Sunday, February 13, 2011

Apple Crumble My Way

Semalam (Saturday, 12th) pepagi lagi dah mangkit buat sarapan. Buat nasik lemak dengan sambal telur, grg ayam dan ikan bilis. Ada pisang jugak di rumah ne, jadi ringan tangan buat cekodok dengan menggunakan 5 biji pisang ja. Dapat dalam sepinggan macam tu :).
Prepare awai tapi makan dah nk dekat tengah hari. So dah jd BRUNCH.

Lepas selesai ambik barangan yang dibeli kat Poslaju (tupperware tu lah). Dok pikiaq nak buat apa pulak petang tu, so 'toinggggg!!!' heheh.. singgah Cold Storage beli cinnamon powder n ice cream. Jom kita buat Apple Crumble, but we are doing it my way~

Bahan2

3 atau 4 biji Apple Granny Smith (hijau)
4 sudu gula perang
1 sudu gula putih
sedikit cinnamon powder
(kalau rajin- masak sekejap atas api sampai agak2 lembut kalau tak.. buat mcm chek buat ne jer, iaitu gaulkan rata semuanya dalam satu bekas. Then masukkan bahan2 ini dalam mangkuk tahan panas- nk masuk oven. Set aside)

For the crumble

Tepung gandum (agak2 dalam 3/4 cawan atau secawan)
4 sudu butter (agak2 kesesuai untuk jdkan tepung tu mcm breadcrumbs)
1 sudu gula putih
- campur semua untuk dapatkan tekstur mcm breadcrumbs :)

Bila dah siap crumble nih, bolehlah taburkan atas fillings tadi sehingga menutupi sepenuhnya permukaan. Tapi jangan ditekan. Biar macam tu jer.

Masuk oven, dalam 30- 40 minutes (atau sampai crumble dh nampak golden brown).
Am not sure with the temp. but i set between 170/180 C.

Bila dah masak, boleh nikmatinya dengan ice cream vanilla.. Yummy.
But mine, guna ice cream lain sbb suka suki jer nk beli yg ada kacang segala :p



Taraaaa... dah siap dah.. (buat sikit jer)



My portion- Enjoying it while watching DTPH











No comments: