Tuesday, August 11, 2009

Rajuk Yang Tak Bisa

Semuanya bermula dengan baik. Panggilan setiap petang yang aku terima dalam perjalanan dia pulang dari tempat kerja. Gelak tawa dan cerita - cerita biasa yang kami kongsi setiap hari. Tak putus dengan gelak tawa dan kekadang serius macam buah betik.

Cuma petang selasa lepas, beberapa hari selepas rally yang tak bersetuju dengan ISA. Aku hanya menyatakan betapa aku tak suka menghadapi kesesakan lalulintas. Aku tak suka lihat bangsa Malaysia aku berantakan. Jalan yang lebih baik ada, lorong yang lebih terang ada, cara yang lebih afdal ada. Kenapa perlu rally yang banyak menyusahkan masayarakat Malaysia. Memang simpati terhadap individu2 yang ditahan ISA bertahun lamanya tanpa dibicarakan. ISA tak salah, yang salah cara perlaksanaanya. Perbaiki lah cara perlaksaanya supaya nasib mereka yang ditahan tu adil dibicarakan. Bukan tahan tanpa dibicarakan. Kesian anak bini.

Aku sembang dengan MK. Aku melahirkan rasa tak puas hati aku kerana kesusahan yang perlu ditempuh oleh orang lain bila segelintir pihak yang buat rally. Dia sebaliknya. Dia menyokong dengan sepenuh hati. Aku membantah, menyuarakan pendapat dan pandangan aku sendiri. Dia mengeluarkan nas - nas dan hujah - hujah lain pula. Dia berdiri teguh di atas apa yang dipercayainya. Aku hanya ingin menyertai satu perbincangan yang memang tak mungkin dimenangi oleh aku kerana aku kenal siapa dia. Cuma kali ini aku mungkin sedikit melampau dalam mempertahankan idea - idea aku.

Talian terputus tiba - tiba.
Aku return call. Dia angkat tapi nada suara dia dah lain. Dia tanak bercakap lagi. Aku tanya sepatah, dijawabnya sepatah. Bila aku tanya kenapa katanya takder apa yg dia nak cakap. Aku tahu dia marah. Jadi aku biarkan dia dengan emosinya. Aku kata nanti kita sembang lagi.
Lepas tu aku sms minta maaf jika apa yang aku kata dalam debate antara kami tak disukai dia. Dia reply katanya, aku tak sensitif dan berlagak hanya kerana baru 2 jam jammed.

Sejak tu ( 4 Ogos 2009) sehinggalah ke hari ini (11 Ogos 2009) tidak satu pun sms aku di reply, call langsung tidak dijawab. Maaf dah aku minta, tp hati dia tak berganjak. Aku pujuk hati walaupun hakikatnya aku dapat rasa, aku tidak lah penting dalam hidup dia sebagaimana dia begitu penting dalam hidup aku. Sebab tu dia tega buat macam ni. Tapi perasaan sayang selalu buat kita bertindak kurang bijak. Aku contoh terbaik!.

Dear,
I'll never give up on you
I'll never give up on our relationship eventho i dunno where it will take us to..
Because i love u.. because i love you.