Tuesday, June 28, 2011

Puding Jagung Sempoi

Hari ni keluar rumah dalam pukul 5am untuk masuk kerja kul 6am.
Balik jer rumah tengah hari tadi, tataw nak buat apa. Nak tido, takut bebudak maintainence yang nak baiki paip sinki tu datang. So dok melayan tenet as alwiz la.

Teringat pula hajat yang nak buat puding jagung tu.
So g dapor, capai bahan-bahan yang sangat simple terus ja buat.
Jom kita buat puding jagung hari ni..
Vrrrrrrommmmmmmmmmmm.....................

Bahan - bahan:

1 cawan jagung manis
1 tepung kastad
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula
3 cawan air

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan daam periuk. Panaskan atas api yang sederhana/kecil
2. Kacau sehingga sebati, likat dan berkilat. (Step ini mungkin memerlukan lebey dari 30 min ). Kacau selalu hingga adunan betul2 pekat dan nampak berkilat.
3. Masukkan dalam acuan/ bekas. Sejukkan. Boleh juga dimasukkan kedalam peti sejuk.

Note:
Untuk mengetahui samada adunan sudah cukup pekat atau tidak, ambil secawan air kosong, titiskan adunan puding tersebut kedalam air, jika adunan elok jer jatuh dalam air tanpa bercampur, maknanya dah sedia la tuh kalau ada bercampur dengan air lagi maknanya kena kacau lagi ;).

Resepi ni senang sangat. Me dapat dr intenet.
Dan rasanya sangat sedap (bukan memuji diri) tp memuji tuan punya resepi nih.. Yummy


The ingredients


Semua dah masuk





Taraaaaaa!!!

Monday, June 27, 2011

Bercuti ke Cameron Highland (24th-26th June 2011)

Selpas duty habis pukul 9pagi hari JUmaat 24hb tu terpaksa bergegas balik ke rumah semula biarpun plan asalnya ialah nak shoot terus ke Ipoh. Sebabnya ialah tertinggai hp!!
Graaaaaammmmmmm sangat!!!!
Dalam pukul 10 lebey gak baru gerak dari Putrajaya ke Ipoh.
Mata dah mula letih.
Makan n minum air barang setitik pon xsempat huhuhu..
Atas hiway, sesak la pulak sebabnya PLUS dok baiki jalan
%^$@*(^&$2!!!!!!

Sampai di Ipoh dah dekat pukul 1 tengah hari.
Jumpa Mie Sleman and hantar keta kat umah dia.. lepak jap hilangkan letih.
Sembang2.. baru Mie hantaq ke Simpang Pulai..
Jumpa my fren suma kat kedai makan bebetol depan balai bomba depan simpang nak naik ke Cameron tuh.
dah setel makan baru naik atas.
Loya jugak nak naik tu, maklumlah aku ne mmg set2 yg mabuk perjalanan :p

Kami stay kat hotel chap Penguin ja iaitu Green Garden.
Lokasi strategik sbb dekat dengan Pasar Malam dan tempat makan.
Jalan kaki jer. Hotel ne dekat dengan Balai Bomba tu. Depan hotel kami ada Hillview Apartment.
Sebelah kami pon ada hotel lagi..
Pendek kata banyak hotel bajet kat sini.
Cuma kalau nak datang weekend kena beringat gak sikit.
Kalau weekdays rasanya takder masalah kot.
Rate otel kami tu pon xmahal.. kalau weekend tu mmg la seratus lebey tp within budget ler sbb kami ambik quad room. Cukup untuk 4 orang.

Hari pertama (Jummat)
- jenjalan palam
- beli makanan kat palam dan makan sampai sengkak
- jenjalan sekitar pekan Brinchang
- balik titon

Hari ke 2 (Sabtu)
- Breakfast kat Tanah Rata
- Jenalan MARDI
- Taman Rama- Rama
- KEA Farm
- Palam lagi
- Sesi Karok

Hari ke 3 (Ahad)
- Breakfast roti chanai sebelah hotel
- Jenjalan Pasar Tani
- Singgah KEA FArm lagi (baru lh nk membeli)
- Singgah BHARAT
- Balik ~

Seronok shoping sayur sayuran disana.. :)


Antara yg dibeli

Bharat Tea Valley






Penuh barang ditempat duduk depan dan belakang

dan bonet kereta juga..~



Kat KEA Farm: stoberi ajerrr


Apa ntah nama bunga ni, but sooo beautiful

Yuos, i bought the white one :D


Tpt wajib lawat: ladang stoberi


Tuesday, June 21, 2011

Berpuisi

Esok (22 June 2011), me akan menyampaikan puisi 'Lagu Kemerdekaan' (Kemala, 1971) di TV. Huhu saspeng siots. Tapi yer lah kan, buat macam biasa sahaja.
Lepas tu akan proceed dengan kusus pulak. Untuk closing kusus, derang mintak jadi MC lak.
Jom nak titon dah.. supaya esok muka berseri seri macam Maya Karin :D

Saturday, June 18, 2011

Finding My Seoul



Here are some pics untuk cuci cuci mata. :)
Percutian ke Seoul, 20th - 26th May 2011



We shop at Namdaemun

We visited- Bukchon Hanok Village
We visited- Their palaces

We tried- their food

We also visited - Their stream :D


We ate- Taj Palace, Indian Muslim Food at Itaewon


Our temporary nest - Motel at Namdaemun
W30,000/nite (decent enuff for me. Toilet bersih!)


We visited- Nami Island (went there using subway tren + train + bus

way to/from Nami Island


Incheon Airport


Seriously, i can't remember nama motel yg kitorg stay tu. Or maybe mmg kami xpernah tahu nama dia selain kami hanya cam kan sahaja.. Jadi bagi sesiapa yang nak try motel tu, kena cuba nasib lah sbb biliknya tak banyak, tp me mmg sages sbb bilik selesa, xpayah share bathroom dan ahjussi n ahjumma kat situ baik giler.
Mana tak baiknya, hari kitorg check out tu.. selamba ja kitorg stay sampai kul 4 ptg mcm tuh.. derang xtanya apa pon.. and tak payah bayar extra jugak.
Motel ni ambik bayaran ikut hari. For eg: korang nak stay  1 malam, maka bayaq la W30k. Pastu esok , kalau nak stay lagi semalam, bayar pulak.. begitulh seterusnya.. Hari yg korang xbermalam, korang xperlu bayaq hihi (atau mungkin masa kami pergi tu ja yg dia kira mcm tu, tak tahu lah yer dop) hihihih..

Ok, ok.. ini landmarknya:

Keluar jer dari subway tren kat hentian Namdaemun -
carilah Honheon (lebey kurang arr nama dia), then cari bank ni

Betul2 mengadap motel tu.. ada kedai kopi nih!

Ha, nilh motelnya.. nama? Xtahu :p

Jalan dekat dengan area motel tuh

Okeh, ni bank yg me tunjuk kat atas tu kan.. korang kena jalan ke belakang  bank ni
.. dalam 100m, pastu jumpa laa 

My sis, okeh.. sebelah bank td, ada jalan ni lah.. jalan terus.. terus ke belakang tu,
pastu korang dh bley nampak motel X nih. ;)

Wednesday, June 15, 2011

Should Or Should Not?

OMG --- mati tak buat thesis guna singkatan :D..
bukanya OMG kenapa.. tp malas nak hapdet pasai percutian ke Seoul tuhari. Nanti la ek. Panjang sangat nak rangka. Tapi hari ne tetiba nak menulis mengenai sesuatu... sesuatu?? Apakah???
Ahakkksss..

Last Saturday (11th June), me hadirin birthday party anak member sumwhere kat Keramat. Undangan tak ramai tapi makanan maveles.. buat dengan theme segala. Sempat la catchup dengan kenkawan. Dok bergelak ketawa sakan. Eventho me time tu ala2 fenins lalat sebb bangun pukul 4 pagi then berjaga terus sampai kul 7mlm kat umah member tu pulak..

And masa nak balik tu, sempat gak edar flyers biskut raya khen..
Then baru masuk part yang kelakar..
Tuan rumah (my fren la khen) cuba mengkenen kenen kan me ngan a fren of her. He is a 'duta'. Hahahah.. bukan duta produk tonik laaa.. hahah... Dia memang keja ngan kedutaan. I dun know la post apa khen. Dia balik bercuti sekejap. Ok, meh nak crita sikit bagaimana my fren cuba kenen2 kan tu ..

"Eh bagilah flyers biskut tu kat xxxx"- then me pon bagi lah..
"Kalau dia nak beli biskut apa2 kan boleh kontek nko kan?" opkos i jwb 'ya' kann..
"Ehhh.. bagi laa number phone nko ... " with her face n her rolling eyess..hahahha OMG..
really looks like ah so telangkai laaa hahahha..

I didn't give my number .. but i said "u have my number.. he can contact you if he want to order.." :D

Another fren of mine said "u shud giv it a try laa.. open ur heart la babe .."

Me: still thinking

Wednesday, June 8, 2011

Bercuti ke Seoul I

Kami dapatkan tiket untuk ke Seoul bila AA (Air Asia) memula buka route ke sana. Dan tukang beli tiket itu ialah me. 4 tiket dengan harga RM1170 (a really really really good bargain). Lebey kurang RM 200/ seorang. Memandangkan me cuba avoid winter dan summer so masa yang terbaik ialah spring. Winter tak menjadi pilihan oleh kerana me mmg sangat sangat sangat sangat tak tahan sejuk. Kalau dalam office pon me kena pakai winter coat, so boleh bayangkan tak betapa tidak tahan sejuknya me. Dan me pon dah rasai cukup summer di Malaysia ni.. :D

Me terpaksa pilih bulan May sbb early spring tu me dah ada plan ke Sabah with my family.
Banyak persediaan yang kami buat sebelom kesana , dan sebab utama yang buat kami sedikit risau ialah bab 'bahasa'. Yups, rasanya ramai daripada kita tau yang bahasa omputeh Korean ni agak teruk. So persediaan bab apa nak makan, mana nak stay, mana nak lawat dan bagaimana nak satu satu tempat tu mestilah agak detail atau 'clear'. Dalam pada merancang ini juga, salah sorang daripada kami tak dapat pergi kerana dia diragut di Wangsa Maju. Dia rasa tak happy nak jenjalan sbb banyak gak kerugian dia. So kami taklah nak paksa. OK , jom cerita terus kepada maksudnya lah yer.

20 May 2011 (Jumaat)
Flite tengah hari dari LCCT pukul 1.15. Flite ambik masa 6 jam. Tak la lama sangat kan. Sempat jugak la lelap sekejap. Sampai disana lebih kurang dalam pukul 8.15 (time S. Korea). Bila dah claim luggage .. bermula lah hal bahasa ni manjadi halangan. Disebbkan kami akan stay dirumah seorang student Malaysia untuk 2 hari pertama dan dinasihatkan oleh dia untuk ambil taxi, maka melilau la sekejap kami nak mencari booth untuk taxi. Tetiba kami diapproach oleh seorang ahjussi ni. Kami dapat agak yg dia taxi driver but sbb sepatah haram tak faham melainkan 'ok.. ok' .. 'no .. no'.. 'taxi (dgn slang dia)'. Setelah usaha menalipon Maira (adik tu) tak berjaya kerana dia g camping kami ambik gak taxi. Tunjuk alamat kat dia, dia tak tahu sbb dituis dalam roman ( satu hal pulak).. kami kena baca.. barulah dia dapat tangkap bunyi dan faham. Mmg saspeng giler sbb kami rasa mcm tak berapa sure betolkan apek ni tahu mana kami nak p. Pastu siap pulak yakinkan kami "gps .. gps.." .. adoi laa.. kalau disana banyak masjid.. maybe kami akan tidoq masjid dulu. :D
Setelah sejam.. kami sampai di alamt yg diberikan. satu hal lagi.. kami nak pastikan betoi ka itu alamatnya.. jumpa la pula dengan penjaga kawasan apartment tu. Ahjussi tu pulak lagi teruk tak fahamnyer kami. Akhirnya dia bawa kami naik, cari orang yg leh tolong. Setelah mencari, akhirnya jumpa la student Malaysia ni.. tolong translatekan. Fuhhh. btoi la tempatnya.. selamatt!!!! ..
Opps lupa nak bagitau tambang taxi dari Incheon airport - Gurogu (tpt kami stay) ialah W90'000= ~RM270!!!!!!!

p/s: kami terpaksa ambik taxi sbb member bawa anak (5 yrs ole) dan kami takleh nak sesat dengan beg2 sgala untuk pertama kali. Umah maira ne tak dekat dengan subway. Kalau guna subway.. then kena ambik bas pulak. So dia tak sageskan takot kami tak sampai langsung kat umah dia nanti huhu

21 May 2011 (Sabtu)

Kami rancang nak keluar dalam pukul 9 macam tu. Cerah kat sana awal. Pukul 5 pagi dah cerah. So subuh pukul 3.00 pagi huhu..
Sejuk gak time tu. 1st day kami merancang nak ke Bukchon Hanok Village dan palaces sekitar kawasan tersebut.

Memandangkan Maira masih lagi camping. Kami kena proaktif.
So pagi tuh, kami keluar then terus ke kedai serbaneka 'Buy The Way' (ala2 7E) beli T Money. T Money ne ibarat kad Touch N Go lah, cuma ia lebih pelbagai guna berbanding TnG kerana boleh digunapakai untuk semua bas, subway, toilet awam etc. So jika korang nak travel bajet di Korea ni, belilah T money nih. Sangat jimat!! :D (kalau pada hemat me, mek akan bg hukum WAJIB untuk beli T Money ne kalau uolls travel sendiri).

Dengan menggunakan bahasa isyarat dan perkataan 'subway' kami berjaya menaiki bas dibantu oleh koreans yg baik hati. Gamsahamida!!.
Kami ke Sindorim station (the nearest subway station). Dan memandangkan mode pengangkutan wajib kami disana ialah subway adalah perkara WAJIB juga untuk kami ada 'subway map'. So, 1st thing kami cari bila sampai ke Sindorim station ialah ambil subway map!. Saya ulang yer - WAJIB-.

Dengan research yang kami buat menerusi blogs dan forum2 (sila jgn malas untuk buat reserach sendiri juga yer) agak mudah kami mengenalpasti stesen manakah yang perlu kami turun jika hendak ke mana2 tourist attraction spots. So 1st Bukchon Hanok Village ;). Rumah asli korea yang dijaga dan sedikit dimodenkan dengan security yang agak matops . Senibina lama. Penat jugak jenjalan disitu sebab kawasannya luas. Bukchon Hanok Village ada 8 special spot untuk bergambar.. but .. apa kisah, ambik ja lah mana2 as long as kita rasa cantek kan :p. Yang menariknya di sana, untuk spot yang menjadi kunjungan pelancong pihak Tourism Korea akan mempunyai booth kecil serta ada pembantu yang akan sentiasa bergerak sekitar kawasan tersebut membantu pelancong yang memerlukan.

Dari Hanok Village tu, dah dekat untuk ke istana istana lama Korea. Dan dengan melihat papan tanda serta ringan mulut bertanya walaupon jawapan yang diperolehi tu taklah difahami sangat namun sedikit sebanyak dapat juga membantu.
Maka sampailah kami ke istana istana lama tu. Memula sebelom masuk istana kami merewang di National Folk Museum dan Children Museum. Bolehlah anak member ni layan jap tempat2 tu. Masuk museum tu tak kena bayar tapi kalau masuk istana tu kena la bayar. Berapa won ntah.. lupa plak :p.

Dah penat giler jenjalan segala istana muzium sgala, kami dah mula kebuluran. Hahahah.. Perut dah mula meraung raung nak makan nasik (perut Melayu weeh). Dan di Seoul nih, tourist spot yang ada few restaurants yang serve makanan halal ialah di Itaewon. Suma gerak guna subway. So kami g la carik makan kat Itaewon. Time tu dah tak pikey sangat, as long as ada sign halal kira jadi la. Kami makan briyani dan nasik goreng. Sepinggan briyani RM45! Makanan halal kat sana mahal sbb susah nak dapat. So, redha ja lah. Kami makan tu dah dekat pukul 4 petang. So after that kami dah mula nak balik. Lebey kurang sejam lebey gak kat kedai tuh. Bukan apa, lepak sama sbb dh penat giler turun naik subway!.
So we make our move to Sindorim station. Nak balik dah. Penat siotsssss...
Penat tapi puas hati dengan pencapaian kami.

Pencapaian of that day: Berjaya naik bas dengan main2 agak sahaja :D.

Note: Piccas nanti lah haplod ek. Malas giler nak select :p