Semalam (5/12/2010) ialah hari yang terakhir pameran MAHA International 2010.
Adik chek ajak p MAHA. Chek mmg malas nak p tempat pameran macam ni. Bukan tak minat tapi sebab my fren yang bertugas di sana cakap, jalan sesak gilerrr..!!
Tapi bila dah tadak apa2 program, chek pun bersetuju ja.
Dalam kul 12 macam tu kami keluaq. Rumah dengan MAeps tu bukan jauh pun, sekangkang kera jaaa cik jah weh!. Kami try masuk ikut pintu 1.
Kat simpang selepas Hospital Serdang tu pun jalan dan sesak. tak pa. Sabar. Tapi lepas bebrapa minit, dah boleh masuk simpang tu. Tapi di situ lah bermulanya mimpi ngeri kami. Rupanya bermula dari situ hingga lah ke tapak MAHA tu, stuck .. sesak yaaamats.. Sesak tok ayah punya nih!. Betoi cik jah weh. Kami determine nak masuk jugak. So bersabar dalam kesesakan , kepanasan dan kehangitan. Masaa tu dah pukul 1215kot.
Keta bergerak macam kura. Ermm lagi dasat daripada kura agaknya. Ada beberapa ketika, tak bergerak langsung. Dengan perut yang mmg lapaq (time tu kan dah time lunch) kami bersabar lagi. Ada few kereta yang dah patah balik. Namun kami masih bertahan. Yups.. kami bertahan sehingga lah sampai ke kawasan MAepsss...
dan waktu itu dahpun menghampiri pukul 3.00 petang!!!!!!
Nko gilak ka apa kan... mek memang dah sangat hangen dan terbakaq di dalam. Nak patah balik dah xboleh sebab jalan tu dah di pasang ngan tape.
Dari pukul 12 tengahri keluar dan pukul 3 petang , masih xboleh park kereta lagi nak enjoy MAHA. Kau gilaa??!!!
Bila berjaya masuk dalam kawasan MAEPS tu.. sesak masih lg mcm td, bergerak sikit2.. blom lagi nko nak carik parking dan menapak ke kemah pameran! Kau sanggup???!!
Masa tu apa yg ada dalam otak mek ialah.. kalau ada peluang untuk u turn, mek akan balik saja sebab dah tak sanggup nak pusing2 cari parking dalam keadaan trafik yg bergerak mcm har*mja**h tu!
Akhirnya setelah 3 jam tersangkut, kami jumpa jalan untuk u turn.. mmg mek cepat2 patah balik. Kalau mek tunggu dan cuba cari parking bagai mungkin akan ambik masa 5 jam!!!. Mek dah lapar sangat sampai kepala pun dah pening sebab dah masuk angin kt perut agaknya. Tak cukup dengan tu.. kaki kanan mek ne pun dah lenguh semacam (kaki kanan mek ne memang ada masalah cepat lenguh)..
Ya tuhan itulah percubaan paling bodoh untuk tahun 2010 aku buat! Cuba melawat pameran MAHA International pada hari yg terakhir!!!
No comments:
Post a Comment