Pagi 5 Oktober
Disebabkan seronok tidoq dan mangkit pon dah dekat 440am. After siap ketung ketang, mau la jugak sampai pukoi 520am. Bila Ali call kata dah sampai kat bawah, apa lagi.. kelam kabut semua. 525 masuk keta dan me terpaksa suruh Ali pecut sebab takut tak dan!!!
Gate tutup pukoi 0610 chek oii!!! pukoi 6 lebey sikit kot baru sampai epot.. adoi laaa.. semputsss mak okeh!
Dah sampai, p tanya nak drop luggage.. dah tak boleh, so terus g nk check in, tersilap masuk AAX pulak, p perlepsan antarabangsa yg lain.. tup2 kata gate dah ditukaq pulak. Punggah.
Lari-lari tak berapa nak anak la jugak, mana dengan document tak verifird lagi. terus p ke gate. yang imi dan custom semua dah boleh agak dah kot.. sbb tgk we ols kalut semacam ja (soheh nk kena tinggai ngan kapai terbang nih!). depa pulak suruh kami cepat hiihuu.
Nama kat announcement tu tataw la berapa kali kan ..maka berlari2 lah kami ke flite AK870 KL- Hanoi dengan kemengahan.
Akak semput dik oiii.. hahahha..
so Hanoi, here we come (time tu laaa!).............
Selepas 3 jam 20 minit perjalanan. Sampai la kebumi Hanoi, Vietnam. Hujan renyai.
Tetapi me harus mengangkat tabik pada pilot AA pada pagi tu kerana semasa mendarat, memang tidak terasa langsung hentakan. Nada bebeh.. Me guess mek sorang jer kot yang tepuk tangan (pelahan jer lah khen) ..
Kami dijemput oleh pihak hotel / guesthouse dengan hanya Usd16 (return transfer to/from airport). Percayalah.. rate itu sangat murah dibandingkan jika uols ambik taxi sendiri kat luar tuh. A way at USD30!!!
Tetapi nak jumpa penyambut kami tu pun takla semudah yang disangka.
Keluar jer ke luar, tengok kat kad-kad nama yang diangkat.. tak pula ada nama me (opps.. i did d booking). Dan to my surprise rupanya sekarang untuk pemegang akaun postpaid Maxis, kalau nak keluar negara kena lapor kepada Maxis dahulu (a fren said- kena bawak passport ke kaunter Maxis, betul ker tak .. ntah ler). Kalo dedolu mmg auto roaming jer. ok..ok skip that.
Dah pula kat dalam airport tu mengagau cari mamat Vietnam nih! Mana lah. Public phone pun takder kat situ. Dan lepas tanya 'tourist information center' , minah tu suruh p guna telefon di "post office"!!. Menggagau la pulak cari post office. dah la dengan masalah bahasa! Sama macam p seoul bulan May tuhari, tp rasanya Vietnamese ni ada yang boleh paham sikit omputeh derang!. Dah jumpa post office, kol tanya hotel.. dia cakap dah ada org tunggu.. maybe orang tu cari tak jumpa. so dia akan bgtaw and suh kami tunggu kat tempat yang mudah. So dipendekkan cerita, dia jumpa kami. Rupanya dia p tunggu di bahagian yang lain.
Perjalanan dari Noi Bai airport ke hotel kami (Madam Moon Guest House) di Old Quarters, Hanoi mengambil masa hampir 1 jam.
Kami disambut dengan begitu baik sekali oleh pengurus guesthouse iaitu Binh. Bahasa Inggerisnya tak begitu fasih tetapi dia sedaya upaya akan cuba berkomunikasi dengan kita dan cuba menyediakan apa yang diminta. Dengan harga bilik USD30/ semalam untuk triple room, kami memang berpuas hati, apatah lagi bila tengok keadaan bilik tu yang sangat sangat berbaloi :).
Jadi sebagai permulaannya, itulah kisah kami yang kelam kabut di hari pertama. kejar flite dan bila dah sampai di aiport Noi Bai, tak jumpa pulak orang yang nak datang menjemput.
Pengalaman berharga tuh :p
Jadi pada anda yang nak kesana dan stay di hotel yang kami duduk ni.. cubalah gugel hotel nih. Derang balas emel dengan agak cepat.
Hotel: Madam Moon Guesthouse (under management of Golden Sun Hotel)
Location: Hang Hanh Street
(about 5 minutes to Ho Kiem Lake)
Rate for triple room: USD 30
Contact person: Mr. Binh
Additional info:
- Hotel ni takder lift.
- Boleh uruskan tukaran duit ( USD - VND : vice versa)
- a pc at the lobby (with internet access)
- wifi in the room
- can arrange any tour upon request (at a very reasonable price)
No comments:
Post a Comment