Thursday, October 13, 2011

Percutian ke Hanoi Oct 2011 : Day 1

Kami hanya berehat sebentar ja kat bilik sebelom mula siap nak menikmati Hanoi.
Lepas siap2 apa yang patut, kami turun jalan kaki saja untuk menikmati kawasan sekitar Hanoi.
Rancangan pada hari pertama ialah:

- melawat One Pillar Pagoda
- Temple of literature
-Lenin Park
- Mosoleum
- Museum

Tapi awai-awai lagi dah sangkut kat kedai2 tepi jalan di Ole Quarters tu.. huhu..
Dalam pada my fren dok membeli, ada la sorang penarik beca ni dok offer naik beca dia untuk pusing2 ole quarters. Then dia panggil kawan dia pulak, sbb tak muat la kan, -- kami ber-3.
Puas la dok bargain ne, akhirnya kami bayar 15,000 dong sorang untuk 2hrs ride sekitar ole quarters dengan tempat2 yang me senaraikan.
dapat pegi satu2 tempat tu sekejap jer.. hmmmm..
infact museum tuh, ntah kat mana la lokasinya..
mosoleum pon sama.. tak dapat nak masuk..
Cuma kat temple of literature tu kira ok lah dapat lihat architecture nya dan belek2 setiap kawasan dalam tu.

Eventho ujan renyai, tapi kami tetap bersemangat nak explore.
Cuma sekiranya ada masa lebih banyak me suka nak habiskan kat satu2 tempat lebih lama untuk tahu cerita dan sejarahnya. macam g Seoul dolu, pegi setiap palace yg ada, melawat dan dapat korek info sejarah mengenai tempat tu. Infact bila masuk dalam museum dia pun kita teruja nak tgk kebudayaan dia dan sebagainya. Best!! :D

Ok dah habis visit tempat2 berkenaan dengan beca.
Kami balik ke Old Quarters dan singgah beli tiket untuk water puppet show.
Disebabkan show yang lain dah penuh, kami beli tiket malam, so ada lah ample time to rileks2 jap. Tiket untuk water puppet show (WPS) ne boleh dibeli awal. So kalau uols nak tgk show esok pun, dah boleh buat booking hari ni. :)

WPS tu not bad, cuma opkos la tak paham sepatah kan. Tapi bila puppets tu muncul kita sedikit sebanyak dapat la jugak buat andaian sendiri jalan ceritanya.
Show tu dalam sejam mcm tu.

Itu lah habis hari pertama kami di bumi Hanoi.

These are some pics to enjoy :D ..


seriously, me taktahu lokasi apakah ini..


lenin park


Kedai kasut di Old Quarters









sebahagian daripada WPS (tu puppets dia lah ) :p





Temple of Litrerature


Their traffic.. scary .. :D




Roads at Old Quarters are quite narrow. Like above. and if u want to cross the streets, jalan jer tanpa teragak agak. Diorg xlanggar. Kalau teragak2 macam kita buat kat Malaysia ni .. hmm jenuh eksiden la kot. And ofkoz i don't think syarat melintas mcm cikgu2 ajar time primary school dolu apply kat Hanoi ni .. so takperlu "toleh kanan, kiri dan kana kembali.. baru melintas". Kat sana.. tgk agak kenderaan xbanyak, lintas terus.. :p




No comments: