A souvenir to remember ~ Pangkor, 17th Dec. 2010
Hello guys .. jumpa lagi yaaaa :D
Ini ialah entry yang tertangguh sejak bulan Disember 2010 lagi. Napa?
Takder sebab naper.. asik malas nk mengarang panjang jer, moreover masa tuh hp hilang, so mood tu terbang bersama hp yg hilang hukhuk. So dok sesaja ni nak la jugak share my holiday with my beloved frens during my school years.
There are 8 of us: chek/ Kak Cik/ Kak Su/ Yagee / Rumai / Narita / Emi dan Mak Ndak and we call ourself DM (maksudnya dirahsiakan).. :p huahuahuahua..
But yang manage untuk folo trip ni hanya kami ber5 manakala 3 orang lagi xdapat nak folo atas sebab - sebab berikut :
Mak Ndak : kat Seberang Takir, Teganu dan sedang sarat ngandung
Narita : Anak kecik (baru habis pantang)
Emi: anak kecik + baru dapat tahu katanya dapat bertukar balik ke Kedah selepas beberapa lama di Sabah. So kena balik Sabah untuk settlekan beberapa perkara.
The journey
I drove from KL to Kuala Selangor a day before the trip and lepak kat umah kak cik. Malam tu sempat lagi kami makan ikan bakar kat Aroma Ikan Bakar. Punyalah ramai orang. Kebetulan pulak malam tu, semi final Piala AFF Malaysia vs Vietnam (di Hanoi).
Esok paginya, kami bertolak dalam pukul 7 macam tu ke Lumut. Kak cik yang drive tp using my car. Menggunakan trunk road memang best giler sebb viewnya yang kampung habis. Masa lalu satu kawasan (kalau xsalah area Teluk Intan).. memang rasa mcm nak wat bideo klip! terus fefeeling nk nyanyi lagu Ogy Ahmad Daud ~ lihatlah .. keindahan , sawahku terbentang da da da da (lupa lirik hahahah).. ^-^
Manakala Rumai/ Kak Sue n Yagee datang dr Kedah with Rumai's car. Kami plan untuk jumpa kat Lumut dalam kul 10pagi macam tu.
Opkos chek n kak cik yang sampai dulu sebab kami dekat la sikit khenn.
Sampai jer, breakfast dulu .. dan agak2 sedap perut tu, mulalah berjalan meninjau kawsan. Kedai2 souvenirs banyak dh buka. So dalam dok mencochi mata tu terbekenan lah dekat topi ni ~ kunun nk posing2 ala tepi pantai la hahahha.. Apa lagi.. chek n kak cik sambaq la sorang satu.
Sambil2 tu jalan gak check tiket boat. OK lah, boat agak kerap gak masuk Lumut. No prob lah. Xyah ambik tix lagi. Sedang asik bersopingan, geng keta rumai (ala2 geng bas skolah ihikks) dah sampai.
Bila dah berjumpa tu, apa lagi.. reyoh sakan la. Maklumlah kami agak lama xjumpa macam tu. Dan bila geng keta rumai tengok kopi kami yg santek tu depa pon kalut nak beli jugekss.. maka pakat ada la topi tu sorang satu dik non weh.. :D
Opss lupa nak bagitaw.. trip ne memang trip perempuan sahaja. Yang mana ada anak suami, memang diberikan green lite untuk enjoy percutian ini dan suami rela menjaga anak2 tersayang. Tapi itulah kan, naluri ibu, mana laeh renggang lama.. atas kesedaran tu jugak la kami kesana 2 hari satu malam jer :) ..Bila sudah diberi kepercayaan, jangan disalah guna. InsyaAllah.. next time di beri peluang lagi yer tak ..??
Kami naik bot ke Lumut lebey kurang boat pukul 12 tengah hari dengan ticket RM10/pax (return). Aku memang dah booking chalet kat sana. A family room untuk kami ber 5 dengan harga RM180/nite (rate cuti sekolah- mmg mahal sikit). Nama chaletnya Ombak Inn. Biasa biasa saja.. kalau bukan cuti sekolah, rate untuk standard chalet ni dalam RM70 jer kot. Chalet ni dekat juga dengan pantai, jalan xsampai 2 minit dah sampai pantai. :)..
Petang tu juga, kami decide nak mencuba dan melakukan aktiviti bersama- sama. Memula, chek dah senaraikan nak g snorkel, nak nek banana boat dan nek canoe tp yang berjaya di laksanakan hanyalah 2 manakala nek canoe deorang taknak hihi..
Murah jer pakej untuk melawat 3 pulau (bukan turun pon, tgk dr atas boat jer) dan snorkel.. untuk kedua2 aktiviti ne kalau tak salah RM15/pax. Dapat sekali la snorkeling gear tu. Nak snorkel berapa lama, just bagitaw jer.. Yang tak bestnya.. snorkeling gear dia xbest.. dah rabak, so bila snorkel jer, air asik masuk, fog lagi.. kacau betol.. so nk snorkel jauh sikit pon xberani sbb nak kena selalu cuci kabus tu. :(
Kak su n Yagee just fall in love with snorkeling. Memula tu masih was -was tapi bila dapat mood, apa lagi.. seronok derang ke sana sini. That was their 1st time. :D.. chaiyok to u gals ..
Tapi yang xbestknya snorkel kat giam ne, kawasan kecik :( .. snorkel sikit asik langgar orang.. uwaaaaa.. xbest tawwww.. Kak cik n Rumai tanak snorkel, so derang lepak atas batu.. posing manja sambil tolong snap pic kitorg hehehe..
Diskusi jap sebelom kecoborrr..!!
1st time, masih was was katanya :D
Bila dh berani .. dh mula renang jauh sikit
Dah penat snorkel, kami balik dan decide nak nek banana boat. Again kak cik n rumai taknak. Hmm.. ini xleh jadi, kami paksa jugak. Akhirnya.. semua naik .. Yayyyyyyy!! untuk ini, kena RM12/pax kot (ingat2 lupa). Hmmm.. nampak mcm biasa jer kan nek banana/pencil boat ne khen.. tapi bagi yang belum pernah cuba, sila lah cuba dulu.. Alang2 orang mahu dok menjerit tak habes2 atas boat ni. Itu yg terjadi kat Kak cik.. siap merayu2 adik yg bawak boat supaya berenti kt tengah laut tu hahahha.. motif nak berenti tengah laut kak weh.. Seriously mmg havoc naik banana boat ni.. dengan debaran melompat lompat, dengan lajunyer, dengan suspens nyer.. Paling thrill tentulah bila budak boat tu nak jatuhkan kita, ko bayangkan.. jatuh macam kita ne jd mangsa boat karam gituuu!! jatuh , masuk terus ke dalam air for few seconds and then baru timbul.. tertelan ayor laut mahu dekat 5 gelas hahahah.. uweekkkkkkk.. blueeekkk .. tp u must stay calm.. bila dh stabil, kuak perlahan lahan ke pantai .. Chek ne berenang zero hoccay.. tp atas semangat nk mencuba, chek sanggup jer. Yang kelakar time ne, mmg dengar kat pantai orang ramai dok cakap "ehh.. bebudak tu lemas tu .. " "Derang dah sesak napas laa.." "Pegi tolong .. derang lemas tuuuu ...". aku gegeh jugak kuak ke pantai, penat siots. Tapi bila aku, yagee n kak su sampai pantai.. toleh belakang rupanya rupa rumai n kak cik saling berpelukan dalam laut tu lagi.. xleh nak bertindak apa apa.. sambil dok cakap "tolong.. tolong.." aku nak gelak pon x berani hahahah walaupon rasa kelako giler.. Aku g kat abang beach boy tu cakap kat dia "Abang, tolong ambik 2 kawan saya tu- salah sorang tak berapa sihat".. Macam2 laaahh ... kihkihkih . Seriously, kalau korunk xpernah cuba.. g lah cuba.. masa atas boat tu mmg scary gak tp once dah habis.. tal larat nak senyum n gelak dok story balik.. Sumthing to remember lah :)
Malamnya, kami keluar makan.. makan char koteow ja. But yang pelik kat Pangkor ne, kebanyakkan peniaga guna polisterine untuk hidang makanan, even untuk makanan yg panas from kuali. As in our case.. our char koteow lah.. :( .. Polisterine tu tak elok diguna bersama masakan yg masih panas2 mcm tu.. akan ada tindakbalas dengan kandungan/bahan polisterine. But takkan chek nk bg khutbah time tu khen. Poyot pon dh ala2 meraounng uolsss.. Malam pon tido lewat sbb ada potluck souvenirs and share stories sampai lewat malam.
souvenirs exchange :)
Esoknya tu, dah nak balik. Macam biasa lah kena beli souvenir. And chek beli fridge magnet jer sbb souvenir untuk sendiri dah beli awai lagi (topi tu lah).. Beli ikan kering di Lumut, dan jajan sikit untuk kawan2 kt opis.
InsyaAllah.. kitaorg simpan harapan untuk meet up mcm ne lagi, tp plan nak buat kat teganu plak since mak ndak akan bersalin dan dia paling jauh. Panjang umur boleh jumpa lagi. Miss and love u all my lovely sistas ..
Friends Are Forever- xoxo