Thursday, April 21, 2011

Bercuti ke Sabah April 2011- Part 1

Wahhhhh .. acchummmmm.. dah bersawang dah ni.. Jom kita pakat pakat sapu dan buang segala sawangan disini jap sebelom kita proceed with d story.

Ha, dah clear nih, barulah bersemangat nak menulis kan. Ini tak, rumah bersawang selut segala nih.. selesa ker nak menulis dan melepak dik??!

Baiklah, kali ni chek nak story mengenai percutian chek bersama family ke Sabah. Sabah tu besar kan.. jadi secara specificnya kami ke KK dan Kundasang :) . Tiket untuk 4 orang ni, chek beli semasa AA buat 0 fare promo. So untuk 4 beranak.. kena RM128 (inclusive 30kg luggage). Alhamdulillah. Trip kali ne lebey kepada niat untuk bawa my parents bercuti. They never been to Sabah.


17 April 2011 ( Day 1 )

Tarikh: 17 - 19 April 2011 (3 d, 2n)

Lokasi: Kundasang & KK

Mode Pengangkutan: Kereta Sewa (Viva Exec. RM110/day)

Hotel: Cottage Hotel Kundasang & Promenade Apt KK

----------

Sampai di KK dalam kul 12 tengah hari. Ambil kereta gebuk gedebak dah 1.30pm (sbb ada hal terjadi). Masa ne ujan dan rintik.

Terus g makan (entah kedai mana), n heading straight to Kundasang.

Cuaca tidak memihak kepada kami. Sepanjang perjalanan memang hujan renyai dan kabus agak tebal..Jalan 1 lorong dan mendaki. Sepanjang jalan banyak jumpa kesan kesan tanah runtuh dan tak kurang terserempak dengan lori/trailer panjang yang bawa muatan berat.

Scary juga. Jadi memang bawak kereta slow lah.

Chek tak sewa GPS untuk kesana eventho ini adalah my first time driving kat sana. Even tho u takder GPS chances u untuk sesat adalah sangat minima.

Alhamdulillah xsesat, cuma asik confuse so akan berenti turun tanya stesen minyak kalau xsure.Sbb derang xmeriah signboard mcm KL.

But not to worry sbb jalan nk ke Kunadasang tu ala2 mcm lurus jer dr Terminal 2 tuh ..

Sampai Kundasang, xleh nak buat apa sbb ujan , jalan becak, keta sewa chek ambik kaler putih.. dh jadi mcm keta apa dah..Masa tu teringak boot PCK huhu... All the way nak sampai ke otel tu.. leh nampak banyak signboard hotel, chalet, homestay yg lain.

Check in kat The Cottage Hotel. Then kuar ke pekan Kundasang (pekan ker?) untuk carik sesuap nasik. Mmg kawasan kecik jer.. Kedai- kedai dibina secara membulat mengadap ke dalam. Jenuh la me n adik, dok tawaf mencari kedai2.. Bila dh parking, jalan masuk ke dalam then barulah perasan.. kedai2 ni ngadap ke dalam, so kita ibaratnya akan park keta kat belakang kedai.. dan kat situ mek beli burget "Mat Beef" -- "Mat Chicken" pon ada


Hari pertama sampai Kundasang, tak dapat proceed dengan segala itinerary disebabkan cuaca. Jadi kami lepak bilik saja sambil layan view sekitar. Suasana kampung yang jauh dari pembangunan. Sangat lega dan segar hanya dengan melihat view sekitar Kundasang nih. N of course, di sana suhunya nyaman. Absolutely no aircond needed :D



view dari bilik. Kampung yang sejuk :)

No comments: