Sunday, May 16, 2010

Lagenda Budak Setan

Budak - budak remaja sekarang mungkin kurang familiar dengan novel "Budak Setan". Novel ini memang menjadi antara kegilaan para pelajar sekolah sekitar tahun 90an. Termasuklah aku. Tapi masa tu memang takda duit nak membeli buku -buku ni. So bila ada yang membeli, kita akan pinjam dan terpaksa tunggu turn. Dan ada juga sesetengahnya begitu panjang list nama yang menanti nak baca sampaikan tuan punya buku pun tak tahu siapa yang dok baca bukunya. Bila dapat balik dah 'lasJustify Fullam' (lembik ). Huhuhu..

Budak Setan menjadi kegilaan kerana Ahadiat Akashah (AA) berjaya membawa pembaca ke alam 'budak setan' itu sendiri. Membaca cerita Kashah dan Ayu, kita seolah terasa seperti kita menjadi watak- watak tersebut. Mungkin kerana gaya bahasa AA yang tidak terlalau 'skema' dan bersahaja tidak seperti kebanyakkan novel waktu itu yang banyak menggunakan ayat -ayat yang bunga dan berseni (penulisan memang satu bakat yg halus). Tapi di sebabkan itu, para pembaca yang kebanyakkan pelajar sekolah dapat menerima novel ini dengan baik malah menjadi demam dengannya.

Time tu di sekolah, internet takder dan hiburan lain adalah terhad. Aku pulak budak hostel yang memang rutin harian kebanyakkan sudah diatur. Jadi masa kosong, memang seronok kalau dapat dihabiskan dengan membayangkan hidup ini seperti cerita kahayalan dan di dunia lain! :D

Watak Kashah yang dibangkitkan dalam novel ini memang ada rohnya sendiri. Aku (dan aku rasa org lain juga) membayangkan Kashah sebagai budak yang sangat nakal dan sangat hensem (hahahah) dan Ayu pula seorang yang sangat cantik dan mereka berdua memang 'ngam'!. masa tu jugak, boys wanna be like Kasyah dan girls wanna be like Ayu or Ketrina!

Setelah sekian lama (belasan tahun babe) Budak Setan mempunyai pembaca dan pengikutnya yang tersendiri. Dan setelah sekian lama juga, cerita cinta yang begitu menyentuh jiwa ramai pembacanya akan berarada di layar perak, dengan watak utama akan dibawa oleh Farid Kamil (kasyah) dan Lisa surihani (ayu).

Teruja nak nonton???
Ya, sama lah macam saya. Teruja bukan sebab para pelakonnya sebab memang selalu pon tengok para pelakon ni kat TV.
Teruja kerana cerita ini di adaptasi dari novel yang menjadi kegilaan.
Teruja kerana cerita itu ialah "Budak Setan"
Teruja memikirkan apakah, apa yang kita bayangkan mengenai watak-watak menerusi pembacaan, dapat dilihat dalam filem.
Teruja nak menyaksikan 'roh' Ayu dan Kasyah.

But seriously.......
Paling takut ialah jika filem ini merosakkan segala apa yang pernah kita 'set' kan dalam minda mengenai Budak Setan (Legenda Budak Setan).
Expectation daripada pembaca yang akan jadi penonton .."plsssss sebagaimana Kasyah dan Ayu diatas kertas.. mereka haruslah sama di layar perak..."

Harapnya filem ini dapat memgembalikan semula persaan dan memberikan perasaan yang sama sebagaimana novel-novel Budak Setan ini memberi impak kepada para pembacanya.

Jangan jadi macam "Tangisan Bulan Madu''. Bila diangkat menjadi drama bersiri, apa yang dibayangkan semasa kita membaca novel tu dahulu musnah sama sekali :( .

Belum baca lagi novel ni??? Rugi sangat!
Sebelum g layan muvee nya yang akan mula ditayangkan pada 3 June 2010 ni, cuba dapatkan naskah ini dan baca dahulu :)..


The poster "Lagenda Budak Setan"- snapped at GCS while waiting for IP Man

2 comments:

Anonymous said...

nak pinjam buku.nak baca..ade simpan lagi ker?

ellaien said...

nope la dear.. that was 13 yrs ago :p. but plan nak beli LBS yg dah compiled. Unfortunately dah check kat MPH dkt umah ne, takder :(