Last week saya baru dapat tahu satu perkara yang mencabar segala ketabahan dan kekuatan jiwa . Memang membuatkan saya nanges sehingga bengkak dan pedih mata. Sampaikan nak buat apa pun tak boleh, even nak solat pon, air mata tu tetap turun jugak ( tema neng yatimah sungguh!!)
Ratu ayer mata pilem Melayu nih.. ( ni lah ikon chek untuk 2 minggu lepas)
Apakah halnya, biarlah aku simpan sendiri tapi yang pasti macam selalu kita tahu tapi kekadang kita terlupa "Apa yang terjadi adalah kehendak Allah SWT jua" ...
Cuma apa yang saya nak kongsikan di sini ialah bagaimana aku merawat hati dan jiwa yang remuk serta semangat yang hampir hilang itu.
Saya berhubung dengan kawan yg sebelum ini kehilangan anakanda tunggal tercinta untuk bertanya bagaimana dia menahan diri dan bertahan dengan dugaan yang hebat itu. Saya mohon pertolongan dia berkongsi cara - cara dia menghadapinya..
Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kedukaan, tapi percayalah dengan yakin bahawa tiada apa yang lebih cepat menghilangkan keresahan dan kegundahan itu melainkan Allah SWT semata -mata.
Namun macam biasalah, kita manusia yang maha kekurangan ini, bila dah jatuh baru terngadah!. tapi sebenarnya takpa.. kerana itu maknanya Allah sayangkan kita. Jangan sampai apa pun yang kita lakukan (terutamanya dosa) tidak mendapat apa-apa lagi 'signal' dr Maha Pencipta, bukan apa... takut-takut Dia sudah tidak peduli lagi pada kita.. (minta di jauhkan..)
Biarlah kalau orang nak berkata "Dah jadi mcm ni baru ingat Allah.. dulu hidup kau macam sial yadda..yadda..yadda........". Bukan diorang yang menentukan duduk letaknya kita. Tapi Allah yang lebih mengetahui .. ( tp jgn la pula salah konsep .. jd 'hantu' dengan ingatan -nanti Allah buka hati aku, aku tobat lahh <---- takot xsempat yer dikk nanti).
Kalau hari hari biasa, saya baca Yassin seminggu sekali (boleh agak kan hari/malam apa..). tapi bila dilanda kekacauan dalam jiwa, saya akan cuba baca Yassin paling tidak sekali sehari, dengan niat untuk kekuatan rohani dan jasmani serta dijauhkan daripada keluh kesah yang berpanjangan.
Saya suka bercerita pada kawan-kawan, mengenai masalah supaya ianya terasa (mcm) ringan biarpon sebenarnya masalah itu tetap masalah itu.. :)
Kawan yang saya hubungi tadi beri aku bebrapa panduan antaranya ialah dengan menghadiahkan Al- Fatihah untuk diri sendiri ( bukan untuk arwah jer yerr..). Mohan di beri kekuatan roh dan semangat.
Berdoalah "Ya Allah Ya Tuhanku, aku redha dengan dugaanmu, berilah aku ganjaran pahala atas keredhaanku ini dan gantikan kepada ku sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan ku didunia dan akhirat..amin". Ucapkan lah sahaja bebila hati kita terasa kosong.. InsyaAllah.
Kalau hati tetiba teringat memenda yang sayu pilu.. zikir lah.. dalam hati.. mohon Allah berikan kekuatan dalam jiwa.
Ambillah masa untuk keluar menghiburkan diri dengan kenkawan. Berdunialah dengan orang lain selain dunia kita yang ada sekarang.
Ingat.. apa jua yang kita usahakan, inginkan, dambakan dan biar berjuta usaha yang kita letakkan.. jika Allah kata "TIDAK" maka sampai kemati pon takkan menjadi..
Jalanilah kehidupan masing-masing dengan bahagia. Hargai kehidupan anda sendiri. Bahagiakan diri anda dengan cara anda tapi ingatlah tiada apa yang mampu menghilangkan segala duka dan memberikan bahagia melainkan Dia Yang Maha Memiliki segala galanya.
Sekadar renungan untuk sahabat maya yang mungkin juga sedang walang jiwanya seperti saya..
P/s: saya juga layan lagu lagu yang memberi semangat seperti survivor & Hush -hush ;)