Sunday, April 26, 2009

Dinner Cooked for A Luv One

Khamis, 23rd April 2009 ( a day before aku outstesen)

Aku bergegas untuk pulang kerumah awal hari ne. Aku singgah di kedai runcit untuk beli santan sbb santan semalam aku rasa dah tak buleh pakai lagi. Aku takut masakan aku berbau.
Sampai dirumah, ikan kerisi dan bawal yang dah siap aku siang semalam aku keluarkan dr fridge. Biar lembut sikit nanti. Sayur kacang bunces dah siap siang. Hm, pelam pun dah siap aku cincang untuk buat kerabu pelam. Okey, start masak.. kari ikan bawal dengan kacang bendi, kacang bunces goreng dengan telor, ikan kerisi goreng n last but not least kerabu pelam yumyum,.. musti dia suka. Jenuh jugak la nak memasak ne, bukan kerana aku masak masakan yang usah tapi sbb aku terkejar - kejar antara opis dan nak balik umah untuk masak tu. siap masak, mandi dan tunggu dia datang makan. Hm, dah dekat pukul 7.. tak sampai lagi pun. Aku msg dia sbb aku takut dia masih di pejabat dan takmau nak ganggu keja -keja dia. Bila aku dah habis semayang maghrib, ada msg masuk ..
----"Dah sampai rumah :D"-----

Terus aku kol dia, tp kol aku tak masuk. then aku sms ..
Aku : kan cakap nak dinner kat sini"
MK: saya cakap jumaat kan, bukan hr ne. so jumaat lah.
Aku: outstesen. Awak yg cakap hr ni
MK: Ya Allah, lupa.. ingat jumaat. Mmg dah set nak p esok
Aku: Kemarin awak yang ya-ya cakap hari ni. Buat org sedih ja. esok mai sini, makan semua yang org masak ne sorang sorang

Aku jadi sebak. aku beriya masak tapi dia boleh lupa. Aku jd lagi sebak bila aku tengok semua yang aku masak tu dan mood nak makan jd kecut. Geram!
Aku makan sikit, then aku buang semuanya dalam tong sampah malam tu jugak. Menyakitkan hati dan buat hati jadi sedih saja!

Jumaat, 24th April- 8.30am
Setiap pagi aku akan say hi to him. So today pun sama as usual. eventho aku masih terasa hal semalam. Aku malas nak berkira dengan org yang aku sayang.

Aku berada di Kota Bharu masa aku sedang menulis ni, kerja luar. Isnin, 27th April, aku akan bertolak balik ke KL. Letey sangat selepas ke Kola teganu dan Kota baru ne,..
Will update with my journey later.
Muahhhhhhsss..

Monday, April 20, 2009

Birthday Treat from A Fwen

Menulis tak kiralah dalam bentuk apa jua, sebenarnya bukan mudah. melainkan mereka yang mmg gifted dan ada passion untuk menulis. Aku? Nope, am not one of them. Aku menulis bila boring dan most of my writings boleh dikatakan semuanya aku nak cepat habiskan. Letey nak menulis.
Malam tadi memang mcm hampehs sebab aku tak cukup tido. Aku yakin, penyebab masalah tak dapt tido malam td adalah keasyikan aku melayan blues semalam. Aku boring. Alone the whole weekend dan apa yg tinggal ialah baring dan tertido. Malam tadi bila nak study jer, mata mcm nak jatuh tapi bila dah baring kat tempat tido jer, mata tanak pejam. Kanan kiri semua serba tak kena. So pagi ne bila nak bangun untuk solat Subuh, masyaAllah..~ bercintanyaaaa!
Geram betul aku.. takder quality nite sleep uwaaa!!
--Ok, skip that--
Apa yang menarik berlaku dalam idup aku sepanjang minggu ne ek? Takder apa sangat cuma aku dah officially menjengah umur yang semakin matang (cover line lah tu).
17 April, a fren of mine ajak aku keluar dinner. Rupanya, it was for my belated birthday treat. Place: Victoria Station kat Bangsar (near to a siam restaurant, Ayuthaya-kot). We ordered steaks. He suprised me with a cute choc brownies with candle along with a birthday song. Ramai org kat VS masa tu, looking at us n smile. The waiters sang a birthday song n gave me a complimentary buffday card. Frankly.. it was my first time, a guy did that. And poor me, it came from a fren, not a special one. Even my VVIP just wish, not even a card came from him. Am used to it, so am fine. But when a guy ( just a fren), yang buat mcm ne.. makk aii rasa macam-- so sebak~.
I told him, no one did that before.. At my age-- this is my first time!. He said, am lucky because ada sesetangah sampai mati pun tak de orang buat mcm ne. heheh..
Maybe aku tak pandai or taktahu gesture yang betul mengucapkan terima kasih kepada kawanku yang seorang ini.. but kalau dia dapat tahu.. aku sebenarnya amat menghargai dia sebagai kawan n sahabat dan juga segala yang dia buat untuk aku. But am still the same ole me.. he knows.

Monday, April 13, 2009

Di Luar Kawasan- Tetapi Masih Dalam Liputan

Well, well well.. aku bertugas luar kawasan selama 4 hari bermula 9 April - 12 April 2009. Semuanya untuk menyetelkan beberapa sesi foto untuk stesen kami di kawasan Utara bermula dengan Perlis, Kedah. P.Pinang dan Perak. Selama ni, iklan yang kami keluarkan untuk stesen2 utara ne semuanya takder pic para penyampainya, so dengan terlaksananya sesi foto kali ini, harap2 nya dapatlah kami menyelitkan gambar - gambar derang nanti.

Khamis - 9 Apr. 09

Kami bertolak dari opis ke kawasan utara pukul 10am dan sampai ke Kedah lebih kurang pukul 7.00 petang. Sepanjang perjalanan kami berhenti 3x di Tapah, Bukit Merah dan Gurun. Check in di BEE Garfen Motel yang boleh tahan cantik dan selesa tetapi agak murah harganya ;). Makan malam di rumah aku di kampung ( bawa team makan dirumah). Balik zzzz kat motel sebab esok pepagi lagi keje akan bermula..~

Jumaat - 10 Apr. 09

8.00 pagi dah keluar bekpes dekat dengan PMC. Kak Ton mekap yang belanja makan. Thanks kak. Bertolak ke Perlis, sampai lebih kurang pukul 11pg, terus mulakan kerja. Sesi setel dalam tengah hari jugak.. tak sempat nak jenjalan sebab pack sangat, moreover dengan solat jumaat lagi. Lunch was sponsered by team Perlis. Thank you ya~. Kak Ton nak ajak g Pdg Besar pun tak sempat sbb nak kene berkejar ke Kedah pulak.
Sampai ke Kedah dalam pukul 3.00 petang. Mulakan sesi dan photoshoot selesai dalam kul 6.00. We've to rush.. nak hujaaaannn!
Lepak minum di Pekan Rabu, dan jenjalan sat.. balik dan lepak hotel.. huhu esok nak kena bertolak ke Penang.

Sabtu - 11 Apr. 09 (My Bfday)

8.00 pagi bekpes ke Kopitiam Convent Alo Stuck. Bertolak ke Penang sampai lebih kurang 11.00am. Terus carik port untuk photo shoot. Start d session rite after that. Lunch break at 1.30pm. Proceed with d session and was able to finish it by 4pm. But goshh.. tired lah. A talent (guy) buat my bebudak naik menyampah. Heheh.. banyak orang banyak ragam ;). Petang tu kami jenjalan kat Chowrastar. Aku beli jeruk salak dan pelam. Then kami jenjalan di Padang Kota yang hanya berdekatan dengan motel tempat kami menginap. Huh, motel tu bagi tilam batu! Sakit badan sehh..

Ahad - 12 Apr. 09

Bertolak dari Penang ke Ipoh dan singgah breakfast di hentian Juru. Dalam pukul 11 jugak kami sampai di Ipoh. Seramai 8 org talent ya g terlibat. Dan tak disangka, semuanya berjalan lancar setelah segala kerisauan kami tentang kesemua talent yang ingin diberikan berakhir dengan sikap sporting dan kerjasama yang diberikan :). Segalanya berjalan lancar dan berjaya disetelkan dalam pukul 2.00 petang.

Alhamdulillah segala tugasan yang diberikan telah berjaya kami ber4 laksanakan dengan jayanya. Dengan segala kekurangan yang ada kami cuba memberikan yang terbaik Thanks to our intern Syaq yang telah bekerja keras bersama kami sepanjang tempoh kerja luar ni. Eventho dia mendapat khabar sedih tentang kepergian nenek tercinta semasa kami sedang bertugas di Penang.

Kuala Lumpur dibasahi hujan menyambut kami pulang (cheewaah). Menyebabkan jamm di sana sini.. Keje setel, so today, kembali melakukan tugas seperti biasa dengan rutin biasa. Maybe on 3rd of May will fly to Sabah for another session.

Wokeh, ujung minggu ne rasanya nak berurut sikit sbb badan lenguh - lenguh. Meh manjakan badan yg semakin letey.. Jom!!

Saturday, April 11, 2009

Entry On My Bufday~

I want to write because today is my birthday. Yups, ramai yang nak rahsiakan besday tapi aku tanak rahsiakan sebab kalau ada yang ingat n wish rasa macam orang masih ingat lagi pada kita kan.. and as usual, MK takda nak celebrate apa apa pun. Dia wish 2 days earlier than my actual birthdate. well, pahamm sbb keadaan tak mengizinkan. Hm, asalkan dia ingat, oklah. ada juga tahun yang dia tak ingat langsung eventho hari tuh kami dok berkepit sakan, tapi dia syok bercerita pasai dia dan pemimpin politik yang he adores soooo muchhh..~. i love him anyway.. heheh..
Family dan kenkawan masih ramai yang ingat lagi rupanya besday aku. Ramai lagi yang sayang rupanya.. huhuhu. Thanks adik, mak, chik, cu, kaksu, pian, muni, aida, nora, johan and last but not least my dearest MK.. love u all guys :).

Hey, am in Penang rite now typing this entry from a motel that can be called up sikit dari ciken (hahahah).. will story mory about my trip ( keje punya trip) later coz this entry is wrote exclusively for my BUFFFFFFFDAYYYYY.. Yayyyyyyyy!

Monday, April 6, 2009

Makkk Aiiii... Banyak Juga Pakai Duit

Aku teringin juga nak uplod kan pic rumah aku dalam blog ni walaupun rumah aku tu takada apa sangat. Namun bila difikirkan balik, tak payah lah nak masukkan, Buat malu diri sendiri saja heheh, memandangkan rumah aku lapanggggggg ~.
Okey, apa yang menarik minggu ne yer. Hm.. haaa! hari isnin /selasa lepas, lebih kurang pukul 8.15 malam sedang aku menikmati nasik goreng dari kantin jabatan yang memang hampeh tak sedap.. pintu rumah aku diketuk. Hm, tidak semena-mena pulak. Takkan adik aku datang kot. aku yang memakai gown pendek tak berlengan dengan penuh berhati hati membuka pintu. Didepan piantu, berdiri seorang mamat yang memakai jeans dan t shirt:-

mamat : assalamualaikum puan, saya dari jabatan perangkaan..
aku : waalaikumsalam.. yer .. ada apa yer
Mamat: kami dah 3 kali datang sini sejak 7 mac. dah 3 pucuk surat kami tinggalkan, tapi takda maklum balas. Ini terpaksa datang malam ne. Kalau takda respons, kami kena buat report pada BPH..
Aku : (muka konpius).. eh saya baru jer pindah masuk. Dan sejak saya datang cuci rumah ne, tak pernah pual saya jumpa surat dari perangkaan yang ditinggalkan kat bawah pintu ni.
Mamat: mengikut rekod, dah 3 kali pihak kami datang.. bla bla bla..

Dipendekkan cerita.. dia menyoal: aku duduk berapa orang, tahap pendidikan, keje kat mana, tahun kelahiran dan number contact.
tapi yang aku konpius.. awat perangkaan mai waktu malam. Hm, aku msg member tanya..dia punya lah saspen, sapa lah nak dok rangka malam malam ni. Abah aku pun marah gak.. MK pun perli, dia kata "awat tak bagi dengan kunci rumah sekali". Ntah yer, ntah dak budak tu dr perangkaan..Misteri..~

Ok, as for my rumah.. aku takda buat apa yang baru pun, cuma aku ada beli rak dapur (rm120) memandangkan kitchen cabinet yang dok ada tu tak ada salur paip gas. Aku baru beli tong gas n gas sekali (rm76), periuk (rm70) dan barang kecik2 yang aku rasa sakan jugak lah jumlah keseluruhannya. Adoiaii.. bercambah duit keluaq, yang masuk tatau nak banyak mana..
Aku tukaq lapik meja yang baru.. yang MK bagi. Dari jakarta dong.. heheh.. Kalau aku tak guna satgi, dia kata aku tak appreciate pulak, but lapik meja tu cute jugak :). Thanks dear. Dia pun dok sebut nak makan itu dan ini, tapi aku tak masak pun. Bukan tanak masak tapi keperluan memask tu belum sempurna. Nanti bila dah masak, jangan cakap xlarat nak makan pulak.

Hari Ahad, aku g shopping sikit, memandangkan aku dah takder kasut nak di pakai (serious babe).. so aku pun jenjalan cari sepatu yang seswai untuk kaki ni. Dalam keterpaksaan, aku beli lah 3 pasang memandangkan aku tatau lagi bila kalanya nak beli heheh.. tapi murah jer lah, 3 pasang = rm115 ;).

So, minggu ne start pakai kasut baru ler nampaknya. Dah berzaman aku tak beli kasut, baru sekarang la merasa. huhuh..

Rasa banyaknya aku menulis untuk minggu ne sampai aku sendiri pun dah boring heheh