Atas urusan tugas chek kena ke Tasik Kenyir (tp sangat bosan nak citer pasai kejer).
Perjalanan ke Tasik Kenyir mengambil masa lebih kurang 6-7 jam dari Kuala Lumpur. Bertolak kurang lebih pukul 8 malam, jadi sampai di Kenyir dalam pukul 4 pagi.
Tempat menunggu sementara buggy datang
Park di lot bahagian atas yg disediakan dan kena tunggu buggy datang pick up.
Lepas check in, tido sekejap sebelom siangnya nak mulakan kerja.
Resort yang kami menginap ialah Kenyir Resort & Spa.
Sebuah hotel yang sangat indah kerana lokasinya. Bagi yang cintakan alam sekitar. Tentu resort ini pilihan yang mendamaikan. Bayangkan berjalan dimalam hari dikelilingi hutan (yaa ada lampu jalan di sekitar).. dengan suasana yg dingin dan bau pokok -pokok sekitar.
Bila bangun pagi pula, disambut dengan bunyi kicau burung. Serious,.. rasa macam dimanja dengan kenikmatan alam semulajadi.
Dan ya, jika ada ongkos lebih, bolehlah pilih bilik yang mengadap tasik. Lagi mabelss viewnya. Kami stay di bilik yg garden view saja. Semalam RM288.
Bila dah celik mata dan mendengar kicau burung, jangan lupa untuk menikmati pemandangan dari verandah bilik. Hmm bayangkan menikmati hot drinks or breakfast there.. but of course la kan, u hav to go to the cafe for breakfast (maybe boleh order juga dari bilik ).
Sambil ssarapan, layan view yg sangat mavelesssss
Talking about breakfast.. hmmmm.. actually pilihan sarapan di situ agak bosan. Everyday (untuk 4 hari disana) : bubur nasi, roti, muffin, buns, fried mee/koteow, nasik lemak/ dagang & omelette (jika chek tak tertinggal apa2 lah). Dan kalau ada yg tertinggal pun maybe jenis2 roti dia yg ada 2/3 jenis tuh. So everyday, i'll take spinggan bubur, 2 keping roti bakar bersama butter & jam dan tidak ketinggalan omlette.
Memandangkan lokasinya yang jauh antara bilik, lobby dan parking area maka perkhidamatan buggy disediakan. Kalau stamina bagus, boleh la cuba berjalan sahaja ;) ..
Kebetulan masa stay disana, masuk malam ja ada bunga-bunga nak hujan. Dan ada satu malam tu, hujan lebat disertai dengan angin yang kuat. Sebatang pokok (boleh tahan besar) tumbang dipukul angin kuat menyekat laluan buggy nak ke beberapa bilik termasuklah mine. Apa lagi, menonggek ler memanjat ke atas. Tapi tak apalah sebab dapat juga menikmati kesegaran alam. But as usual, ada juga yang suka merungut, padahal bukan lah jalan jauh sangat pun dan bukan kesalahan resort tu pun. Bosan!.
Air kolam n air tasik ;) .. Secara keseluruhan, bagi yang sukakan ketenangan dan kedamaian, chek sageskan resort ni. Boleh tenangkan fikiran dan bagi kita peluang menikmati alam. Priceless. Chek boleh ingat lagi, bila selesai ja kerja, balik malam, mesti dapat menghidu bau bau pokok dan hutan.. tataw kenapa buat kita rasa gembira dan lapang. Jangan fikir untuk shopping disitu sbb memang taker tempat nak shopping unless uolls ke KT and wait.............
Menjelang 2012, Kenyir akan ada tempat beli belah bebas cukai (Kenyir Trade Centre) located di salah sebuah pulau di Tasik Kenyir iaitu Pulau Bayas.
Next time i'll story mengenai Tasik Kenyir lak ke.
Kali ne lebih kepada "Kenyir Lake Resort & Spa".