Showing posts with label Leisure. Show all posts
Showing posts with label Leisure. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Bercuti ke Cameron Highland (24th-26th June 2011)

Selpas duty habis pukul 9pagi hari JUmaat 24hb tu terpaksa bergegas balik ke rumah semula biarpun plan asalnya ialah nak shoot terus ke Ipoh. Sebabnya ialah tertinggai hp!!
Graaaaaammmmmmm sangat!!!!
Dalam pukul 10 lebey gak baru gerak dari Putrajaya ke Ipoh.
Mata dah mula letih.
Makan n minum air barang setitik pon xsempat huhuhu..
Atas hiway, sesak la pulak sebabnya PLUS dok baiki jalan
%^$@*(^&$2!!!!!!

Sampai di Ipoh dah dekat pukul 1 tengah hari.
Jumpa Mie Sleman and hantar keta kat umah dia.. lepak jap hilangkan letih.
Sembang2.. baru Mie hantaq ke Simpang Pulai..
Jumpa my fren suma kat kedai makan bebetol depan balai bomba depan simpang nak naik ke Cameron tuh.
dah setel makan baru naik atas.
Loya jugak nak naik tu, maklumlah aku ne mmg set2 yg mabuk perjalanan :p

Kami stay kat hotel chap Penguin ja iaitu Green Garden.
Lokasi strategik sbb dekat dengan Pasar Malam dan tempat makan.
Jalan kaki jer. Hotel ne dekat dengan Balai Bomba tu. Depan hotel kami ada Hillview Apartment.
Sebelah kami pon ada hotel lagi..
Pendek kata banyak hotel bajet kat sini.
Cuma kalau nak datang weekend kena beringat gak sikit.
Kalau weekdays rasanya takder masalah kot.
Rate otel kami tu pon xmahal.. kalau weekend tu mmg la seratus lebey tp within budget ler sbb kami ambik quad room. Cukup untuk 4 orang.

Hari pertama (Jummat)
- jenjalan palam
- beli makanan kat palam dan makan sampai sengkak
- jenjalan sekitar pekan Brinchang
- balik titon

Hari ke 2 (Sabtu)
- Breakfast kat Tanah Rata
- Jenalan MARDI
- Taman Rama- Rama
- KEA Farm
- Palam lagi
- Sesi Karok

Hari ke 3 (Ahad)
- Breakfast roti chanai sebelah hotel
- Jenjalan Pasar Tani
- Singgah KEA FArm lagi (baru lh nk membeli)
- Singgah BHARAT
- Balik ~

Seronok shoping sayur sayuran disana.. :)


Antara yg dibeli

Bharat Tea Valley






Penuh barang ditempat duduk depan dan belakang

dan bonet kereta juga..~



Kat KEA Farm: stoberi ajerrr


Apa ntah nama bunga ni, but sooo beautiful

Yuos, i bought the white one :D


Tpt wajib lawat: ladang stoberi


Saturday, June 18, 2011

Finding My Seoul



Here are some pics untuk cuci cuci mata. :)
Percutian ke Seoul, 20th - 26th May 2011



We shop at Namdaemun

We visited- Bukchon Hanok Village
We visited- Their palaces

We tried- their food

We also visited - Their stream :D


We ate- Taj Palace, Indian Muslim Food at Itaewon


Our temporary nest - Motel at Namdaemun
W30,000/nite (decent enuff for me. Toilet bersih!)


We visited- Nami Island (went there using subway tren + train + bus

way to/from Nami Island


Incheon Airport


Seriously, i can't remember nama motel yg kitorg stay tu. Or maybe mmg kami xpernah tahu nama dia selain kami hanya cam kan sahaja.. Jadi bagi sesiapa yang nak try motel tu, kena cuba nasib lah sbb biliknya tak banyak, tp me mmg sages sbb bilik selesa, xpayah share bathroom dan ahjussi n ahjumma kat situ baik giler.
Mana tak baiknya, hari kitorg check out tu.. selamba ja kitorg stay sampai kul 4 ptg mcm tuh.. derang xtanya apa pon.. and tak payah bayar extra jugak.
Motel ni ambik bayaran ikut hari. For eg: korang nak stay  1 malam, maka bayaq la W30k. Pastu esok , kalau nak stay lagi semalam, bayar pulak.. begitulh seterusnya.. Hari yg korang xbermalam, korang xperlu bayaq hihi (atau mungkin masa kami pergi tu ja yg dia kira mcm tu, tak tahu lah yer dop) hihihih..

Ok, ok.. ini landmarknya:

Keluar jer dari subway tren kat hentian Namdaemun -
carilah Honheon (lebey kurang arr nama dia), then cari bank ni

Betul2 mengadap motel tu.. ada kedai kopi nih!

Ha, nilh motelnya.. nama? Xtahu :p

Jalan dekat dengan area motel tuh

Okeh, ni bank yg me tunjuk kat atas tu kan.. korang kena jalan ke belakang  bank ni
.. dalam 100m, pastu jumpa laa 

My sis, okeh.. sebelah bank td, ada jalan ni lah.. jalan terus.. terus ke belakang tu,
pastu korang dh bley nampak motel X nih. ;)

Wednesday, June 8, 2011

Bercuti ke Seoul I

Kami dapatkan tiket untuk ke Seoul bila AA (Air Asia) memula buka route ke sana. Dan tukang beli tiket itu ialah me. 4 tiket dengan harga RM1170 (a really really really good bargain). Lebey kurang RM 200/ seorang. Memandangkan me cuba avoid winter dan summer so masa yang terbaik ialah spring. Winter tak menjadi pilihan oleh kerana me mmg sangat sangat sangat sangat tak tahan sejuk. Kalau dalam office pon me kena pakai winter coat, so boleh bayangkan tak betapa tidak tahan sejuknya me. Dan me pon dah rasai cukup summer di Malaysia ni.. :D

Me terpaksa pilih bulan May sbb early spring tu me dah ada plan ke Sabah with my family.
Banyak persediaan yang kami buat sebelom kesana , dan sebab utama yang buat kami sedikit risau ialah bab 'bahasa'. Yups, rasanya ramai daripada kita tau yang bahasa omputeh Korean ni agak teruk. So persediaan bab apa nak makan, mana nak stay, mana nak lawat dan bagaimana nak satu satu tempat tu mestilah agak detail atau 'clear'. Dalam pada merancang ini juga, salah sorang daripada kami tak dapat pergi kerana dia diragut di Wangsa Maju. Dia rasa tak happy nak jenjalan sbb banyak gak kerugian dia. So kami taklah nak paksa. OK , jom cerita terus kepada maksudnya lah yer.

20 May 2011 (Jumaat)
Flite tengah hari dari LCCT pukul 1.15. Flite ambik masa 6 jam. Tak la lama sangat kan. Sempat jugak la lelap sekejap. Sampai disana lebih kurang dalam pukul 8.15 (time S. Korea). Bila dah claim luggage .. bermula lah hal bahasa ni manjadi halangan. Disebbkan kami akan stay dirumah seorang student Malaysia untuk 2 hari pertama dan dinasihatkan oleh dia untuk ambil taxi, maka melilau la sekejap kami nak mencari booth untuk taxi. Tetiba kami diapproach oleh seorang ahjussi ni. Kami dapat agak yg dia taxi driver but sbb sepatah haram tak faham melainkan 'ok.. ok' .. 'no .. no'.. 'taxi (dgn slang dia)'. Setelah usaha menalipon Maira (adik tu) tak berjaya kerana dia g camping kami ambik gak taxi. Tunjuk alamat kat dia, dia tak tahu sbb dituis dalam roman ( satu hal pulak).. kami kena baca.. barulah dia dapat tangkap bunyi dan faham. Mmg saspeng giler sbb kami rasa mcm tak berapa sure betolkan apek ni tahu mana kami nak p. Pastu siap pulak yakinkan kami "gps .. gps.." .. adoi laa.. kalau disana banyak masjid.. maybe kami akan tidoq masjid dulu. :D
Setelah sejam.. kami sampai di alamt yg diberikan. satu hal lagi.. kami nak pastikan betoi ka itu alamatnya.. jumpa la pula dengan penjaga kawasan apartment tu. Ahjussi tu pulak lagi teruk tak fahamnyer kami. Akhirnya dia bawa kami naik, cari orang yg leh tolong. Setelah mencari, akhirnya jumpa la student Malaysia ni.. tolong translatekan. Fuhhh. btoi la tempatnya.. selamatt!!!! ..
Opps lupa nak bagitau tambang taxi dari Incheon airport - Gurogu (tpt kami stay) ialah W90'000= ~RM270!!!!!!!

p/s: kami terpaksa ambik taxi sbb member bawa anak (5 yrs ole) dan kami takleh nak sesat dengan beg2 sgala untuk pertama kali. Umah maira ne tak dekat dengan subway. Kalau guna subway.. then kena ambik bas pulak. So dia tak sageskan takot kami tak sampai langsung kat umah dia nanti huhu

21 May 2011 (Sabtu)

Kami rancang nak keluar dalam pukul 9 macam tu. Cerah kat sana awal. Pukul 5 pagi dah cerah. So subuh pukul 3.00 pagi huhu..
Sejuk gak time tu. 1st day kami merancang nak ke Bukchon Hanok Village dan palaces sekitar kawasan tersebut.

Memandangkan Maira masih lagi camping. Kami kena proaktif.
So pagi tuh, kami keluar then terus ke kedai serbaneka 'Buy The Way' (ala2 7E) beli T Money. T Money ne ibarat kad Touch N Go lah, cuma ia lebih pelbagai guna berbanding TnG kerana boleh digunapakai untuk semua bas, subway, toilet awam etc. So jika korang nak travel bajet di Korea ni, belilah T money nih. Sangat jimat!! :D (kalau pada hemat me, mek akan bg hukum WAJIB untuk beli T Money ne kalau uolls travel sendiri).

Dengan menggunakan bahasa isyarat dan perkataan 'subway' kami berjaya menaiki bas dibantu oleh koreans yg baik hati. Gamsahamida!!.
Kami ke Sindorim station (the nearest subway station). Dan memandangkan mode pengangkutan wajib kami disana ialah subway adalah perkara WAJIB juga untuk kami ada 'subway map'. So, 1st thing kami cari bila sampai ke Sindorim station ialah ambil subway map!. Saya ulang yer - WAJIB-.

Dengan research yang kami buat menerusi blogs dan forum2 (sila jgn malas untuk buat reserach sendiri juga yer) agak mudah kami mengenalpasti stesen manakah yang perlu kami turun jika hendak ke mana2 tourist attraction spots. So 1st Bukchon Hanok Village ;). Rumah asli korea yang dijaga dan sedikit dimodenkan dengan security yang agak matops . Senibina lama. Penat jugak jenjalan disitu sebab kawasannya luas. Bukchon Hanok Village ada 8 special spot untuk bergambar.. but .. apa kisah, ambik ja lah mana2 as long as kita rasa cantek kan :p. Yang menariknya di sana, untuk spot yang menjadi kunjungan pelancong pihak Tourism Korea akan mempunyai booth kecil serta ada pembantu yang akan sentiasa bergerak sekitar kawasan tersebut membantu pelancong yang memerlukan.

Dari Hanok Village tu, dah dekat untuk ke istana istana lama Korea. Dan dengan melihat papan tanda serta ringan mulut bertanya walaupon jawapan yang diperolehi tu taklah difahami sangat namun sedikit sebanyak dapat juga membantu.
Maka sampailah kami ke istana istana lama tu. Memula sebelom masuk istana kami merewang di National Folk Museum dan Children Museum. Bolehlah anak member ni layan jap tempat2 tu. Masuk museum tu tak kena bayar tapi kalau masuk istana tu kena la bayar. Berapa won ntah.. lupa plak :p.

Dah penat giler jenjalan segala istana muzium sgala, kami dah mula kebuluran. Hahahah.. Perut dah mula meraung raung nak makan nasik (perut Melayu weeh). Dan di Seoul nih, tourist spot yang ada few restaurants yang serve makanan halal ialah di Itaewon. Suma gerak guna subway. So kami g la carik makan kat Itaewon. Time tu dah tak pikey sangat, as long as ada sign halal kira jadi la. Kami makan briyani dan nasik goreng. Sepinggan briyani RM45! Makanan halal kat sana mahal sbb susah nak dapat. So, redha ja lah. Kami makan tu dah dekat pukul 4 petang. So after that kami dah mula nak balik. Lebey kurang sejam lebey gak kat kedai tuh. Bukan apa, lepak sama sbb dh penat giler turun naik subway!.
So we make our move to Sindorim station. Nak balik dah. Penat siotsssss...
Penat tapi puas hati dengan pencapaian kami.

Pencapaian of that day: Berjaya naik bas dengan main2 agak sahaja :D.

Note: Piccas nanti lah haplod ek. Malas giler nak select :p

Monday, May 9, 2011

Kenyir Lake Resort & Spa - May 2011

Atas urusan tugas chek kena ke Tasik Kenyir (tp sangat bosan nak citer pasai kejer).

Perjalanan ke Tasik Kenyir mengambil masa lebih kurang 6-7 jam dari Kuala Lumpur. Bertolak kurang lebih pukul 8 malam, jadi sampai di Kenyir dalam pukul 4 pagi.

Tempat menunggu sementara buggy datang

Park di lot bahagian atas yg disediakan dan kena tunggu buggy datang pick up.
Lepas check in, tido sekejap sebelom siangnya nak mulakan kerja.

Resort yang kami menginap ialah Kenyir Resort & Spa.


Sebuah hotel yang sangat indah kerana lokasinya. Bagi yang cintakan alam sekitar. Tentu resort ini pilihan yang mendamaikan. Bayangkan berjalan dimalam hari dikelilingi hutan (yaa ada lampu jalan di sekitar).. dengan suasana yg dingin dan bau pokok -pokok sekitar.

Bila bangun pagi pula, disambut dengan bunyi kicau burung. Serious,.. rasa macam dimanja dengan kenikmatan alam semulajadi.

Dan ya, jika ada ongkos lebih, bolehlah pilih bilik yang mengadap tasik. Lagi mabelss viewnya. Kami stay di bilik yg garden view saja. Semalam RM288.
Bila dah celik mata dan mendengar kicau burung, jangan lupa untuk menikmati pemandangan dari verandah bilik. Hmm bayangkan menikmati hot drinks or breakfast there.. but of course la kan, u hav to go to the cafe for breakfast (maybe boleh order juga dari bilik ).

Sambil ssarapan, layan view yg sangat mavelesssss


Talking about breakfast.. hmmmm.. actually pilihan sarapan di situ agak bosan. Everyday (untuk 4 hari disana) : bubur nasi, roti, muffin, buns, fried mee/koteow, nasik lemak/ dagang & omelette (jika chek tak tertinggal apa2 lah). Dan kalau ada yg tertinggal pun maybe jenis2 roti dia yg ada 2/3 jenis tuh. So everyday, i'll take spinggan bubur, 2 keping roti bakar bersama butter & jam dan tidak ketinggalan omlette.

Memandangkan lokasinya yang jauh antara bilik, lobby dan parking area maka perkhidamatan buggy disediakan. Kalau stamina bagus, boleh la cuba berjalan sahaja ;) ..

Kebetulan masa stay disana, masuk malam ja ada bunga-bunga nak hujan. Dan ada satu malam tu, hujan lebat disertai dengan angin yang kuat. Sebatang pokok (boleh tahan besar) tumbang dipukul angin kuat menyekat laluan buggy nak ke beberapa bilik termasuklah mine. Apa lagi, menonggek ler memanjat ke atas. Tapi tak apalah sebab dapat juga menikmati kesegaran alam. But as usual, ada juga yang suka merungut, padahal bukan lah jalan jauh sangat pun dan bukan kesalahan resort tu pun. Bosan!.


Air kolam n air tasik ;) ..

Secara keseluruhan, bagi yang sukakan ketenangan dan kedamaian, chek sageskan resort ni. Boleh tenangkan fikiran dan bagi kita peluang menikmati alam. Priceless. Chek boleh ingat lagi, bila selesai ja kerja, balik malam, mesti dapat menghidu bau bau pokok dan hutan.. tataw kenapa buat kita rasa gembira dan lapang. Jangan fikir untuk shopping disitu sbb memang taker tempat nak shopping unless uolls ke KT and wait.............

Menjelang 2012, Kenyir akan ada tempat beli belah bebas cukai (Kenyir Trade Centre) located di salah sebuah pulau di Tasik Kenyir iaitu Pulau Bayas.

Next time i'll story mengenai Tasik Kenyir lak ke.
Kali ne lebih kepada "Kenyir Lake Resort & Spa".



Thursday, April 21, 2011

Bercuti ke Sabah April 2011- Part 1

Wahhhhh .. acchummmmm.. dah bersawang dah ni.. Jom kita pakat pakat sapu dan buang segala sawangan disini jap sebelom kita proceed with d story.

Ha, dah clear nih, barulah bersemangat nak menulis kan. Ini tak, rumah bersawang selut segala nih.. selesa ker nak menulis dan melepak dik??!

Baiklah, kali ni chek nak story mengenai percutian chek bersama family ke Sabah. Sabah tu besar kan.. jadi secara specificnya kami ke KK dan Kundasang :) . Tiket untuk 4 orang ni, chek beli semasa AA buat 0 fare promo. So untuk 4 beranak.. kena RM128 (inclusive 30kg luggage). Alhamdulillah. Trip kali ne lebey kepada niat untuk bawa my parents bercuti. They never been to Sabah.


17 April 2011 ( Day 1 )

Tarikh: 17 - 19 April 2011 (3 d, 2n)

Lokasi: Kundasang & KK

Mode Pengangkutan: Kereta Sewa (Viva Exec. RM110/day)

Hotel: Cottage Hotel Kundasang & Promenade Apt KK

----------

Sampai di KK dalam kul 12 tengah hari. Ambil kereta gebuk gedebak dah 1.30pm (sbb ada hal terjadi). Masa ne ujan dan rintik.

Terus g makan (entah kedai mana), n heading straight to Kundasang.

Cuaca tidak memihak kepada kami. Sepanjang perjalanan memang hujan renyai dan kabus agak tebal..Jalan 1 lorong dan mendaki. Sepanjang jalan banyak jumpa kesan kesan tanah runtuh dan tak kurang terserempak dengan lori/trailer panjang yang bawa muatan berat.

Scary juga. Jadi memang bawak kereta slow lah.

Chek tak sewa GPS untuk kesana eventho ini adalah my first time driving kat sana. Even tho u takder GPS chances u untuk sesat adalah sangat minima.

Alhamdulillah xsesat, cuma asik confuse so akan berenti turun tanya stesen minyak kalau xsure.Sbb derang xmeriah signboard mcm KL.

But not to worry sbb jalan nk ke Kunadasang tu ala2 mcm lurus jer dr Terminal 2 tuh ..

Sampai Kundasang, xleh nak buat apa sbb ujan , jalan becak, keta sewa chek ambik kaler putih.. dh jadi mcm keta apa dah..Masa tu teringak boot PCK huhu... All the way nak sampai ke otel tu.. leh nampak banyak signboard hotel, chalet, homestay yg lain.

Check in kat The Cottage Hotel. Then kuar ke pekan Kundasang (pekan ker?) untuk carik sesuap nasik. Mmg kawasan kecik jer.. Kedai- kedai dibina secara membulat mengadap ke dalam. Jenuh la me n adik, dok tawaf mencari kedai2.. Bila dh parking, jalan masuk ke dalam then barulah perasan.. kedai2 ni ngadap ke dalam, so kita ibaratnya akan park keta kat belakang kedai.. dan kat situ mek beli burget "Mat Beef" -- "Mat Chicken" pon ada


Hari pertama sampai Kundasang, tak dapat proceed dengan segala itinerary disebabkan cuaca. Jadi kami lepak bilik saja sambil layan view sekitar. Suasana kampung yang jauh dari pembangunan. Sangat lega dan segar hanya dengan melihat view sekitar Kundasang nih. N of course, di sana suhunya nyaman. Absolutely no aircond needed :D



view dari bilik. Kampung yang sejuk :)

Thursday, January 27, 2011

Momen itu : Bandung - Jan. 2011

Bila jalan tempat orang ne, banyak yang lain dari tempat kita akan kita alami. Jadi meh chek nak share sikit apa yang jadi. Ini antara insiden dan momen menarik sepanjang chek di Bandung tempoh hari.

i. Beza nama tapi serupa

Yang pekat, likat, melekat hehehe

Chek order minuman ini semasa lunch di Cascade. Dalam menu tulis Jus Avocado. dalam otak - hmm.. sumthing new. Nak cuba lah. Bila sampai jer apa yg diorder tu.. mak aii.. pekat, pelekat, tersekat hahahah.. memang tak boleh nak minum sbb terlalu pekat dowwh.. Dah set dalam fikiran, next time tak boleh order lagi dah minuman ni. Tak sesuai sebagai minuman penghilang dahaga :p. Semasa di Pasar Baru, makan di warung Kalimantan, chek belek menu untuk minuman. Atas saranan seorang member sejak di Malaysia lagi, chek pun order jus alpukat. Bila sampai.. adehhh laaa.. rupanya alpukat dan avocado tu adalah sama. Adeh laaa.. sekali lagi chek kena order mineral water. Kui kui kui ..

ii. Kasik Regang
Memang ramai yang bagitaw yang kat sana kalau nak spa dan massage segala tu memang murah. Di wisma Nova tu kebetulan memang ada salon yang menyediakan menda ni. Salon ne tak lah va va voommm .. ala ala hidup segan mati tak mahu jer. Sekadar nama 'ada' jer lah. But since chek dah stay kat wisma, so ambil kesempatan lah untuk buat.
Urutan seluruh badan + lulur + cuci rambut + steam rambut + kerembat (urut kepala yg sgt best) = Rp100k!!!!
Rp100k = RM34.00!!!!!!

Capturing myself doing hair spa ^_^

iii. Berani Mati
Selesai shopping di Alun Alun, chek decide nak ke Pasar Baru dengan menaiki beca. Jarak yang dekat dengan tambang Rp10k sahaja. Tapi yang sangat thrill ialah bila beca ni bergerak menentang arus!. Cuba bayangkan dalam kesesakan kenderaan penuh datang daripada hadapan di jalan sehala, tetiba dia menyonsong arus. ada satu momen di mana, trafil lite merah di hadapan, semua kenderaan berhenti. Penuh di hadapan.. dan chek dok dalam beca mengadap kenderaan ini semua. Seramss siots!

Ini sebelom sampai trafik lite.. bila masuk jalan besar sikit.. ngeri!!

v. Roti 2 keping/ Nasik bungkus

Breakfast di cafe Wisma

Suasana pagi di Bandung memang dingin. Nyaman. Memang enak kalau menikmati minuman panas dengan sarapan yang hangat di waktu pagi. Bangun ja pagi, siap lebey kurang, chek keluar untuk sarapan. Pekerja wisma tanya "Mahu sarapan ya ..?" "Yaaa..".
Chek usya kat kawasan cafe, takder pon sarapan nyer. So chek lepak ambil angin dulu. Tetiba pekerja tu datang "Ini sarapannya.. minum nya mahu manis atau ngakk.. " "Errr.. manis..."
Chek belek lagi.. menu untuk sarapan pagi tu : 2 keping roti kukus di sapu mentega dan manisan dan segelas teh kosong manis. Pagi yang seterusnya: Nasik bungkus bersama segelas teh manis :).


Tuesday, January 25, 2011

Alone to Bandung Part II ( Jan. 2011)


Bermula perjalanan di BDO
Mode pengankutan: teksi Bluebird (meter starts from Rp6k)

QZ 9575 landing dengan hazab. prrgtttthhh

Lagi satu hazab di Airport HS ialah time nak lepas kat immigration nyer.
Mak aii.. berdiri di situ saja untuk lepas , mahu dekat 1 jam.
Moralnya, korang xpayah la nak bawak beg besar dengan pakaian yang banyak. Bawa sehelai dua basic dan yang lain beli di sana. Sebb kat immi tu derang akan bukak habis kalau korang bwak beg besar sgala. Mcm chek bawak baju 2 helai dan sehelai jeans..
Beg untuk mengisi barang yang di beli ialah beg jenis plastik yang biasa kita tgk di jinjit oleh orang Indon atau Vietnam. Masa kosong tu, leh lipat masuk dlm beg pack jer.

Dari airport, chek ambik taxi ke kota Bandung.
Hotel masih belum di book, so bgtaw pakcik taxi untuk bawa ke hotel paling murah ;p
Dapat la stay kat Wisma Nova, di Jln Ambon/ Jln Riau. Dekat sangat dengan segala FO yang ada di Jln Riau itu. Serious dekat. Walking distance saja. Sampai naik buhsan.

Wisma NOVA, Jln Ambon/Jln Riau

Nak makan pon senang, dekat dengan tpt makan. Memandangkan chek sensorang so, ini adalah option terbaik. Ignorekan hal yg len. Yg penting selamat. Bilik di wisma Nova ne biasa saja. Chek tak suka sangat sbb ada baw rokok (due to smokers yg dok bergembut sakan). Kalau mek dengan member sure i'll chuz another hotel lah. Nak yg senang, mudah, dan stay in budget so .. ini lah pilihan yg ada :D

Wisma Nova ni hanya walking distance dengan FO - FORMEN, SUMMIT, HERITAGE, CASCADE, STAMP, SECRET, OASIS, BRANDED OUTLET, TERMINAL TAS dan few lg yg chek xleh nk recall.

Sesudah chek in, chek ke Heritage/Cascade untuk lunch. Makan nasik goreng seafood dan jus alpukat (avocado) & mineral water .. Rp 46k.

Depan cafe ada kolam ikan kap

Jus alpukat yg pekat dan melekat O.O sampai chek kena order mineral water~

Balik tu, sebab dah keletihan .. chek terlelap.

19th Jan 2011 (Isnin)

Ke King's Mall, Alun Alun

Chek folo seorang pekerja wisma keluar. Dia nak balik rumah. So chek ambik taxi dan minta dia tunjukkan, King's Mall. Tujuan utama, nak beli kain katun (ckp org Indon) atau kain kapas kata org Malaysia dan cotton ckp omputehnyer.
Pukul 10 pagi dh terpacak depan King's Mall tu. Motif??. King's mall tu bukak pukul 10.30 .. so kalau nak pegi., dalam pukul 11pagi tu just nice la sbb derang dah siap kemaskan kedai.
Sebelum ke BDO, chek dah banyak wat research n baca mengenai BDO nih, so banyak lah jugak membantu.. Chek beli 2 pasang kain kapas di sn dengan harga average Rp20k/meter untuk kain kapas Jepun (lebih selesa n sejuk).
Plan nyer tanak ke Pasar Baru lagi.. tp disebabkan dh habis awal shopping kat King, chek ambik beca ke PB yang hanya Rp10k jer tambangnyer dr King tu. In fact, kalau jalan kaki jer pon.. dekat jer.

Rp10k jer ke PB dari King's Mall

so kalau dah ke PB, apa lagi.. sempat ler bersoping apa yg patut. tpt tu kan keramat uolsss hahahah.. Duit keluar mcm ayor jer jdnyer.. Dengan makanan dan menu yg excited chek nak terai ~ yummmm


Gurame di warung Pak Chi Met Lantai 6, PB

Es doyan.. toooo sweet for me..~

Dah keletihan, baru lah balik ke sarang. Dan malam tu sempat lagi jalan - jalan sekitar FO dan merembat apa yg berkenan. (bahaya gak bila FO ne dekat ngan tpt menginap).

18th Jan. 2011 (Tuesday)

Misi utama ialah nak ke PB dan menyetlkan beberapa lagi kiriman org. Antaranya telekong, beg, kain sulam etc. Dalam kul 2 mcm tu dah selesai. Bukan apa, lepas tu kalut nak p rumah MODE pulak. Dengar kahabr2 nya rumah MODE ni sangat best, maveles, kababomm, kapowww *di iringi bunga api khenns hikhhs..
Kawasan dia mmg chantek, i lioke sangats. Tp chek ke situ sbb nk cari jacket. Ala2 wool jacket yg mcm ada kat ZARA tu lah. Katanya boleh dapat bawah RM100!
Excited la chek ni. So dapat la chek rembats sehelai jacket dan sehelai t shirt drpd GUESS.

Tp apa yg dapat chek simpulkan ialah: Rumah MODE nih, lebih mahal daripada FO yang lain.. serious. Jacket yg HAMPIR sama.. tak sama tp hampir sama.. satu chek beli di Rumah MODE, satu lagi di SECRET.. beza harganya sangat besar. Yg di MODE (Rp350k) dan di SECRET (Rp150k) ajaaa.. huhuhu

Since hari ini ialah hari terakhir, malam tu chek marathon ke FO yg dekat2 dengan wisma untuk shopping buat kali terkahir sebelom esoknya, bertolak balik ke KL.
Dapat juga membeli beberapa barangan terakhir untuk diri sendiri, abah, mu love n my beloved anak2 sedara :)

Hasil rampasan yang tidaklah setera mana (10kg jer)


19th Jan. 2011 (Wednesday)

After breakfast at Wisma, dalam pukul 11 mcm tu, chek plan nak beli brownies. So ambil taxi ke Kartika Sari. Beli Pisang Molen dan Brownies Almond Bakar. Gerak pulak ke Amanda untuk beli extra brownies. Rasanya ini adalah antara ole-ole terbaik dari Bandung untuk kenkawan semua. Kalau keychain n fridge magnet tu dah selalu sangat dah kot. Too common heheh.. tp sememangnya brownies ne sedap. Kalau ke sana jgn lupa dapatkan yer.

Beg pack,sling bag dan brownies :)

Flite balik dari BDO - KL , delay. Sampai ke LCCT dalam kul 7 lebey.
MK fetch dengan muka moncong sbb dah lama sangat tunggu :p

Overall.. ok jer g Bandung ne sbb bahasa dan makan pon senang.

A sempoi trip by a sempoi soul ^_^

Monday, January 24, 2011

Alone to Bandung 2011 (16th - 19th Jan. 2011)

It was a really 50/50 decision to go there all by myself.
A week ( or 2 i guess ) Ina confirmed that she can't join. Oleh itu mula lah chek dok pikiaq punya pikiaq punya pikiaq punya pikiaq .. :D
So, decision made.. InsyaAllah chek akan okey. InsyaAllah everything will be fine. Semua akan selamat. So chek decide untuk meneruskan juga misi ke Bandung ini biarpun hanya berseorangan. Yups, seorang sahaja. Takda teman. nada..

16th Jan. 2011 (Sunday)

Lebih kurang pukul 7.15 chek keluar dari rumah dan ambil bas ke Putrajaya Cental. Sebab dari situ, rancangannya nak ambil ERL transit ke Salak Tinggi. Bas kunin yang chek naik pagi tu, dipandu oleh akak driver .. :D yupss driver bas wanita .

Akak driver bus :D. chaiyok akak

Tunggu bas dari rumah ke PC tak lama mana pun, tapi perjalanan dari bus stand ke PC tu mak haiii.. dekat 20 minit. Padahal jaraknya bukan jauh sangat pon. Bas ni akan pusing sana sini ditambah pula dengan kemeriahan traffic light di Putrajaya, tentu saja menambahkan lagi masa perjalanan. Fuhh tensen!.

Bila sampai saja kat PC, mahu dh dekat pukul 0800 kot. Lari cepat ke kaunter ERL ambik tiket ke Salak Selatan pulak. Fuhhh.. hadeh laaaaa.. (dalam otak dok ticking - kena sampai kat counter AA 0855!!!!)
Masa tunggu ERL sampai, sempat jugak kol my mom .. dan dia sempat order kain telekong sulam sulam hihi..

tiket dr PC ke Salak Tinggi

Dari PC ke Salak Tinggi nek ERL Transit ne sekejap jer. So dah kurang la sikit debarannya. Ingatkan dah berakhir, tapi rupanya baru bermula mimpi ngeri yang sebenar. Dari Salak Tinggi ke LLCT tu lah nightmare yg sebenanya. Bukan jauh sangat pun dari Salak Tinggi tu. Tapi masya Allah.. abang driver bas tu bawak mcm nak makan hangen. Mmg hangen lah. Mana kita ne dok ketaq nk ligan flite lagi. Mata ne sat sat ghelin jam tangan. tak cukup dgn ghelin jam tangan, jam yang kat dlm bas tu pon dok usya kot2 la tersalah masa.
Fortunately chek dah buat web check in few days prior to to that khen. Kalau tak.. bye bye Bandung from Malaysia lah :/

Sampai LCCT dah pukul 0900 pagi.. uwaaaa.. terjun (mampooo??) dari bas lari terus ke bahagian untuk verified document ( seb bek masih buka), terus hulur passport & ticket. Settle! heading straight ke ruang menuggu departure hall dan perut lak rasa tak selesa. Singgah toilet (hehehehe).. keluar jer dari toilet terus g departure hall.. terus dengar announcement untuk para penumpang QZ9575 (huh my flite la tuh).. lari terkedek kedek .. dan terus ke flite :D

Flite ke Bandung (BDO) ambil masa kurang lebih 2 jam dari LCCT Sepang. Sepanjang perjalanan sempat jugak berborak dengan member yg duduk sebelah kiri kanan. A friendly chinese guy dengan a Malay lady from N.9.


Dalam flite isi form dulu

Sempat jugak lelap seminit dua dalam perjalanan tu.
Sbb kemengantukan yang tidak dapat dibendung lagi. O.O

QZ9575 landing dengan hazab sekali sehingga compartment di atas kepala chek terbuka akibat hentakan tayar yg agak keras. Hm, kalau tak instead of enjoying n shopping di bandung, i'll land my self at umah sakit's bed lah :p.

I can't smell the Bandung' soil kerana kemabukan. Mamposs lah tetap mabuk flite jugeks. Seb bek xsempat nak menggunakan plastik muntah tu kihkihkih..

Finally..
Bandara Hussein Sastranegara :)