Monday, December 27, 2010

Penangan Final Piala Suzuki AFF 2010

Lepas solat Maghrib td, terus reheat pizza yang order malam tadi. Order spicy sambal dengan thin crust.. secubit pon xsentuh sbb tak sangka dapat banana kaya free. So makan banana kaya itu jer lah. Sambil makan ne, mata dok usya TV layan NatGeo.

Hah, sebenarnya pizza ne ordered sebagai bekalan melayan final pertama Piala Suzuki AFF 2010 kat TV1 malam tadi. Punya sakan layan bola (sensorang jer pun) sampai xhengat nk habiskan pizza ne. Cakap pasai bola ne.. chek mmg nak ucapkan TAHNIAH kepada team Malaysia kerana berjaya menewaskan Indonesia 3-0. Serak suara ni menjerit. (harapnya my neighbour tak simbah cat merah depan pintu) :p

Slack game ni ialah bila ada penyokong yang menggunakan cahaya laser kepada penjaga goal. Dan untuk makluman, bukan kepada Markus Indonesia sahaja, malah penjaga goal Malaysia juga diganggu cahaya laser oleh penyokong yang tak tahu makna perkataan 'penyokong' ni. Baik dari Malaysia atau Indonesia.. chek memang sangat tidak bersetuju dengan tindakan ni, kerana ini akan memberi alasan kepada pihak lawan (xkisah lah mana team pun) untuk menjadikan ini isu. Masa game kena stop 5 minutes tu.. memang chek xleh nk control geram walaupon sensorang dirumah ini dengan menyumpah si pelaku yang sangat cetek hotak nya itu. Otak letak kat kepala lutut!!! MIONG!!

Sekarang, insiden tu dah jadi bahan untuk Indonesia menghantam kita walhal kekalahan mereka itu tidak sedikitpun disebabkan oleh pancaran laser dari malaun tersebut. Bila ada penyokong yang cetek fikiran, bertindak tidak menggunakan akal.. ini lah jadinya..
Antara yang panas ialah di facebook. Sila search:: Skuad Bola Sepak Malaysia


Biarpun Indonesia kalah kerana ketindakmantapan barisan yang mereka turunkan, namun bagi penyokong yang tidak rasional.. cara yg paling mudah ialah menyalahkan cahaya laser tersebut!

Dari melihat yang kusut.. chek pasti ramai lagi di kalangan penyokong kedua - dia negara yang rasional dan mahu menonton perlawanan tersebut dengan semangat kesukanan. Ramai yang lebih suka kepada game yang fair dan menyeronokkan! Macam chek ^_^.

Good luck untuk team Malaysia yang akan turun membawa harapan negara pada hari Rabu ini 29 Dec 2010. Moga kejayaan dan kemenangan menjadi milik Malaysia.

Kepada supporters from Malaysia n Indonesia : May best team win! cheers.... !! ~_~


ps: Korang layan siaran stesen mana? Chek layan RTM sbb siaran dr TV berbayar tu rupanya lewat 2-4 seconds dari RTM.. ( dlm bidang penyiaran 2 saat pun dh di kira cukup lama) ;)

No comments: