Ramai jugak kawan kawan chek dok tanya dan kata:
"Banyak duit hang no, dok p jenjalan selalu"
(padahal bukan selalu sangat pon, cuma ada la selang 2 bulan samada dalam negeri atau obesi yg dekat dekat. Malas nak story dalam nih ahakss)
Dan chek selalu jawap kat depa: Manada banyak det. Aku ni bajet traveller ja!
Kalau korang nak travel ala2 bawak beg AF dan nak bergaya semasa travel mmg agak tak seswai la dengan cara nak bajet bajet ni kan. Duduk hotel/guest house pon yang chap hayam ja. Tp be carefull la kalau p negara yg mahai sikit macam Korea, Japan atau kat Europe.. duduk hostel dan guest haus ayam pon dah mmg ok tapi kalau p negara-negara yg tak berapa nak kaya mcm Indon, Vietnam, Siam, Laos etc .. book la otel yang ada bintang sikit.
Bukan apa, kena ingat bab tempat tidoq ni, sbb kita nak tinggalkan belongings kat situ khen! So biaq la yang selamat biarpon murah!
Infact kalau p negara yg tak mahal sangat ni, depa punya otel 3 bintang ke atas pon tak mahai sangat. Dan kalau nak travel , jgn la p sensorang .. kalau p ber2 atau ber3 boleh la pakat pakat share cost khen?
Kalau crita bab bajet traveler nih kan, kena lah bermula dari anagan-angan nak bercuti kemana..
Contoh: Macam hr tuh chek dok teringin nak p Korea ..
i) start la dengan cari tiket murah tapi jangan la harap harga tiket yang tak reasonable! (takkan kau nak harga tiket p Korea pergi balik RM50 kan???!! kau gila??!)
- mek dapat harga p Korea hr tuh RM250 (all in)
ii) Tak payah la pakai travel agency! Korang buat sendiri intinerary.. dari zero! Dari titik jejak kaki kat epot negara yg korang nk p tu kan..
iii) Book otel yg ala2 jer lah.. ingat kita bukan nak p hanimun. Nak p jalan-jalan. sightseeing, menikmati negara orang.. bukan nak p mampoih dalam bilek tu khen!. best ker tak best ker, just enjoy jer sbb tu kahn negara atau perkara baru dalam hidup kita. Jgn harap cara derong sama mcm cara kita! (Kalao mcm tu, ko duduk kat rumah ja la nyeh haii)
iv) naik public transport .. Jgn dok segan sangat nak belajar cara2 nak guna PT kat negara yg nak p tu.
v) Makan bawak sendiri selagi mampu masuk dalam beg tu! Especially p negara yg sangat susah nak catri halal food kan.. Bila susah, kalau ada pun, harga nya mmg mahai!
So macam ni la lebey kurang kalau chek dok p bercuti selalu. Tak perlu beg besaq segala (tambah luggage ja nanti) , bawak bag pack jer.. isi baju lebey kurang dalam tu. tak perlu sampai setengah almari nak bawak. Ko ingat nak pindah rumah ker???
Tak perlu nak tukaq tudung berlian korang sehari 2 kali, takpayah la nak bawak sampai 10 lai tudung demi nak match dengan baju- bawak setakat boleh mix n match la!
Tak payah la nak mekap mapanz masa bercuti.. adoii tolong laaa..
Opppssss... yg bawah tu aku suka suka nak tambah. Sbb mmg chek punya pesen, kalau travel (waima atas urusan keja pon) .. back pack/ jeans n tshirt jaa.. kalau atas urusan formal, baru la pakai yg proper sikit..
Walau mcm tu pon.. memang chek tetap bajet cun jugak sbb dah mmg cun kan! Mampos la perasan hoi!