How s ur day..
Chek hari ni berjaya melunaskan kehangatan hati chek terhadap manusia yang amat hanjengs di sekitar kawasan tempat tinggal chek yang aman damai ini. Pelaksanaanya adalah dengan mengikut lunas yang betol dan saheh!
Oppps! Sila lihat paparan dibawah yer...
Kawasan kejiranan chek tu sememangnya terkawal, aman dan tenteram. namun ada sikit jer lah masalah parkir kerana kereta makin banyak poola. Demi kesejahteraan semua, para penghuni dah pon di beri pelekat kereta tetapi masih lagi tak dikuatkuasa disebabkan lot parkir luar belum siap. Tapi apakah perangai kojaq seperti pemilik kereta ini dapat diterima? Chek sangat hangen melihat adegan panas ini.. Bodoh tenuk!
Demi untuk mereserve satu lagi kotak parking untuk kereta yg berkepentingan pada dia, dia buat perangai bodoh tenuk ni.. bangang!
So, apakah sepatutnya chek buat kepada manusia kelam hati mcm pemilik kereta ini?
A) Sumbat pisang dalam ekzos dia
B) Pecahkan cermin depan
C) Calarkan/toreh dari bonet depan sampai bonet belakang
D) Semua diatas
E) Bakar sajo! (Ada kau berani??)
Kalau nak diikutkan mulut puaka chek, nak ja chek seranahss tuan gheta hanjengss ni
"Hang ne bengong ka apa? Benak tadak manusia dah, jenih pentingkan diri sendiri, tak cerdik sungguh, nak ja aku rejam dengan batu gheta hang yg tak vogue langsung ni!"
Oppss, tapi mulut puaka chek tak terkeluar lah kan, sbab chek memang ala gadis ayu sebenarnya, so semua ni terpendam dalam perut chek saja.
Kekadang kita terpikiaq, bila dah semakin tinggi kita belajaq, duduk tempat elok-elok tak bolehkah mentaliti murahan dan pentingkan diri macam ni hilang daripada diri kita? Like, come on lah, semua orang yang ada more than a car nak semua kereta dia dapat parking yang molek -molek. Tapi secara betul lah, apa pulak buat macam orang kurang cerdik otak terputus wayar jd gila nak tunggu kena langgaq dengan gheta api nih??!! hah, sorry terkeluaq pulak amarah yang teramat marah chek ni.
Chek memang ghasa lagu nak tengalong ngan batu , dakpun toreh ja gheta manusia benak ni. Tapi chek taw, nampak sangat chek ni pulak macam orang yang tak bertamadun. So, selepas men'snap' pic ne dan mengarang berkajang, chek pon mengutusi (aduh ayat mukjizat terkeluar) pihak yang berkenaan. Biarlah mereka yang uruskan manusia yang maha benak lagi maha selfish itu!
Dapat la chek menarik napas lega dean sedikit berpuas hati walaupun kesannya tidak tahu lah setakat mana.
No comments:
Post a Comment