Saturday, February 5, 2011

Jom masak: Ketam Masak Lemak Cili Api


Dok tak duduk, malam tadi napa ntah teringin nak makan ketam. Yer.. KETAM!!
Org pesan, kalau nak beli ketam, tunggu bulan penuh baru lah isi dia penuh, banyak, kejap. Tapi disebabkan dah teringin sangat, xkisahlah bulan penuh ker, bulan sabit ker, bulan dilindung awan ker, bulan separuh ker janji keinginan di hati tertunai.

Tengah hari tadi, lepas habis duty pukul 12 tengah hari, chek singgah kat Mydin, cari ketam. Alhamdulillah ada!. Ketam pon opkos la xfresh sangat kan memandangkan ketam dah disejuk beku. Chek ambik 2 ekoq ja. ambik ketam betina. Ops.. bagaimana nak kenai ketam betina ka ketam jantan?? Ooo.. chek pegang petua ni ja :

i) Kaler ketam betina ialah kelabu/kecoklatan manakala ketam jantan kaler kebiruan (ketam pucat lesi kah???) hikkks

ii) Bahagian segitiga kat bawah ketam betina lebih lebar berbanding ketam jantan yg lebih tirus.

iii) Ketam jatey pengepit dia tu torus, kurus dan panjang dan yg tino lebey pendek dan montok (githoo khan ketam montok seksi katanya!!)

Awat yg susah susah nak kira jatey ke tino?? Ketam jugek kalau makan pon. Bukan apa, sbb ketam tino lebey banyak isi dan kalau ada telor lg best.. puas sikit nk makan :)

Ok, nak buka rahsia- chek ne sebenarnya tak pandai siang ketam. Muahaha. Selama ni my mom yg siang huhu. Tapi mcm selalu lah kan, bila pikey2 balik apa yg susah sangat nk siang ketam nih? Takkan la sesusah mcm nak plaster siling kan???? hihi.
Sambil sambil layan lakonan sendiri dlm 'Fanaa' (mati lah perasan diri mcm Kajol!!!).. masa iklan, lari jap siangkan ketam tu. Success!!

Ideanya nak masak : Lomak cili api kotam

Tapi buka fridge, tengok2 serai takder. Adeh laa.. ingatkan serai masih ada dlm fridge tu. So kena tunggu jap ler pulak. Petang kena turun bawah cari serai, baru leh masak huhu. P cold storage n carrefour nak carik serai n bawang merah. tapi alangkah terkujatnya.. habissss!!! Tudia, penangan CNY!!. So kena tunda lah ~ :(

Pagi tadi (Ahad, 6 Feb 2011) lepas duty gegeh ke patani untuk cari keperluan. Balik umah pun xsempat buat terus sebab dah ngantuk sangat. Masak untuk dinner la nampaknya.

Chek buat masak lemak sempoi ja..

Resepi macam ni

10 bijik cabai melaka/cili padi + bawang merah 10 bijik + 5 ulas bwg putih + sikit halia + kunyit hidup = kisar

Dalam periuk - masuk minyak sikit (kalau pakai santan ori, xyah la pakai minyak) then tumis bahan kisar + masuk serai yg dititik + asam keping dalam 2/3 keping + santan cair.

Biao sampai didih, then masuk ketam yg dipotong 2 biar didih.

Kalau nak masuk nenas/belimbing ker lagi sedap. sbb td carik, takder sumer tu, chek ganti dengan cabai hijau.. n tomato untuk counter rasa pedas yg melampau..

Biar jap.. leh masuk santan pekat sikit kalau mahu. Masuk hirisan daun kunyit.. simmer sekejap. Dh masak ketam tu.. n kasik kuah pekat sikit.. tutup api.. siap ler :)


So, inilah hasilnya.. nampak menarik.. tp rasanya??

mestilah mavelesssss!!! muahahahaha...

Jemput makan ;)

(entry siap on: 6th Feb 2011, Sunday)

No comments: