Monday, October 17, 2011

Ada Serigala Besar Yang Jahat

Akhirnya rahsia Mr Crab dah bocor!!! Lepas nih Crabby Patty is is mine!! :D

Tengah hari Jumaat baru-baru ni, my sis yang dok belajaq kat Shah Alam tu call. Katanya nak balik. Eh, awai minggu tu call kata mcm tak maw balik.
Bila ditanya pasaipa, rupanya ada sebab. So me pon okey jer lah, sebab kalau dia ada takla cermus sangat khen. Walaupon sebenaqnya tengah hari Sabtu tu dah janji nak berkelah di tasik yang indah dengan pak encik.

Sebenarnya my sis balik sebab nak ajak me ke "Big Bad Wolf Sale".
Jualan buku terbesar okeh!.
Seriously, macamana lah me boleh xtahu mengenai sale nih. Naseb baik la my sis nak p, kalo dak rugiiiiiiiiiiiiiii....
Bukan apa, me baru saja merungut, dah agak lama xbeli buku baru. Dekat shelve yang ada kat umah ni, buku yang tu laaa jaaa..
So peluang baik ni tak harus dilepaskan. :D

Kami pegi agak awai sebab nak elakkan sesak.
Sampai sana dalam pukul 10 pagi. Memang waktu hall tu baru buka.

Masuk dalam tu. OMG.. OMG .. OMG..
sampai taktahu nak jalan kemana nak tengok buku. Ke kanan, ke kiri, ke depan.. omg buku dimerata rata.. bersepah sepah hahahaha.. best best best.. love love love ..

Buku-buku kat dalam tu memang murah.
Paling murah ntah dalam RM5 kot. Tapi yang me beli kebanyakkannyer dalam RM8 sebuah.
Yes .. RM8 jer!!! Kalo selalu beli kat Kino atau MPH .. tak cecah RM50 keatas.. jgn harap!!


Perbezaan harga. And me ada beli satu buku terpakai jugak kat 1 kedai di Amcorp,
harganya pun RM8!

Masa kitorg sampai orang dah pun ramai. Buku-buku semua dibahagikan mengikut kategori.
Mags/ Biography/ Cookery/ Business/ travel/ Children/ Horror/ Romance/ Self Help etc.
Me opkos akan tuju ke Self Help dulu. Me kurang minat novels. Tapi disebabkan murah, so ada jugak sebat novel 2 buah.


Kesemua buku yang kami beli tak banyak juga, dalam 12 buah mcm tu.. and total semuanya tak sampai RM100!!!!.
Ada yang beli sampai berangkut -angkut nih, tak cukup dalam beg troli tu ada lagi dalam troli yang bawa g pasar tuh.
Happy sebenarnya bila tengok situasi mcm tu , sbb tu menandakan buadaya membaca masih kuat dalam masayarakat kita biarpun banyak bahan bacaan boleh didapati menerusi dalam talian.

Lambat lagi la nak beli buku pulak :)


Me rasa orang lain pun ada perasaan yang sama,.. membaca dalam talian tak sama dengan membaca dengan buku ditangan.
Tunggu nak lelap boleh baca dulu, kalau kat airport bosan, boleh baca dulu dan kadangkala kalau g travel yang memang nak relax.. pun me akan bawa jugak buku sebuah.

No comments: