Saya berpusing pusing mencari salesperson/promoter untuk beg tersebut. Agak lama juga saya asik mengaya gayakan beg tersebut. Saya pegang beg tersebut sambil menoleh ke kiri ke kanan. Pusing 360 darjah. Jeling sana sini. takder sekor eh.. mahap sorang pun promoter yang layan saya. Mana perginya jurujual ni?? Saya tanya kepada promoter di kaunter 'Guess'.. dia kata "saya tak jaga kaunter tu kak". Oh.. ok. Saya tanya lagi sorang jurujual lelaki. jwapan dia pun sama. Hmm.. jadi pada siapa saya nak bertanya, nak dapatkan kepastian, nak buka bill etc. Jadi saya bertanya : adakah barangaan di bahagian ini dibuka untuk jualan. Jawab mereka - Ya. Jadi bagaimana saya nak beli beg ini - Masing2 memandang sesama mereka. Jadi, jika tiada sales promoter berand ini, maknanya barangan ini tidak boleh dijual kah?. Mereka masih lagi taktahu nak jawab apa. Jadi mereka cadangkan kepada saya - Akak datang sekejap lagi, boleh.. jalan2 lah dulu. Saya faham situasi mereka, jadi saya pun menerima cadangan tersebut. Jalan jalan cuci mata (kebetulan tengah SALE kan!).
Jadi dah puas jalan-jalan, saya kembali ke section tersebut. And.. yesssss promoter untuk brand A tersebut masih lagi belum ada. Promoter yang lain just pandang -pandang jer pada me and senyum, maybe sebb rasa bersalah atau apa .. (or kesian) who knows kan..
Ok, so saya pun angkat kaki balik dari Parkson Alamanda malam tu dengan agak kecewa kerana tak dapat beg yang diingini. Dan sebenarnya saya sangat kecewa. Boleh tak bayangkan, anda nak beli sesuatu dalam supermarket.. dan hanya kerana promoter barangan tersebut tidak ada, setelah anda menunggu lama.. anda terpaksa balik begitu saja.
Cth:
"Cik, saya nak beli sepasang baju Kiko Kids ni"
"Maaf puan, promoternya cuti hari ini"
"jadi.. jika promoternya tiada/bercuti.. Kiko Kids dalam Parkson ini tak dapat dijual kah?"
"Puan datang hari lain yer, hari yang promoternya tak cuti .... "
Dan kisah ini tak habis di sini.. ada lagi sambunganya..
Nantikan "Parkson Alamanda Part 2"
No comments:
Post a Comment