Monday, June 21, 2010

Dating Cucoq Ikan Bileh

Malas nak cakap tentang Piala Dunia sebab kalau tak cerita pon memang orang akan bercakap mengenainya.
Bukan buhsan sebab chek pon minat bola jugak. Pernah p menyokong pasukan pilihan dengan muka tadan cuci terus dari office. Sempat salin baju dan pakai jeans sahaja. Memang sangat suka bersorak. tapi nak layan World Cup sensorang di rumah ni memang la takder gheja sangat (biarpon saat dok menulis ni memang dok tgk Korea vs Portugal!!)

Nak menulis apa pun tataw ni, Tapi tadi sebenaqnya bila on sahaja netbuk ini niat di hati nak menulis pasai Coq Ikan Bileh <--- tetap nak cakap kedah no.

Bukan pasai apa, tadi masa bersembang dengan En.Mat dia dok tanya masak apa hari ni. Maklum sahaja lah dengan keadaan coca yang mendung (apa kena mengena ngan coca ntah) dan juga level kerajinan, maka menu yang terhidang atas meja untuk dinner ialah menu yang super senang. Tak maw lah nak habaq apa dia, buat malu kampeni saja., huhu

Dalam dok bersembang tu, dia dok sebut lah, dia suka makan cucoq ikan bileh yang chek buat. Katanya yang paling sedap setakat yg dia penah makan <-- kau tak kembang semankok dan renyih sorang2 mcm kerang wangi??

waaaah~ sungguh gembira apabila mendapat poji -pojians sehingga terasa di awangan

Kesahnya, kami kalau berpiknik kat Taman yang berselirat dekat romah ni suka lah juga dok bawak macam-macam. Tapi slalunya dok lepak kat taman dekat pusat membeli belah dekat rumah sahaja. Itu yang paling senang katanya. Mudah dan rengkas! Kat situ pon ada karaoke .. hehehe leh ler kami dok nyanyi sakan.

ada plan nak piknik kat tempat mcm ni, tp takdak kesempatan lagi.. sedeh!

Ada sekali chek saja rajin dok buat coq ikan bileh, dia kata sedap. pastu asyik dok suruh buat. Sampaikan boleh kata tiap kali nak jumpa la ni, dia tanya ada coq ikan bileh dak??? Kau tak meroyan kah?? Sampai tetiap 2 minggu sekali dok beli stock ikan bileh!
Chek tanya la jugak " Yang, tak cemuih ka.. dok asik makan cucoq tu ja?". Dan dengan konpidenya dia jawab "Dak! kalau saya cemuih saya habaq.. tapi buat masa la, kalau buleh tiap kali jumpa nak makan coq ikan bileh!"
Huh, kau tak tukaq costume jadi makcik juai coq tepi jalan??

Pitam en. Mat kalau tengok chek dok goreng cucoq macam ni!

Adeh laa.. tapi yang baguihnya dia ni, kalau dia suka, dia akan makan dengan cemerlang sekali. So yang kita jadi tukang masak ni pon sejuk la sikit hati.

Sebenaqnya, chek rasa sama saja kalau orang buat cucoq apa -apa pun. Cuma ada lah trick dia sikit. Mai chek habaq mcm mana chek buat cucuoq yang sungguh sempoi dan tak da rahsia langsung ni.

Bahan -bahan:

- Tepong gandum 2 cawan
- Ikan bileh sebanyak mana suka ( rendam sat bg lembut, cuci )
- bawang merah 2 ulas di mayang
- Garam secukup rasa
- Gula sikit
- Kunyit kalau nak kaler kunin
- cabai melaka di tumbuk kalau nak pedaih
- ayaq agak secukupnya.

Cara-caranya::
- Boh semua dalam bekas + ayaq sedang elok untuk menjadikan batter.
Ingat jgn cair sangat. Satgi jd lemepng n penyek pulak. Agak2 boleh jemput lah.

Goreng ( ni lah tricknya) : Sila panaskan minyak tu sepanasnya ... pastu jemputkan batter tu.. bila dah cukup penuh belanga, then perlahan kan sedikit api ;)..

Goreng sampai masak .. then makan .. yummy...

Senang ja kan!! tapi tataw pasepa dia suka sangat :)

Hmmm.. bahagia berdua lepas makan cucoq ikan bileh (walaupun nek beskal jaaah!)

No comments: