Friday, August 27, 2010

Seulas Bawang Merah :: Seniwati Latifah Omar

Hello dear,

Amacam dengan posa korang? Ada best? Hihi.. mesti sekarang dah semakin membakar dan membara semangat 1 Syawal kan..

Tadi me buka puasa dengan segelas viko panas dan sebiji kurma jer. :) then terus solat. habis solat terus g shoppin complex yang sebelah rumah ni untuk makan. Tudiaaa.. dasat btol anak dara ni lately kan. Dah semangat malas nk masak dah dekat-dekat nak raya ni. Kebetulan juga my dear fren Muni ada nearby dengan kawan dia. So me pon ambil kesempatan untuk jumpa muni n her friends tu. Makan together gether kat Nandos. me just order cesear salad jer.


Nway me nak bercerita hal lain lah..
Korunk ingat lagi pada Latifah Omar.. Hmm alaa pelakon tahun 50an - 60an dulu yang cantik jelita tu. Yang ada tahi lalat hidup di bahagian bawah bibir tuh. Orang sangat cantik.. Dia pernah berlakon banyak filem lama antara yang paling fofulaer tentunya Bawang Putih Bawang Merah , Lancang Kuning, Sultan Mahmud Mangkat dijulang dan lain lain.

Inilah orangnya. Cantik kan? Memang tak dapat dinafikan. Boleh dikatan dia antara jelitawan perfileman Melayu satu masa dahulu.

Mengenang kemali pembabitan beliau dalan perfileman Melayu, tempat me kerja telah berkunjung ziarah ke kediaman pelakon ini di Jalan Semarak. Sekadar ingin mengetahu perkembangan semasa beliau dan ingin memberikan para peminat beliau berita terkini mengenai dirinya.

Me memang tak sangka akan dapat peluang ini. Dalam sesi temuramah tu, ntah napa mek sebak sangat. Mek pandang dia. Mek tgk cara dia bercakap.
Dalam sedang mek temuramah dia, suara mek yang tersekat sebab mek sebak. Bukan kerana sedih melihat keadaan beliau ( kerana beliau kelihatan sihat dlm usianya), tetapi me mmg tak sangka mek akan jumpa , bertentang mata, bersembang dan bermesra dengan beliau. Ya Allah, satu masa dahulu, mek hanya tonton dia di TV, dalam crita hitam putih pulak tu.Mek hanyalah orang yang memang tak pernah terfikir akan kesempatan ini. Kerana mek hanyalah bebudak kampung hingusan dan tak pernah terfikir akan terlibat dalam bidang media ni. Cerita yang dilakonkan itu sangat lama, jadi memang lah tak dapat pikey yang akan berpeluang jumpa dengan beliau yang sekarang ini dah pun menjangkau usia 72 tahun.

Beberapa kali mek lap ujung mata, nak elak air mata jatuh sebab TV juga sedang rakam. Seorang primadona yang dimamah usia. Namun masih lagi cantik pada usianya kini. Peluang dan pengalaman yang akan sentiasa mek ingati.



Inilah wajah terkini Seniwati Latifah Omar..

Ujar beliau, sebolehnya beliau tidak ingin lagi wajahnya muncul di layar kaca/perak. Sekiranya para peminat merindui beliau, maka biarlah dia tinggalkan mereka dengan rasa kerinduan itu. Biarlah dirinya dirindui....~

selesai acara, dan semasa memeluk beliau untuk mohon diri, ayat terakhir seniwati ini sekali lagi mengundang sebak di dada

' Bila saya tak ada nanti, datanglah yer .....................~ "

Mek seka air mata lagi....

6 comments:

Unknown said...

assalamualaikum lyiana nak tahu adakah seniwati latifah omar masih ada lagi sekarang ?

ellaien said...

hai lyiana,
Ya,Alhamdulillah.. seniwati masih lagi ada sekarang.:). masa saya dan team jumpa dia, dia masih sihat (seperti org sebaya)..

TheSecretCode said...

Saya teringin sangat nak jumpa seniman2 lama & seniwati2 lama ni walaupun saya hanya 29 tahun. Antaranya Allahyarham Tan Sri Pramlee (jika dia masih hidup), Seniwati Latifah Omar, Seniwati Saloma (jika dia masih hidup), Seniman Nordin Ahmad, Neng YAtimah dan ramai lagi.

ellaien said...

Secret Code: Seniman/ seniwati lama ini ada yang memang tidak mahu lagi ditemuramah atau didekati media, sebab itu lah kadang-kadang agak sukar hendak bersua muka dengan mereka. Dan ramai antara mereka yg menetap di Singapura.. jadi usaha untuk menjejak mereka itu sedikit terbatas .. namun InsyaAllah, jika ada peluang, saya juga ingin bersua lebih ramai seniman/ seniwati lama ini. :)

Unknown said...

Senang juga baca artikel mu. Saya salah satu orang pengagum Latifah Omar. Saya punya koleksi semua film-nya dan tak bosan berulangkali nontonnya. Senang aku mendengar beliau masih hidup. Semoga di beri umur panjang dan sehat selalu. Amiin.

Unknown said...

@ TheSecretCode: P Ramlee udah lama meninggal, yakni 29 May 1973. Dalam keadaan sangat miskin. Sampai2 buat menguburkan beliau istrinya Saloma ngutang. Mau tahu sekilas tentang beliau? baca link ini:
https://sites.google.com/site/ramleesaloma/