Tuesday, June 23, 2009

Autobots..Transform..-- ( I Dun Want to Transform Teacher..)

Isnin merupakan hari malas sedunia. Kebanyakan orang macam aku lah kot. tapi tak semua kan. Ada yang suka pegi keje sebab di opis ada awek yg selalu di usha. ada yang suka lepak opis sebab di opis boleh surf internet free. Ada yang suka juga pegi ofis sbb di sana boleh makan ketupat. Kalau kat rumah , makan sensorang tak sedap langsung!

Hoccay, pagi selasa (jap lagi) aku akan masuk keje kul 3.00pagi so esok from 6.00onwards aku akan rehat ler. Best. Hari ni di pejabat pun takder apa yang menarik sangat, so tadi dalam pukul 5.00 dah nak balik. Dah rehat sikit untuk nak konti pagi ne. Balik, ketih baju.. bumm melepaskan diri atas tilam. tapi taklah berapa lena sangat. Since takleh solat, so masa dok atas katil tu dipanjangkan lah sikit. Tak ingat dah berapa lama dok lepak atas katil tanpa membuka lampu tu, telingamenangkap bunyi mesej masuk. Biar jap. Baru cakap henpon beragam tu "hariss".
Apa pulak lah mamat sengal ne nak. Sebab seingat aku dah lama la jugak dia tak msg aku. Oklah sebelum aku nak meneruskan cerita pasai mesej mamat ne, biaqlah aku story sikit mengenai mamat ne sepanjang yang aku kenal. Dia ne berkulit cerah ( putih kemerahan), berkaca mata, a banker, hensem dan yang paling utama sekali sengal! Kenapa sengal?, meh aku nak proceed dengan cerita seterusnya.

Bila aku baca sms dia mcm dibawah ne:-

Dia : Hai, kacau sikit boley.. nak tanya, suka tengok wayang tak?
Aku : xpa, biasa saja. Kalau ada citer best dan ada kawan, pegi la juga. Awat?
Dia : Esok nak p KL, sbb lusa ada miting di sana, ingat malam esok nak tengok Transformers kat sana.
Aku: O, ya ka.. saya takut tiket habis ja sbb untuk citer ni mmg cinema jual awai tiket. better u minta kawan u kat KL yang nak g sekali tu book sesiap. Senang sikit. takut takda tiket.
Dia : Sebenarnya..ingat nak 'paw' awak.. boleh ker?
Aku : :).. InsyaAllah, tapi kalau 1st time keluar, awak bayar lagi manis. Nway awak stay mana?
Dia: xmanis..xmanis.. Prescot hotel. Dekat Maju Junction
Aku : Urm, awak sebenarnya nak ajak saya keluar tengok wayang ker?
Dia : Nak 'paw' saja.. hehehe
Aku : Oh, Ingatkan ikhlas-- (aku dah sakit hati masa ne tp tahan)

Korang tengok lah betapa hampehs nya mamat ne. Well to be frank this is not the 1st time. Disebabkan itu aku takpernah keluar dengan dia. Not because of kita nak kena pay for it, tapi because dia tanak admit yang sebenaqnya dia ajak kita keluaq. In other words: he's asking me out: like for a date by provoking the niat to me! Rasanya ini dah kali ke 4 kot. Bila dia datang KL, akan sms tanya kita n bagitau dia rasa macam nak keluar minum takder member, n bila kita offer nak ajak kuar minum dia akan reply : "tengoklah dulu macam mana.. " - so why memula lagi nko kalut nak bagitau nko datang KL, nak minum blablabla. Better datang senyap2, pastu balik senyap2!! Whats wrong with you!!!!???
I admit that i like him. yaa. but hey, jangan treat orang yang menghargai you macam ne, or u'll lose them. I regret my last msg to him. I should add a sentence like below:
"I like u Ris, but the way u treat me is so not gentleman".

Sunday, June 14, 2009

Plan For A Wedding

Setiap kali cuti sekolah, memang banyak kenduri, kenduri sana, kenduri sini. Fuuuh, tapi aku tak dapat attend satu pun sbb keje dan sebb takda orang nak meneman hendak ke sana. But hey, bila aku kahwin nanti, ada beberapa perkara yang aku dah fikir .. heheh


My ideal color for wedding is forever "white". Tak kisahlah off white ker, pearl white ker. Sbb putih lambang suci and bersih. Itu juga lambang jiwa bakal raja sehari.

My checklist:-

Kenduri
- Cara kampung. Buat masak beramai -ramai. Dan kalau boleh nak makan berhidang macam dulu- dulu. Lauk pauk pula nak lauk kampung juga, kalau ayam taknak ayam masak merah tapi nak ayam goreng rempah, gulai ikan talang, ulam -ulaman, sambal belacan, daging cicah ayer asam. Nak ekstra cendol sbb leh jd minuman merangkap pencuci mulut sekali. But pisang emas nak juga :)
- Alas meja: Putih
- Canopy : Dililit dengan warna putih dan oren (n plss jgn bagi nampak obvious kedut)

Warna
- Mesti putih. dan tambahan kaler yang lain ialah oren. Major mesti putih, oren hanyalah untuk mebangkitkan suasana. Benda2 kecil jer yg akan bewarna oren. Contohnya:- Langsir putih dengan lining tepi oren, or renda oren.. Bunga putih + oren,

Kad kahwin
- Yang simple sahaja, tetapi harapnya dapat jumpa kedai yang boleh mencetak semuanya menggunakan bahasa jawi. Teringin sangat dari dulu lagi.

Baju Nikah
- Baju kebaya moden berwarna putih + perak dengan details yang berkilau. Tudung dari kain sifon or lace dengan details bunga2 yang tak sarat.

Make-up
Tak risau pasal ni, sebab kenkawan ramai dan derang pun ada port baik kalau nak cari andam. But for sure andam tu mesti kena perempuan. Pegi dengan diorang jer. Mesti diorg datang umah lepak dan bizi mengacau sana sini. Hihi. My fren. And aku nak pakai inai jugak!

Baju Sanding
- Putih + Silver juga. Tapi kebaya moden labuh dari kain lace/sifon dengan perincian yang sedikit berat macam design dari butik cosry tuh, but hey i cant afford that, so pakai yg lebey kurang pun ok lah. layah labuh bewarna putih yang agak flowy. Bunga tangan bewarna oren. I luv lilies.

Hantaran
- Simple dengan putih dan oren (still). But as mentioned earlier, oren tu maybe bunga penghias dulang dan perincian kecil2 sahaja. oren tidak mendominasi cuma bertindak sebagai 'pembangkit'.

Family
- Baju family akan bewarna oren dengan putih with oren will dominate. My dad mesti tak suka heheh.

The Ambiance
- Taknak karaoke! Taknak lagu2 rock . rap or apa yang sama waktu dengannya. Selain lagu untuk pengantin, lagu mesti berentak lembut dan berjiwa Melayu. Taknak lagu yang ada unsur2 kecewa. Ini hari bahagia.. :).

Photo
Dont hav to shoot me and my hubby all the time lah. I really nak photographer shoot d "wedding". Ambil gambar suasana majlis. Dari depan hingga belakang sampai lah yang sedang angkat air. My wedding album must be able to tell the story of the day.

Doorgift
- And last but not least, sekeping surah Yassin yang tertulis nama kami dan keluarga serta sedikit buah tangan sebagai tanda kenang- kenangan dan terima kasih kepada semua insan yang sudi berkongsi kebahgiaan kami.

The Nikah
Ini bahagian yang paling penting. Bg aku ini adalah yg terpenting dari semua acara perkahwinan. Ini momen yang aku mahu segalanya dirakamkan. Di saat kami berdebar dan menanti untuk diijab kabul. Setiap ekspresi insan yang menyayangi dan yg disayangi, aku harap dapat di simpan dalam kenangan buka sahaja di mata tetapi di hati.
Mak dan Abah akan rasa sayu melepskan aku. Anak sulung mereka.. yang juga manja walaupun dah besar panjang. Mesti tak dapat tahan sebak sebab hari tu, lepaslah sudah tanggungjawab mak dan abah, dan semuanya akan tergalas atas bahu suami.


Ini lah impian perkahwinan aku. Yang aku pun taktahu bila akan terlaksana. Aku impikan segalanya ini bersama dia, tapi mungkinkah kami punya impian yang sama atau dia tidak pernah memikirkannya. Tiap kali menatap orang lain naik pelamin, melangsungkan perkahwinan, terdetik di hati, bila agaknya aku dapat melalui semua ni. Adakah peluang, untuk aku mengenakan kebaya putih sifon labuh untuk majlis kenduri nanti? Berpeluangkah aku menagis dalam pelukan abah dan mak kerana terpaksa menjadi milik orang lain? Dapatkan aku melihat warna2 impian aku terhias di rumah mak abah meraikan hari bahagia aku? dapatkah kawan2 semua melihat aku bahagia menikahi insan yang aku sayang? Mungkinkah aku ada peluang untuk semua impian aku ini, atau impian ini hanya mimpi....

Wednesday, June 10, 2009

I really Need To Exercise

Hari ne aku masuk opis lewat. dalam 11 lebey macam tu. Sebabnya sebelah petang aku nak kena attend miting (kul 5.00ptg). So aku datang lewat. Since aku nyer time TMS dah ikut 'shift', aku agak flexible untuk in time bebila as long as aku datang opis n bekerja.
Sementara nak menunggu miting yakni pukul 5 petang aku menyibukkan diri aku dengan melayari internet yang aku pun dah taktahu nak layan apa. Updating my fb, reading n replying emails, checking whats hot n what not aku akhirnya keboringan.
but yaaa.. sebelum terlupa, Shukery Hashim telah kembali ke rahmatulallah pada pukul 1.30 tengah hari. We called his family to confirm that and his son/daughter told: pancreas cancer. May Allah bless his soul.

Ok, continue, 3.30pm, received a phone call from Shahril ( Utusan Airtime).
"Mek, datang wat vo sekarang"
Aku ok jer. Ada vo means ada duit masyukk heheh. Best. Yang bestnya buat voice over iklan ne ialah bayaran nya mahal berbanding buat voice over untuk program TV. Untuk satu episod program, aku dapat rm150 jer but untukk satu iklan per second, dibayar rm10. So iklan td 30seconds x 2 ( for 2 places) means rm600!!.. hehe satu minit rm 600.. okey lah.. rate org kebyakan mcm aku ne. Kalau suara dah glamer macm ramona, marlia musa ker.. mahal lah lagi :D. but hey, dah bersyukur pun untuk amount sebanyak tu ;). The product is "Forest Secret". Kena buat suara manja2 sikit.
Untuk skrip yang agak panjang aku kene kejar 30 seconds. itu yg mencabar. Aku ne mmg jenih bercakap mcm keretapi, tetapi bayangkan secepat aku pun aku tak dapat nak buat bg cantekkk 30 seconds or less.
And..... apa yg aku tak tahan, aku cepat mengah pulak. Sampai Shahril tegor "asal nko mengah mek?"
Ha.. aku pun perasan, nafas cepat habis lah.. asal ne. :(
Agaknya sbb dah tak rajin bersenam kot. kalau dulu ada juga naik tangga, turun tangga, menfutsal.. sekarang naik lift and lepak kat umah.
Uwaaaa.. mmg rasa pancit bila kena baca skrip cepat dan ayat panjang2 cenggitu sambil memaintainkan suara agar tidak terkucil. Lama jugaklah buat .. baru lah dapat!. Tak tahan betol..
Pukul 5.20 aku cepat2 drive balik ke pejabat untuk miting yg entah apa2. Hissshh..

Moralnya: Exercise dear. Don't forget.. you're not getting any younger~

Friday, June 5, 2009

Sup Tulang, Ayam Halia & Sambal Tumis Ikan :My Version

Am not a good cook, but am trying to cook as good as i can so no one will say "mak aii .. koteow goreng nko ne rasa macam tongkang!".
Macam mana rasa tongkang tu ek? Yaaa.. thats why lah.. tongkang tu bukan makanan, but kapal yg tak berapa nak kapal yet.. still bley belayar.
So when sumone said that ur cooking taste like sumthing that cant be eaten.. thats mean YOU seriously need help. That actually a story of a fren dengan seorang awek yang pernah minat dia. That awek punya nak impress dia hingga sanggup masak kotiau goreng yg di sebut oleh mamat ne.. but it ended with that "tongkang concept". Cian that gurl -- weh, bukan aku larr..

And as for me, lately i found my self dah semakin bijak memasak. Well before this pun aku bukanya teruk memasak cuma memasak untuk makan sorang diri ni, nkorang tahu jer lah kan. Seadanya saja lah.
Yesterday, aku buat sup tulang, ayam goreng halia and sambai tomeh ikan temenung. Aku penah la dok buat sup tu dirumah, tapi bab nak membeli tulang tu, aku tak pandai.. so dengan sedikit ilmu yang ada aku p pasar tani hr selasa tu n beli tulang yang aku pun tak tahu banyak ker tak isinya. Brader yang jual tu cakap.. "lembut ni dik" aku percaya jer.. padahal.. tulang apa yg lembut.. tulang ayam yg bahagian puteh tu lembut lah ..

MK singgah makan (aku semakin la dok membela dia ni, lama2 koi gemuk pulak). So i served that soup, ayam masak hali n sambai tomeh. I would say that, my sup tulang was a big success. Dengan rupa yang cantik with carrots and kentang, di tabur daun sup and bawang goreng, yumyum ayam halia yg complete with daun bawang looked so inviting. And last but not least, my sambai tomeh ikan temenung yang tak digoreng dulu. Kalau kita dapat fresh ikan, buat kaedah ni mmg sedap sbb we can taste the sweetness of the ikan. Nasi sepot lebih sikit jer aku masak. Aku makan sikit jer (tgk badan ler) but MK, hmmm habis sepriuk nasik tu.. OMG I like...!!!! :D

"are you going to kill me?"
"haa.. why.."
"am full.. sampai tak larat nak gerak ni.."
" hahahah.."

Itu lah kita: women. We love to cook. And when people appreciate our cooking by having it till the last bite, we'll be happy like a free bird (mulalah merapu tu). No need to puji -puji bagai sbb periuk yg licin menceritakan segalanya. Am happy he loves those dishes. Itu yg membuatkan aku rasa nak memasak lagi dan lagi.

Sampai, aku sendiri pun tak tahu nak masak apa dah ne.? Any idea guys..?

p/s: Kalau letak pics masakan yg aku buat pun okey gak kan? ;)

Monday, June 1, 2009

New Department and New Passion

Aku sekarang dah kat bahagian Siaran. Dengan stesen yang baru. Semua baharu. Aku kena jd penyampai semula. HMm, entah apa aku nak coretkan dalam blog ne sebb hati aku memang tak 100% dalam siaran lagi. Tapi inilah tuntutan tugas, kita hanya makan gaji so kena turutkan sahaja..

Nway, my new passion is "cooking"! hehehe. Baru2 ne aku masak for our dinner, aku prepare kerabu tauge dengan kerang, ayam masak marah, ikan goreng n masak cuka ikan keembung hehehe. Not bad at all.. heheh

Semalam ( Ahad, 31/05/09) aku masak ayam masak kicap pedas (selalunya masak kicap jer) dan bawal stimss yumyumyum.. sedap gaks..

Sekarang ne nak tambahkan ilmu memasak. heheh.. so ada idea tak nammasak apa lagi??