Sunday, October 23, 2011

Sugaring / Sugar Wax: Cara Penyediaan

Ok, sebelum ne me dah sebut nak share mengenai sugaring atau pun sugar wax kan..
Ingat lagi dak?
Amboiii.. baru kemarin ja tulis hari ni dah lupa.ker??
Dan sekiranya pencarian cik adik semua membawa kesini , kemungkinan besaq juga cik dan puan mencari detail mengenai sugar wax.
Takut nak buat? Tak taw nak buat mcm mana? .. selamat ker?
Jeng..jeng.. jeng .. Ini lah solusinya.
yups, me telah mem'voluteer' kan diri me untuk bereksperimen dengan method nih!

Sebenarnya method ne dah lama digunapakai oleh ancients di Eygpt. Katanya Kleopatra pun guna okeh!
Lilypatra me tak sure lah pulak :D.
Sugaring ne glamor sebab bahan2 yang digunakan. Takda chemical. More over boleh buat sendiri dirumah dengan kos yang sangat minima. Dan mudah pulak tuh.. (as long as u didn't burn urself lah khen).

Bahan- bahan

Okey, apa yg saudara semua perlukan ialah:


- 2 cawan gula
- 1/4 cawan air
- 1/4 cawan jus lemon/ limau nipis/ oranges/ cuka (tp me xpenh guna cuka).

Bahan2 tu mudah jer kan? Haaa, tapi nak masaknya tak la mudah sangat. A lil bit tricky lah.
Memula korang masukkan semua bahan2 tu dalam periuk.Kacau bagi sebati dulu, then baru letakkan atas api. Bagi me, api sedang2 dah ok sbb kalau besaq.. periuk panas sangat.. cepat lak hangus khen. Korang masak hingga gula semua larut. Kemudia perhatikan, campuran tersebut akan berbuih. Tak per, buih tu wajib jadi. Tp disebbkan buih tu juga, korang kena extra berjaga-jaga. Buih2 tuh mungkin akan buatkan korang tak perasan sebenarnya gula tuh dah bertukar warna. Kacau terus.

Kita nakkan warnanya coklat muda so bila dah nampak warna jd golden, korang dah kena hati-hati.
Once a while, alihkan periuk tu daripada api sekejap , supaya buih tu boleh reda dan korang leh tgk warna sebenarnya. kalau masih lagi nampak macm golden, kena masak sikit lagi. Ini penting sbb kita nk consistency yang sesuai. I did watch kat youtube, salah satu cara nak tahu dah jadi ke belum ialah dengan titikan campuran tu ke dalam mangkuk air sejuk. Kalau dia beku tp lembut dan korang leh gentel2 maka dah ok lah tuh. Ingat, kita bukan nak buat gula hangus okeh! Apam or kek gula hangus, lain hari kita belajaq.

Memandangkan apa yg me buat ni eksperimen.. maka, my 1st attempt- JAHANAM!.
Yes darl, i burnt it. I also burnt my finger. Sebab msa tu boleh pulak otak ni suruh test suhu/kepansan adunan tuh. Nko giler?? Gula pekat panas kot!! Melecup la jari telunjuk kanan me ne. Ne menaip pon dengan jari yang dah mula kembong huhu. (boleh refer my entry sebelum ni- cian my jari hukks)

Jeng jeng .. dah siap.
Ini perbandingan warna antara yang hangus dan yg menjadi. 

Jahanam juga 2 cawan gula me .. rugi rugi. But, its ok, prektis make perfect kan. So malam nya, me try lagi (sbb xpuas hati lah siang td hangit!). So kali ne me lebih berhati. Sekejap2 me alihkan adunan dr api untuk lihat kalernya dah tukar setakat mana. Jadi, untuk tujuan ini, adalah lebih sesuai jika anda semua menggunakan periuk yang ada tangkai. Senang.
Bila korang dah nampak warnanya nak masuk ke fasa kecoklatan.. kacau lagi, then tutup api (tp jgn lupa plak, sila agak2 konsistensi tu sesuai). Kacau lagi. sbb periuk yg panas tu akan membuatkan adunan/gula tu a tone gelap lagi.. (as long as tak hanget, kira ok lah).

Untuk simpan:

Korang perlukan bekas tahan panas ( my mistake: me p masukkan dalam container plastik choclairs .. habih melingkup!)
sbg contoh:- bekas jem ker.. botol plastik yg tahan panas laa. Korang bahagi2 kan kepada beberapa bahagian. Me rasa, untuk adunan kat atas tu, maybe korang perlukan 3 bekas kecik tahan panas. Bila adunan dah sejuk sedikit (masih agak cair) masukkan dalam bekas2 tuh. Bila sejuk. Tutup kemas, simpan. Maka siaplah adanya. Bekas-bekas tu setiap kali nak guna, ambik lah satu.. kena panaskan semula (ada microwave senang sket). Tp kalau mcm me yg tadak mikrowave nih (kedekut sangat nak beli no!).. kena panaskan ayor, then masukkan botol tuh. Eh! jangan kasik tenggelam pulak yer.. kita nak kasik panas dan bg wax tu lebih cair. Senang nak sapu. Botol tu kalau dapat cari yg mulutnya lebor.. lagi bagus. Senang nak cedok :p.

Me letak dalam bekas kecik dadih tu sbb nk terus guna.
And sebb me dah jahanamkan bekas choclairs tuh, maka ada sesat bekas apa ntah ni, me sebat jer! :p

Pahtu, dah cair jangan pulak nkorang cedok then terus letak kat tempat yang nak wax tuh. mamposs la korang berzikir lepas tuh!!! Panas chek oiiii! Kalau kena ayor panas tu ampon lagi. Ni gula pekat panas, nko agak?? Mahu jd statue gula part2 sensitip korang tuh!. jadi jgn la dok buat lahanat kat tubuh badan sendiri naa..

Cara nak meng'sugaring' akan me kongsi dalam entry lain ek. Panjang la pulak entry nih.
Bukan apa, bab nak menge'wax' ni pun tricky jugak. Ko nak ker tetiba kulit tercabut sebb suhu xbetoi??
me dah kena okeh. menangisssss!!!!. tapi xlah sampai terkeluar kulit.. cuba pedih nak mampos ler kekdahnya!. Ini bukan kes untuk dera diri.. but then kecantikan memang datang dengan kesakitan kan! :D

2 comments:

Anonymous said...

Hi there. Sy da pernah try wat dulu, tgk recipe kt youtube, tp sy try wat half of the recepi, n 2x wat n hasilnya dua2 keras after die da sejuk. :( Yang awak wat die mmg xkeras ke after sejuk?

Unknown said...

Sy pun ada buat lepas sejuk dia keras..tp knpa u buat xkeras pun. Api pun sedg2 sy buat