Sunday, January 24, 2010

Vincci Bag And Sunday


Hari ne pepagi lagi chek dah terjaga. Pukul 4.25am masa chek ghelin jam kat sebelah. Jiwa kacau sikit malam tadi teringat peristiwa lama antara chek dan en. Mat. Apa lagi, dok meroyan sensorang lah di rumah ni. Aduhai.. stresszz bila jadi macam tu. angin kus kus sampai.. PMS lagi kah?

Dah mata takmaw pejam dah, chek tunggu subuh then terus siap nak p gheja. Pukul 9am chek gheja sampai pukul 12.00 noon. Masa tu pun dok kira detik la sebab hari ne En. Mat akan bertolak ke Manila (by the time chek menulis ne, dia dah selamat sampai pun). Dan la dia kol dan bersembang gelak kuh kah kuh kah dengan chek sat. Pesan suruh dia jaga diri leklok dan jagn lupa souvenir chek (veranganss dapat yg di hajatkan..).

Selesai gheja, chek p Shah Alam bana untuk pick up adik chek yang mengaji di sana. P makan kat Jusco Bukit Raja. Dalam dok bajet dan pekin duit untuk nak tunggu gaji esok nih, dan lagi chek terbekenan dengan satu beg ni (haruslah beg yang ada ni dah hazabbs).

Round pertama chek tak beli, biaq pun dalam hati rasa dup dap dup dap.. chantek beg tu (pada mata chek la). Puas la dok pujuk hati jgan terpesona dengan godaan donia ni ahaks. Setelah puas berjalan kat situ, hati chek ne tetap juga meronta teringat kat beg tu. Aduhai terasa bagai Panggilan pulau gitu. Adik chek pulak, dok bubuh minyak .. apa lagi menyemarak la semangat chek dan hajat chek tu.

Setelah membuat perhitungan terakhir, akhirnya chek pon kalah, dan membeli beg yang tidak la semahal mana tersebut dari Vincci (dapat paper beg striking gold lagi!).

Ini lah hasilnya.. kata adik chek, beg yang ada sekarang ne, amat lah ttidak segaks .. aduh.. lalu chek pon redho lahhh... Rm99 jah lepas diskaun 20% tinggai rm79.20 :D

Last saturday dah p usya beg CR ni RM339.. (kalau ada majlis seswai gak kan..).

RM339.. Chek kureng mampus lor~


Men'snap' pic ini masa 1st round. Pastu keluar sbb tak jadi beli ..



Simple and nice. Setelah puas di pujuk hati ku ini.akhir aku sambar lah beg Vincci ini seketol.

Akhirnya.. dapat la beg sebijik hari ni. Huhu.. seb baik dah nak gaji~

ps: Saspen tunggu En. Mat balik ..:D

Saturday, January 23, 2010

Cerahkan Kulit


Dua tiga menjak ni nak kata bizi sangat tu dak jugak tapi sejak -sejak tampuk satu program ni telah dijatuhkan ke atas batu jemala chek, maka chek pon ala tak cukup masa lah kan.. walalupun sebenaqnya masa chek banyak jugak di habiskan di rumah. Mahu daknya, dah gheja macam orang mabuk kose, haruslah malas nak stay lelama di opis itew. Tapi semua okey jah, setakat ne under control lagik huhu.

Tapi dalam dok kelam tak berapa nak kabut tu, chek sempat jugak window shopping! Boleh dikatakan hampir setiap hari chek window shoppin.. bleh?! Ahaks, chek bukan pi shopping di mall lah, tapi online shopping sajor. Kalau dikira-kira, banyak jugak yang chek dah beli thru online ni antaranya blouse, tudung, corset (ampunn lah nak lagi curvy!), barang jagaan kecantikan etc.

Hari ni, setelah sekian lama dok merenung kulit chek yang dah ala-ala Kajol (tetap nak jadi artis vollywood yg fofular jugak tuh) yang nak kojol ni, chek pon order lah satu lotion ne secara online.. "Anion Blue Body Whiten-Spa Body Whitening" kekdahnya. Anion?? seb baik bukan onion heheh

yaaaayy.. received my parcel ..


Ini lah losyen nyer, adakah chek akan seputih @ secerah korean?? ahaks

Kununnya: antara losyen yang paling laris atau hot selling item di Korea (haruskah korean nak memutihkan kulit lagi??)..

Chek pon lepas excited dapat petang tadi, teruslah lepas mandi malam ni.. lumoq badan dengaan losyen ni sambil berdoa dicerahkan lagi kulit chek ini ahaks..

Harus chek katakan. instructionya sepatah haram chek dok pahey. Tulis bahasa korea hampa pun (biarpon chek dok jatuh chenta dekat Gu Jun Pyo @ Lee Min Ho takkan lah chek cekap baca korea kan???) .

Secara keseluruhan boleh chek rumuskan :: baunya kureng sedap, teksturnya seperti kapoq kasut dedulu (ntah -ntah??) , bila di sapu agak kering dan , dan agak sukar untuk meratakan losyen ke seluruh bahagian. Kalau nak lomoq sebelum p gheja, kena perosah awai sikit la kot, kalau dak, merah la TMS hampa!

Tapi kalau resultnya memang seperti yang digembar -gemburkan, maknanya worth trying lah :). Selama ni pon chek dok pakai hat j&j tu jah, biaq la sekarang tukaq pulak kan, Kot-kot la sungguh cerah, maw chek pulak jadik model untuk losyen nih! wajib terkejut habis. Daripada ala2 ketul arang tukaq jd ketul ais hahahahah..

ps: Lagi la chek tapaham, Korean gurls kebanyakkannya memang dah ada fair skin, nak jadi putih gumana lagi ntah. Agaknya, kalau depa tgk chek ni, depa kata ketoi arang bergerak kah?? hahahahha.,

Monday, January 18, 2010

Manusia Maha Selfish!

Holaaa everybody,
How s ur day..
Chek hari ni berjaya melunaskan kehangatan hati chek terhadap manusia yang amat hanjengs di sekitar kawasan tempat tinggal chek yang aman damai ini. Pelaksanaanya adalah dengan mengikut lunas yang betol dan saheh!

Oppps! Sila lihat paparan dibawah yer...

Kawasan kejiranan chek tu sememangnya terkawal, aman dan tenteram. namun ada sikit jer lah masalah parkir kerana kereta makin banyak poola. Demi kesejahteraan semua, para penghuni dah pon di beri pelekat kereta tetapi masih lagi tak dikuatkuasa disebabkan lot parkir luar belum siap. Tapi apakah perangai kojaq seperti pemilik kereta ini dapat diterima? Chek sangat hangen melihat adegan panas ini.. Bodoh tenuk!
Demi untuk mereserve satu lagi kotak parking untuk kereta yg berkepentingan pada dia, dia buat perangai bodoh tenuk ni.. bangang!
So, apakah sepatutnya chek buat kepada manusia kelam hati mcm pemilik kereta ini?

A) Sumbat pisang dalam ekzos dia
B) Pecahkan cermin depan
C) Calarkan/toreh dari bonet depan sampai bonet belakang
D) Semua diatas
E) Bakar sajo! (Ada kau berani??)

Kalau nak diikutkan mulut puaka chek, nak ja chek seranahss tuan gheta hanjengss ni

"Hang ne bengong ka apa? Benak tadak manusia dah, jenih pentingkan diri sendiri, tak cerdik sungguh, nak ja aku rejam dengan batu gheta hang yg tak vogue langsung ni!"

Oppss, tapi mulut puaka chek tak terkeluar lah kan, sbab chek memang ala gadis ayu sebenarnya, so semua ni terpendam dalam perut chek saja.

Kekadang kita terpikiaq, bila dah semakin tinggi kita belajaq, duduk tempat elok-elok tak bolehkah mentaliti murahan dan pentingkan diri macam ni hilang daripada diri kita? Like, come on lah, semua orang yang ada more than a car nak semua kereta dia dapat parking yang molek -molek. Tapi secara betul lah, apa pulak buat macam orang kurang cerdik otak terputus wayar jd gila nak tunggu kena langgaq dengan gheta api nih??!! hah, sorry terkeluaq pulak amarah yang teramat marah chek ni.

Chek memang ghasa lagu nak tengalong ngan batu , dakpun toreh ja gheta manusia benak ni. Tapi chek taw, nampak sangat chek ni pulak macam orang yang tak bertamadun. So, selepas men'snap' pic ne dan mengarang berkajang, chek pon mengutusi (aduh ayat mukjizat terkeluar) pihak yang berkenaan. Biarlah mereka yang uruskan manusia yang maha benak lagi maha selfish itu!

Dapat la chek menarik napas lega dean sedikit berpuas hati walaupun kesannya tidak tahu lah setakat mana.


Sunday, January 17, 2010

Expecting Mother?? Naaaa.. Not Yet

Hari ne chek mamai ka mamun ka tatau la. Pukoi 3.30 petang dah sampai opis sedangkan sebenaqnya gheja masuk pukuoi 8 malam. Apa lagi terpaksa lah lepak di opis. Ditambah pula dengan kepala yang sangat sakit. Berdenyut - denyut ja rasanya.

Rasa sakit tu melampau sangat, sampai keluaq ayaq mata chek dok tahan sakit. ambik bantai kecik yang ada kat cubicle tu, lelap sat. Tak tahan sakit sangat kepala chek ni. Dan sakit kepala chek tu bertambah dengan berita yang buat dada chek pulak terbakaq.

Dok sembang dengan cik kiah, ntah macam mana terkeluaq pasai cerita abg ali hari tu. Kaedahnya, abang ali telah mempitnah chek, bagitau yang chek ini lah memberitahu dia hal bini dia menalipon itew. Apakah motif story ini?? Chek paham lah, kaedahnya dia hendak menkaver 'cik scandal' yang sebenarnya, membawa berita itu. Hmmm, sekali chek pula dilabel negatif oleh bini abang ali. Helllooo, chek ni lagi syiok kalau tak terlibat dalam perbualan panjang ala2 menanah telinga ini taw. Kalau nak gayut -gayut talipon ini, chek lebih redho gayut dengan en. Mat!

Dipendekkan cerita chek pon menalipon dan men'clear'kan nama baik chek pada bini abang ali. Chek ni, pada hari kejadian, masuk opis pon tak, celah mananya chek nak jumpa abang ali dan berkepoh dengan dia. Nak call?? tak kuasa chek,.. nak habiskan duit talipon chek untuk depa.. mmg chek pangkah awai -awai lagi! Jadahnya chek nak bergossips dengan abang ali dan memanjangkan cerita hal rumah tangga depa walaupun chek dapat taw abang ali mmg taste pada pompuan2 yang ada 'status'. Very not my style.

Okeh, balik ke tajuk asal..

Setel yang tu, chek kalut p kedai beli uphamol pulak, kepala chek sangat tak tahan sakit. Telan dah sebijik tapi sakit tu masih ada. Dah masuk gheja pon, ala-ala malas nak bercakap.

Yang chek tak tahan kalau chek sakit kepala atau demam ini, ialah chek tak buleh nak bau benda-benda yang goreng, tak boleh bau yang minyak2, tak buleh nak bau toilet. Maksud chek bukan toilet yang ber'bau' ala2 hanjengss tu. Tapi kalau toilet tu biasa dan wangi sekali pon, idung chek ne tetap dapat menangkap bau yang kureng enak. Idung ne jadi sesangat sensitip. Dah bau macam-macam mulalah rasa lagi bertambah sakit kepala dan loya.

Chek masih ingat lagi masa chek duduk kat flat 5 tingkat di kerinchi dulu, ada jiran depan rumah goreng teloq, chek hangin dan muntah. Meleleh ayaq lioq tak dapat tahan. Hah, macam mana chek taw yang dia goreng teloq sedangkan rumah dia pon chek tak pernah lalu kat depan?? Sensitif sungguh hidung chek kalau time cenggini. Yang amat tak tahan kalau bau orang menggoreng lah,, eeeiii loya semacam. Bilik air sendiri yang selalu chek siram dengan toilet/bowl cleaner pon chek tak dapat nak bertahan dengan baunya. Rasa macam nak putus urat otak sebab penin. Konpius kawan-kawan chek. But dun worry, chek dah chek.. negatif. hahaha

Jangan kata kawan- kawan, chek sendiri pon akan pengsan dan pitam serta merta kalau 'positif'. dari mana datang ??? Wajib la cik mat konpius dan curiga dengan chek kalau mcm tu. Mesti label chek wanita churang!! Oo tidak, chek hanya setia pada cik Mat.. hahahahah.. oppss terlampau banyak pulak chek gelak malam ne, walalupun masih lagi pening lalat ne. Itulah kesnya sakit kepala chek ni yang masih lagi belum betul-betul sembuh.

Malam ne jugak, murah rezeki, ada yang mai ke opis dan bagi bihun goreng sedap. Jadi plan nak makan kepsinya, tak jadilah. Cukup la bihun goreng ni. Dah alhamdulillah. Chek shukur sangat.

Hmm dan bila chek sampai ke kawasan rumah malam ne, ada adegan yang amat menyakitkan hati. Dah tahap polar bear dah hanginnyer. Chek tak bulih nak tulih entry kejadian tadi sekarang sebab chek nak buat sumthing dan nak bg pelajaran dan pengajaran kepada orang yang bertanggung jawab iteww.. akan chek story mory nanti segala insiden tiu termasuk dengan apa yang chek dah balaskan (adakah ayat sebegitu???) . Biaq puas hati chek. diorang memang dah sesangat melampau!!. Nantikan episod seterusnya.. Episod "Bila singa betina mengaum"!

Jumpa nanti naa..~


Wednesday, January 13, 2010

Gossip Cik Minah Dan Cik Kiah

Hari ni edisi gossip sekejap yer cik kak cik kak dan cik abang sekalian!

12 Jan 2010. kerja pukul 3 pagi.And as usual, kalau dah keje pagi, chek takkan masuk pejabat lagi atau tunggu sehingga pukul 11am untuk balik. Hari ni juga ada miting penting di pejabat. Staff meeting untuk tahun 2010 ni.

My boss insist me to join, so after finished work at 6am i drove back home, and plan to off to office around 9am. Take a nap because am too sleepy.. and after i woke up.. huh 1.30pm already.. there goes my meeting :p.

Sebenarnya,petang td plan untuk g shopping barang -barang rumah memandangkan kebanyakkanya dah tinggai ciput. Dalam masa dok bersiap tu, talipon norkiah chek berbunyi..
tengok jer nama, chek pun wonder.. asal lak pulak akak tijah ni kol chek setelah sekian lama dia menyepi??? dalam konsep ala-ala konpius, chek pon angkat tepon wat sore selamba jer.

Untuk makluman ya'll akak tijah ne, sebenarnya bini kepada abg ali, officemate chek. Ne mesti kes syak wasangka pada somi ni. Dulu penah dia dia calling2 chek menyiasat dan bersoal jawab mengenai aktivit abg ali. Motif chek jd penyumbang cerita?? Ada habuah kahh???

Setelah sesi bermula dapatlah chek taw kenapa akak tijah ne mencari dan menalipon chek. Sebenarnya, kak tijah ne nak taw, adakah dipejabat chek tuh, ada org bercakap hal -hal dia yang slalu dok koling -koling ofismate kitorg untuk korek citer pasai abg ali. So untuk tidak menggelapkan suasana, chek pon dengan rasa rendah diri sambil bohong sunat bgtaw yang bebudak opis takpernah pun citer hal dia. Motif chek nak bgtaw hal sebenaq, mampusla kena sebat dengan group members kan.. hahahah

(memang la ada orang yang berstory kan, motif membiarkan gosip panazz pergi begitu sahaja??)

Sampai habis kredit lah kiranya dia bertanya itu dan ini.. Chek ingatkan dah setel bila habis kredit tu, tapi ntah cemana dia kol lagi masa chek tengah shopping kat mydin. Chek tengok ada 4 miss calls, so sebagai org yg bertamadun, chek pon return call hanya untuk bgtaw yang chek tak perasan kerana mode silent yg chek gunakan sejak dr masa chek gheja pagi tadi.. tetapi, walaupun chek bgtaw chek ada di mydin nak beli barang (maksudnya: saya taknak bercakap panjang sekarang ini), dia tetap juga bercerita sampai 15 minit. Haruss la chek ala-ala panik teringatkan bill talipon.

Habis la disiasatnya, adakah pernah keluar makan dengan abg ali? keluar bila? tahun ne ker tahun lepas? dengan siapa lagi? naik kereta siapa? chek dah berpunya kah? bila nak berkahwin? yadda yadda yadda.. Terpaksa lah sekali lagi chek angkat tangan mohon ampun kerana bohong sunat yang chek akan menikah dengan en. Mat tak lama lagi..

Chek ne bukanya tak faham. Kalau kena atas batang hidung chek pun, chek akan jd macam kucing nak beranak jugak, buat edisi siasat dan 360 kat laki chek. Tapi kalau dah sampai calling -calling semua orang dalam office ni, benda dah jadi makin celaru.. takut takut abg ali lagi mengganaz lepas ni.

Hmm apa-apa pun chek harap abang ali akan berubah kerana dengaq2 kata dia memburu insan lain pula!!!!??? Sapa nak siasat tu??

Opppssss.. chek takmaw jawab yg tu.. siasat sendiri yerrr.. muahahah..

Sunday, January 3, 2010

Cuti Akhir Tahun Hingga Awal Tahun

Wahh.. best. Akhirnya dapat jugak aku bercuti dan pulang ke kampung halaman yang aman tenteram ini. Ha, bukan senang nak coti ni. Kena apply sebelum schedule siap, kalau dak tunggu next month lah. Anyway dah lama sangat tak coti, dr coti ghaya posa lagi, la ni baghu dapat nak coti pulak. Lega!.
Tapi sebelum balik cuti last week dapatla bersua muka dengan cik Mat yg baru saja lega demam denggi. Hm, habih bibir dia pecah, dan ada lagi kesan merah kat kaki, lengan dia lebam sebab asik kena ambik darah. Dia kata platlet dia jatuh sampai 16, sbb tu dia kena masuk ICU.
Tapi memandangkan dah selamat semuanya, so alhamdulillah. Dapatlah ana balik dengan ati yg senang.

Petang 28 Dec , dengan menggunakan kaedah putar belit aku dah cabut dari Kl ke utara. Tapi sesak la jugak sebab ada projek yang aku kena monitor dari rumah. Hmm asik aku jer kena pangku tugas, stress pon ada.. takut digelar gile kose pon ada. Tambahan pula Ratu Talipon cum typist kat tempat aku tu mmg penebok orangnya, lagi lah tensen. Huh, mmg ratu talipon cum radio terpeleot gitu.

Dalam perjalanan balik utara ne, sensorang, memang ngantuk tak dapat aku nak elak. Jadi demi untuk memastikan aku tidak menjadi sebahagian daripada statistik terakhir tahun 2009, aku lelapkan mata sekejap di henteian sebelah behrang sebelum aku dikejutkan oleh panggilan talipon daripada nos aku yang nak tanya apa ntah.

Memandangkan dah 2 kali aku rest (di Rest. jejantas n behrang) so sepanjang perjalanan yg lainya aku dah tak berenti rehat lagi dah. Moreover aku kena berenti kat hentian sebelah sungai bakap untuk berjumpa seseorang.

So, aku berenti di hentian sg. bakap untuk hentian yang seterusnya. Aku sempat text en. Mat bgtaw yang aku baru sampai sg. bakap. dah jumpa Kak Timah dan anak-anaknya, bagi semua hadiah yang di kirim aku meneruskan perjalanan menghala ke kampung halaman yang hanya dah tak berapa jauh sangat (100 km lebih juga lah).

Aku kol one of my best fren untuk makan malam since perut aku dah bunyi tahap cakleenpong. Memang pun, lately aku cepat sangat lapaq. Bukan lapaq sikit2, tapi lapaq betoi. Even kalau habeh gheja pukoi 12 tengah malam pon, aku sanggup makan sensorang kat kedai2 catok mana yang aku jumpa.

So masuk Sungai Petani la pulak. Roger ina dan kami pi makan satu restoran yang agak tercerok. Ntah nama apa restoran tu, Papa mama ka ntah apa ntah.. tapi hidangan western kat restoran tu not bad. Aku makan steak yang sememangnya aku komen xberapa nak best memandangkan aku slalu juga makan steak dengan kawan aku.

Dalam pukul 11 lebey baghulah aku sampai ke kampung halaman aku berjumpa mak abah tercinta. Yaaa.. bermula cuti yang best dari tahun lama ke tahhun baharu. Happy new year everybody.. apa agaknya tahun baharu 2010 ni sediakan untuk kita? so, jom explore :D