Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Flaming Steamboat, Bandar Sunway

Blog ini bukan blog mengenai makanan tapi, memandangkan aku rajin jugak dan suka nak mencari tempat makan so syok jugak kalau dapat share apa-apa yang best.

Dah agak lama aku tak makan steamboat. Selalunya (dulu) kalau teringin nak makan stimboat jer, slalu lepak kat "Seoul Garden" - Plaza Pantai untuk nikmati steamboat and grill (Korean style). Tapi sejak dah umah jauh ne, jarang-jarang dah ler nak kesana.

Macam mana ntah, hari tu, semasa perut sedang menggeletar kelaparan, rajin jer tangan aku ne mengugel carik kedai steamboat yang dapat di terjah. So jumpak ler satu kedai ini.
Namanya "Flaming Steamboat"

Haaa, engkau, bukak saja site dia, mmg kecur liur dan berzapin perut ni. So arrange baik2 dengan my lil sis untuk makan kat situ after her final exam.

Kami pergi on Saturday. Okey, now.. reminder untuk semua.. kalau saudara ingin nak makan di situ pada weekdays, jika saudara tak hingin nak call for reservations dulu, ngakk apa - apaan yaa.. tapi tidak on weekend!!! ambil lah iktibar daripada kami ini.
Di hari Sabtu yang tenang dan damai setelah men'drive' melebihi 30km,.. kami terpaksa bertenggek depan counter selama lebih kurang setengah jam kerana semua (di ulang) SEMUA table telah penuh. Yaaa.. takkan nko nak paksa org di situ makan cepat kan??? Dah la penuh ,,.. sesak plak tu.. hadehhh.. mana dengan poyot yg dok mengaummm.. grrrrrrrr.. Ok, sabar. Jom crita camno nak g sana..

Kalau nak pergi senang jaa.. just folo mcm mana nak pergi ke Sunway Piramid, instead of turn masuk sunway.. gerak depan sikit jer lagi sampai nampak simpang nak masuk Esso on ur left. Parking lah mana2 yang ada, kerana Flaming steamboat tu dah sangat dekat. Kalau masih jugak blurr , langut (dongak) atas untuk cari Suns Inn.. Falmimg Stimbot tu kat bawah :).. kalau tak jumpa jugak??? Korang balik makan di rumah jer lah!

Konsepnya- Makan ler selagi poyot nko dapat terima. Maka (weekend itu) berzaman lah sementara ada yang hingin nak angkat montots yg semakin berat time tu. Setelah menanti berzaman dan hampir bergaduh merebut table (hilang ayu okey).. akhirnya kami dapat lah meja, dan apa lagi terus lah attack sampai kemengahan. My sis sampai tak larat sendat makan nih, tetap taknak rugikan RM21.90 yg dibayar. (Konsep - Jgn membazir katanya)

My sis, ready to make her move

Pada hari kami makan, pada hemat aku.. ketam n seafood yg lain agak fresh. Kerana isi ketam mmg terasa lagi manisnya. Unfortunately .. poyot dah ponuh (crabs -my fav tu). Ada gak komen dalam forum mana ntah kata penah kena seafood dia tak berapa fresh. Tp alhamdulillah, kami dapat yg segarss skali.

waited patiently~

Moralnya kalau nak makan di sini pada weekend, sila lah buat reservation earlier ok atau tunggu lah kat situ dengan penuh kesabaran dan tawadduk (dalam hati sendiri maw hengat).

Banyak gak seafoods dan steamboat itemnya. Ditambah dengan bihun grg, nasik grg, popiah, choc fondue, ayam panggang , eskrem dll lah. Dipendekkan cerita dengan ringgit yg dibayar tu, kiranya puas hati lah duduk makan di situ :)..

Half way ..


Okey, we're done

Alhamdulillah... :)

Price::

RM20.90 /pax
RM 8.90 (children 4-10 y/o)
1-3 y/o - eat for free


Saturday, May 15, 2010

Makan Time: Mr Kabab & Briyani Putrajaya (Pakistani Food)

Sebenarnya dah lama saya dan kawan ni pergi makan kat tempat ni. Tapi hanya sekarang, tangan dan jari jemari ini ringan nak menulis atau mengetuk netbuk comel ni.

Selalunya bila keluar beli groceries rumah, jarang sangat guna jalan belakang kedai- kedai yang berhadapan dengan MYdin tu. Ntah macam mana hari tu, dalam mencari - cari jabatan Imigresen terjumpa kedai ni. Nak makan sorang memang la tak meriah, so tunggu la kawan ne ada masa supaya kami dapat makan together - gether.

Masa tengok tu, tak perasaan nama kat atas, yang perasan hanya "Pakistani Food" saja. So sebelum pergi tu memang imagine kot2 la ada makanan lain selain daripada briyani dan yang selalu dah makan.

Kedainya cantek. Orang tak ramai. Masa sampai hanya saya dan kawan saja yang ada di situ. So, agak privacy lah. nak sembang apa-apa pun xlah rasa mcm disturbed by others kan.



Masa nak order tu, terkejut juga melihatkan portion makanan yang dipaparkan di dalam menu. My fren sampai terkejut tapi waiter tu cakap .. dalam menu saja nampak besar :p (hehehe tak habis , membazir lah kan).

Me , order Briyani kabab and my fren order Briyani Ayam.
Drinks: Pineapple juice n Manggo lassi



Untuk nasi briyani, kira ok lah sebab both of us memang berjaya menghabiskan makanan masing -masing.

So, untuk makan makan malam tu, totalnya ialah RM35 :)

Kalau nak try, g lah ek..

Tuesday, February 9, 2010

Trick by Domino's Pizza Delivery Boy


Semalam, sebab dah tak tahu nak makan apa, chek pon dengan lancarnya mendail Domino's Pizza. Budak yang sambut call tu ntah hapa ka namanya, haram xmesra. Ala-ala sentap nak explain kat customer mengenai menu apa yang ada. Hello, bukan semua orang pernah telan pizza hampa okeh!!

Takpalah, skip that. Niat di hati nak makan pizza sahaja. Tapi macam kedekut sangat lah kan sebab order pizza pun yang kecik sajor. Chek ordered 1 personal pizza dan 1 chicken lasagna. RM21.60.

Makan sensorang.. cian jer.. ahakss

Dalam pukul 9.20pm budak delivery tu pun sampai. Chek mmg tadak duit pecah, so chek sediakan RM52.00 dengan niat lagi RM0.40 keep the ceng lah hehehe..

Bila dah ambik, chek hulurkan duit.. delivery boy tu cakap

"Akak ada syiling 60sen tak? Saya tak cukup la.."

maksudnya -- Saja saya cakap takder syiling supaya balance ne akak suruh saya ambik!

Aku senyum jaa.. sebabnya, dah selalu sangat aku dengaq statement tu daripada bebudak delivery ni. Aku takmaw bersangka buruk tapi hati boleh kata setiap kali delivery boy hantaq apa2 yg kita order memang la akan keluaq ayat kat atas tu.. Maksudnya, duit genap yang kita bagi tu, takder baki syiling, samada kita bagi balik belen atau suruh dia 'simpan' saja lah yang lebih tu.

Hm, kalau derang tak cakap macam tu pun sebenarnya aku ghasa kebanyakan customer akan suruh simpan ja belen tu. Ya lah, kita tak payah keluaq pun dan semua sampai depan pintu. Belen tu jadi token pengharagaan untuk derang. Keep the change. Ikhlas :D

Tapi bila derang sendiri dah mula nak menjadikan 'hal itew' sebagai satu lagi pendapatan wajib, mulalah kita yang nak bagi ikhlas ne rasa semacam.

So deliver boy .. tak payah ler nak buat hint macam tu, sebab most of us dah paham. Tukaq line yang baru pulak naa..


Monday, February 8, 2010

Dinner @ Hai Thien Restaurant (Seafood Kuala Perlis)

Hari Jumaat lepas, bos chek panggey dan bagitaw yang chek kena gantikan seorang member untuk outstesen. Chek bab-bab nak outstesen ni bukanya apa, tapi malas nak peking and malas nak travel sebenaqnya. Penat badan moreover kalau gheja hanya satu hari. Sampai, setup, actual day n packup semula. Tapi apakan daya kan, saya yang menurut perintah jer lah.

Kl- Kuala Perlis (check in) tapi ghejanya di Sanglang, Kedah. Hotel area Kuala Perlis is the nearest. Lepak kat T Hotel. Quite pricey for a budget hotel.

Tapi bila dah ada di kuala ni, apa yang dapat dibayangkan ialah nak makan seafood jer lah. sebelum bertolak, malam tu dah siap gugel cari tempat makan seafood. Kebnayakn yang jumpa mensageskan "Hai Thien Restaurant". Even my cloz fren yang tinggal kat Perlis pon sages tempat yang sama. So selepas selesai tugasan hr sabtu, malam tu, g makan kat situ dengan member lama yg dah lama tak jumpa...


Loceng ni sebijik bunyi mcm yang kat sekolah dulu. Nak alertkan pelayan kalau dishes dah ready


Tgk ke jalan masuk mcm xberapa yakin .. tp bila dah makan..


Yang kami makan. Untuk 2 org ja ni!


Dah selesai.. puaih hati!

Anyway, aku rasa, aku prefer ketam bunga daripada ketam ni (apa nama ntah-ketam nipah kot) sebab isi ketam bunga lebih lembut dan senang nak makan. Yg ne kulit dia pon sangat keras. Chek kureng suka. Ketam masak sweet sour ni, chek lebey suka yang makan di Kola Selangoq tu.

Ikan setim siam ne pon chek rasa macam salah order. Sepatutnya chek folo gak apa blogger yg blog pasai restaurant ne sages..

Ada few blog yg rekomen tpt ne kata semua bagus, chek rasa pon mcm tu melihatkan crowd yg ada malam tu. maybe chek yg salah order kot huhu.

Kalau ke Kola perlis, carilah restaurant ne. Sebelah jer dengan jetty kuala perlis.Jalan masuk kedai tu mmg hazab sket tp Jgn judge kedai dulu sebelum cuba.. :p.. ramai Malays makan sini, and satu lagi, kalau korunk verrrryyy concern memikirkan macam2 pasai ni chinese restaurant, makan jer lah kat medan ikan bakaq yang biasa tu.. because Hai thien do serve alcohol.. :)








Tuesday, February 2, 2010

Sakannya Nafsu

Malam ne sambil chek mengadap TV dan netbuk sekaligus, seperti selalu chek akan mengugel apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran chek. Tapi heran sungguh kerana selalunya apa yang ingin nak gugel ialah..

"SEAFOOD SEDAP" !!!! -- hahahhaha..

Ha, nampak saja badan kecik macam ni tapi taktaw lah setiap kali kalau chek terbayang menu seafood, terus rasa teringin sagat nak makan. Uwaaaa... memang akan taste sangat dengan seafood. Ingat lagi pergi makan dengan pian (sugar fren chek) di kola selangor hari tuh. Sanggup drive almost 160km huhu.

Cuba la bayangkan dapat makan ketam masak cili or sweet sour + mountou , pepahat grg cili, udang telor masin (pian kenalkan), ikan siakap steam, ikan bakaq cicah ayaq asamm.. uwaaaaa.. nagess jiwa chek mengenangkan menu-menu ni. Tentu sintin baju tangan baju sampai lenga, belemoih mulut makan. Hahah..

Antara lokasi yang targeted untuk menikmati seafood selepas ini ialah at : Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor & HM Sri Bagan Lalang, Sepang Selangor..

Sakannya nafsu makan chek ni :p

-- so mouth watering---