Monday, June 14, 2010

Bandung n Jakarta (Cont.)


Bila roh rajin tu mula meresap dalam diri. Ini lah hasilnya. Setiap hari ada entry. Kalau tak, memang mintak hampon lah dari batu jemala ni. Nak sign in masuk blog pon kena perasap kemenyan dulu (kau berani nak seru roh mcm tu??)

Well, cuma kali ini saja , terlebih rajin untuk mendhapdetkan mengenai perjalanan aku ke Indonesia hari tuh.
Hari yang ke 2 (25/05), kami bertolak ke Bandung. Perjalanan melalui Hi-way dari Jakarta ke Bandung hanya ambil masa lebih kurang 2 jam lebey. Pemandangan pun lebih tenang berbanding di Jakarta. Huh, letey kalau di sana. Asap sana sini. Pin pon.. pin pon.. (bunyi honk lah u olss).

Sampai ke destinasi kami checked in kat Grand Preanger Hotel, Bandung. Nice hotel with nice price of coz. Ke destinasi seterusnya untuk berjumpa dengan kepala pejabat di Bandung. Di hidangkan dengan makanan dan minuman originally from Bandung.

Rebusan- tapi still dapat menikmati rasanya yang asli


Bajighur- seriously i only took a sip n fuhh enuffff.. !!


Minuman tu, mmg tak dapat nak habiskan sebab rasanya yang pelik. Hmmm mcm air gula merah yang diletakkan parutan halia! Too sweet.. n definitely not for me. Seriously biarpun di suruh berkali -kali oleh rakan -rakan di sana untuk mencuba, aku tak berani nak buka mulut pon untuk nak hirup minuman tu dah. Manis!! sangat manih!!

Sempat juga menyaksikan anak-anak kecil berlatih menari. Salah satu xtvt yang dianjurkan untuk anak-anak muda Bandung.

Rasanya yang paling kecil mungkin berumur 3 tahun kot.
nampak tak yang baju merah kat sebelah kanan tu?? :D

Overall, kerja di Bandung dapat diselesaikan sedikit lewat , oleh itu plan untuk shopping tak dapat dilaksanakan. Boleh bayangkan tak, kami hanya di beri masa satu jam untuk ke Pasar Baru. Ok, sekiranya kurang jelas.. saya ulang sekali lagi.. 1 JAM sahaja ke Pasar Baru!!!!...
So tak sempat nak beli apa pun.. what to do, Nak marah pon, ini bukanya lawatan untuk berehat dan beli belah kan. Ini lawatan kerja. So redha lah.

But hari terakhir di Bandung kami sempat enjoy dan belajar main angklung di Saung angklung Udhjo. Jika ke saung angklung dapat juga menyaksikan kemeriahan tarian anak-anak kecil ini menggunakan angklung dengan pelbagai ragam. Masuk percuma! yups, kerana di sini derang nak semarakkan seni, tapi sekiranya kita mungkin ingin menolong, belilah cenderamata yang ada di jual di bahagian gerai. Dan selepas tu ke Tangkuban perahu. Love Tangkuban Prahu sebab tempatnya sejuk. Best!

Anak - anak di usia muda dah di asuh untuk menghargai warisan seni
dan kebudayaan setempat. (Saung Angklung Udjho)


Tangkuban Prahu.Ini kawahnya. Masih lagi berasap.

Kalau ada peluang ke Bandung. Singgahlah ke Tangkuban Prahu ini. Kisahnya berkisar tentang Sang Kuriang yang jatuh cinta pasa ibu sendiri. Tempatnya dingin dan tetapi ada bau belerang yang kuat. Jangan pergi lewat kerana ia ditutup awal disebabkan bau belerang akan menjadi lebih kuat pada sebelah petang dan mungkin membahayakan kesihatan.

Ini lah saja yang nak di tulis, (bukan banyak pun). Disebabkan tak sempat nak shopping kali ni, aku dah beli tiket untuk kesana lagi tahun depan pada Januari. Huhuhu... kalau umur panjang, dapatlah sampai lagi ker Bandung ni, tapi this time ngan AA ajalah.. no more Business Class with MAS :)

No comments: