Wednesday, June 8, 2011

Bercuti ke Seoul I

Kami dapatkan tiket untuk ke Seoul bila AA (Air Asia) memula buka route ke sana. Dan tukang beli tiket itu ialah me. 4 tiket dengan harga RM1170 (a really really really good bargain). Lebey kurang RM 200/ seorang. Memandangkan me cuba avoid winter dan summer so masa yang terbaik ialah spring. Winter tak menjadi pilihan oleh kerana me mmg sangat sangat sangat sangat tak tahan sejuk. Kalau dalam office pon me kena pakai winter coat, so boleh bayangkan tak betapa tidak tahan sejuknya me. Dan me pon dah rasai cukup summer di Malaysia ni.. :D

Me terpaksa pilih bulan May sbb early spring tu me dah ada plan ke Sabah with my family.
Banyak persediaan yang kami buat sebelom kesana , dan sebab utama yang buat kami sedikit risau ialah bab 'bahasa'. Yups, rasanya ramai daripada kita tau yang bahasa omputeh Korean ni agak teruk. So persediaan bab apa nak makan, mana nak stay, mana nak lawat dan bagaimana nak satu satu tempat tu mestilah agak detail atau 'clear'. Dalam pada merancang ini juga, salah sorang daripada kami tak dapat pergi kerana dia diragut di Wangsa Maju. Dia rasa tak happy nak jenjalan sbb banyak gak kerugian dia. So kami taklah nak paksa. OK , jom cerita terus kepada maksudnya lah yer.

20 May 2011 (Jumaat)
Flite tengah hari dari LCCT pukul 1.15. Flite ambik masa 6 jam. Tak la lama sangat kan. Sempat jugak la lelap sekejap. Sampai disana lebih kurang dalam pukul 8.15 (time S. Korea). Bila dah claim luggage .. bermula lah hal bahasa ni manjadi halangan. Disebbkan kami akan stay dirumah seorang student Malaysia untuk 2 hari pertama dan dinasihatkan oleh dia untuk ambil taxi, maka melilau la sekejap kami nak mencari booth untuk taxi. Tetiba kami diapproach oleh seorang ahjussi ni. Kami dapat agak yg dia taxi driver but sbb sepatah haram tak faham melainkan 'ok.. ok' .. 'no .. no'.. 'taxi (dgn slang dia)'. Setelah usaha menalipon Maira (adik tu) tak berjaya kerana dia g camping kami ambik gak taxi. Tunjuk alamat kat dia, dia tak tahu sbb dituis dalam roman ( satu hal pulak).. kami kena baca.. barulah dia dapat tangkap bunyi dan faham. Mmg saspeng giler sbb kami rasa mcm tak berapa sure betolkan apek ni tahu mana kami nak p. Pastu siap pulak yakinkan kami "gps .. gps.." .. adoi laa.. kalau disana banyak masjid.. maybe kami akan tidoq masjid dulu. :D
Setelah sejam.. kami sampai di alamt yg diberikan. satu hal lagi.. kami nak pastikan betoi ka itu alamatnya.. jumpa la pula dengan penjaga kawasan apartment tu. Ahjussi tu pulak lagi teruk tak fahamnyer kami. Akhirnya dia bawa kami naik, cari orang yg leh tolong. Setelah mencari, akhirnya jumpa la student Malaysia ni.. tolong translatekan. Fuhhh. btoi la tempatnya.. selamatt!!!! ..
Opps lupa nak bagitau tambang taxi dari Incheon airport - Gurogu (tpt kami stay) ialah W90'000= ~RM270!!!!!!!

p/s: kami terpaksa ambik taxi sbb member bawa anak (5 yrs ole) dan kami takleh nak sesat dengan beg2 sgala untuk pertama kali. Umah maira ne tak dekat dengan subway. Kalau guna subway.. then kena ambik bas pulak. So dia tak sageskan takot kami tak sampai langsung kat umah dia nanti huhu

21 May 2011 (Sabtu)

Kami rancang nak keluar dalam pukul 9 macam tu. Cerah kat sana awal. Pukul 5 pagi dah cerah. So subuh pukul 3.00 pagi huhu..
Sejuk gak time tu. 1st day kami merancang nak ke Bukchon Hanok Village dan palaces sekitar kawasan tersebut.

Memandangkan Maira masih lagi camping. Kami kena proaktif.
So pagi tuh, kami keluar then terus ke kedai serbaneka 'Buy The Way' (ala2 7E) beli T Money. T Money ne ibarat kad Touch N Go lah, cuma ia lebih pelbagai guna berbanding TnG kerana boleh digunapakai untuk semua bas, subway, toilet awam etc. So jika korang nak travel bajet di Korea ni, belilah T money nih. Sangat jimat!! :D (kalau pada hemat me, mek akan bg hukum WAJIB untuk beli T Money ne kalau uolls travel sendiri).

Dengan menggunakan bahasa isyarat dan perkataan 'subway' kami berjaya menaiki bas dibantu oleh koreans yg baik hati. Gamsahamida!!.
Kami ke Sindorim station (the nearest subway station). Dan memandangkan mode pengangkutan wajib kami disana ialah subway adalah perkara WAJIB juga untuk kami ada 'subway map'. So, 1st thing kami cari bila sampai ke Sindorim station ialah ambil subway map!. Saya ulang yer - WAJIB-.

Dengan research yang kami buat menerusi blogs dan forum2 (sila jgn malas untuk buat reserach sendiri juga yer) agak mudah kami mengenalpasti stesen manakah yang perlu kami turun jika hendak ke mana2 tourist attraction spots. So 1st Bukchon Hanok Village ;). Rumah asli korea yang dijaga dan sedikit dimodenkan dengan security yang agak matops . Senibina lama. Penat jugak jenjalan disitu sebab kawasannya luas. Bukchon Hanok Village ada 8 special spot untuk bergambar.. but .. apa kisah, ambik ja lah mana2 as long as kita rasa cantek kan :p. Yang menariknya di sana, untuk spot yang menjadi kunjungan pelancong pihak Tourism Korea akan mempunyai booth kecil serta ada pembantu yang akan sentiasa bergerak sekitar kawasan tersebut membantu pelancong yang memerlukan.

Dari Hanok Village tu, dah dekat untuk ke istana istana lama Korea. Dan dengan melihat papan tanda serta ringan mulut bertanya walaupon jawapan yang diperolehi tu taklah difahami sangat namun sedikit sebanyak dapat juga membantu.
Maka sampailah kami ke istana istana lama tu. Memula sebelom masuk istana kami merewang di National Folk Museum dan Children Museum. Bolehlah anak member ni layan jap tempat2 tu. Masuk museum tu tak kena bayar tapi kalau masuk istana tu kena la bayar. Berapa won ntah.. lupa plak :p.

Dah penat giler jenjalan segala istana muzium sgala, kami dah mula kebuluran. Hahahah.. Perut dah mula meraung raung nak makan nasik (perut Melayu weeh). Dan di Seoul nih, tourist spot yang ada few restaurants yang serve makanan halal ialah di Itaewon. Suma gerak guna subway. So kami g la carik makan kat Itaewon. Time tu dah tak pikey sangat, as long as ada sign halal kira jadi la. Kami makan briyani dan nasik goreng. Sepinggan briyani RM45! Makanan halal kat sana mahal sbb susah nak dapat. So, redha ja lah. Kami makan tu dah dekat pukul 4 petang. So after that kami dah mula nak balik. Lebey kurang sejam lebey gak kat kedai tuh. Bukan apa, lepak sama sbb dh penat giler turun naik subway!.
So we make our move to Sindorim station. Nak balik dah. Penat siotsssss...
Penat tapi puas hati dengan pencapaian kami.

Pencapaian of that day: Berjaya naik bas dengan main2 agak sahaja :D.

Note: Piccas nanti lah haplod ek. Malas giler nak select :p

No comments: