Dapat g makan seafood di Kapar, Klang.. kat Aroma Ikan Bakar dengan MK.
Setelah sekian lama dok ajak MK makan seafood kat Bagan Lalang, akhirnya malam tadi, kami p ke Pantai Jeram, Klang. Takper lah tak pergi ke Bagan Lalang pun.
Makan kat AIB ( Aroma Ikan Bakar). maaf lah tak dapat nak letak piccas di sana sebab terlupa bawa kamera. But takper lah.. dapat story gak kan. Kami order:
- Siakap bakar
- Udang A ( besar ) Butter Prawn
- Kerang bakar 1 set
- Ketam 2 ekoq masak cili
- Sayur kangkong belacan.
- Teh halia, barlia suam dan sirap
- nasik putih 4!!!! (ne MK la punya idea hihih)
Bila disenarai kat sini nampak mcm sikit. Tapi bila dia dah hidang.. mcm xpercaya jer kami nak makan berdua sahaja. Huhuhu.. Mk kata "hah.. jangan cakap tak larat makan"
Bukan apa.. ketam tu mula2 dia nak ambik sekor jer, tapi aku cakap.. ish takkan sekor, 2 lah..". Pastu udang lak.. dia nak ambik 3 ekor.. aku lak cakap .."mana adil, ambil 4 ler.. sorang 2 ekor".
Tgk tu, punya la tamak. Al maklumlah.. nak sampai ke situ sikit punya jauh uolls.. Sampai masuk angin ler perut ni.
Bila dah siap masak, haaah engkau.. terkujat tgk .. ikan bakar tu bley tahan gak besar. Aku dah tanya, tadak yg kecil ker.. tp. dia cakap tadak.. huhu. So terpaksa laah..
Bukan apa, kalau kami ikan bakar selalunya makan ikan temenung jer (kembong). Kali ne gatai lak nak mengorder ikan seakap.. hambekk nko!
Kerang tu mmg xhabesh! sbb talaghat nak kopek hihi.. kerang tu ala2 starter laa.. pashtu baru la lauk pauk yg lain datang. Cepat gak ler. Less than 20 minutes kot rasanya. Masa tu pon org tak la ramai sangat. Boleh tahan ler ..
Sbb dah banyak sangat, kami pakat dok layan gelak nak habiskan makan. nasik mmg talaghat nak makan dah. So kami meratah jer lah. Kami ratah ketam, ikan bakar yang banyak la jugak lagi. Udang pon sbenarnya mcm xhabes.. memang btol sorang sekor atau 3 ekor untuk 2 orang (kami) cukup laa.. hihi. Ini ;lah jadinya kalau tomakk. ahaks..
Overall.. puas hati ler. Tapi nak kata ikan tu suma fresh .. xla jugak. Kena la pandai pilih. Ada yang mata merah uolss!! Seb bek chek ni selalu p pasar khen. So ikan yang ambik drug n ikan yang masih suci itu dapat ler chek bezakan.. hihi.
MK kata "mai jauh-jauh.. seb bek sedap!: :D
Masa dok makan tu , chek tanya la kt MK "agak-agak berapa ?"
MK kata " urmm .. dalam rm100 .."
Chek lak teka .. "ermm dalam RM70.."
Bila bayaq .. bilnya ialah ..
......
.........
...........
.............
...................
RM 75.40! hihih kira ok lah :D
Balik dengan kekenyangan ... Alhamdulillah ...
But most of all, seronok sebab we can spent time together. Dah lama xkeluar jauh-jauh macam tu. Masa makan tu pon dan masa dok tunggu hidangan sampai, dok tease each other.. hmm such a wonderful moment.. (terus terbayang bayang.. hihi)
Ada lagi 1 kisah pasai weekend ni yang menghepikan mek. A surprise .. hikks.. nanti chek citer ek ;)
Okey uolss.. c ya later ya
No comments:
Post a Comment