Thursday, April 21, 2011

Bercuti ke Sabah April 2011- Part II

18th April 2011 (Day 2)

Alhamdulillah.. cuaca bagus pagi ni.

View dari bilik kami


Hotel penginapan- The Cottage Hotel


What a beautiful morning~


Santek sangat

Bila beransur cerah.. awan pun mula menampakkan diri


The Kundasang War Memorial

Memula breakfast kat hotel jer dulu . Semua dah inclusive dalam harga bilik tuh. Kalau nak tambah (mcm me tambah seorang lagi) Average harga breakfast per/pax ialah RM10 kat otel nih. Dah dekat pukul 8.00pagi, dah terang sangat, so kami decide nak jalan -jalan ke kawasan sekitar. The nearest tourist spot is Kundasang War Memorial . Park ne buka pukul 0830am. Jarak dekat tp jalan nya mendaki.. adeh la.. somput gak hihihi. Dah lawat & posing lebey kurang, turun nak balik otel..




Desa Cattle Sdn Bhd

Our aim bila sampai Kundasang ialah nak keDesa Cattle tu ..yehaaa.. yang best ialah jika dapat tengok derang perah susu tp disebbkan tuntutan masa, xdapat nk tunggu pukul 3 ptg untuk tgk perah susu..(sepatutnya itinerary ni buat on petang 17th tu, sbb dh ujan.. kensel lah).

Desa Cattle ni ialah 'a must visit place' if u were in Kundasang. Viewnya sangat cantek di kaki Gunung Kinabalu yang menjadi kemegahan warga Sabah. Cuacanya agak nyaman ala2 dok dlm aircond, walaupon terik mentari terasa (mcm mana tu??) . View disni ibarat iklan Susu Fernleaf kata adik adik aku :D. Rumput hijau dengan lembu2 yangsedang meragut dilatari gunung dan awan! Sangat chantekkk hokkey!!!! Sangat berbaloi kesana..~

My sis posing sakan depan jalan masuk ke office Desa Cattle

Term & Conditions

Waaah.. cantek siots!

Dari kejauhan- lembu meragut rumput~


Cottage Otel nih dekat jer dengan Desa Cattle.. Satu jalan cuma yg taktahan.. nak mendaki bukit tu laa.. pakai gear rendah pon, terketaq ketaq la nak naik .. Mmg teruja habis la bila sampai sana.. Sbb sehari sebelom tu ujan so ada la view becak2 yg di snap. Kitaorg beli susu gak.. Mmg sedap.

Lembu & batu nampak sama la pulak hahah

Susu yang sangat sedap!!

Pesanan penaja:
Kalau yg suka susu, beli la banyak kotak sikit.. kalau tak.. jd mcm mek n adik .. odw ke KK asik tingat susu tu jaa hihi.. Dah habis layan Desa Cattle, balik otel.. mek nk ajak g Mesilao Park.. tp may parents dh xlarat dh.. moreover kami aim nak sampai KK before 3pm.


White fencing, green, blu sky & cool weather~

Perjalanan balik dari Kundasang ke KK, kami singgah ke Pekan Nabalu. Hanya untuk tengok- tengok apa yang menarik. Tak beli apa pun sebb mahal dowwh. Kat situ anjing mcm kucing jer, berkeliaran sana sini. Heheh

Dh sampai KK , lepas makan kat kedai yang ngadap Pasar Philipinnes , terus serang Pasar Filipins.. bcoz my parents nak serang pasar ikan masin, memborong udang kering n ikan2 kering . Dah buat investment kat kedai ikan masin tuh, check in kat Promenade Apartment di Api Api Centre. Hotel ini tidaklah terlalu dekat dan tidaklah terlalu jauh jika kita ingin nak berjalan kaki ke pasar malam berdekatan. Lebih kurang 7 minit. Kitorg rehat sebentar sebelom malam tu nak keluar untuk makan malam pulak. Katanya seafood bakar sekitar belakang Pasar Filipin tu mengancam?!!

Family Suite at Promenade Apt- RM127.60

1930, Lepas Maghrib terus turun jalan kaki jer ke Pasar Malam. Memang teruja habis tengok apa yang derang jual dan tgk seafood yang sedang dibakar. setelah 2 kali pusing, barulah dapat pilih kedai mana satu nak makan. Bukan apa, kebanyakkan kedai kan bakar tu juai lebih kurang sama ja, jadi jadi rambang mata nak pilih yang mana satu.

Yummy~

Tempting!!

Makan malam kat situ. Ikan bakar size sedang: RM15 / squid- RM10/ udang - RM10.
Minuman 4 gelas RM13.50.

Serangg!!!!!!

Tetapi masa nak makan tuh, chek teringin la nak order sup kosong sebab kering jer kan nasi tanpa kuah. Masa tu tertinjau tinjau la nak order.. tapi apa yg mata chek nampak terus buat niat tu mati. Bayangkan satu bekas sup tu (size seperti periok/container yang selalu kita tgk org kedai minuman didihkan air tu. Dia masukkan MSG 2 senduk besar! Ok, bukan senduk biasa.. senduk yg selalu org guna time kenduri tuh!!!). Masa tu terus niat tu mati. Titik!.

Ok, Done!

2030 - Lepas makan membeli pulak brooch & apa yg patot untuk sanak sedara dan rerakan taulan hihih..tp me rasa pilihan untuk souvenir lebey banyak di pasar Philipnes berbanding kat palam tu, banyak brooch , gelang2 sgala :p.
Cuma di palam tu, harga nya maybe a lil bit cheaper. Lepas borong tu dan kaki dah letih, balik rehat ajalah kat bilik.

InsyaAllah.. esok -esok update yang lain pulak ek..

Muahhhsss :x

No comments: