Friday, December 31, 2010

Rangkuman 2010 (Ala-ala Retis Kunun)

Hampir melabuhkan tirai 2010. Azam yang korang sematkan untuk tahun 2010 , apa dah jadi?

Waahh.. Alhamdulillah.. kalau tak berjaya 100% pun , dapat separuh pun jadilah. N as for me, tahun berganti tahun memang tak pernah berazam (unless kalau takdir Allah dapat life partner nama Azam lah kot!) muahahahah.. but pernah la dok ingat nak mula beli property.. tp blom berhasil lagi.. Sigh

Macam tu juga untuk tahun 2011 yang nak sampai esok ne. Takder apa. Macam biasa saja. Kalau nak kira niat, masa masuk tahun hijrah 1432H hari tuh chek dah ada menanamkan sumthing dalam hati. So mmg itu saja lah ^_^..


Ok lah, memandangkan stesen-stesen TV suma gegeh nak buat rangkuman 2010- so chek pon feeling feeling fofular nak buat jugak rangkuman 2010 untuk diri sendiri! Mammpoo??!!
( Tapi persoalannya, adakah yg menarik untuk dibuat rangkuman uolls..??) hahaah..

Kerjaya
- Tahun 2010 dikira tahun yang chek dapat mengembangkan lagi bakat dalam bidang yang chek ceburi ni. Bukanlah kembang mcm kembang semangkuk tu khen tp dedulu zaman memuda mmg chek dah terlibat , after that ditempatkan di bahagian promosi pulak.. apa yg penah chek dok buat dulu tersangkut jap. n after masuk kat tempat keje sekarang chek dah mula buat balik MC, Vo iklan, VO untuk rancangan TV dsbg. So untuk kerjaya mmg tadak apa2 yang menarik sangat. macam biasa saja..

Friends
- Tahun ne mmg tahun yang bermakna dengan rerakan. Baik yang lama atau yang baru. Ramai kawan- kawan dah kawen, memang rasa sunyi tak leh lepak macam dulu lagi. Tapi ada sorang kawan ne cakap kt chek. Macam mana pon kita sibuk, carilah masa untuk spend dengan our frens. Jangan bagi alasan kerana nanti bila kawan-kawan dah jemu denganr alasan tu diorang takkan ajak kita kuar lagi atau include us in their list. Dan mungkin ada masanya kita perlukan derang, derang pulak akan bagi alasan. Bukan lah maknanya kawan2 perlu diutamakan kan tapi jika boleh tu, adakan masa dengan kawan -kawan. So tahun ne bila ada kawan2 invite untuk together -gether biarpon penat dengan kerja (maklumlah kerja tak menentu) chek akan luangkan masa juga dengan diorg. Even lepak dengan mata separuh terbuka O.O Kalau tak clash dengan schedule memang chek akan turun. And derang, even anak2 dah masuk 3, still dapat jimba lagi. Yerlah kan, bukan nya keluar berpoya setiap bulan khens. Tak lupa chek juga pergi holiday dengan kawan-kawan. And penutup tahun ne chek p Pangkor dengan kawan-kawan sekolah dulu (kebnayakkanya dah berkeluarga), dan suami diorg tak ikut. Mmg ladies punya holiday saja.. Best sangat dapat jumpa dan sembang panjang.
Yups.. Friends Are Forever ~_~

Cinta
- Masih juga macam dulu. masih lagi dengan insan yang chek sayang tu- My Other Half. Bulan June 2010 chek dapat tahu yang wife dia dah pregnant 6 minggu time tu, selepas 4 tahun derang berkahwin. Sangat sedih sehingga macam tak dapat nak control jiwa. Tapi Allah Maha Kaya. Bila kita kembali kepadaNya, jalan itu akan terbentang dengan sejelasnya. Tahun ne juga chek perasan yang dia pun ada perubahan. Lebih tenang dan considerate. Dia sedaya mungkin cuba mengelakkan konfrantasi (takut chek akan sebut hal kahwin agaknya), so chek pun stay calm aja. Tapi as semua boleh predict, relationship ne takkan kemana. InsyaAllah bila dia dah dah anak ne, maybe dia akan berfikir untuk tinggalkan chek dan tumpukan pada family dia 9eventho my fren said- anak dan cinta adalah 2 perkara yang berbeza). Malas nak canang banyak, tapi diri chek sendiri pun insyaAllah akan mengambil langkah yang sepatutnya chek ambik dari dulu lagi.
Hmm.. dia ada bg handphone kat chek bulan Oktober hari tu. Tapi hp tu baru ja hilang last week. Chek belum bagitaw dier lagi sbb takut kena leter. Tapi sebenarnya apa yg chek takut ialah bila dia rasa terkilan sbb barang yg dia bagi kita tak jaga betul-betul. walalupun sentimental valuenya tak sama, tp chek hengat nak beli satu lagi hp sejibik mcm tu, n buat biasa saja. Tak payah bagitaw dia. Tapi chek sangat sedeh uolls sbb hilang hp tu.. :(


Lain lain
Yang lain seperti biasa saja. Chek mula belajar menghargai diri sendiri yang sebelum ini chek letakkan ditangga entah number berapa. Tahun 2011 ne chek nak menikmati hasil titik peluh dengan sebenarnya. Menghargai emak dan abah, adik2 serta semua ahli keluarga tersayang. Tak lupa juga untuk kawan-kawan yang selalu ada time susah dan senang. Dugaan akan datang dan pergi, dan chek sangat berdoa agar chek kuat untuk menempuh segalanya. Belajar daripada kesilapan dan bangun dari kegagalan.. dan sudah semestinya bukan tahun untuk menzalimi dan tidak berlaku adil pada diri sendiri hanya kerana pandangan masyarakat!

Semoga Allah SWT mempermudahkan jalan.. Amin.

2 comments:

MURNI MASREENA MOHD DISA said...

Amin.... Semoga 2011 ni akan memberi senyuman yang paling lebar buat kita....

ellaien said...

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn (panjangg sikit.. ambik barokah) ..