Thursday, January 27, 2011

Momen itu : Bandung - Jan. 2011

Bila jalan tempat orang ne, banyak yang lain dari tempat kita akan kita alami. Jadi meh chek nak share sikit apa yang jadi. Ini antara insiden dan momen menarik sepanjang chek di Bandung tempoh hari.

i. Beza nama tapi serupa

Yang pekat, likat, melekat hehehe

Chek order minuman ini semasa lunch di Cascade. Dalam menu tulis Jus Avocado. dalam otak - hmm.. sumthing new. Nak cuba lah. Bila sampai jer apa yg diorder tu.. mak aii.. pekat, pelekat, tersekat hahahah.. memang tak boleh nak minum sbb terlalu pekat dowwh.. Dah set dalam fikiran, next time tak boleh order lagi dah minuman ni. Tak sesuai sebagai minuman penghilang dahaga :p. Semasa di Pasar Baru, makan di warung Kalimantan, chek belek menu untuk minuman. Atas saranan seorang member sejak di Malaysia lagi, chek pun order jus alpukat. Bila sampai.. adehhh laaa.. rupanya alpukat dan avocado tu adalah sama. Adeh laaa.. sekali lagi chek kena order mineral water. Kui kui kui ..

ii. Kasik Regang
Memang ramai yang bagitaw yang kat sana kalau nak spa dan massage segala tu memang murah. Di wisma Nova tu kebetulan memang ada salon yang menyediakan menda ni. Salon ne tak lah va va voommm .. ala ala hidup segan mati tak mahu jer. Sekadar nama 'ada' jer lah. But since chek dah stay kat wisma, so ambil kesempatan lah untuk buat.
Urutan seluruh badan + lulur + cuci rambut + steam rambut + kerembat (urut kepala yg sgt best) = Rp100k!!!!
Rp100k = RM34.00!!!!!!

Capturing myself doing hair spa ^_^

iii. Berani Mati
Selesai shopping di Alun Alun, chek decide nak ke Pasar Baru dengan menaiki beca. Jarak yang dekat dengan tambang Rp10k sahaja. Tapi yang sangat thrill ialah bila beca ni bergerak menentang arus!. Cuba bayangkan dalam kesesakan kenderaan penuh datang daripada hadapan di jalan sehala, tetiba dia menyonsong arus. ada satu momen di mana, trafil lite merah di hadapan, semua kenderaan berhenti. Penuh di hadapan.. dan chek dok dalam beca mengadap kenderaan ini semua. Seramss siots!

Ini sebelom sampai trafik lite.. bila masuk jalan besar sikit.. ngeri!!

v. Roti 2 keping/ Nasik bungkus

Breakfast di cafe Wisma

Suasana pagi di Bandung memang dingin. Nyaman. Memang enak kalau menikmati minuman panas dengan sarapan yang hangat di waktu pagi. Bangun ja pagi, siap lebey kurang, chek keluar untuk sarapan. Pekerja wisma tanya "Mahu sarapan ya ..?" "Yaaa..".
Chek usya kat kawasan cafe, takder pon sarapan nyer. So chek lepak ambil angin dulu. Tetiba pekerja tu datang "Ini sarapannya.. minum nya mahu manis atau ngakk.. " "Errr.. manis..."
Chek belek lagi.. menu untuk sarapan pagi tu : 2 keping roti kukus di sapu mentega dan manisan dan segelas teh kosong manis. Pagi yang seterusnya: Nasik bungkus bersama segelas teh manis :).


No comments: