Monday, December 5, 2011

Sepi Angin Ke Kota London (Ulangsiar tengah malam 5 Dec. 2011- TV2)

Malam ne saja tak tidoq awai. Bukan apa, siang tadi sakan dah dok mereloh hahah..
Dok layan TV, then tertekan TV2 tengah-tengah pagi buta.
Tengok-tengok ada drama yang aku sendiri tak ingat dah berapa tahun depa tayang dulu. Tajuk dia 'Sepi Angin Ke Kota London".

Bukan aku nak bagi review apa mengenai drama nih. Tapi sincerely, bila aku layan cerita aku suka sebab ia mengisahkan tentang realiti kehidupan satu masa dulu.
Suasana akhir 60an dan awai tahun 1970. Zaman -zaman kalau bebudak kampung dapat masuk universiti dah kira berita gempak, apatah lagi kalau dapat pegi belajaq ke obesi.

Cerita ni pasai Akhbar (Baq) pelajar cemerlang yang dapat peluang melanjutkan pelajaran ke Kota London. Karakter Baq ni baik, mudah menolong orang, mempunyai visi nak majukan kampung dan bebudak kampung. Orang kampung berbangga dan rasa megah sebab ada anak kampung yang cemerlang. Jadi mereka membantu dia untuk ke London. Ada yang bagi beg besaq, ada yang bagi sejadah, ada yang bermesorat bagaimana nak hantaq dia ke KL sebelom naik kapai terebang, yang sedekah duit dan macam-macam lagi.

Orang dulu memang la, kalau anak dapat masuk universiti ada yang juai lembu kerbau nak buat belanja. Nak pegi KL pun bukan mudah. Bercinta la nak p kolompo. Orang yang nak p Kolompo tu kiranya orang kampung akan mai melawat seakan nak p Mekah time la nih.

Ada satu scene cerita ni , dimana penduduk kampung bermesyuarat bagaimana nak hantar Baq ke Subang epot. Cara diskusi tu sangat menarik, Dialog2 yang bersahaja dan memang seperti mana mesyuarat kampung. ada yang cadang p dengan keta ja, ada yang cadang pegi dengan van, takut tak ckup..  naik ketapi (takut 2 kali tambang pulak heheh sebb kena pikey dari stesen ketapi nak p subang lagu mana) .. ada yang cadang naik bas. (Bayangkan 1 bas hantaq anak kampung nak ke London!). Kesepakatan penduduk yang digambarkan dalam drama ni membuatkan aku terharu. Diselangi jugak dengan dialog-dialog lucu bila ada yang minta, selepas selesai hantaq Baq.. depa nak p jalan-jalan Kolompo sebab nak p Kolompo tuh bukan senang. :D ..

Flashback yang diselitkan pun buat kita tersentuh.
"pak bukan marah Baq nak main, main lah.. tapi balik sebelom meghelop.." 
Menghelop kat sini merujuk kepada "senja" atau maghrib. Aku rasa itu memang menjadi pantang ibu bapa satu masa dulu. Kalau balik lepas maghrib, memang nahas lah kena tibai!. Tetapi sekarang.. orang berfikiran senang "tak kisah" sebab kita nak urban.. (hmm urban la sangat!).

Sebelum pi sana, Baq ada bagi jala baru untuk ayah dia. Ayah dia pun digambarkan sebagai tak berapa sihat.
Dan sebelom p jugak Baq ajak kawan- kawan dia ke pekan untuk beli baju sejuk (winter jacket). Itu persiapan dia yang terakhir sebelum kesana.

Dan salah satu scene yang menarik juga ialah bila Baq dan kawan-kawan dia nak ke pekan tu. Dia turun dari rumah naik gerek (basikal) danbaru  jalan sikit.. dia patah balik , dia tanya  "mak ngan pak panggil chek ka?". Mak ngan pak dia kata dakpun. So dia pon kata "xpa lah .. salam sekali lagi lahh.." sambil cium dan peluk erat mak dan pak dia.

Rupanya itu pelukan yang terakhir sebab masa pi pekan tu, dia tertembak dalam satu adegan rompakan. Dengan baju sejuk dibadan dan persiapan yang sudah lengkap .. hanya sepi angin sahaja membawa kisah ke kota London~

Taw-taw ayaq mata aku melelah ja tengok cerita nih.
Skrip yang sungguh bagus dan asli. Tahniah kepada script writer Isaudara Ahmad Hashim) , director, para pelakon dan semua krew yang terlibat.

Bagusnya cerita ni.. sebab dari mula lagi sebenarnya dia dah bg hint yang sangat -sangat halus tentang kepergian Akhbar. Menyebabkan kita tak sangka yang endingnya Akhbar akan pergi. Dari dialog dia dengan kawan-kawan dan bersama mak ayah dia sebenarnya dah cuba memberi hint tersebut. Tidak seperti drama -drama sekarang yang sangat jelas sampaikan kita boleh agak "last sekali mesti mati" :D.