Hari ini macam hari-hari yang biasa. Chek p ke pejabat dan cuba nak menyelesaikan apa-apa kerja yang berbaki. dan macam selalunya memang tak berjaya :D. Chek belek paper hari ini, terpampang di kedua-dua akhbar arus perdana mengenai kisah mayat bayi perempuan. Luka di bahagian kepala dan badannya dihurung semut. Sangat menyayat hati.
Tak dapat terbayangkan, apa agaknya yang di alami oleh bayi yang baru jenguk dunia itu.. Di tinggalkan dalam surat khabar, kesejukan, di gigit semut seluruh badan.. Ya Allah, bukan manusia makhluk itu. Bukan tempat dia di muka bumi ini makhluk itu. Kejam selayaknya melebihi haiwan yang tak berakal! Jahanam!
Kenapa tidak diikhtiar untuk tinggalkan di tempat yang akan dijumpai, jika benar tak mahu lagi melihat anak sendiri. Letakkan biar ada yg sedari. Memanglah membuang anak itu sendiri sudah amat jauh simpangnya daripada norma hidup yg bernama manusia. Tapi daripada biarkan anak itu menderita sebelum kematian dengan dasyat, memang amat memualkan.
Chek belum kahwin. Chek taktahu macamana sakit melahirkan. Chek taktahu macamana susahnya pregnant ladies menahan morning sickness. Bawa perut selama 9 bulan. Dan merasakan ada satu lagi nyawa dalam diri kita. Ajaib kan?
Dengan susah payah baru dapat menjengah dunia. Dengan perit jerih parut dapat merasa dingin nya hawa dunia. Tapi itu yang tertulis, rezeki mu , duniamu tidak di sini tapi di sana.
Bila masanya dah tiba, aku harap aku dapat menjadi ibu yang sempurna, cukuplah jika hanya dimata anak-anak tercinta jika pun tidak dimata dunia.
Raikan dunia dengan cinta. Raikan dunia dengan kasih sayang.
InsyaAllah pasti ada tempat untuk kita :)