijak/menjatuhkan/memandang rendah maruah orang ( pulis) tu kan. Kalau kita offer bribe , bunyi ayat yang agak kasar maybe macam ni "jangan la saman saya encik, encik kan boleh dibeli. Saya nak beli harga diri encik, ini duit haram RM50 untuk encik bagi makan pada anak bini. Saya tahu orang macam encik ne memang suka makan duit haram".. Tu maknanya kita menghina tugas dan diri dia kan. So, jangan sesekali offer bribe.. hmm kalau depa mintak??? hmm nanti me bg analisis lain pulak :D

So, penghujungnya semua selamat. depa benarkan chek p sbb depa just nak tgk lesen ja. N ada few things yang derang dok catat. Semoga murah rezeki yang halal lagi baik untuk abang-abang polis tu.

Itu lah kisahnya , chek yang ditahan polis.. huhu.

Wahh entry ni merupakan antara entry yang agak lama chek tulis. Dari pagi tadi sampai lah sekarang baru siap. La ni pon dah pukul 11.37pm (23/18/2010).
Esok keje kul 9 pagi.. tadi leh lak terlelap sampai mimpi tengah duty. Punyalah penangan duty huhuhu..

Ok darlings, story story lagi nanti yaaa.. Me letey tadi dok susun biskut untuk dihantar kepada downline. Huuhu macam nak tercabut kepala bahu,

Chow ya!

Ciums ciums :x.. !

Sunday, August 22, 2010

Sweet Cookies, Sweet Ramadhan :: RAD'MAS Cookies

Hello dearie,

Alamak dalam banyak – banyak cerita yang saya dah kongsi ni kan, ntah macam mana saya boleh lupa nak cerita mengenai beskots. Ya laa, beskots raya.

Saya tak buat ler biskuts. Dedolu masa keje kat home town memag la, rajin juga buat beskots. Tapi taklah serajin saya buat kek. Sebb kek lagi mudah dan cepat. Saya sooka :D. Biskuts ne renyah sikit dan ambik masa nak detail buat kecik – kecik tu. Bagi yang mempunyai tahap kesabaran dan minat yang menggunung, tentu tak jadi masalh kan, tapi bagi saya cukuplah kalau saya beli jer. Tambahan dengan kerja sekarang yang tak menentu kan.. haruslah kalau ngadap buat beskot, kena g opis ngan muka celoreng tepong, ahaks.

Ekceli, saya ne setiap tahu nega beskots raya. Yupss.. ada 12 jenis semuanya.Keluaran RADMAS dan ada lagi 2 dr dealer lain yang memang dapat demand yang tinggi setiap kali raya. Dan ada regular customer jugak. Sepanjang nega ne, frankly saya blom pernah naikkan harga beskots lagi. Mula berniaga dengan harga RM23/bekas (time tu harga dapat pon memang mahal). Oleh kerana mahal sangat ( pd pandangan saya lah) , saya dan kawn baik di pejabat time tu Fairos dengan penuh gigih mencari sendiri pembekal lain yang dapat bagi harga yang lebih murah . Alhamdulillah. Kami dapat pembekal yang lebih murah, dan kerana itu kami pon jual dengan harga yang lebih murah iaitu RM20/bekas. Sincerely , saya juga tak ambil untung banyak ( rasanya bebudak yg jual di bawah saya lagi buat untung banyak menjual biskut ni). Gugel lah cari biskut “RADMAS”, uolls akan tgk sendiri berapa orang lain jual ;).. paling murah pun saya pernah jumpa ialah RM23 kot (itu pun jika beli banyak). Biksut ne mahal dan tak dapat dijual dengan harga lelong kerana ia memang bukan dibuat dengan kualiti ‘cincai’ atau semberono. Memang guna 100% mentega, detail dan teratur ( yess saya pergi sendiri tengok pembuatannya). Jem nenas untuk tartnya dibuat sendiri dengan nenas di beli dari lading dari Johor. Kalau ke rumah ini, memang manis aja baunya :D.

Jadi untuk tahun ne (2010) memang saya dah berhenti ambil order. Downline (ala2 MLM plak kan hikss) saya pon saya bg harga yang saya rasa sangat berpatutan sehinggakan mereka pon dapat untung/bekas lebih tinggi daripada saya .. tak kisah lah, rezeki masing2. Cuma dalam keadaan kebanyakkan barangan dah naik ne kan, apa salahnya, kalau tak banyak pun, sikit kita ringankan beban orang lain. Lagipun bukanya kita tak untung langsung kan..

Tahun depan, kalau rasa nak tambah pendapatan jangan lupa kontek taw. Dapat juga tulung rakan – rakan semua.

Oklah, pagi ne saya keje kul 3.00 jap lagi. See ya later darlings..

Asta lavista babeh! Mwaachsss :x

Saturday, August 21, 2010

Simple Dessert for A Simple Soul ( Sagu Gula Melaka)

Aloha babes,

Hows ur day today?
Hmm.. me , lepak at home and did some house chores, went to the Mydin for groceries and picked up my road tax at BIMB.

Opss.. lupa lah, hihi.. nak mula citer mengenai pic yang ada kat sebelah tu kan. itu lah yang saya buat tadi. bukan untuk berbuka pun, tapi saja buat sebab teringin nak makan dan teringin nak buat , boleyy..?? ahaks

Tu sagu gula melaka, my 1st attempt taw, but frankly speaking, saya tak rasa ler mcm akan gagal sebab nak buat nyer senang sangat :p. (eksenn dok ada tu). Bukann lah, dah memang senang pun kan, kalau chek suma tahu masak air, insyaallah tahulah juga nak buat sagu gula melaka ni. Senang amats.

Saja buat untuk makan-makan sambil layan kenkawan di tenet. Sagu tu, kat kedai runcit pon senang dapat. Beli yang peket kecil rm0.50 jer. Bistu beli lah gula melaka/gula merah. Mana- mana pun xpa.

well, meh kita bagi resepi dia sket ek.. (edisi malas yer..)

Sagu Gula Melaka ( 2 orang makan )

Bahan

- 1/2 cawan sagu kecik ( ntah apa nama dia yang betol)
- secawan air

- gula melaka seketol/ gula melaka secukup mahu
- air setengah cawan ( ikot ler, jgn cair sangat pulak)
- Susu cair ( kalau nk pakai santan + garam pon sedap gaks)

Caranya:-

- basuh sagu, masuk dalam periuk, biar dalam 5 minit pastu baru nyalakan api
- masak ler sampai sagu tu jd jernih ( kalau nak kaler, letak lah kaler apa yg seswai)
- dah masak, masukkan dlm bekas yg cumil2 dan sejukkan pastu masuk fridge

-cairkan gula melaka ngan air atas api jap.. dah ok, tutup api. Kalau nak wangi letak daun pandan.

Bila nak makan: Cungkil sagu dlm bekas tadi, taruk susu ikut suka , letak juga air gula melaka tadi. tadaaaa... siap, Mamam laaa~ yummy........................

Alaaa menu orang bujang, macam tu lah kan. Beser - beser jer.. :D

Ok lah sayang, jumpa lagi nanti. Skrg ne makan mee goreng basah pulak. nak gemokkan badan ler :p

Choww darlings,

Mwwaaachhs.. :x

Friday, August 20, 2010

Sedang Fikirkan Menu Iftar 10 Ramadhan 1431H

Hola darling,

Macam mana dengan aktiviti dan kehidupan hari ini? Amboi, ada yang cukup bahagia dan gumbira hari ni. Nape ek ;) But to those yang ada masalah pun, jangan dibiar berpanjangan, sbb masalah ni sampai bila pun takkan selesai kan. Jangan lah risau sesangat pulak, kalau hidup tadak masalah, taklah dinamakan 'kehidupan' kan? Cheers ladies!

Nwayy.. keje korunk semua okey ker? atau ada jugak beberapa kepala pejabat yang berjaya merobohkan tembok dzulkarnain korunk, ahaks. Me? Masih sama juga. You know what.. dalam office ne ada juga sorang makcik yang bernama Arabella (bukan nama sebenarnya) yang sangat gila kan mengikut protokol!!! Macam dia sorang sajalah yang tahu table manners. Macam dia sorang sajalah yang biasa makan kat official table, macam dia sorang jer lah yang tahu etika buffet.. So boring!!

Hey, kita pun pernah gak la lalui semua tu, but buat macam biasa jer lah kan. Kau kenapa yang nak tunjuk standard sangat tu.. I ate at 5 stars hotel and special restaurant that cause hundreds for meals of 2 (of coz la am not paying for it kan hihi) tapi selamba jer lah. Dalam mesyuarat di pejabat pon nko nak kecoh makan kena ambil mcm itu dan ini. Ohh plzz lah, banyak lagi benda yang nko patut bother rather than hal etika makan ni, such as your programme which is always tak cukup bahan!! Bukannya yang ada dalam office tu akan makan macam orang baru terlepas dari somalia tanpa makanan selama 40 hari kan?!

And sekarang pasai bab sponsor lak. Nko bz lah nak agihkan nasik yang 2 ketol tu kat orang lain. Hello makcik, orang kat atas tu ramai yang dah berlaki, berbini , berkeluarga.. derang bawak balik nasik sebekas dengan ayam seketol kecik plus sayur sesuap tu pon bukan leh buat apa sangat. derang tetap kena beli lauk jugak, so apa salahnya, nko tinggal ajalah dekat budak-budak kat bawah yang buat kerja n paling tak pun kat bebudak bujang yang ntah kat mana nak singgah param nyer. Sooo makcik makcik sangat!! Kekadang ada hamba Allah yang sesat buat kerja malam -malam nak makan pun xberani. Huh, so kesian lah this kinda makcik.. !!

Ok dear, enuf bebelan pasai makcik Arabella tu. nway esok insyaAllah akan berbuka bersama dengan my dearest. InsyaAllah, belum tentu jadi lagi. Kalau jadi pon tak pikey lagi nak berbuka dimana. Kat hotel macam malas. Mahal satu hal, every year kami rajin berbuka di hotel jer but this year kalau boleh nak bukak di kedai2 yang sempoi jer sbb merugikan. We pay average rm70/pax for Iftar at hotel yet makan xsampai rm20 kot!! Rugikan? So tengok lah esok macam mana k, ;)

But.. OMG before i forget,
pagi tadi, u know what.. finallyyyyy i bumped into my 'unofficially madu'. Hahahahha.. yaaa.. really.. Macam tak percaya. but yes! masa tu i dah tengah rush nak ke office sbb ada lintas langsung pukul 11.20pg dan am involved. Tetiba mata tertancap pada keta Myvi Metallic Grey kat belakang.. I recognize that plat number "WRW 597*" .. sempat jugak jeling dia, but of course lah dia taktahu who am i kan. Hikks.. Kalaulah i boleh turun kereta dan ketuk cermin keta dia n bagitaw pada dia "Hi, am your hubby's beloved gurlfren. This is our pic together if u want a proof" kan bagus.. :). Frankly i wouldn't mind kalau she knows and i pray supaya dia dapat tahu!

But i learn sumthing -sumthing u don't know, can't hurt you- I plan to leave everything ( us ) soon, so biarlah kan.. this is my destiny. Dah mula belajar redha dengan erti kata sebenar. Hey, serious lah. A fren of mine ajarkan doa ini yang dia ambil daripada tulisan Dato' Dr Fadzillah Kamsah

: Ya Allah, Redhakanlah aku atas ujian mu ini, Berikanlah aku pahala atas keredhaan ku dan gantikan lah kepada ku dengan sesuatu yang lebih baik untuk kehidupanku di dunia dan akhirat:

Rasanya dah pernah post kan sebelum ne ;)

Setiap berlaku ada hikmahnya, so learn daripada mistake kita (maaf yer ayat rojaks :p)

Ok gurls,
Banyak lak menulis tetengah malam ni. Kalau lagi panjang lagi lah banyak merepeks. hmm, esok tak duty so banyak masa kat umah nak kemas-kemas. yaaayyy..

Hav a bless ramadhan ya everybody, masih ada lagi 20 hari ..

hugs n kisses from me
-xoxo-

opsss.. rasa macam nak cook for my dearest lah, hmm nak masak apa ek.. dia tu cerewet la bab buka puasa ni~