Friday, December 31, 2010

Rangkuman 2010 (Ala-ala Retis Kunun)

Hampir melabuhkan tirai 2010. Azam yang korang sematkan untuk tahun 2010 , apa dah jadi?

Waahh.. Alhamdulillah.. kalau tak berjaya 100% pun , dapat separuh pun jadilah. N as for me, tahun berganti tahun memang tak pernah berazam (unless kalau takdir Allah dapat life partner nama Azam lah kot!) muahahahah.. but pernah la dok ingat nak mula beli property.. tp blom berhasil lagi.. Sigh

Macam tu juga untuk tahun 2011 yang nak sampai esok ne. Takder apa. Macam biasa saja. Kalau nak kira niat, masa masuk tahun hijrah 1432H hari tuh chek dah ada menanamkan sumthing dalam hati. So mmg itu saja lah ^_^..


Ok lah, memandangkan stesen-stesen TV suma gegeh nak buat rangkuman 2010- so chek pon feeling feeling fofular nak buat jugak rangkuman 2010 untuk diri sendiri! Mammpoo??!!
( Tapi persoalannya, adakah yg menarik untuk dibuat rangkuman uolls..??) hahaah..

Kerjaya
- Tahun 2010 dikira tahun yang chek dapat mengembangkan lagi bakat dalam bidang yang chek ceburi ni. Bukanlah kembang mcm kembang semangkuk tu khen tp dedulu zaman memuda mmg chek dah terlibat , after that ditempatkan di bahagian promosi pulak.. apa yg penah chek dok buat dulu tersangkut jap. n after masuk kat tempat keje sekarang chek dah mula buat balik MC, Vo iklan, VO untuk rancangan TV dsbg. So untuk kerjaya mmg tadak apa2 yang menarik sangat. macam biasa saja..

Friends
- Tahun ne mmg tahun yang bermakna dengan rerakan. Baik yang lama atau yang baru. Ramai kawan- kawan dah kawen, memang rasa sunyi tak leh lepak macam dulu lagi. Tapi ada sorang kawan ne cakap kt chek. Macam mana pon kita sibuk, carilah masa untuk spend dengan our frens. Jangan bagi alasan kerana nanti bila kawan-kawan dah jemu denganr alasan tu diorang takkan ajak kita kuar lagi atau include us in their list. Dan mungkin ada masanya kita perlukan derang, derang pulak akan bagi alasan. Bukan lah maknanya kawan2 perlu diutamakan kan tapi jika boleh tu, adakan masa dengan kawan -kawan. So tahun ne bila ada kawan2 invite untuk together -gether biarpon penat dengan kerja (maklumlah kerja tak menentu) chek akan luangkan masa juga dengan diorg. Even lepak dengan mata separuh terbuka O.O Kalau tak clash dengan schedule memang chek akan turun. And derang, even anak2 dah masuk 3, still dapat jimba lagi. Yerlah kan, bukan nya keluar berpoya setiap bulan khens. Tak lupa chek juga pergi holiday dengan kawan-kawan. And penutup tahun ne chek p Pangkor dengan kawan-kawan sekolah dulu (kebnayakkanya dah berkeluarga), dan suami diorg tak ikut. Mmg ladies punya holiday saja.. Best sangat dapat jumpa dan sembang panjang.
Yups.. Friends Are Forever ~_~

Cinta
- Masih juga macam dulu. masih lagi dengan insan yang chek sayang tu- My Other Half. Bulan June 2010 chek dapat tahu yang wife dia dah pregnant 6 minggu time tu, selepas 4 tahun derang berkahwin. Sangat sedih sehingga macam tak dapat nak control jiwa. Tapi Allah Maha Kaya. Bila kita kembali kepadaNya, jalan itu akan terbentang dengan sejelasnya. Tahun ne juga chek perasan yang dia pun ada perubahan. Lebih tenang dan considerate. Dia sedaya mungkin cuba mengelakkan konfrantasi (takut chek akan sebut hal kahwin agaknya), so chek pun stay calm aja. Tapi as semua boleh predict, relationship ne takkan kemana. InsyaAllah bila dia dah dah anak ne, maybe dia akan berfikir untuk tinggalkan chek dan tumpukan pada family dia 9eventho my fren said- anak dan cinta adalah 2 perkara yang berbeza). Malas nak canang banyak, tapi diri chek sendiri pun insyaAllah akan mengambil langkah yang sepatutnya chek ambik dari dulu lagi.
Hmm.. dia ada bg handphone kat chek bulan Oktober hari tu. Tapi hp tu baru ja hilang last week. Chek belum bagitaw dier lagi sbb takut kena leter. Tapi sebenarnya apa yg chek takut ialah bila dia rasa terkilan sbb barang yg dia bagi kita tak jaga betul-betul. walalupun sentimental valuenya tak sama, tp chek hengat nak beli satu lagi hp sejibik mcm tu, n buat biasa saja. Tak payah bagitaw dia. Tapi chek sangat sedeh uolls sbb hilang hp tu.. :(


Lain lain
Yang lain seperti biasa saja. Chek mula belajar menghargai diri sendiri yang sebelum ini chek letakkan ditangga entah number berapa. Tahun 2011 ne chek nak menikmati hasil titik peluh dengan sebenarnya. Menghargai emak dan abah, adik2 serta semua ahli keluarga tersayang. Tak lupa juga untuk kawan-kawan yang selalu ada time susah dan senang. Dugaan akan datang dan pergi, dan chek sangat berdoa agar chek kuat untuk menempuh segalanya. Belajar daripada kesilapan dan bangun dari kegagalan.. dan sudah semestinya bukan tahun untuk menzalimi dan tidak berlaku adil pada diri sendiri hanya kerana pandangan masyarakat!

Semoga Allah SWT mempermudahkan jalan.. Amin.

Thursday, December 30, 2010

Akhirnya Piala Suzuki AFF 2010 Milik Kita!

Yupss..
Dah jadi milik kita..
Alhamdulillah.. walalupun sebenarnya mek kuciwa jugak sebab kita kalah disana.
But agregatnya kita menang. So menang lah kan. Takpaa..
Cuma kalau di Stadium Gelora Bung Karno itu, kita berjaya menang jua ya bung.. aduh lagi manisss!!!

Congratulations to d team!
Chakde Malaysia!! (hahahaha terbawa citer kat TV2 semalam- bf i Shah Rukh berlakon tuh)
kihkihkih ... *pitam SRK kalau paham!

Love u my Malaysia.. n my love oso goes to the goalie too- Khairul Fahmi from Kelantan!

U'r d star of the night lah!

And.. 31 December 2010 (Jumaat) PM bagi cuti umum sebab kita menang!!!!
Yaaaaayyy!! (mcm lah berkaitan khen.. mek tetap on duty jugekss) T_T


Monday, December 27, 2010

Penangan Final Piala Suzuki AFF 2010

Lepas solat Maghrib td, terus reheat pizza yang order malam tadi. Order spicy sambal dengan thin crust.. secubit pon xsentuh sbb tak sangka dapat banana kaya free. So makan banana kaya itu jer lah. Sambil makan ne, mata dok usya TV layan NatGeo.

Hah, sebenarnya pizza ne ordered sebagai bekalan melayan final pertama Piala Suzuki AFF 2010 kat TV1 malam tadi. Punya sakan layan bola (sensorang jer pun) sampai xhengat nk habiskan pizza ne. Cakap pasai bola ne.. chek mmg nak ucapkan TAHNIAH kepada team Malaysia kerana berjaya menewaskan Indonesia 3-0. Serak suara ni menjerit. (harapnya my neighbour tak simbah cat merah depan pintu) :p

Slack game ni ialah bila ada penyokong yang menggunakan cahaya laser kepada penjaga goal. Dan untuk makluman, bukan kepada Markus Indonesia sahaja, malah penjaga goal Malaysia juga diganggu cahaya laser oleh penyokong yang tak tahu makna perkataan 'penyokong' ni. Baik dari Malaysia atau Indonesia.. chek memang sangat tidak bersetuju dengan tindakan ni, kerana ini akan memberi alasan kepada pihak lawan (xkisah lah mana team pun) untuk menjadikan ini isu. Masa game kena stop 5 minutes tu.. memang chek xleh nk control geram walaupon sensorang dirumah ini dengan menyumpah si pelaku yang sangat cetek hotak nya itu. Otak letak kat kepala lutut!!! MIONG!!

Sekarang, insiden tu dah jadi bahan untuk Indonesia menghantam kita walhal kekalahan mereka itu tidak sedikitpun disebabkan oleh pancaran laser dari malaun tersebut. Bila ada penyokong yang cetek fikiran, bertindak tidak menggunakan akal.. ini lah jadinya..
Antara yang panas ialah di facebook. Sila search:: Skuad Bola Sepak Malaysia


Biarpun Indonesia kalah kerana ketindakmantapan barisan yang mereka turunkan, namun bagi penyokong yang tidak rasional.. cara yg paling mudah ialah menyalahkan cahaya laser tersebut!

Dari melihat yang kusut.. chek pasti ramai lagi di kalangan penyokong kedua - dia negara yang rasional dan mahu menonton perlawanan tersebut dengan semangat kesukanan. Ramai yang lebih suka kepada game yang fair dan menyeronokkan! Macam chek ^_^.

Good luck untuk team Malaysia yang akan turun membawa harapan negara pada hari Rabu ini 29 Dec 2010. Moga kejayaan dan kemenangan menjadi milik Malaysia.

Kepada supporters from Malaysia n Indonesia : May best team win! cheers.... !! ~_~


ps: Korang layan siaran stesen mana? Chek layan RTM sbb siaran dr TV berbayar tu rupanya lewat 2-4 seconds dari RTM.. ( dlm bidang penyiaran 2 saat pun dh di kira cukup lama) ;)

Thursday, December 23, 2010

Property Investment: Townhouse at Cyberjaya- What Say U?

Seorang kawan called yesterday masa chek tengah pening pening ngantuk sebb masuk keje pukul 5pagi.
Nak ajak invest dalam pembelian rumah di kawasan Cyberjaya - at Domain 4 to be exact. Harga rumah di Domain 4 ialah RM200K keatas.
Studio apartment harganya dalam RM230K and above dan kalau 2/3 rooms apartment harganya bermula dari RM255K keatas. Yups, bukan harga landed property tapi hanya studio/ apartment yang berkeluasan average dalam 800sqft!.

The idea was untuk berkongsi modal untuk membeli studio apartment tu. Seorang separuh. What say u? adakah ia idea yang bagus.. i mean untuk berkongsi membeli rumah tu..
Rumah sekitar Cyberjaya memang mudah nak dapat penyewa sbb ramai international students. Rental rate pon mahal dalam rm1500/month.. O.O

Oleh sbb idea tu, chek pon mula gugel untuk cari property di sekitar Cyberjaya.. Ngeri nyehh.. mmg sangat mahal property di situ! Putrajaya pon mmg dh mahal kehn, Cyberjaya lagi lahhh... Mmg set jota jota nih.. chek xmampoooo..

But to my suprise, chek ada jumpa satu property ni yang dijuai dengan harga less than 150K!!
Yess gals.. below 150K!!!!! Mcm nak terbeliak mata. O.O Sampai gosok banyak kali. Mamun kah diriku ini.. But apa yang buat chek dok pikir banyak kali ialah .. ianya jenis TOWN House. A triplex townhouse with a design that looks like cube.. huhuh..

Antara kebaikan beli townhouse ialah:-

@ Kos penyenggaraan yang rendah sbb kita share ngan orang bawah atau atas kita. setiap rumah akan ada yard yang kecik .. cukup la kalau setakat nak tanam serai ngan sikit -sikit pokok bunga kertas tu :D

@ Faktor keselamatan lebey baik. Ya lahh sbb jiran bawah atau atas rumah. Paling2.. ada lah jugak orang lain yang tolong usya umah kita kan. (tp kt mesia ne, yer ker selamat lagi.. even apartment takder balkoni pon pencurik masuk!)

@ Kemudahan lain: Banyak townhouse ne offer kemudahan mcm kat kondo gak. Ada gym, pool, fitness centre dll. (am not so sure about this- sbb xpenah nampak: ini tru gugel jer)

@ less noise compared to apartment la kot..

Dan keburukanya pulak..

@ Tangga , tangga dan tangga.. tapi kalau setakat triplex .. xkan la xlarat nak naik kan huhu.

@ kurang privacy la sket duduk mcm ne, sbb sokmo bertrmu org bawah atau atas kita jer. maklumlah, bumbung nko lantai aku kekdahnya hehehe.. Mestilah jiran kita akan nampak segala pergerakan keluar masuk kita ke dalam dan luar rumah khen.

Dalam ke'eager'an chek nak meninjau townhouse ne, kawan chek lak cakap yg beli town house ne mcm tak seswai sbb chances untuk resell balik adalah rendah. Dia cakap, ianya bukan satu investment yg baik :( , katanya .. Kita mmg boley sewakan, but for how long.. and when it comes to the point yg kita nak juai umah tu.. susah nk dapat buyer.. tak best la jugak khen. huhuhu..

So, what say u .......?

Sebenarnya chek pon xberapa paham dengan apa yang sebenarnya di maksudkan dengan town house nih.. so lets share pasai town house ni.. supaya kita sama - sama dapat elmu. But chek rasa yang terbaik, mungkin chek kena p sundirik kt site untuk tgk segala progress dan kemudahan -kemudahan lain yang ada di situ. ^_^.





Wednesday, December 22, 2010

Dari KL ke Putrajaya ( dengan pengangkutan awam)

Bila orang nak datang Putrajaya memang akan ada masalah kalau takder transport kan?
Terutama sekali untuk kawan -kawan kita yang datang 1st time untuk interview kat Putrajaya yang chantek lagi permai itu. Tak semua orang ada relative yang stay kat KL or stay kat Putrajaya ni, mcm chek satu masa dahulu.

Chek pon dulu mcm tu jugak. Rasa.. apalah dengan Putrajaya ni, Pusat Pentadbiran Negara tapi nak datang (kalau takder own transport) sangatlah susahnya.

Chek ni pulak ada adik yang masih belajar di Shah Alam. Dia pun selalu balik umah chek ni. Kekadang kalau time shift tu bersesuaian, dapatlah fetch dia sekali. Kalau tak.. susah la juga kan.

So, disebab kan itu, mula lah chek dok pikiaq dan mencari alternatif .. takkan la pengankutan awam takder masuk Putrajaya. So, setelah diselidiki.. makan dapat lah chek kongsikan dengan anda semua serba sedikit dari apa yang chek tahu..


Sekiranya anda nak datang Putrajaya dengan public transport:-


i) Naik KOMUTER menghala ke Seremban dan turun di stesen SERDANG.. dari situ boleh ambik samada:-
@ teksi ke Putrajaya - precint yg nk di tuju (which is mahal la kan)
@ Ambil Bas RAPID KL ke Putrajaya no U42. Bas ini akan berhenti di Putrajaya Central. dari situ smbillah bas yang berkenaan mengikut precint yang hendak di tuju. Tambang bas dlm Putrajaya - Nadi Putra hanya rm0.50 jer :).

ii) Naik bas E1 dari KL dekat Central Market (Pasar Seni -- perlukah translation uolss???). Bas ini juga akan berhenti di Putrajaya Central/ Terminal Bas kat Putrajaya. So ambik la bas yang berlunggok huk kat situ mengikut precint yang nk di tuju.

iii) Ambil ERL TRANSIT dari KL Central ke Putrajaya Central. Paling senang .. tapi mahal sikit ler. Tambang ERL dalam RM9 sehala kalau tak salah. Dah sampai Putrajaya Central, carik ler bas yang ada kat situ.. (Jgn pulak ambik ERL direct kang terus ke KLIA.. :p).

Well sehingga saat ini, itu yang dpat chek tulis.. nnati chek tambah apa yang perlu ;)..

Friday, December 17, 2010

Crocs Tipu vs Crocs Ori

Kali ni plan nak buat entry yang pendek jer.

Pernah dengar tak orang cakap yang crocs yang jual di pasar malam tu sebenarnya sama jer dengan crocs yang jual di kedai yg mahal tu.
Yang tipu harga dalam rm20 kebawah yang original harga rm100 keatas.

Ada yang cakap sebenarnya kroks ni dah terlalu banyak di China thats why dah jadi lambakan kat serata alam termasuklah di Malaysia ni.

So, sesapa yang beli kroks kat dalam kedai yang harganya ratusan ringgit sepasang tu, RUGI lahhhh!!! muahahahhaa..

Satu hari chek ngan member jenjalan di Jln TAR. Jumpa la kroks ne jual melambak juga. Patern cantek cantek. So dalam banyak2 tu, saja lah chek ambik sepasang. Colourful sangat. Ala2 pelangi petang gituu!! wooooowww... Tapi selalunya chek pakai saiz 6, tapi kali ne saiz yang chek kena pakai ialah 8! huhuhu.. adik tu kata, saiz mmg xsama.. ( how come ek..)

Dah puas menerai (mencuba).. so chek sambar sepasang, n my fren sambar sepasang. Harga rm15 sepasang kot. Tak ingat dah. Ne la kasutnya.. Kami berdua pun balik lah dengan keriangan ( ewwaaahhhh..)..


A day after that , mek pun mula la menggayakan kasut baharu itu. Maklumlah, kasut baharu.. ciwi lah sekejap..

Bila dah pakai dan bergaya ke sana sini.. chek mula rasa lain. tapak kaki sakit. N its felt so uncomfortable.Ia seolah memberi tekanan yang menyebabkan bahagian tengah tapak kaki terasa sakit. Seriously .. kita akan rasa mcm nak buka kasut sekejap tu jugak. And bila kita dah mula banyak berjalan, baru kita akan perasan yang saiz kasut itu seolah olah tidak sama. Ini menyebabkan sebelah kaki seperti nak terkeluar. Chek patut tahu dari awal lagi kan, sizenya pun ntah hapa2.. :p

So, sekarang dah tahu bezanya?. Yang di jual secara longgokan dan murah itu adalah tidak sama yang terdapat di outlet kroks. kroks yang ori di katakan mampu menghapuskan bau kaki. It was designed that way. Cool haa? ;) .. It will support ur feet.. Material nya juga lain. Kalau nak tahu perbezaan.. kena lah ada satu yang ori .. baru lah dapat bezakan..

Monday, December 6, 2010

MAHA International 2010 yg Maha Dasyat!

Semalam (5/12/2010) ialah hari yang terakhir pameran MAHA International 2010.
Adik chek ajak p MAHA. Chek mmg malas nak p tempat pameran macam ni. Bukan tak minat tapi sebab my fren yang bertugas di sana cakap, jalan sesak gilerrr..!!

Tapi bila dah tadak apa2 program, chek pun bersetuju ja.
Dalam kul 12 macam tu kami keluaq. Rumah dengan MAeps tu bukan jauh pun, sekangkang kera jaaa cik jah weh!. Kami try masuk ikut pintu 1.

Kat simpang selepas Hospital Serdang tu pun jalan dan sesak. tak pa. Sabar. Tapi lepas bebrapa minit, dah boleh masuk simpang tu. Tapi di situ lah bermulanya mimpi ngeri kami. Rupanya bermula dari situ hingga lah ke tapak MAHA tu, stuck .. sesak yaaamats.. Sesak tok ayah punya nih!. Betoi cik jah weh. Kami determine nak masuk jugak. So bersabar dalam kesesakan , kepanasan dan kehangitan. Masaa tu dah pukul 1215kot.

Keta bergerak macam kura. Ermm lagi dasat daripada kura agaknya. Ada beberapa ketika, tak bergerak langsung. Dengan perut yang mmg lapaq (time tu kan dah time lunch) kami bersabar lagi. Ada few kereta yang dah patah balik. Namun kami masih bertahan. Yups.. kami bertahan sehingga lah sampai ke kawasan MAepsss...
dan waktu itu dahpun menghampiri pukul 3.00 petang!!!!!!
Nko gilak ka apa kan... mek memang dah sangat hangen dan terbakaq di dalam. Nak patah balik dah xboleh sebab jalan tu dah di pasang ngan tape.

Dari pukul 12 tengahri keluar dan pukul 3 petang , masih xboleh park kereta lagi nak enjoy MAHA. Kau gilaa??!!!

Bila berjaya masuk dalam kawasan MAEPS tu.. sesak masih lg mcm td, bergerak sikit2.. blom lagi nko nak carik parking dan menapak ke kemah pameran! Kau sanggup???!!

Masa tu apa yg ada dalam otak mek ialah.. kalau ada peluang untuk u turn, mek akan balik saja sebab dah tak sanggup nak pusing2 cari parking dalam keadaan trafik yg bergerak mcm har*mja**h tu!
Akhirnya setelah 3 jam tersangkut, kami jumpa jalan untuk u turn.. mmg mek cepat2 patah balik. Kalau mek tunggu dan cuba cari parking bagai mungkin akan ambik masa 5 jam!!!. Mek dah lapar sangat sampai kepala pun dah pening sebab dah masuk angin kt perut agaknya. Tak cukup dengan tu.. kaki kanan mek ne pun dah lenguh semacam (kaki kanan mek ne memang ada masalah cepat lenguh)..

Ya tuhan itulah percubaan paling bodoh untuk tahun 2010 aku buat! Cuba melawat pameran MAHA International pada hari yg terakhir!!!