Monday, August 23, 2010

Stop! License Please ..

Ahlan Wa Sahlan Ya rerakans.. :p

Hari ini ada beberapa perkara terjadi taw pada saya. huhu. Bermula dari awal pagi lagi.

Hari ne duty start pukul 3pagi sampai 6.00 pagi. Lepas tu balik umah ler macam biasa. dop koser mek nak nunggu sampai kesiangan sebb mek sangat ngantoks uolls. Terbayang sudah bilik ku yang serba sempurna itew (sempurna kah??) hahahah. Alaa bilik yang sempoi -sempoi sahaja. Baru jer tukaq cadar yang baru pulak. Loove it. Warna yang ceria uolls.. rasa best jer bila masuk awww... romantika di amorr katanya~ Dah banyak cadar sekarang, sernok dapat tukar every wik.. yaaaayyy!!


Okey, jom crita.. U know, semalam ( 22/08/2010- Ahad,) masa dalam perjalanan nak masuk duty, me jumpa 3 road blocks. Pertama berdekatan dengan Sungai Besi, 2nd kat Kuchai Lama and 3rd kat Jalan Klang Lama. Me, panick la jugak kan sebabnya .................... road tax dah mati on 19/08/2010!!!!!

hahahahah.. tapi yang sebenarnya saya ne bukan yang pelupa bab road tax ni sebab mmg important kan. Kalau tadak road tax maka patahlah sepasang kaki ku ini. My dearest fren, Sazalina yang keja ngan Takaful dah tolong buatkan sesiap. Every year memang dialah yang akan buatkan. me, bagi duit jer yang lain tataw :p. Tapi roadtax yang dah siap dibuat tu tidak dipamerkan atau tidak dilekatkan pada cermin. Jangan taktaw itu pon boleh kena saman tau atas alasan "Tidak mempamer ... " huhuhu

So, sambung crita. Pada pagi 22hb tu, biarpon ada 3 roadblocks tapi satu pon me tak kena tahan. Selamat..!! Tapi pada pagi ne, masa lalu kat road block di Kuchai Lama tetiba, chek disuruh berhenti, dan disuruh ketepi.. aiyoo.. matilahh.. chek lom lekat lagi road tax tu.. Derang mintak tunjuk lesen, seb bek lesen tu renew untuk 5 tahun huhu so mati bila xhengat but for sure mmg bukan tahun ne :p. Derang tanya nak kemana pagi - pagi ni yadda yadda yadda.. so rasa la selamat bila derang xperasan bahawasanya road tax yang terpamer tu adalah roadtax yang dah tamat tempoh sah laku!! Tak laku lagi dah wehhhhh...!

Tetiba ........................... ntah mana datang lagi 2 orang officer tu, mai tengok road tax pulak.. Makan dengan jayanya me kantoi jugak. Dengan kelam kabut me kuarkan roadtax yang masih lagi terstaple dgn salinan geran tu dan tunjuk. Hihihi.. "Road tax ada encik, tapi xsempat nak lekat lagi, asyik terlupa....."
"Ini boleh kena jugak ne, sebab tak pamer .. ect etc " Tudiaaaa! Baru ja bayar saman speeding RM300 untuk renew road tax ni, nak kena pulak dah.
Jadi dengan segala skill PR yang me ada, terus lah buat ayat leher patah + lembut lutut + juai senyum n renyih.. hahahha.. really. If u talked nicely to them, insyaAllah derang pon leh tolerate. Me, definitely xakan offer bribe. Selain mmg salah (dosa), kita juga mungkin sebenarnya telah memijak/menjatuhkan/memandang rendah maruah orang ( pulis) tu kan. Kalau kita offer bribe , bunyi ayat yang agak kasar maybe macam ni "jangan la saman saya encik, encik kan boleh dibeli. Saya nak beli harga diri encik, ini duit haram RM50 untuk encik bagi makan pada anak bini. Saya tahu orang macam encik ne memang suka makan duit haram".. Tu maknanya kita menghina tugas dan diri dia kan. So, jangan sesekali offer bribe.. hmm kalau depa mintak??? hmm nanti me bg analisis lain pulak :D

So, penghujungnya semua selamat. depa benarkan chek p sbb depa just nak tgk lesen ja. N ada few things yang derang dok catat. Semoga murah rezeki yang halal lagi baik untuk abang-abang polis tu.

Itu lah kisahnya , chek yang ditahan polis.. huhu.

Wahh entry ni merupakan antara entry yang agak lama chek tulis. Dari pagi tadi sampai lah sekarang baru siap. La ni pon dah pukul 11.37pm (23/18/2010).
Esok keje kul 9 pagi.. tadi leh lak terlelap sampai mimpi tengah duty. Punyalah penangan duty huhuhu..

Ok darlings, story story lagi nanti yaaa.. Me letey tadi dok susun biskut untuk dihantar kepada downline. Huuhu macam nak tercabut kepala bahu,

Chow ya!

Ciums ciums :x.. !

No comments: