Bila orang nak datang Putrajaya memang akan ada masalah kalau takder transport kan?
Terutama sekali untuk kawan -kawan kita yang datang 1st time untuk interview kat Putrajaya yang chantek lagi permai itu. Tak semua orang ada relative yang stay kat KL or stay kat Putrajaya ni, mcm chek satu masa dahulu.
Chek pon dulu mcm tu jugak. Rasa.. apalah dengan Putrajaya ni, Pusat Pentadbiran Negara tapi nak datang (kalau takder own transport) sangatlah susahnya.
Chek ni pulak ada adik yang masih belajar di Shah Alam. Dia pun selalu balik umah chek ni. Kekadang kalau time shift tu bersesuaian, dapatlah fetch dia sekali. Kalau tak.. susah la juga kan.
So, disebab kan itu, mula lah chek dok pikiaq dan mencari alternatif .. takkan la pengankutan awam takder masuk Putrajaya. So, setelah diselidiki.. makan dapat lah chek kongsikan dengan anda semua serba sedikit dari apa yang chek tahu..
Sekiranya anda nak datang Putrajaya dengan public transport:-
i) Naik KOMUTER menghala ke Seremban dan turun di stesen SERDANG.. dari situ boleh ambik samada:-
@ teksi ke Putrajaya - precint yg nk di tuju (which is mahal la kan)
@ Ambil Bas RAPID KL ke Putrajaya no U42. Bas ini akan berhenti di Putrajaya Central. dari situ smbillah bas yang berkenaan mengikut precint yang hendak di tuju. Tambang bas dlm Putrajaya - Nadi Putra hanya rm0.50 jer :).
ii) Naik bas E1 dari KL dekat Central Market (Pasar Seni -- perlukah translation uolss???). Bas ini juga akan berhenti di Putrajaya Central/ Terminal Bas kat Putrajaya. So ambik la bas yang berlunggok huk kat situ mengikut precint yang nk di tuju.
iii) Ambil ERL TRANSIT dari KL Central ke Putrajaya Central. Paling senang .. tapi mahal sikit ler. Tambang ERL dalam RM9 sehala kalau tak salah. Dah sampai Putrajaya Central, carik ler bas yang ada kat situ.. (Jgn pulak ambik ERL direct kang terus ke KLIA.. :p).
Well sehingga saat ini, itu yang dpat chek tulis.. nnati chek tambah apa yang perlu ;)..
25 comments:
thanks...it's really help
btol2...sgt membantu...trime kasih...=)
glad i can help :)
terima kasih sudi tulis artikel nih... sonang skit kojo den.. hoho
alhamdulillah . ada jugak cara nak ke sana . thanks !!
tq2
bguih2... sng skit nk p sana.
ada teksi tak dekat putrajaya sentral?
artikel ni membantu , tq , meeting di Putrajaya minggu depan , kompleks D , precint entah?
sesangat tank u. moga usaha diberkati. gua pi putrajaya 8 May 2013.
thanks ! it's really help me :)
salam...festival belia tu buat kt mne ye
kalau ingin ke putraja prensit 2 , naik pe
agak2nya....dari kl ke putrajaya guna teksi bepa ea....
agak2nya....dari kl ke putrajaya guna teksi bepa ea....
Hai semua,.. , Maaf lah bg yang bertanya dan saya lambat membalas. Dah lama gilerrr tak buka blog ni.
FYI : jika datang dari KL dengan pengankutan awam, InsyaAllah akan sampai ke Putrajaya Central. Dari situ, kemana jua anda nak pergi dalam putrajaya tu.. InsyaAllah ada bas. Cuma, bas dalam putrajaya ni tidaklah sekerap bas-bas di KL . Laluan2 nya juga agak panjang sehinggakan perjalanan jika dengan kereta / motor selama 5 minit sahaja, boleh jadi hingga 40 minit dengan bas!
- Dari KL ke Putrajaya saya tak pasti.. tetapi jika tidak mahu sesat dan ada bajet.. saya SANGAT CADANG kan laluan : KL SENTRAL - PUTRAJAYA CENTRAl ( menggunakan ERL Transit ), kemudian ambil teksi di PUTRAJYA CENTRAL ke destinasi dalam Putrajaya. Ia lebih jimat.
- Untuk alamat2 yang ada kompleks/ parcel , ia berdekatan dengan precint 1, 2 . Jika pernah ke Putrajaya, anda mungkin tahu bulatan besar dalam Putrajaya itu.. bangunan / kementerian / jabatan yang berada sekitar sini akan menggunakan alamat seperti pascel/ kompleks ini .. :)
- Jika anda tidak berkeyakinan untuk menggunakan bas NADI PUTRA ( saya juga tidak mencadangkan jika anda mengejar masa) , guna lah teksi. Tetapi, jika datang dari KL.. saya sangat sarankan agar guna ERL Transit dahulu. ERL Transit ini frekuensinya 30 minit sekali pada waktu biasa. Ia bukan sahaja jimat, malah ia lebih cepat (mengambil kira tahap kesesakan jalan raya pada satu satu waktu)
- sekarang ni saya lihat, sudah banyak bas dari KL yang masuk ke Putrajaya tetapi saya masih belum sempat nak jd Detektif Conan huhuhihi.. InsyaAllah, jika ada masa saya kemaskini lagi. ;)
Salam, kalau dari Putrajaya Central nak ke Hospital Putrajaya ada tak perkhidmatan bas kesana?
Terima kasih banyak,sgt membantu
Dari putrajaya central ke hospital putrajaya dan institut kanser negara anda boleh berjalan kaki saja sebab dekat tp ada shuttle van hospital putrajaya yg sentiasa ada di depan lobi setiap 15 min dan shuttle ini adalah percuma.
Thank u soooooo much for the info!
Last skali jumpa jugak disaat mata dah berpinaq mencari info kat internet ni.
Kami nak ke Wetland.. lps sampai putrajaya central...harap2la ada bas ke wetland..harap2la cepat sampai juga ke wetland tu. Bas 868 tu betui ka wujud?
..rasa2nya 68 kot..takpe.. nnt kita sendri jadi detektif conan kat sana.. :)
KALAU DARI PUTRAJAYA NAK KE PEKELILING .. NAK NAIK PE DAN MACAM ANE EA?
Saya dari Seremban ingin ke IKN Putrajaya...boleh bimbing cara yang mudah....perlu ke saya turun di KL Central?
Saya dari Seremban ingin ke IKN Putrajaya...boleh bimbing cara yang mudah....perlu ke saya turun di KL Central?
Assalamualaikum admin
Saya nak bertanya
Bas rapid masih digunakan lagi ke ke putra jaya and ade tak lalu IOI mall?
Kla sy dr hentian titiwangsa(pekeliling),nk ke putrajaya bgaimana?
Post a Comment