Dah masuk tahun baharu n me still tak hapdet satu apa pon dalam belog yg usang nih!
Sebenarnya niat tu ada, tapi macam biasa lah kan, Vitamin M banyak sangat dok telan.
Anyway, memandangkan ini merupakan entry pertama untuk tahun 2012.. marilah me kongsikan apa yang telah me sematkan dalam jiwa dan raga untuk tahun 2012 nih!
Segala manifesto (ambik mood nak election dowh) .. ni dah siap awai lagi.
Listed dalam otak .. cuma tak bertulis di mana. (or me ada tulis sumwhere..hmmmm)
Okey okey . jadi inilah yang me harap/azam/nekad nak lakukan pada tahun 2012 nih.
Azam Kewangan:
i)Wajib mendahulukan bayaran yang telah disenaraikan sebagai 'perbelanjaan wajib bulanan' (mcm selalu)
ii)Boleh berbelanja untuk diri sendiri dengan lebihan pendapatan sebagai hadiah kepada diri sendiri.
Azam Kesihatan/Kecantikan:
i) Mesti minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari (plssssssssssssss)
ii)Cuba bersenam sekurang-kurangnya sekali seminggu
iii) Wajib mencuci mekap/muka sebelum tidur tak kira seletih mana pon.
Azam Pengurusan Kerjaya:
i)Cuba untuk menyediakan bahan tugasan sehari lebey awal
ii)Akan mencatat semua kursus yang dihadiri, segala event/projek yg dilaksana untuk memudahkan rujukan akhir tahun.
iii) Sebolehnya tidak mahu terlibat dalam konflik dipejabat
(so maleh nk lepak office- seriously tahun 2011, penuh dengan kontroversi dari awal sampai lah ke tarikh akhir tahun 2011)
Azam Dalam Perhubungan:
i)Akan cuba slow talk dengan MK tentang halatuju relationship kami (nekad).
- dah lama berkawan, rasanya it's about time. Kalau ada, alhamdulillah.. akan happy sesangat, tapi sekiranya sebaliknya.. akan patah hati, sedih, menangis and then mesti move on! Allah SWT tahu apa yang Dia atur.
Dan , antara yang UTAMA yang me nak lakukan ialah:
- >Nak usahakan hantar my parents ke Tanah Suci menunaikan Haji.
- Rasanya, dah cukup.. and me akan cuba buat rayuan tanpa pengetahuan mak n abah.
Ya Allah .. permudahkanlah segala urusan kehidupanku.. Baik di dunia mahupun akhirat.
No comments:
Post a Comment