Sunday, June 13, 2010

Tempat nko ada 2 musim?


Yesss... selalu korang tahu negara yang ada 4 musim ja kan. Dalam negara kita Malaysia ni, memang semusim sahaja yang ada iaitu musim panas. Musim hujan pon xdikira musim sebab kadang-kadang kalau hujan pon masih panas!

Tapi jangan tak tahu , masih ada lagi tempat yang boleh jadi 4 musim mcm bukit cerakah tu atau tempat yang jadi 2 musim sahaja seperti tempat kerja aku.

Agaknya, dah banyak duit kot sekarang ni nak bayar bil eletrik. taktahu lah, setiap kali melangkah kaki sahaja masuk ke tempat kerja. Kaki dan tangan jd kejong n kejang, dada jd berombak. Bukan sebab debaran chinta lah !! tapi sebab kesejukan yang melampau.

Bukan aku saja, aku rasa boleh dikatakan semua yang masuk akan rasa macam tu. bayangkan, masuk milo panas boleh tukar jadi milo ais. Kau tak heran??. Selalunya memang dah sangat sejuk tempat tu, tapi lately lagiiiii lahhh bertammbahhhh kesejukkkaannyaa!! Kau tak meroyan kalau dah sejuk sangat? Apa nko dilahirkan dalam musim sejuk di malaysia kah?

Paling dasat ialah pagi semalam bila ku kena kerja pukul 3 pagi. Sangat sejuk sampai cakap pon ala-ala dengar tak dengar. Pakai sweater pon xada kesan. Planet apakah ini?Serious aku cakap.. sangat sejuk.... sejukkkkkk.. uwaaaa.. sejukkkss!!! So aku ambil keputusan untuk tunggu rakan yang masuk shift lepas aku di luar sahaja. Bukan luar bilik, tapi luar office!! Aku takmau ada aircond!! Gila sejuk wehhhh..

Waktu tu terbayang dalam otak aku, aku mesti beli winter coat, penutup telinga, glove n socks! Mesti glam kan masuk kerja macam tu.. tempat korunk ada kerja dalam winter ??? Sampai nak cakap pon tergagap -gagap jadinya.


Bila time nak mula kerja saja, terus melaram mcm artis. Glam tak??


Tapi bila keluar saja ke alam nyata. Panasnya alahai, boleh men'steak'kan daging orang kan. tak herankah orang tengok nko pakai baju bulu bagai keluaq p jenjalan kat the Sphere, Bangsar tu?. Heheh. Sekejap nko sejuk macam ketulan ais dalam tempat keja dan sekejap bila nko keluar panas mcm kena grill.. howw..??

Takkan lah nak terus melaram glam dengan winter coat kan?
terus tukar costume.. yang lebih easy breezy.


Tudiaaa, costume musim panas!


Jangan lupa pakai sunblock na.. :D

No comments: