Monday, June 21, 2010

Dating Cucoq Ikan Bileh

Malas nak cakap tentang Piala Dunia sebab kalau tak cerita pon memang orang akan bercakap mengenainya.
Bukan buhsan sebab chek pon minat bola jugak. Pernah p menyokong pasukan pilihan dengan muka tadan cuci terus dari office. Sempat salin baju dan pakai jeans sahaja. Memang sangat suka bersorak. tapi nak layan World Cup sensorang di rumah ni memang la takder gheja sangat (biarpon saat dok menulis ni memang dok tgk Korea vs Portugal!!)

Nak menulis apa pun tataw ni, Tapi tadi sebenaqnya bila on sahaja netbuk ini niat di hati nak menulis pasai Coq Ikan Bileh <--- tetap nak cakap kedah no.

Bukan pasai apa, tadi masa bersembang dengan En.Mat dia dok tanya masak apa hari ni. Maklum sahaja lah dengan keadaan coca yang mendung (apa kena mengena ngan coca ntah) dan juga level kerajinan, maka menu yang terhidang atas meja untuk dinner ialah menu yang super senang. Tak maw lah nak habaq apa dia, buat malu kampeni saja., huhu

Dalam dok bersembang tu, dia dok sebut lah, dia suka makan cucoq ikan bileh yang chek buat. Katanya yang paling sedap setakat yg dia penah makan <-- kau tak kembang semankok dan renyih sorang2 mcm kerang wangi??

waaaah~ sungguh gembira apabila mendapat poji -pojians sehingga terasa di awangan

Kesahnya, kami kalau berpiknik kat Taman yang berselirat dekat romah ni suka lah juga dok bawak macam-macam. Tapi slalunya dok lepak kat taman dekat pusat membeli belah dekat rumah sahaja. Itu yang paling senang katanya. Mudah dan rengkas! Kat situ pon ada karaoke .. hehehe leh ler kami dok nyanyi sakan.

ada plan nak piknik kat tempat mcm ni, tp takdak kesempatan lagi.. sedeh!

Ada sekali chek saja rajin dok buat coq ikan bileh, dia kata sedap. pastu asyik dok suruh buat. Sampaikan boleh kata tiap kali nak jumpa la ni, dia tanya ada coq ikan bileh dak??? Kau tak meroyan kah?? Sampai tetiap 2 minggu sekali dok beli stock ikan bileh!
Chek tanya la jugak " Yang, tak cemuih ka.. dok asik makan cucoq tu ja?". Dan dengan konpidenya dia jawab "Dak! kalau saya cemuih saya habaq.. tapi buat masa la, kalau buleh tiap kali jumpa nak makan coq ikan bileh!"
Huh, kau tak tukaq costume jadi makcik juai coq tepi jalan??

Pitam en. Mat kalau tengok chek dok goreng cucoq macam ni!

Adeh laa.. tapi yang baguihnya dia ni, kalau dia suka, dia akan makan dengan cemerlang sekali. So yang kita jadi tukang masak ni pon sejuk la sikit hati.

Sebenaqnya, chek rasa sama saja kalau orang buat cucoq apa -apa pun. Cuma ada lah trick dia sikit. Mai chek habaq mcm mana chek buat cucuoq yang sungguh sempoi dan tak da rahsia langsung ni.

Bahan -bahan:

- Tepong gandum 2 cawan
- Ikan bileh sebanyak mana suka ( rendam sat bg lembut, cuci )
- bawang merah 2 ulas di mayang
- Garam secukup rasa
- Gula sikit
- Kunyit kalau nak kaler kunin
- cabai melaka di tumbuk kalau nak pedaih
- ayaq agak secukupnya.

Cara-caranya::
- Boh semua dalam bekas + ayaq sedang elok untuk menjadikan batter.
Ingat jgn cair sangat. Satgi jd lemepng n penyek pulak. Agak2 boleh jemput lah.

Goreng ( ni lah tricknya) : Sila panaskan minyak tu sepanasnya ... pastu jemputkan batter tu.. bila dah cukup penuh belanga, then perlahan kan sedikit api ;)..

Goreng sampai masak .. then makan .. yummy...

Senang ja kan!! tapi tataw pasepa dia suka sangat :)

Hmmm.. bahagia berdua lepas makan cucoq ikan bileh (walaupun nek beskal jaaah!)

Monday, June 14, 2010

Bandung n Jakarta (Cont.)


Bila roh rajin tu mula meresap dalam diri. Ini lah hasilnya. Setiap hari ada entry. Kalau tak, memang mintak hampon lah dari batu jemala ni. Nak sign in masuk blog pon kena perasap kemenyan dulu (kau berani nak seru roh mcm tu??)

Well, cuma kali ini saja , terlebih rajin untuk mendhapdetkan mengenai perjalanan aku ke Indonesia hari tuh.
Hari yang ke 2 (25/05), kami bertolak ke Bandung. Perjalanan melalui Hi-way dari Jakarta ke Bandung hanya ambil masa lebih kurang 2 jam lebey. Pemandangan pun lebih tenang berbanding di Jakarta. Huh, letey kalau di sana. Asap sana sini. Pin pon.. pin pon.. (bunyi honk lah u olss).

Sampai ke destinasi kami checked in kat Grand Preanger Hotel, Bandung. Nice hotel with nice price of coz. Ke destinasi seterusnya untuk berjumpa dengan kepala pejabat di Bandung. Di hidangkan dengan makanan dan minuman originally from Bandung.

Rebusan- tapi still dapat menikmati rasanya yang asli


Bajighur- seriously i only took a sip n fuhh enuffff.. !!


Minuman tu, mmg tak dapat nak habiskan sebab rasanya yang pelik. Hmmm mcm air gula merah yang diletakkan parutan halia! Too sweet.. n definitely not for me. Seriously biarpun di suruh berkali -kali oleh rakan -rakan di sana untuk mencuba, aku tak berani nak buka mulut pon untuk nak hirup minuman tu dah. Manis!! sangat manih!!

Sempat juga menyaksikan anak-anak kecil berlatih menari. Salah satu xtvt yang dianjurkan untuk anak-anak muda Bandung.

Rasanya yang paling kecil mungkin berumur 3 tahun kot.
nampak tak yang baju merah kat sebelah kanan tu?? :D

Overall, kerja di Bandung dapat diselesaikan sedikit lewat , oleh itu plan untuk shopping tak dapat dilaksanakan. Boleh bayangkan tak, kami hanya di beri masa satu jam untuk ke Pasar Baru. Ok, sekiranya kurang jelas.. saya ulang sekali lagi.. 1 JAM sahaja ke Pasar Baru!!!!...
So tak sempat nak beli apa pun.. what to do, Nak marah pon, ini bukanya lawatan untuk berehat dan beli belah kan. Ini lawatan kerja. So redha lah.

But hari terakhir di Bandung kami sempat enjoy dan belajar main angklung di Saung angklung Udhjo. Jika ke saung angklung dapat juga menyaksikan kemeriahan tarian anak-anak kecil ini menggunakan angklung dengan pelbagai ragam. Masuk percuma! yups, kerana di sini derang nak semarakkan seni, tapi sekiranya kita mungkin ingin menolong, belilah cenderamata yang ada di jual di bahagian gerai. Dan selepas tu ke Tangkuban perahu. Love Tangkuban Prahu sebab tempatnya sejuk. Best!

Anak - anak di usia muda dah di asuh untuk menghargai warisan seni
dan kebudayaan setempat. (Saung Angklung Udjho)


Tangkuban Prahu.Ini kawahnya. Masih lagi berasap.

Kalau ada peluang ke Bandung. Singgahlah ke Tangkuban Prahu ini. Kisahnya berkisar tentang Sang Kuriang yang jatuh cinta pasa ibu sendiri. Tempatnya dingin dan tetapi ada bau belerang yang kuat. Jangan pergi lewat kerana ia ditutup awal disebabkan bau belerang akan menjadi lebih kuat pada sebelah petang dan mungkin membahayakan kesihatan.

Ini lah saja yang nak di tulis, (bukan banyak pun). Disebabkan tak sempat nak shopping kali ni, aku dah beli tiket untuk kesana lagi tahun depan pada Januari. Huhuhu... kalau umur panjang, dapatlah sampai lagi ker Bandung ni, tapi this time ngan AA ajalah.. no more Business Class with MAS :)

Sunday, June 13, 2010

Tempat nko ada 2 musim?


Yesss... selalu korang tahu negara yang ada 4 musim ja kan. Dalam negara kita Malaysia ni, memang semusim sahaja yang ada iaitu musim panas. Musim hujan pon xdikira musim sebab kadang-kadang kalau hujan pon masih panas!

Tapi jangan tak tahu , masih ada lagi tempat yang boleh jadi 4 musim mcm bukit cerakah tu atau tempat yang jadi 2 musim sahaja seperti tempat kerja aku.

Agaknya, dah banyak duit kot sekarang ni nak bayar bil eletrik. taktahu lah, setiap kali melangkah kaki sahaja masuk ke tempat kerja. Kaki dan tangan jd kejong n kejang, dada jd berombak. Bukan sebab debaran chinta lah !! tapi sebab kesejukan yang melampau.

Bukan aku saja, aku rasa boleh dikatakan semua yang masuk akan rasa macam tu. bayangkan, masuk milo panas boleh tukar jadi milo ais. Kau tak heran??. Selalunya memang dah sangat sejuk tempat tu, tapi lately lagiiiii lahhh bertammbahhhh kesejukkkaannyaa!! Kau tak meroyan kalau dah sejuk sangat? Apa nko dilahirkan dalam musim sejuk di malaysia kah?

Paling dasat ialah pagi semalam bila ku kena kerja pukul 3 pagi. Sangat sejuk sampai cakap pon ala-ala dengar tak dengar. Pakai sweater pon xada kesan. Planet apakah ini?Serious aku cakap.. sangat sejuk.... sejukkkkkk.. uwaaaa.. sejukkkss!!! So aku ambil keputusan untuk tunggu rakan yang masuk shift lepas aku di luar sahaja. Bukan luar bilik, tapi luar office!! Aku takmau ada aircond!! Gila sejuk wehhhh..

Waktu tu terbayang dalam otak aku, aku mesti beli winter coat, penutup telinga, glove n socks! Mesti glam kan masuk kerja macam tu.. tempat korunk ada kerja dalam winter ??? Sampai nak cakap pon tergagap -gagap jadinya.


Bila time nak mula kerja saja, terus melaram mcm artis. Glam tak??


Tapi bila keluar saja ke alam nyata. Panasnya alahai, boleh men'steak'kan daging orang kan. tak herankah orang tengok nko pakai baju bulu bagai keluaq p jenjalan kat the Sphere, Bangsar tu?. Heheh. Sekejap nko sejuk macam ketulan ais dalam tempat keja dan sekejap bila nko keluar panas mcm kena grill.. howw..??

Takkan lah nak terus melaram glam dengan winter coat kan?
terus tukar costume.. yang lebih easy breezy.


Tudiaaa, costume musim panas!


Jangan lupa pakai sunblock na.. :D

Saturday, June 12, 2010

From Redang To Indonesia


Jakarta and Bandung
24/05/2010 -29/05/2010

Yups, pagi 24 May aku bertolak dari epot Kuala Terengganu ke LCCT. Flite yang ambik masa dalam 55 min sahaja tu takdan nak terasa pon. Sekejap saja dah sampai Sepang (920am). Perut mula berkeroncong so, aku lepak dan makan dulu kat LCCT. Makan bihun sup yang tak la setera mana. But makan ajalah lah kan, ala -ala 'darurat' konsepnya kan.


Dengan backpack, dan mata yg ala2 masih ngantoks, aku tgk jam. Malas nak tunggu lama kat LCCT, aku pon tunggu bas dan heading straight to KLIA pulak. Yups guys, transit jer kat LCCT tu dari percutian di Pulau Redang aku akan terus ke Indonesia (Jakarta/ Bandung) atas urusan kerja. Beg pakaian dan segala kelengkapan semua office mate yang bawa dari KL. Aku dah siap-siap pack dan letakkan di office.

Since perfi atas urusan kerja, so dapat la merasa nak Business Class MAS. Dapat lepak kat MAS Lounge yang hanya ada seorang ja time kitorg masuk :). Cool. Eat wateva you want, while relaxing in such a cozy ambience.

MAS Lounge. Lepak dan makan-makan sebelum board

Sebahagian daripada hidangan yang tak langsung aku sentuh

My fav.. sampai 2 kali ulang makan :p. Go salad go!!!

Secara keseluruhanya, aku ke Jakarta n Bandung atas urusan kerja. but believe me apa yang dalam otak aku ialah "shopping'. (Macam lah duit berkepuk yer..)
And not forget to mention that was my 1st time aku ke Indonesia. Boifren aku cakap kat sana sangat macet (sesak). Really?? Can it be worse than KL?? The answer is -YES- !!!
Sorry, didnt mean to be so jakun but hey this is my 1st time okey!
Jakarta from above.

Can u see that.. the shadow.. thats our plane :)

Masa sampai di sana memang sudah ada yang menyambut dan bawa kami di hotel. I've to say yang hotel disana agak mahal berbanding Malaysia ( quality vs price). RM180 for a room without breakfast!! huh. Dan bilik pon takdder la maveles sangat. Kami hanya akan bermalam semalam sahaja di jakarta sebelum bertolak awal pagi lagi ke Bandung esokannya (25/05).

Dan malamnya kami disambut dengan dinner bersama semua delgasi yang terlibat. Still makanan yang ala-ala Chinese food itu tak mampu memuaskan napsu makan aku ...

Yg ada bijan tu sedap gak but i cant figure out natey apakah itu

The restaurant : Dine Max namanya


leaving JKRT for BND- The monument built during Megawati's time


So, selesai malam pertama di Jakarta. Pagi 25/05 kami terus ke Bandung untuk acara -acara utama di sana..

Wednesday, June 9, 2010

Jom Cuti: Pulau Redang - May, 2010

We planned for Redang for almost 2 or 3 months before. Yup, really!!

Because the other 3 are in Alo Stuck n me in KL. So we’ve to arrange and plan for this holiday according to everyone schedule.

At 1st we planned to book for packages that most of it range from rm300 and above. The package we chose was from Redang Lagoon at Rm 300 per person for 3 days n 2 nights stay inclusive meal, accommodation, snorkelling tour, boat transfer (return frm KT- Redang). We have to pay extra for rental of snorkelling equipment, life jacket and marine park fee.

Hmmm.. after lotta discussion wif my gurlfrens we decided to ‘gamble’. Mueheheh.. I gugel (like hell) looking for tips or any clue for backpackers holiday to Redang and i found NONE of them informative. I mean, they don’t provide us with the details like how to get there without ur agent, how much is the boat fare, where to stay if u don’t book for a package, where to eat, how much it cost for a meal at redang if we don’t take the package etc etc.

Why did i mention these?? Yaaa.. me n my frens were clueless because as we gugeled we bump onto stories about packages offered by resort n chalet there. Resorts n chalet at Redang will encourage the customer to take the package ( of coz la because derang dapat untung lebey maa). Free n easy?? Backpackers?? Hmmm only few found n not much we can pick from that.

Prior to the Vacation.

- Gugel macam nak gila all pages related to Redang (blogs, forums, site etc)

- Chuz what kinda vacation that u want. And as for us: FREE N EASY/ GAMBLE/ BACKPACK

- For safety reason (not end up tidoq di mesjid) : We booked a quad room at Redang Lagoon

- M Me: book return flite ticket (KL-KT) from Air Asia.

- My gurlfrens: Drive/ by bus

Me kena cari sunblock for the gurls (including me lah)

- Them: beli roti ( dalam 4 org depa buleh pilih untuk beli roti sajor!! Hahah)

- WARNING: GET YOUR BREAD FROM D MAIN LAND!! DONT BUY IT IN THE ISLAND! – as told by lotta frens. And WE AGREE 163%! And also don’t buy Gardenia, Hi-5 or sumthing similar to the quality.. ikan jer lah. Just buy roti chap ayam jaaah

So, So tiba hari yang dijanjikan. Aku ambik flite dari KL ke KT. Lepak umah kenalan sebelum paginya berjumpa kawan –kawan kat jetty syahbandar (Kuala Terengganu). Option: kalau nak g Redang . satu menerusi jetty Syahbandar Kuala Terengganu dan satu lagi menerusi jeti Merang. Kami naik di jeti Syahbandar sebab lebih senang. Moreover balik tu leh jenjalan kat Pasar Payang. Walking distance jer ;).

21 23 May 2010 (8.30am)

Kawan-kawan dah sampai di KT. Aku masih di umah kenalan. Derang tanyakan tiket tapi terkejut sebab nama kitorag takder. Kalut derang kol tanya aku n suruh aku cepat dating ke jeti. Kalut lah Mak Ani (kenalan) pun bersiap dan nak hantarkan aku.

Cumanya, kami tak booking tiket so ada kekeliruan bila aku hanya booking untuk bilik. Tapi setelah bercakap dengan orang dari chalet, semuanya selesai. Bot pukul 930 pagi. Dan kawan –kawan aku yang tak mandi mula kelaparan :p.

Kami memang suka bergaya depan kamera. Pantang lah ada yg angkat kamera, yang len dah siap posing ahaks. Ok, dipendekkan cerita, kami hampir ketinggalan bot sebab dok ralit bergaya n posing depan jetty. Huh, naseb baik.

Perjalanan dr jetty ke Redang ambil masa kurang lebih sejam. Kawan- kawan aku ada yg koma, especially ina. Sampai xsedaq.

Bila dah sampai, kebanyakkan yang ada dalam boat tu kagum banget dengan kecantikan pantai nya. Air laut mak aii cantik giler. Jakun sekejap kami!.

Jetty untuk boat takder, so dia akan berenti separuh jalan.. dan kita kena tukaq ke bot yg lain yg akan bawak kita ke tepi pantai. Then korunk kenalah folo chalet masing-masing. Tak payah risau lah sebab chalet tu suma dekat-dekat jer. Pantai dia bukan besaq pon.

And for us, kami terus jer folo Redang Lagoon. Kami checked in and tuan punya chalet tekejut mcm mana kami boleh dapat bilik sbb kami tak ambil pakej. Huhu. Suspen kan??

Tapi petang tu selepas lepak jap melepaskan lelah, kami keluaq untuk membooking sessi snorkel esok pagi. Dan selepas di sapa oleh tuan punya chalet dan sedikit perbincangan, kami agree untuk completekan pakej makan dan snorkel sekali J.

Sesapa yang ambik pakej, memang takyah pikey apa dah. Dah sampai, semua dah derang arrange. Korunk pegi n enjoy jer. Kami pon enjoy gak tapi pakej kami bayaq lambat ler :D. Bila dah dapat goggle n life jacket tu maka suka hati korunk lah nak snorkel time bila. Sebagai langkah keselamatan, pakai lah jacket keselamatan tu bila nak g snorkel.

Khidmat Pesanan Awam: -

  • Bila nak g snorkel ke marine park sewa lah kamera yg water resist yg memang disediakan. Tak hengat lah rate nya. Kami adalah antara insan yg xsempat nak menyewa kamera tersebut dan tiada pic dalam air L
  • Kat situ tak la macam kat mainland. Kalau rasa korang cepat lapar, bawalah apa2 makanan segera yg patut. As for us, mcm2 kami bawa sampai mcm ala2 nak buka kedai runcit
  • Kalau nak back pack pon, booking lah bilik dahulu kerana takut bilik full. Lebih murah kalau book bilik + tiket boat (return). Jimat rm20!
  • Enjoy your self there.. tak pandai perenang pon xpa. Beach boys pun baik2 kat situ. Banyak menolong. Mintak la derang tunjuk ajar. Memang derang dengan senang hati nak tolong.

Our Budget from KT

  • Return boat ticket + marine park fee( Jt Syahbandar – KT) : RM 105 ( kalau book rm 80 ja)
  • Quad room for 3 days 2 nite : RM 240 / 4 person (RM 60/pax)
  • Food/ snorkelling session/ life jacket/ goggle: RM 115
  • Total :RM 280.00
Piccas from murni's new cam ;). TQ babe
Nice view huh..? wait till u see it wif ur own eyes :)

Ni la boat (tongkang kot) yang akan fetch kita untuk sampai ke pulau

Such a beautiful island


below: our chalet's signboard.