Tuesday, December 22, 2009

En Mat dan Denggi

11-13 Dec: aku habiskan dengan en. mat. Nak kata habiskan macam kurang tepat juga disebabkan sepanjang hari dia ke s16 Pj untuk retreat untuk club dimana dia adalah presidenya.

Dia kata nak spend masa dengan aku, tapi bila dah ada retreat tu, maknanya masaya lebih banyak dihabiskan dengan bebudak club dia. Tak kisah lah, itu mmg passion dia. Aku support jer. Balik dari retreat on Sunday, dia call dan bagitau yang dia rasa 'empty'. We both agree yang agaknya, retreat tu yg membuatkan dia over exhausted so i didnt plan to talk long. Let him rest.

14 Dec,Monday: usual i'll text him (every morning) with morning greetings. Tapi pagi tu dia lambat reply, and instead he called. Bagitau yang dia demam. Doktor syak denggi sbb demam tetiba dengan temperature yg agak tinggi. Doktor suruh dia datang balik kalau 3 hari demam dia tak baik. Memang, demam dia xberansur baik, dan everytime we talked suara dia makin lemah. a day after dia jumpa doktor, dia called dan bagitau dia rasa makin tak larat. Dengar suara dia masa tu aku dah sebak. Automatically rasa nak nanges. Maybe sbb aku pikey aku takder dekat dia nak tengok-tengokkan. 3rd day, aku msg n dia return call bagitaw demam makin panas. Aku bgtaw, kalau demam tak baik, aku akan ke rumah dia dan bawa dia ke hospital.

15 Dec: dia msg awal pagi bagitaw yang dia admitted at Ampang Puteri. Petangnya dia call lagi, suara lemah sangat. He said that he hav no strenght, even to talk with me. Aku dah nanges.

16 Dec: dia dimasukkan ke ICU. Frankly, aku sangat sangat sangat takut. Kalau demam tu demam biasa mungkin aku tak la setakut ini. Denggi mmg boleh membawa maut. Aku di rumah sensorang, menanges sampai mata bengkak. Gheja pun jadi tak tentu. Salah sebut merata. Jiwa kacau sangat. Aku nak visit dia tapi aku takut tak sesuai atau lagi teruk, ada drama lagi..

Hari ini: 21 Disember 2009. Dia sms dalam pukul 10am lebey bagitaw dia dah keluar ICU dan sekarang dah okey. Aku dah boleh tarik nafas lega. Makan pun kembali selera. Asalkan dia sihat, macam mana pun dan apa pun yang terpaksa aku telan, aku tak kisah. :)

Tentu korang pun pikeykan, naper aku tak g visit dia padahal jarak kami tak jauh pun dalam 30minutes driving jer...

Aku pun harap aku dapat share jawapanya dengan semua orang supaya dada aku tak pecah tahan sensorang......

Today: 22nd Dec 09- he texts me. En Mat discharge dr Ampang Puteri. Alhamdulillah.



Thursday, December 10, 2009

My 1st Gerek

Petang tadi penat aku mengemas rumah sikit. selesai mengemas hall depan aku mengemop lantai. Hari tu dah beli 'magic mop' kononya. Rm25! Tapi xdak la magic macama mana sangat pun sbb still kena mop macam biasa jugak. Letey. Terutama nak mop lantai dapoq yang cepat sangat berminyak tu.
Lepas selesai mop lantai aku berkira -kira untuk nak buat inti karipap pulak. Bukanya apa, teringin nak makan dan nak buat stock dalam peti sejuk sebagai 'frozen food'. Nanti nak makan, goreng jer. senang kan. Lepas selesai dengan inti kena buat doh dan seterusnya tentulah kena buat karipapnya kan.. jeng jeng jeng.. kalau nak tengok hasilnya, kena lah tengok di fb aku memandangkan fb aku tu dah jadi macam jurnal masakan pulak aku ghasa.

Opss.. sebenarnya aku sedang menonton upin ipin semasa sedang menulis entry ni. Tengok kisah hari ne memang mengimbau balik kenangan yang lama.Kisah macam mana upin, ipin yang takder basikal dan diorg terpaksa kejar2 mei ling, mail dan intan payung yg ada basikal masing- masing,

Kisahnya masa umur aku dalam 5-6 tahun aku rasa.
Abah hanyalah pekerja sementara gomen. Gaji mmg tak seberapa. aku taktahu gaji abah berapa time tu, tapi aku rasa mungkin dalam 300-400 kot.
Bebudak kat kampung ramai yang dah ada basikal. Jadi bila time petang jer, ramai lah yang akan turun bermain, kayuh basikal sekeliling kampung. Sementara yang takda basikal pun ramai jugak. aku antaranya. Maka kami yang takda gerek ni akan ligan (kejar) member yang ada gerek. Bila ingat balik memang kesian kat diri sendiri. Aku tak ingat berapa lama kami semua pakat dok ligan member yang ada gerek ni. Tapi aku ingat malam tu, kami semua balik kampung (kampung dekat jer.. 2km jer dr umah). Tapi abah balik dulu, tak ingat sapa yang hantaq kami. Bila sampai.. buka pintu.. naik lepak kat atas nak tidoq dah ler.
Abah balik dan panggey aku turun. Masa tu aku rasa ,mata aku mesti blink2.. shining2.. sbb ......abah belikan basikal... basikal kecik kaler biru /putih /kuning.. lebey kurang ler warnanya. seat kaler putih. Seronoknya bukan main. Sengih-sengiih sakan. Aku memang ingat muka mak dan abah masa tu, senyum seronok tengok aku dan adik heppi sangat. Aku dengar derang cakap --- kesian tgk anak sendiri kejar orang lain yang naik basikal--- Diorg nak anak diorg rasa juga macam mana bebudak lain rasa.

Bila tengok citer upin ipin ne terimbau balik masa tu. Dan sekarang bila dah besar ni, baru paham perasaan mak dan abah. kalau aku pun, ada anak.. dan anak aku kejar-kejar budak2 lain naik basikal, aku rasa aku pun akan berusaha untuk beli basikal untuk anak aku tu biarpun kena pekin duit sikit. Instinct sebagai mak n abah tentu akan cuba dapatkan apa yg anak nak sekiranya mampu.

There.. my 1st gerek.. :) -- wish i hav a picture of it,